Pages

Sunday, 12 August 2012

BersiH HaTi, BersiH AlaM SekitaR .PandangaN SU

Catatan: Mohd Asri Redha

Salam Sejahtera  buat Pembaca Maya sekalian....

Semoga anda semua berkeadaan sihat segalanya..... biasanya dalam bulan Ramadhan ni , saya baru tersedar bahawasanya penyakit menjadi berkurangan.... kalau nak sakitpun.. senak-senak sahaja dan letih-letih sahaja.. betul tak ni...

Ok.. Sejak saya terjun balik ke PBT khsususnya Majlis Bandaraya Alor Setar.. agak ketinggalan saya untuk update blog saya... yalah .. sibuk yang tidak berkesudahan.... Namun rasanya saya tak boleh nak tinggalkan penulisan seadanya saya dalam blog ini.. malahan saya telah 'create' tajuk blog baru khusus untuk sepanjang masa saya bertugas di MBAS. Saya namakannya Semangat Jati Redha MBAS. Sekurang-kurangnya aktiviti  dan pandangan saya semasa bertugas di MBAS boleh dikongsi bersama pembaca maya sekalian untuk kebaikan kita semua...Saya hanya menyatakan yang nyata berlaku depan mata saya dan berfakta sahaja... So nak mengata tak ketahuan rasanya tak perlu kut...

Oleh kerana saya sekarang ini terlibat dalam PBT atau bersama Majlis Bandaraya Alor Setar.. rasanya soal KEBERSIHAN tetap menjadi perhatian dan keutamaan saya... Jadi saya pernah menulis cara-cara orang biasa tulis berkenaan KEBERSIHAN ini... Ini  penting kerana KebersihaN amat  dituntut oleh agama kita. Bersih Hati Dan Bersih Alam Sekitar....... Masa saya tulis tajuk rencana ini saya belum lagi masuk dalam PBT... La ni dah masuk sendiri dalam PBT.. tak tahulah harapan saya itu boleh saya implimentasikan dalam kerja saya seharian... kerana kata orang cakap senanglah. bila dah kena jadi orang kanan PBT baru tau langit tinggi rendah.. Tak apalah saya akan cuba sekadar kemampuan yang saya ada dengan bantuan rakan-rakan dan anak buah yang ada dalam MBAS ini.. Semoga mereka juga sealiran dengan kehendak saya agar apa yang dirancang untuk dilaksanakan dapat dilaksanakan dengan jayanya...

So.. sesiapa yang berminat dengan tajuk dan pandangan saya berkenaan kebersihan boleh klik tajuk dibawah ini dan selamat membaca.....  Saya harap anak-anak buah saya dalam MBAS -dapat membacanya sekurang-kurangnya mereka memahami hasrat  pengurusan atasan yang mana semuanya kearah kebaikan semata-mata...

http://semangatjati.blogspot.com/2009/07/kebersihan.html


Terima kasih....

Teratak Kasih
Alor Setar....


No comments:

Post a Comment