Pages

Saturday, 29 September 2012

Karnival Kerjaya MBAS 2012

29 September 2012
Jalan Kolam Air, Alor Setar

Pagi ini MBAS mengadakan program sosial iaitu JOB STREET 2012  (Karnival Pekerjaan Dan Temuduga Terbuka) dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Alor Setar . Program ini diadakan di pekarangan Pejabat MBAS, Jln Kolam Air , Alor Setar. Ianya dirasmikan sendiri oleh Datuk Bandar MBAS iaitu Dato' Hj Mat Noh Ahmad.
Temuduga terbuka terus dibuat oleh syarikat yang
mengambil bahagian kepada pemohon yang layak.
Sungguh mengejutkan juga bila jangkaan awal hanya dalam lingkungan 500 - 600 orang sahaja pencari kerja yang akan datang mengunjungi program ini tetapi yang datang rasanya melebihi 1500 orang. Ini menyebabkan agak kelam kabut sikit pengurusan pada peringkat awalnya.. namun pada akhirnya segala masalah dapat diatasi oleh urusetia yang bekerja dengan penuh bersemangat dan bertanggungjawab. Tahniah kepada anak-anak buah yang bertungkus lumus memastikan perjalanan program ini  lancar walaupun terpaksa berkorban cuti hujung minggu mereka. Lebih 20 syarikat swasta telah mengambil bahagian dengan menawarkan pelbagai jawatan kosong untuk diisi oleh para pemohon yang berkelayakan. Berdasarkan semakan saya lebih 700 jawatan kosong telah ditawarkan...


Menunggu dengan sabar... sebelum dipanggil untuk temu
duga  atau ditapis halus oleh panel syarikat........................
OKU juga tidak ketinggalan turut hadir  mencari kerja yang
sesuai....
 Sedikit sebanyak usaha yang dibuat oleh MBAS ini telah membantu warga bandaraya ini mendapatkan kerja yang sesuai untuk mereka yang berkelayakan. Pencari-pencari kerja ini bukan sahaja datang dari bandaraya ini malahan dari luar daerah ini juga. Ini menunjukkan usaha-usaha promosi yang dibuat telah mencapai matlamatnya. Insya Allah.. Usaha murni seperti ini boleh diaturkan lagi dimasa-masa akan datang. Ini juga telah membantu dalam meningkatkan markah penilaian star rating MBAS.

Waktu kemuncak.. begitu ramai pencari kerja yang datang
mendaftar di urusetia sebelum dipanggil temuduga  atau
ditapis halus oleh wakil-wakil syarikat yg mengambil bhg.
Apa yang saya hendak perkatakan disini ialah ada juga sebilangan pencari kerja yang terlalu memilih kerja. Mereka masih berminat nak kerja dengan kerajaan juga.   Ini adalah satu sikap yang tidak patut diamalkan. Bagi  pencari-pencari kerja yang masih muda ini.. eloklah cari pengalaman kerja dalam apa sahaja bidang yang boleh. Kalau terlalu menunggu kerja yang sesuai dengan hati dan minat kita,  rasanya macam tunggu buah yang tidak gugur-gugur. Begitu juga saya lihat ramai juga yang balik begitu sahaja bila mereka datang tidak ada jabatan-jabatan kerajaan yang menawarkan peluang jawatan kosong. Pencari kerja ini tidak berminat langsung untuk bekerja swasta. Sebenarnya berkerja dalam sektor swasta lebih menguntungkan jika seseorang itu mempunyai kreativiti, rajin, ada ringan tulang. Pihak swasta lebih mudah memberi kenaikan pangkat dan menawarkan gaji yang lebih tinggi jika mempunyai pekerja-pekerja yang sebegitu. Jika kita boleh tunjukkan prestasi cemerlang apatah lagi yang boleh menguntungkan syarikat walaupun dalam tempoh yang singkat..  syarikat boleh menawarkan kenaikan pangkat yang lebih cepat lagi... Ini berbeda dengan jabatan-jabatan kerajaan... Jadi nasihat  saya pada pencari kerja, gunakanlah peluang-peluang yang ada untuk meraih segala ilmu dan pengalaman bekerja yang diperolehi walaupun kerja itu tidak serasi dengan minat dan kelayakan kita. Lama-lama minat itu akan datang juga. Belum cuba belum tahu....

Saya juga menasihatkan agar pencari-pencari kerja ini belajarlah sedikit teknik-teknik macammana nak mohon kerja dan macam mana menghadiri temuduga. Saya juga  ada menulis sedikit berkenaan macammana nak bagi panel temuduga atau syarikat berminat untuk mengambil kita bekerja. Ini adalah berasaskan pengalaman saya sendiri dalam mengendalikan temuduga-temuduga jawatan-jawatan teknikal dan bukan teknikal.. macam-macam saya jumpa.. Kalau berminat layarilah blog saya seperti dibawah ini....ini hanyalah panduan sahaja .. terpulanglah nak cuba atau tidak.. tapi kalau tak pernah dapat panggil temuduga atau tak pernah dapat2 jawatan yang dipohon walaupun telah ditemuduga.. apa salahnya kalau kita cuba  kan.....

http://semangatjatikarya.blogspot.com/2010/04/seminggu-dua-ni-saya-terlibat-secara.html

Ok.. jumpa lagi...


No comments:

Post a Comment