Pages

Wednesday, 10 October 2012

Seminar Penyenggaraan & Pengurusan Bangunan Berstrata di MBAS

Catatan: Mohd Asri Redha
Tempat: INSPIN

Selamat Pagi pembaca sekalian dan anak-anak buah saya sekalian.... pagi ni saya ikut sama anak buah untuk mengatur satu Seminar berkenaan Pengurusan Flat Strata. Sambil-sambil dok dengar apa yang diucapkan oleh penceramah.. sempat juga saya ketok-ketok punat netbook ini untuk disusun huruf nya menjadi ayat yang boleh difahami...

Sebenarnya sudah ada contoh terbaik pengurusan dan penyelenggaraan bangunan-bangunan flat atau bangunan-bangunan bertingkat. Walau bagaimanapun tidaklah banyak. Mungkin bagi kondominium mewah dan sederhana mewah tidak begitu sangat menghadapi masalah menguruskan bangunan tersebut kerana kebanyakannya memahami akan tanggungjawab pemilik-pemilik petak bahawa mereka kena menyumbangkan sejumlah kewangan untuk menguruskan bangunan yang ditakrifkan sebagai Harta Bersama. 

Sessi Soal bersama ahli panel ...
Walau bagaimanapun kebanyakan bangunan flat kos rendah , atau rumah pangsa sebahagiannya agak tidak terurus dengan sempurna... Semuya ini berlaku sebenarnya kerana sikap pemilik-pemilik petak itu sendiri yang lebih mementingkan diri sendiri. Pihak berkuasa juga kadang-kadang menghadapi masalah untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang diatas salah guna harta bersama ini disebabkan adanya campurtangan dari pihak luar dan juga kalangan orang politik. Akibatnya itulah dapat dilihat banyak penyalahgunaan harta bersama untuk kepentingan diri sahaja.

Puan AzalinaAkauntan MBAS sedang  menerangkan
proses dan prosedur dalam menyediakan  akaun
JMB / MC agar segala wang keluar masuk dapat
direkodkan dengan sempurna .
Dibawah Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) dan Akta Bangunan Dan Harta Bersama Pengurusan Dan Penyelenggaraan 2007(Akta 663) telah jelas menyatakan akan perlu ada JMB (Badan Pengurusan Bersama) iaitu tempoh interim antara Pemaju dan Pemilik Petak. dan seterusnya bila dipindah milik sebahagian besar petak-petak tersebut kepda pembeli perlu diujudkan Perbadanan Pengurusan (MC). Tujuan utama kena ada JMB atau MC ini ialah untuk menjaga dan memelihara hak penggunaan bangunan dan harta bersama.

Majlis Bandaraya Alor Setar sentiasa mengaturkan pelbagai program dan aktiviti untuk memberi kesedaran kepada pemilik-pemilik petak dirumah pangsa akan  tanggungjawab mereka dikawasan mereka atau dalam dalam bangunan mereka dan kawasan kejiranan mereka. Tidak ada siapa yang boleh membantu mereka sebagai penghuni flat tersebut melainkan penghuninya sendiri. Tinggal di flat amat berbeda sama
 sekali jika dibandingkan dengan tinggal di rumah biasa. Penghuni juga perlu membayar sejumlah wang untuk menguruskan flat tersebut dan ada etika-etika tertentu bagi sesiapa sahaja yang tinggal di flat.

Pada hari ini tanggal 10.10.12 satu seminar bertajuk ' Seminar Penyenggaraan Dan Pengurusan Bangunan berstrata Bagi Kawasan Pemajuan Di Bawah MBAS Negeri Kedah telah diadakan di INSPIN. Seminar ini anjuran MBAS bersama Jabatan Perumahan Negara. Peserta seminar terdiri dari AJK JMB/MC bangunan-bangunan strata yang ada disekitar MBAS ini dan juga agensi-agensi jabatan kerajaan yang berkaitan.

Penceramah berpengalaman dari Jabatan Pesuruhjaya Bangunan  (COB) MPSP (Valzahmer Erdino b Mohd Tahir) telah dijemput hadir memberi syarahan pengalaman peribadinya menangani segala berhubung pengurusan bangunan berstrata. Kita juga menjemput MC terbaik iaitu dari Perbadanan Pengurusan  Flat Delima Indah dari Seberang Perai (Yahaya b Othman)) untuk memberi ceramah pengalaman mereka menguruskan flat tersebut hingga menjadi terbaik dan menjadi contoh untuk diikuti. Oleh kerana JMB/MC melibatkan kewangan maka mereka juga perlu didedahkan dengan perkara-perkara asas dalam menguruskan wang dengan teratur dan telus. Puan Azalina, Akauntan MBAS telah memberi penerangan berkenaan Pengurusan Kewangan MC/JMB.

Adalah diharapkan dengan seminar ini akan memberi pengetahuan yang lebih jelas tentang peranan MC/JMB kepada para peserta dan dapat diimplimentasikannya di organisasi flat masing-masing. Terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat menjayakan seminar ini.

No comments:

Post a Comment