Pages

Tuesday, 13 November 2012

Terima Kasih Kerana Menyaman Saya...

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh  : 13.12.2012

Sebenarnya saya amat kurang sekali terima saman... kurang kerana kita ikut aturan peraturan yang ada... tapi kali ini terkena juga kerana kecuaian saya sendiri. Saya disaman oleh MBAS kerana tak bayar duit parking bermeter.  Terima kasih kepada pegawai penguatkuasa MBAS yang telah menjalankan tugas mereka dengan penuh bertanggungjawab. Ini menyedarkan saya lain kali kena lebih prihatin akan peraturan dan undang2 yang ada disekeliling kita. Sebenar banyak keping lagi yang saya terima saman.. tapi dah selesai dah... bayar saja kompaun apa yang dikenakan..

Nak pi minta batal atau kurang bayaran kompaun.... sori laa... memalukan saya saja... saya buat salah kenapa dok terhegeh-hegeh dok pi minta kawan-kawan tolong apa yg patut... saya fahama kadang2 kawan-kawanpun ada dilemanya nak batal atau kurangkan bayaran kompaun yang kena bayar.  jad saya terima seadanya dan bayar saja...  kalau terlalu tinggi sangat mungkin nak pi jumpa juga.. tapi rasanya tak banyak manapun... bayar ajelah...  Walaupun waktu ni saya juga adalah ahli majlis  MBAS...

Kadang2 saya malu juga melihat tingkah laku orang yang berpengaruh dan merasa ada pengaruh dan berpangkat yang mana tak begitu hirau akan aturan peraturan yang ada.. contohnya 'park' kereta ikut suka depa sahaja... bila kena saman atau kereta kena 'clamp' mai ke pejabat marah2 pula kata... pegawai penguatkuasa tak kenal depa.. walaupun ada crest entah apa2 crest, yang mereka ingat bila ada crest itu orang tak boleh saman...

Apa ada pada kuasa dan pengaruh... lebih berfaedah kita guna ia utk kesejahteraan rakyat.. bukan utk kesejahteraan dan kepentingan diri sendiri dan kadang2 menyusahkan orang lain pula......

Ok.. jumpa lagi dan jangan marah ya.. kalau terkena batang hidong sapa-sapa....batang hidung saya dah terkena.

No comments:

Post a Comment