Pages

Sunday, 9 March 2014

YAKINKAH KEHALALAN AYAM GORENG YANG KITA MAKAN SETIAP HARI.....

Catatan: Mohd Asri Redha
UTC Kedah...
Tarikh : 10 Mac 2014


Assalamualaikum WRT.. buat sahabat saya insan-insan mulia disisi ALLAH SWT, yang tidak jemu membaca blog saya ini. Moga saudara semua sentiasa diberi kebahagiaan sebenar yang berpanjangan..

Beberapa minggu lepas saya bersama anak-anak buah serta Jabatan Agama Islam Kedah serta Jabatan Kesihatan Kedah telah
melaksanakan misi penting melaksanakan salah satu tugas yang amat penting kepada umat Islam. Tugas tersebut ialah membuat pemeriksaan mengejut ke beberapa tempat penyembelihan ayam di pasar-pasar yang ada disekitar bandaraya Alor Setar ini. Sebenarnya ini bukanlah pertama kali dilaksanakan operasi ini. MBAS dan jabatan yang dinyatakan tadi pernah juga membuat pemeriksaan mengejut ke restoran-restoran dan hotel-hotel disekitar bandaraya ini bagi memastikan status halal yang diperolehi itu benar-benar mematuhi syarat-syarat syarak untuk disahkan sebagai halal..

Tujuan utama operasi ini dilaksanakan adalah untuk memastikan proses penyediaan bahan makanan bermula dari pkt asas iaitu bahan mentah diproses dengan betul. Dalam hal ini operasi lebih ditumpukan kepada penyembelihan ayam. Saya khuatir amat sangat berkenaan hal ini kerana ia melibatkan hukum halal dan  haram. Silap cara sembelih ayam itu maka kita umat Islam dianggap makan bangkai.  Makan bangkai itu adalah haram dan berdosa. Soalnya kita sebagai pengguna jarang dan ada yang tidak pernah tengok bagaimana dan bila ayam itu disembelih. Kita hanya beli ayam tersebut di pasar sahaja.. Tengok jurujual tu orang melayu atau nak lebih yakin lagi , ialah tengok pakai kopiah atuu lebai putih makanya tentu kira ok ......

Begitu juga kalau kita pergi ke restoran atau gerai makanan, dalam fikiran kita bila nampak dikaunter itu gadis melayu dan bertudung pula maka kita kata oklah ... mesti halal punya .. maka kita pun makanlah dengan seleranya tanpa ragu.. Sebenarnya isu pokok ialah sumber bahan mentahnya itu diambil dari mana. Kalau chef atau tukang masak itu bukan Islam bukanlah isu sangat ..Banyak sudah tempat yang kita makan tukang masaknya adalah bukan Islam. Asalkan bahan yang digunakan bukan yang diharamkan tidak ada masalah. Yang penting jangan guna daging dan alat2 yang dari bahan babi serta arak. Masalahnya sekarang ini sumber ayam itu diambil dari mana. Beda antara kita dengan orang bukan Islam makan ayam ialah cara mematikan ayam tersebut.
Melemparkan ayam-ayam yang  disemblih bertimbun
seperti ini dikhuatiri ayam itu mati bukan kerana
disembelih tapi kerana ditindih sebegitu rupa.
Tengoklah dilempar dalam raga yang bercampor aduk
entah apa-apa itu....
Sembelihan ini tidak sempurna..


Apabila saya melawat tengok tempat penyembelihan ayam mula lah rasa tak berapa confident. Cara mereka sembelih tu dengan kalut, kotor, ada jumpa ayam yang mati sebelahnya, ada yang ayam tak sempat mati terus dimasukkan ke dalam belanga rebusan,ada juga ayam yang ditindih yang mungkin mati kerana ditindih bukan disembelih dan karektor dan pengetahuan penyembelih itu boleh dipertikaikan. Saya hanya sekadar menegur dan menasihat sahaja agar sembelih ikut syarak.  Kalau keterlaluan sangat kenalah dikeluarkan kompaun dan sebagainya.

Yang penting kesedaran penyembelih itu amat penting, kerana beliau bertanggungjawab terhadap setiap ekor ayam yang disembelihnya. Kalau tidak sah sembelihnya maka pengguna Islam makan bangkailah... bila makan bangkai dan dah jadi darah daging pemakannya maka itu yang susah sangat kita nak buat apa-apa tak menjadi. Nak menghafaz ayat-ayat Al Quran yang pendek-pendekpun puas juga baru nak boleh. Imanpun tak berapa nak kukuh jadinya.

Berapa banyak tukang sembelih tersebut akan menanggung dosa kalau tidak betul sembelihannya... Perkara ini bukan boleh dibuat mudah dan kena betul-betul faham dan tahu cara penyembelihan yang betul mengikut syarak. Jika tidak sepanjang masa penyembelih tersebut akan menanggung dosa, kerana kerjanya hari-hari dok sembelih ayam.

Banyak juga ayam mati yang saya jumpa seperti ini...
bayangkan kalau ambil campur sekali dengan ayam
lain masuk dalam air panas.. maka sapa yg terbeli
ayam ini.. maka makan bangkai lah jawabnya

Dulu masa dikampong, mana ada jual ayam kat market. Kalau nak makan ayam , puas berburulah ayam-ayam kampong yang liar kat sekeliling rumah dan makan segala macam tu. Bila dapat tangkap, bapa akan sembelih sendiri dan saya jadi tukang pegang kepala ayam tersebut. Bila dah sembelih, kena cabut bulu ayam pula satu persatu. Sampai macam tu sekali. Yang pasti ayam yang saya nak makan itu halal.... walaupun waktu mungkin tak tau apa itu halal atau haram

Oklah .. nampaknya saya nak kena atur  dan turun padang lebih kerap lagi buat operasi pemeriksaan  ke pusat-pusat atau tempat-tempat penyembelihan ayam  ini, sekurang-kurangnya tanggungjawab saya dan anak-anak buah yang terlibat dah terlepas dari bebanan syarak tersebut...

Beberapa hari selepas itu rupanya riuh satu Malaysia berkenaan isu sembelihan ayam ini. Semacam kebetulan pula ianya berlaku.

Itu yang saya kutip keratan-keratan akhbar yang menunjukkan masyarakat sekarang telah mengambil perhatian yang amat serious terhadap isu ayam sembelih ini. Macam-macam pandangan dan pendapat telah diberikan dalam akhbar-akhbar arus perdana... Semua orang sudah mula buka mata. Tak boleh lagi nak makan sewenang-wenangnya dimana kedai makan yang kita suka. Biar susah sikit tak apa, asal apa yang kita makan diyakini kehalalannya..

Sebab itu semua restoren dan kedai makan patut dapat LOGO HALAL  yang dikeluarkan oleh kerajaan...  Tak boleh lagilah setakat letak perkataan  ALLAH  atau MUHAMMAD, atau bubuh perkataan BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM . boleh dianggap sebagai halal...  Kalau ikut undang-undang semua premis makanan tidak boleh mempamerkan apa-apa tanda atau perkataan yang seolah-olah menunjukkan makanan yang dijual itu adalah halal.

Saya bercerita fasal sembelih ini dan paparkan gambar-gambar seperti ini bukanlah nak jahanamkn periok nasi peniaga-peniaga dan penternak ayam, tapi sebagai satu amaran supaya dalam bab hukum halal haram ini kena beri perhatian yang bersungguh-sungguh dan serious. Kebanyakan pemborong besar atau taukeh-tauker yang jual ayam bukannya orang Islam.. Fahaman mereka tentang halal dan haram mungkin tidak begitu jelas tentu cara sembelih itu.. Beliau hanya upah tukang sembelih dari kalangan orang Islam. Kalau yang benar-benar faham cara sembelih yang betul tidak apalah juga, tapi kadang-kadang yang sembelih itu boleh diragui keimanannya samada sembahyang pun tidak, puasa pun tidak,  sambil sembelih hisap rokok pun ada dan macam-macam perkara yang boleh menimbukan kesangsian. Mereka ini wajib diberi latihan yang secukupnya dan ada sijil yang sah.

Oklah... rasanya cukup dulu cerita fasal ayam sembelih ni...  ni tak cerita sembelih lembu dll lagi.

Cuma harapan saya semua orang termasuk saya perlu berhati-hati fasal bab2 mkn. ni kerana bila dah mkn ia jd darah daging kita.. Jumpa lagi...



No comments:

Post a Comment