Pages

Thursday, 9 August 2012

MBAS bersama Rakyat: Nuzul Quran

05.08.2012
Catatan: Mohd Asri Redha
Teratak Kasih

Peranan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Mengikut Ikut Zon yang diujudkan oleh MBAS amat penting dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.  Jawatankuasa ini yang dipengerusikan oleh Ahli Majlis MBAS  mengikut zon masing-masing adalah merupakan wakil rasmi MBAS diperingkat akar umbi  yang berkhidmat terus kepada rakyat. Ini merupakan satu saluran yang amat berkesan kepada MBAS untuk mendapatkan maklumbalas sebarang masalah yang berlaku diluar sana disamping rakyat atau warga bandaraya ini dapat terus memberikan idea dan pandangan serta menyuarakan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka.

Banyak program-program yang boleh diatur oleh Jawatankuasa ini dalam segala aspek samaada berkaitan aktiviti keagamaan, aktiviti sosial, aktiviti ekonomi dan sebagainya. Keaktifan jawatankuasa ini akan menambahkan lagi hubungan yang lebih erat antara warga bandaraya ini dengan MBAS. Saya sedar bukan semua isu dan masalah yang dibangkitkan boleh diselesaikan 100% kerana MBAS juga menghadapi masalah peruntukan yang terhad, namun sedikit sebanyak sebahagian besar masalah yang dibangkitkan itu boleh diselesaikan melalui jawatankuasa ini. Kadang-kadang rakyat pun bukan harap sangat perkara-perkara besar yang tidak termampu diselesaikan segera.. tapi sekurang-kurangnya mereka mahu MBAS ini dekat dengan hati mereka. Mereka mahu melihat kesungguhan kita untuk cuba mengatasi masalah yang dihadapi itu....

Pada 5.8.2012 saya bersama Datuk Bandar MBAS serta beberapa pegawai kanan MBAS telah menghadiri program Majlis Berbuka Puasa dan Ceramah Perdana Nuzul Al-Quran di Masjid Lutfi Suka Menanti. Ramai kalangan anak-anak qariyah masjid dan penduduk sekitar yang hadir majlis yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Penduduk MBAS  Zon Taman Wira bersama dengan pihak masjid tersebut. Program yang diadakan ini sedikit sebanyak telah mengeratkan lagi hubungan masyarakat dengan MBAS.. Selesai sembahyang tarawikh program diteruskan dengan ceramah Nuzul Quran  oleh Dato' Mufti Negeri Kedah. Sesuai sangatlah diadakan pada waktu ini. Peristiwa yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke 41 Kelahiran Nabi Muhammad SAW amat perlu diingati. Peristiwa Al Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah  oleh Malaikat Jibrilperlu diingati. Al Quran merupakan mukjizat teragung dan terbesar disepanjang zaman yang dianugerahkan Allah SWT kepada nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad SAW ..Dato' Mufti telah menjelaskan tentang pelbagai perkara mengenai al Quran termasuk cara-cara membaca Al Quran sepertimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad dan para sahabat baginda.  Disamping itu digalakkan meningkatkan lagi  membaca Al Quran pada 10 malam2 terakhir bulan Ramadhan sebagai usaha bersungguh-sungguh untuk menemui malam  Lailatul Qadar yang amat-amat ditunggu-tunggu itu. Oleh itu marilah kita sama-sama menghayati peristiwa Nuzul Quran ini dengan penuh ketaqwaan sebagai satu peristiwa yang amat besar dan malam Lailatul Qadar yang penuh bermakna dan barakah yang berlipat kali ganda pada sesiapa yang menemuinya....

Ok.. ketemu lagi...

Walau APa Kata Orang PadA MBAS, MBAS TetaP BerSamA RakyaT......

No comments:

Post a Comment