Pages

Wednesday, 17 July 2013

MBAS ....Ke Arah Bebas Dadah....


Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 18 Julai 2013

Air kencing yg disyaki ada unsur dadah 
direkod mengikut SOP yang\ditetapkan 
sebelum dihantar ke makmal untuk 
dibuat ujian lebih teliti
Salam Sejahtera semua pembaca blog saya..
dan selamat berpuasa.. moga semua semakin sihat dan bahagia berpanjangan.... saya sihat cara saya lah.. cuma mata saya ada problem sikit/banyak,. tu yang lama juga saya tidak menulis 'update'  blog saya ni... tangan ni memang gatai nak tulis sangat-sangat kerana banyak bahan dan cerita untuk ditulis.. tapi saya kena terima takdir yg menimpa saya.. kena buat sat-sat bolehlah.. kalau nak perembang dan perhati screen komputer lama-lama ia akan jadi masalah..... begitu juga waktu membaca..  kelopak mata berkedip-kedip tak mahu berhenti.. sampai nak baca jadi susah.

Jadi kalau anak-anak buah atau sapa-sapa tengok mata saya sebelah  kiri berlain dan berkedip-kedip kerap tak mahu berhenti jgn heran pula.. Jangan pula kata saya sombong kerana bersembang dengan anak buah atau sesiapa saja kerana saya tak boleh nak bertentang muka .. macam tak mau dengar anak buah cakap apa... sebab nampak saya buat atau perhati kearah lain... selalu perhati kat arah lain bila orang bercakap.. .. bukan ada apa segan sikit ...  sudah dengan2 sebelum ini ada orng kata saya tak beri perhatian apa yang anak buat cakap depan saya... nasib sayalah jadi lagu tu... bukan kejit mata nak mengurat he.. he.. hee... Jadi lepas ni tak adalah kut yang nak tuduh saya macam tuu...   walau bagaimanapun saya masih lagi boleh tersenyum... tak taulah nak bertahan lama mana.. mungkin tak dan nak pencen kut...

Musim puasa ni panas pula semakin garang sekarang.. ini yang meletihkan sgt ni....tapi tak apalah.. kalau kita rasa letih.. orang lain yang kerja kat tengah-tengah panas lagilah letih... lebih hebat lagi mereka posa pula tu.. Kita ni apah sangat.. kerja dalam bangunan dan bilik 'air cond' lagi. Jadi jgn pula seperti setengah orang kita .. kerja dlm pejabat sahaja dan kalau keluar pun sekali-sekala sahaja, tu pun dia tak posa juga, curi-curi makan kat pejabat.... kat pejabat saya pun ada sebab saya dah ternampak..daha tu tak malu pula. tapi saya tak berkesempatan nak bagi kaunseling lagi.. Ingat-ingatlah kita semua termasuk diri saya... hukuman Allah... Kalau dah tak puasa tentu dia tak hormat dan takut kat Allah SWT. Kalau dah tak heran dan takut akan hukuman Allah SWT.. maka jangan hairanlah dia nak takut apa kalau nak terima rasuah, pembohong orang, nak tipu orang, nak tuang kerja, nak fitnah orang, nak guna dadah, nak minum air ketum  dan segala macam yang tak baik2.. orang-orang yang seperti inilah yang selalu menjadi masalah pada kebanyakan jabatan dalam melaksanakan apa-apa program-program peningkatan kualiti kerja dan peningkatan disiplin diri...   ok.. melalut-lalut pula saya pi dok cerita fasal tu...... tapi ok juga kan sebagai ingatan saya dan kita semua...

Hari ini saya nak cerita fasal lainlah....  Seperti mana diketahui gejala penyalahgunaan dadah banyak memberi kesan kepada peningkatan produktiviti jabatan.... gejala ini jika tidak diawasi diperingkat awal akan membawa kepada merebaknya penagihan dadah dikalangan anggota dan menjadi nanah dlm jabatan dan pada akhirnya akan menimbulkan masalah yang besar pada jabatan..

Untuk menghimpunkan seramai mungkin anggota MBAS untuk membuat ujian air kencing mengesan kehadiran dadah merbahaya dalam badan bukan suatu perkara yang mudah.. tapi itulah yang dilakukan oleh MBAS sebagai satu langkah positif kearah memastikan MBAS dikenali sebagai institusi yang bersih dadah.  Memang berisiko tinggi mengadakan program seperti ini, tetapi kehendak dan arahan pekeliling kerajaan perlu dilaksanakan dan sebagai sebuah jabatan yang bertanggungjawab makanya itulah yang dibuat. Saya harap ini tidak menimbulkan masalah besar kepada anak-anak buah saya yang selama ini tidak pernah pun diperiksa sebegitu rupa.. nak panggil pilih-pilih begitu sahaja nanti dikatakan pilih kasih pula dan dikatakan pula orang dipilih itu ada masalah disiplin atau masalah dadah....  Namun begitu pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan telah memberikan kerjasama yang terbaik dalam melaksanakan ujian ini dan saya sudah tentu mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada AADK atas tugas yang dilaksanakan.

Begitu tekun anggota AADK yang menguruskan
pemeriksaan air kencing dengan teknologi 
yang sesuai...
Memang tidak dinafikan dari lebih 300 orang yang dijemput ada sebahagiannya cabut lari bila diketahui ada pemeriksaan air kencing. Tak taulah fasal apa... malu ka, takut ka.. atau memang telah ambil dadah... segala kemungkinan ada.. kepastian hanya boleh diperolehi jika pemeriksaan air kencing dibuat. Walau bagaimanapun bagi mereka yang cabut lari ini, rasanya sebahagian besar tentu guna dadah. Kalau tidak kenapa lari. Sebenarnya anggota terlibat tidak akan terlepas dari pemeriksaan juga pada akhirnya dan sudah tentu tidak adil kepada lebih 300 orang yang telah mengambil ujian ini tetapi yang cabut lari dari ujian ini tidak diambil apa-apa tindakan... Bukan niat untuk memalukan sesiapa, ianya hanya sekadar ujian-ujian biasa yang ditetapkan oleh pekeliling kerajaan dan pada masa yang sama telah mencapai tahap kriteria yang dikehendaki dalam urusan penarafan bintang sesuatu jabatan. Oleh itu tunggulah tindakan selanjutnya dari pihak atasan MBAS. Kenapa perlu takut buat ujian ini walaupun anggota guna dadah terlarang.. dan rasanya tidak ada peruntukan untuk dibuang kerja terus kalau terlibat.. ada ruang-ruang untuk diberi kaunseling dan tindakan pemulihan yang akan diator. Ada lagi lebih 300 orang kakitangan MBAS yang belum lagi dibuat pemeriksaan dan ini akan diaturkan juga dan tidak akan ada siapa yang akan terlepas dari pemeriksaan tersebut... cuma masa sahaja belum ditentukan lagi....
Jgn salah sangka saya pi lawat 
anak2 buah buat pemeriksaan
air kencing pakai topi 
keselamatan takut 
anak2buah ketok 
kepala 
saya pula. Ini saya baru balik dari 
lawatan
projek UTC...

Secara kasarnya memang telah dikenalpasti orang yang telah terlibat dengan penggunaan dadah terlarang seetelah ujian dibuat,  namun begitu ujian awal tidak boleh dijadikan satu bukti kukuh  untuk mengambil tindakan susulan. Sudah tentu ujian makmal akan digunapakai supaya adil kepada yang terlibat. Jadi jabatan akan menunggu laporan lanjut dari AADK....pesanan saya kalaulah ada anak-anak buah yang biasa guna dadah rasanya belum terlambat untuk memulihkan diri. Laporkan kepada pihak pengurusan atas agar dapat diatur program pemulihan dan AADK sentiasa memberi kerjasama yang baik untuk melaksanakan program pemulihan kepada penagih-penagih yang tegar.. bagi yang baru-baru berjinak tu.. , cepat-cepatlah bertaubat sebelum ianya menjadi ketagihan yang terlampau....




1 comment:

  1. Hello semua,
    Nama saya Mr, Rugare Sim. Saya tinggal di Belanda dan saya seorang yang bahagia hari ini? dan saya memberitahu diri saya bahawa mana-mana pemberi pinjaman yang menyelamatkan saya dan keluarga saya dari keadaan buruk kami, saya akan merujuk kepada mana-mana orang yang mencari pinjaman kepadanya, dia memberikan kebahagiaan kepada saya dan keluarga saya, saya memerlukan pinjaman sebanyak € 300,000.00 untuk memulakan hidup saya secara keseluruhan kerana saya seorang Bapa tunggal dengan 2 anak saya bertemu dengan pemberi pinjaman lelaki yang jujur ​​dan takut kepada Allah yang menolong saya dengan pinjaman sebanyak € 300,000.00, dia adalah orang yang takut kepada Allah, jika anda memerlukan pinjaman dan anda akan membayar balik pinjaman sila hubungi dia memberitahunya bahawa (Mr, Rugare Sim) merujuk anda kepadanya. Hubungi Encik, Mohamed Careen melalui e-mel: (arabloanfirmserves@gmail.com)


    BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
    Nama pertama......
    Nama tengah.....
    2) Jantina: ………
    3) Jumlah Pinjaman Yang Diperlukan: ………
    4) Tempoh Pinjaman: ………
    5) Negara: ………
    6) Alamat Rumah: ………
    7) Nombor Mudah Alih: ………
    8) Alamat e-mel ..........
    9) Pendapatan Bulanan: ………………….
    10) Pekerjaan: ………………………
    11) Laman web manakah anda di sini mengenai ………………….
    Terima kasih dan salam mesra.
    E-mel arabloanfirmserves@gmail.com

    ReplyDelete