Pages

Tuesday, 21 August 2012

Merdeka..Merdeka... Merdeka...

Catatan:  Mohd  Asri Redha
22 Ogos 2012.


Salam Kesejahteraan....   'Terus Berbakti',  'Janji diTepati....' Sejiwa, Sebangsa, Senegara'

Anak-anak Tadika KEMAS telah dididik untuk......
sama-sama menghayati erti Kemerdekaan dengan
melibatkan mereka dengan Pertandingan Mewarna
Jalur Gemilang Anjuran MBAS pada 27.8.12 di  Tmn
PKNK, .. Disempurnakan penyampaian hadiah oleh
Puan Norasimah Abd Hamid........................................
Apa khabar pembaca maya sekalian.. semoga sihat sentiasa.. tapi berhati-hati sikitlah kerana kerana sekarang ni dalam musim perayaan lagi.. ziarah sana ziarah sini.. tentunya makan tak boleh nak dipinggirkan.. maklumlah... masih suasana hari raya lagi... jadi berpada-padalah dengan pemakanan kita....

Depan pagar rumah sudah saya pasang awal-
awal lagi bendera Jalur Gemilang
 Catatan saya kali ini sengaja saya paparkan gambar-gambar aktiviti saya berkenaan 'Kemerdekaan' Malaysia . Kita akan menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke 55 Tahun tak berapa hari lagi....  sebelum kita menyemarakkan orang lain untuk terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memperingati Kemerdekaan Malaysia ini samada mengibarkan Jalur Gemilang atau mengambil bahagian dalam setiap aktiviti kemerdekaan yang diaturkan oleh sesiapa sahaja.. sepatutnya kita sendiri yang kena buat dulu... Ini yang saya nak sembang dalam tajuk Merdeka ini. Kalau fasal bendera tu .. saya dah pasang Jalur Gemilang kat pagar rumah, kat rumah, kat kereta dan kat bilik pejabat saya bertugas.  Jadi baru boleh saya bercakap fasal sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 55 tahun.

Satu pandangan bernas dan faham erti kemerdekaan dari seorang rakan FB saya. Sengaja saya
paparkan dalam blog ini... kalau tak faham lagi tak tahulah....

Di atas itu,  saja saya masukkan tema-tema merdeka  yang sejak kebelakangan ini begitu kontroversi ... ulasan berjela-jela dalam media arus perdana. Kerajaan Persekutuan tema lagu lain, manakala tema Kerajaan Negeri Kedah.. tema lagu lain,  pula...  Bagi saya kalau ditengok dan diteliti tema2 tersebut.. rasanya tak ada apa masalahnya... tak samapun tak apa.... yang pentingnya pada akhirnya ia adalah kearah memperingati erti kemerdekaan itu sendiri.. dua-duanya baik belaka...... Bukan ada undang-undangpun kata tema Merdeka kena sama. Jadi janganlah kita dok pening kepala memikirkan hal-hal yang remeh temeh itu.... yang penting adalah pengisiannya.


Kat 'opis' saya dah pasang bendera Jalur Gemilang
Saya juga terasa nak buat sikit komen berkenaan aktiviti kemerdekaan ini.. Bila kita nak sambut merdeka.. maka jawatankuasa juga diujudkan bincang macam-macam untuk merangka program mengisi kemerdekaan itu.. Jabatan-jabatan seperti MBAS inipun buatlah arahan minta warga bandaraya ini pasang bendera, sebagai menandakan semangat memperingati erti kemerdekaan itu disamping minta hadiri setiap aktiviti pengisian kemerdekaan itu. Tak apalah... buatlah lagu manapun.. tapi yang saya nak komen ini ialah.. kalau kita sendiri dah terlibat dalam menyusun atur program itu maka setiap individu yang terlibat kena juga ada semangat kemerdekaan, Jangan kita minta orang awam pasang, sana sini tapi kita sendiri tidak buatpun... Kalau kita sendiri tak buat sapa lagi nak buat...  Apakah bila kita aturkan aktiviti maka kita harapkan dan minta  orang lain buat dan ikut , makanya kita tidak perlu buat.. biar orang lain buat. Ini sudah tidak betul.

Kat kereta dah 3 kali pasang bendera
kecil tu.. jatuh kerap sebab gamnya
tak berapa kuat...................................
Sebab itu saya sentiasa memperingatkan diri saya dan keluarga saya..  kalau kita mahu orang lain buat macam itu ini, maka kita kena dulu buat.. kata orang kepimpinan melalui teladan. Apa yang banyak berlaku sebenarnya sudah terbalik... contoh mudah. .. kalau kita mahu orang ikut undang-undang, sudah tentulah kita terlebih dahulu kena ikut undang-undang. Kalau kita mahu orang pasang bendera Jalur Gemilang maka kitalah terlebih dahulu kena pasang Jalur Gemilang..... Jadi apa-apapun kitalah dulu kena kedepan.... kalau tidak jangan cakap dan jangan kata apa-apa... agar orang tak kata  kita cakap tak serupa bikin. Dalam jabatan sendiri... kalau mahu bandaraya kita bersih... lebih-lebih lagilah persekitaran jabatan kita mesti kena lebih bersih.. inilah cabaran besar kita.....
Kat rumahpun pasang juga.........

Selepas ini ada aktiviti Perbarisan Kemerdekaan Peringkat Negeri Kedah dan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 55 Tahun Pkt Negeri Kedah. akan diadakan.. MBAS terlibat secara langsung menjayakan kesemua aktiviti itu.... Marilah sama-sama kita menghayati erti kemerdekaan dan mengikuti segala program yang diaturkan... Ingatan saya ialah janganlah kita membuat sesuatu yang negatif yang boleh memusnahkan semangat kemerdekaan itu hingga menghuru-harakan negara yang aman makmur ini....... Dok senang elok2 , pi jadi susah buat apa.....

http://semangatjati.blogspot.com/2009/10/merdekaapakah-kita-merdeka-sebenarnya.html

Jumpa lagi......................











No comments:

Post a Comment