Pages

Tuesday, 25 June 2013

Tahniah..Tahniah.. Tahniah...... Anugerah Perkhidmatan Cemerlang....

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 24 Jun 2013

Petang ini saya baru saja balik dari satu 'mesyuarat'. ya lah mesyuarat... itulah kerja sebahagian besar dari kita.... mesyuarat.. mesyuarat.. mesyuarat... rasanya itulah kerja kebanyakan kita yang dibayar gaji .. gaji besar kut... manusia paling banyak mencipta mesyuarat itu ini.. dan rasanya mesyuarat juga banyak menghabiskan masa, tenaga, dan buah fikiran kita... tujuan mesyuarat untuk membuat apa kerja yang sepatutnya dan hendak buat apa, hendak cipta apa dan segala macam keperluan ciptaan manusia juga. Dunia moden sekarang ini rasanya tidak ada cara lain untuk menyelesaikan masalah, melainkan dengan cara mesyuarat untuk menguruskan masyarakat, menguruskan negara, menguruskan itu ini. Kita terpaksa bermesyuarat untuk menentukan segala perkara. Hasil dari mesyuarat juga kita seperti suka pula menubuhkan jawatankuasa itu ini , jawatankuasa2 itu pula bermesyuarat  dan akhirnya bersetuju pula menubuhkan jawatankuasa2 kecil dan seterusnya apa lagi.....  jadi itulah adanya dan kadang-kadang hasil mesyuarat tidak ada apa2 dan kerap juga menimbulkan kekecewaan dan tidak memuaskan hati semua pihak....   ahhh.. melalut-lalut pula saya dok cerita fasal mesyuarat ini.... tak ada kena mengena langsung dengan apa yang saya nak cerita ni... tak apalah sekadar pembuka bicara dalam cerita saya kali ini...

Sebenarnya saya nak cerita fasal Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MBAS yang baru selesai diadakan di Dewan Seri Negeri WDA yang penuh dengan peristiwa bersejarah itu. Saya mengucapkan tahniah kepada semua 63 orang anak-anak buah yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Untuk Sessi Tahun 2012 yang disempurnakan penyampaiannya oleh YB Dato Hj Khazali b Din.. Pegawai Kewangan Negeri Kedah.

Dari sejumlah lebih 700 orang anggota kerja MBAS untuk memilih sejumlah 63 0rang penerima APC bukanlah sesuatu yang mudah dan senang mengendalikannya.. tak semudah itu... banyak aspek dan pertimbangan diambil kira.... saya tidak menafikan setiap kali diputuskan sianu itu ini diberi APC adakalanya timbul perasaan tidak puas hati dikalangan anggota kerja lainnya.. dimana-mana jabatan yang saya kerja memang ada perasaan itu... tapi adakah cara lain yang lebih tepat untuk membuat penilaian... sebenarnya kalau cara sebenarnya ialah sapa yang dapat markah tertinggi maka sepatutnya orang itulah yang sepatutnya dapat APC... mudah cakap begitulah.. kalau begitu saya rasa lagilah orang lain tidak puas hati kerana sudah tentu rasanya orang yang sama akan dapat anugerah itu itu setiap tahun. Memang tabiat orang rajin, kalau dah rajin tu maka pada segala masa beliau pasti akan tunjukkan kerajinannya dan kecekapannya dalam kerja hariannya tidak kira dalam apa keadaan. Tabiat orang rajin dia buat kerja tidak perlu orang tengok dia buat kerja, dia kerja secara ikhlas, sukarela, tidak mengira masa, buat kerja melebihi dari apa yang sepatutnya, berdisiplin, amanah, ringan tulang, seronok datang bekerja, berintegriti,  sentiasa berbaik sangka  dengan rakan dan pelanggan dan pelbagai perkara-perkara baik yang ada pada dirinya...  jadi kalau nak kira markah maka orang ini pasti setiap tahun naik nama.... dan memang adapun orang2 sebegitu...   jadi begitulah adanya... jadi janganlah kita pertikaikan macam mana pihak atasan membuat pemilihan dan keputusan... kerana itu rezeki tambahan sahaja, bukan hak mutlak kita.  Tak dapat pun tak apa. kerana bukan gaji kita dikurangkan pun.. tak hilang atau kurang sedikitpun faedah yang kita sedang dapat sekarang ini.  Namun kalau dapat lagi banyak bersyukurlah  kita.
 


Jadi penerima-penerima APC kena faham dan kena tahu duduk perkara sebenarnya... kita sendiri boleh menilai diri kita setakat mana duduk letak kerajinan kita bila bekerja. Adakah kita layak terima anugerah itu.... Kadang-kadang anggota yang terima APC pun terkejut juga bila naik nama yang  penilai pilihnya sebagai penerima kerana dia pun tahu buat kerja pun tak tera manapun... Tak apalah.. kalau sudah terima APC ini , maka kita terimalah APC itu dengan penuh kesyukuran kepada ALLAH SWT yang memberikan kita akan nikmat itu... Kalau kita rasa-rasa macam tak cukup saja kerja yang kita buat sampai orang boleh beri APC itu maka kita masih ada ruang untuk tunjukkan kehebatan kita dalam bekerja selepas ini. Jangan lupa kita mengucapkan syukur kepada yang Maha Esa, dan juga jangan  lupa kita mengucapkan terima kasih kepada pegawai atasan yang memberi...  jangan kita anggap apa yang kita dapat itu adalah hak kita... bukan .. Kadang-kadang rezeki itu sudah ada depan mata ,  tapi pada akhirnya tidak kesampaian juga... Ini kuasa Allah SWT.. tak ada siapa yang mengetahuinya rezeki seseorang itu melainkan Allah yang Maha Berkuasa. Saya sendiri tidak pernah mengharapkan akan diberi APC atau apa-apa penghargaan atas apa kerja buat saya... kerana saya tahu apa yang saya buat itu sebenarnya telahpun dibayar gaji dan segala macam elaun yang disediakan .. Terlalu amat bersyukur sudah akan apa yang ada. Kalau orang lain atau rakan-rakan kita dapat apa-apa anugerah.. kita tumpang gembira dan kalau boleh kitalah yang awal-awal lagi beri ucapan tahniah  kepada rakan kita itu.  Jadi bila tiba2 saya diberi sesuatu anugerah... bagi saya memang terkejut beruk sungguh. Apalah sangat sumbangan saya kepada jabatan.... hanya sekadar kerja .. kerja.. kerja... biasa sahaja tak lebih tera manapun...
Ini adalah contoh surat penghargaan

yang saya buat kepada pegawai 

atasan saya ... Sebenarnya ada 
lagi contoh surat seperti ini saya 
buat bila dapat anugerah... 

Saya juga pernah dapat APC... dah lama dah... terkejut tak sangka lah .. lalu nak buat lagu mana ni... mungkin sebahagian orang biasa saja... dapat ..ambil sajalah... ada aku kisah.. tapi saya terkejut. lalu apa yang boleh buat ialah belanja kawan-kawan atau anak-anak buah makan2 , sujud syukur, dan buat juga sekeping surat ucap terima kasih kepada pegawai atasan yang memberi... Ini saya tunjukkan salinan surat itu......

Rupanya saya diberitahu oleh pegawai atasan saya... sayalah satu2nya yang buat surat seperti itu bila dapat  anugerah naik gaji secara anjakan gaji... kalau adapun jarang sangat orang buat.

Sebenarnya sepanjang perjalanan hidup kita ada macam-macam anugerah kita dapat.... seperti dapat naik pangkat, dapat naik gaji menegak atau melintang, dapat melawat luar negara, dapat anugerah tanah, dapat keluarga bahagia dapat bonus, dapat kontrak, dapat tawaran itu ini, dapat kenaikan gaji baru dan pelbagai anugerah yang kita dapat dengan tidak disangka-sangka.. Sebab itu kita kena bersyukur kepada Allah SWT akan apa yang kita dapat... kerana bukan semua orang boleh dapat.. dalam banyak-banyak  orang itu tiba-tiba kita dipilih...    Alhamdulillah syukur..

Jadi sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada semua anak-anak buah saya yang menerima APC.. tunjukkan kehebatan anda bekerja selepas ini dengan lebih baik lagi. Jangan pula bila dah dapat APC prestasi makin menurun pula..... takkan jadi lagu tu kut... minta simpanglah... kalau sebelum ini rakan-rakan tak berapa percaya fasal apa kita dapat APC maka lepas ni kita buktikan bahawa pemilihan kita itu adalah tepat dan  tidak salah .. sahut cabaran itu dengan menjadi seorang pegawai MBAS yang mempunyai ciri-ciri kerajinan yang saya sebutkan sebelm ini. Biarlah perbelanjaan yang MBAS buat lebih RM63,000.00 itu berbaloi dan memberi impak yang amat positif terhadap kecemerlangan MBAS.

Sebelum majlis penyampaian APC diadakan sengaja saya aturkan satu ceramah motivasi yang disampaikan oleh Tuan Sheikh Ahmad  Fisol Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu yang mana beliau telah menghuraikan dengan panjang lebar akan ciri-ciri pegawai yang benar-benar bekerja dengan sepenuh jiwa dan raga dan mengaitkannya dengan 'Kerja sebagai Ibadat'. Kalau ada masa dan kesempatan nanti saya akan coretkan isi dan intipati yang disyarahkan oleh Tuan Sheikh Fisol. Bagus 'point' yang dihuraikan itu. Semoga apa yang disyarahkan itu meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri saya dan anak-anak buah saya semua.

Tambahan cerita:
http://semangatjatiptks.blogspot.com/2012/03/kerja-sebagai-satu-ibadat-alhamdulillah.html

Ok lah .. itulah saja yang saya ingin cakapkan. Entahlah sapa yang nak baca tulisan ini... tak apalah .. Tapi itulah yang terlintas dalam kepala hotak saya semasa duduk kat bangku batu dihalaman rumah saya. Sejelas mana yang saya bentangkan ini tak taulah saya... nak kata penting atau tidak taulah saya , tapi kalau pada saya penting juga.. Walau bagaimanapun ini cuma sekadar tulisan untuk berbual-bual dengan pembaca blog saya saja.. Hanya itu saja... ayat dan ejaan pun dah bercelaru tak dan untuk edit... tulis ikut dan saja...  nanti kita sembang lagi...salaam..

Cerita fasal terima anugerah ni.. menarik juga kalau dapat ikut catatan saya seperti dibawah.....   klik saja ... baca dan senyumlah... he he he...  http://beritakcs.blogspot.com/2010/12/disiplin-dalam-bekerja.html


gambar-gambar penerima (sebahagian)  : klik saja...  https://www.facebook.com/asredha/media_set?set=a.678711945478430.1073741832.100000188912921&type=3

No comments:

Post a Comment