Pages

Wednesday, 22 January 2014

Isi Tak Lagi Borang Penilaian Prestasi.......... ?????

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 20 Januari 2014
(Diubahsuai dari catatan saya dlm blog Berita KCS)

Assalaamualaikum buat sahabat2 yg dimuliakan Allah SWT... moga bahagia segalanya...
Selalunya saya akan hantar borang ini pada   awal2 Entah macammana boleh lewat pula kali ini.. Sibok kut duduk kat Majlis Bandaraya Alor Setar..  Jadi tidak kenalah kalau ikut prosedur pengisian. Jadi pada yang terlibat diBahagian Sumber Manusia dimana-mana jabatan .... tengok-tengoklah cepat dan perbetulkan balik.

Hari ini saya dah selesai isi borang penilaian  saya dan juga dlm sistem maklumat berkomputer HRMIS saya isi pelan-pelan... Borang Penilaian Prestasi tahun 2013 patut diisi pada awal bulan Januari 2013. Bukan diberi pada awal tahun 2014. Sebab dalam borang itu kena diisi Penetapan Sasaran Kerja Tahunan Untuk Tahun 2013... dan kita kena letakkan Petunjuk Prestasi yang akan kita capai dalam bentuk kuantiti, kualiti, masa atau kos. Jadi Penetapan Sasaran Kerja Tahunan dan Petunjuk Prestasi yang kita tetapkan itu kena ditandatangani depan bos kita. Jadi pada hujung tahun 2013  kita tengoklah balik tercapai tak petunjuk prestasi yang kita tetapkan. Itu baru betul..

Tapi amalan yang saya dok jumpa ialah bila hujung tahun atau masuk tahun baru , barulah diberi borang penilaian prestasi untuk diisi oleh kakitangan untuk tahun 2013

Jadi dimana nak tetapkan penetapan sasaran kerja tahunan tersebut..kerana waktu itu kita tetap sasaran kerja sepanjang tahun dan waktu tu kita beri untuk penilaian. Jadi itu boleh diubahsuai. Jadi tak kena cara. Untuk Penilaian Prestasi Kakitangan Tahun 2014 sepatutnya dah kena isi pada awal tahun 2014 lagi. Terutama isi bahagian Sasaran Kerja Tahunan. Jadi setiap pekerjaan kita sepanjang tahun ini kita tumpu kepada pencapaian Sasaran Kerja Tahunan yang kita telah tetapkan pada awal tahun. 

Sebab itu saya selalu mengingatkan diri saya agar pengisian borang penilaian prestasi kena buat awal tahun. dan bila akhir tahun bolehlah diisi dan dicatatkan pencapaian dan kejayaan yang dibuat sepanjang tahun berasaskan petunjuk prestasi yang ditetapkan.

Saya juga mengingatkan diri saya bila terima borang penilaian prestasi anak-anak buah.. dengan segera kena diselesaikan apenilaiannya, tak perlulah disimpan lama-lama. Amalan ini telah saya amalkan sejak dulu lagi.. jadi anak buah pun senang hati sebab cepat walaupun penilaian saya agak ketat sikit. Sekarang  ni pula kena isi sendiri masuk dalam sistem maklumat komputeer HRMIS lagi.. Inipun satu hal juga... Nak masukkan maklumat dalam HRMIS ini jadi masalah.. semuanya ke arah tak boleh berubah... Alasan yang mudah ialah sistem tak laju, maklumat lambat nak masuk , renyah, tak ada komputer, komputer lama, terlalu ramai orang, komputer tidak cukup, bos bukan nak gunapun kalau masuk dalam sistem tu.. dan pelbagai alasan-alasan yang ke arah tidak boleh. Sayapun memang menyedari isu dan masalah ini sejak lama dulu lagi ketika bertugas dibeberapa jabatan sebelum ini. Tapi seboleh mungkin saya carilah jalan penyelesaiannya setakat kemampuan yang ada..sebab itu kena berfikir sikit. Yang penting mahu buat atau tidak mahu buat saja...

Saya tidak kisahlah hal itu kerana itu lah dikatakan manusia..  Kalau tidak ni dunia ini akan bergerak dengan amannya ... diperingkat saya .. saya akan buat sekadar yang boleh... tak boleh operasi 100 peratus , separuhpun kira ok...lama-lama akan sampai ketikanya digunakan sepenuhnya sistem HRMIS itu. Tapi yang penting kena mula sekarang ini.....

Catatan kali ini saja saya cerita fasal borang penilaian prestasi kerana ada setengah  beranggapan ianya tidak penting dan ada setengah-setengah pegawai tidak isipun borang itu. Sepatutnya ikut prosedur , pegawai yang tidak isi borang tersebut dan tidak ada penilaian oleh pegawai atasan maka kenaikan gajinya tidak boleh dibuat dan begitu juga dengan kenaikan pangkatya tidak boleh diberi. Kerana kelewatan hantar borang penilaian prestasi itu juga menyebabkan pegawai lain menjadi mangsa kerana penal tidak dapat membuat keputusan yang lebih menyeluruh akhirnya sampai akhir tahunnya ada pegawai yang belum dapat kenaikan gaji tahunan mereka... Jadi semuanya itu menyusahkan semua pihak.

Saya tahu ada sesetengah pegawai  tu naik malas nak isi borang penilaian prestasi itu kerana mungkin tidak puas hati kerana isipun bukan boleh dapat kenaikan gaji menegak atau melintang , kata mereka buat penat isi borang saja. Ada setengah itu kata tak isipun gaji naik juga. dan macam-macam alasan lagilah. Ada setengah tu lambat menghantar borang penilaian prestasi kepada pegawai atasannya.  Bagi saya tak sempat atau tidak cukup masa tidak timbul.. mahu buat atau tidak mahu buat saja, mahu ambil berat atau tidak mahu ambil berat. Kalau kira sibuk , saya rasa saya memang sibuk, tupun masih sempat dok menaip blog lagi... 
    
Untuk mengisi borang penilaian prestasi sebenarnya bukan mudah. Kena cerita apa yang telah dicapai. Sebab itu kalau saya , kena bubuh kertas tambahan untuk cerita satu persatu apa yang dibuat dan apa yang dicapai sepertimana sasaran prestasi yang ditetapkan. Lepas itu buat laporan khas lagi... Jadi memang susah juga nak buat kalau tidak ada kesungguhan. Tapi saya buat juga untuk dijadikan contoh pada anak-anak buah supaya buat macam tu juga atau seumpama itu. Walaupun saya tahu buat elok dan baik lagu manapun rasanya untuk mendapat penilaian cemerlang tidaklah saya harapkan sangat, kerana kadang-kadang anugerah-anugerah kecemerlangan itu diberi ikut giliran jika berkelayakan. Asalkan penilaian yang dibuat memenuhi sekadar syarat minimun  kenaikan pangkat atau kenaikan gaji, pada saya sudah memadai dan bersyukur sangat-sangat. Saya juga tidak mengharapkan bos nilai saya melebihi 90% kerana bagi saya 90 % keatas adalah pegawai yang perfect, yakni berdisiplin tinggi, tidak membuang masa, proaktif, kreatif, cepat bertindak, bijak menyelesaikan masalah, mematuhi setiap arahan pentadbiran, menepati masa, berintegriti, rajin, bertolakansur, semangat berpasukan, tidak berkira, ringan tulang dan pelbagai perkara-perkara kebaikan. Layakkah kita terima penilaian sebegitu... 'tepuk dada tanya selera'. Saya takut kalau bos bagi lebih 90% kerana rasanya saya tidaklah perfect sebegitu. Namun begitu ada setengah pegawai sanggup merayu bos supaya berilah markah lebih untuk kepentingan diri tanpa menilai sendiri sejauh manakah layaknya meminta begitu.. sendiri taulah..

Kita terimalah seadanya dan janganlah gundah gulana sangat kalau orang lain dapat anugerah lebih baik dari kita, walaupun kita rasa kononnya kita lebih baik. itu sahaja rezeki yang Allah tetapkan pada kita. Kita bersyukur kerana rakan kita dapat anugerah itu.. rezeki dia.. Sekarangpun kalau ikut jadual gaji, gaji saya  dah tak boleh bergerak lagi. Kata orang dah tampan dinding. Jadi bos bagi pilahcemerlang lagumanapun , gaji dah tak boleh naik. Hidup kita terlalu singkat untuk bersedih. Kebahagian dan kesedihan sentiasa berlumba-lumba antara satu sama lain. Apabila satu daripadanya berehat, yg satu lagi akan mengalahkannya. Jadi janganlah biarkan hidup kita terisi dengan kesedihan dan gundah gulana.......

Sungguhpun begitu saya buat juga isi borang penilaian dan laporan akiviti saya bagi elok2 sebagai satu kepuasan diri, dan memenuhi  keperluan pentadbiran yang berkehendakkan semua pegawai perlu isi borang penilaian prestasi pada setiap tahun. Ikut sajalah apa yang diarahkan...  habis cerita..

Ok itu saja kali ini..permisi dulu....  jumpa lagi..

No comments:

Post a Comment