Pages

Thursday, 11 October 2012

'StRESS' Jangan Ambil MudaH..

11 Oktober 2012
Catatan : Mohd Asri Redha
Tempat: Dewan Besar MBAS

Selamat Sejahtera  & Selamat Pagi Semua

Pagi ini sementara menunggu untuk keluar 'breakfast' bersama anak beranak... ada masa sikit. Jadi biar saya menggodam punat-punat 'keyboard' ini dan menyambung kerja-kerja tulisan blog saya yang terkini. Tapi nak bersembang fasal apa ya..

SU beri kismis pada semua anak buah... nasib baik
penceramah tak suruh suap sorang2...
Saya sebenarnya bukanlah seorang yang menulis kreatif. Tulis ikut 'dan', dan syok sendiri sahaja... Rasa nak godam netbook ini.. terus godam saja. Kadang-kadang tu rasa malas pula nak tulis.. lebih baik dok saja kat rumah menikmati cuti hujung minggu ni.. relaks sahaja... Ahh..tak boleh jadi ni.. Kemalasan tidak boleh dijadikan kebiasaan. kalau kita sudah  bermalas-malas tu ... macam-macam alasannya...  Lebih baik saya buat sesuatu yang memberi manfaat pada diri saya dan mungkin juga pada para pembaca blog saya ini.. tak gitu....  Jadi kita jangan malas... kalau malas jadi amalan. .. ia akan terbawa-bawa dalam pelbagai kehidupan kita , termasuklah semasa kita bekerja.. 

Ya,,, baru saya teringat kelmarin anak-anak buah saya ada mengaturkan Kursus Motivasi dengan satu ceramah ' Pengurusan Stress' Cabaran Kepada Wanita Bekerjaya'....  Saya rasa nak cerita sikit tajuk ini.
Semasa saya masuk dalam PBT ini... saya pernah meluahkan hasrat untuk mengadakan satu ceramah khas berkenaan 'Stress dikalangan Penjawat Awam'... Al Hamdulillah... cadangan saya itu direalisasikan oleh anak-anak buah melalui Biro Wanita Kelab Kebajikan MBAS . Seorang penceramah yang berkaliber telah dijemput untuk menyampaikan ceramah tersebut iaitu Dr Hj  Abu Bakar.. dari INSANIAH. Seorang yang berpengalaman luas dalam bidang kaunseling. Memang menarik sekali cara dan teknik persembahan Dr Abu Bakar.


Pulun sungguh kakak kita ni... Ini adalah antara
aktiviti yang disediakan oleh penceramah....
dalam gelak ketawa itu ada pengajarannya..
 Saya amat prihatin akan isu-isu stress ini kerana pengalaman saya sendiri apabila menghadapi stress ini amat menakutkan saya..  Sebab itu saya perlu berbuat sesuatu untuk mengenengahkan isu stress ini agar diberi perhatian oleh semua anak-anak buah samada belajar mengenal apa itu stress, macammana nak pasti yang kita atau seseorang itu menghadapi stress dan macammana nak menanganinya... Sebab itu saya kata isu stress ini tidak boleh buat mudah dan buat main-main. Kalau sampai peringkat kemurungan maka pada akhirnya jika tidak ditangani betul-betul kita akan berhadapan dengan tindakan-tindakan yang diluar jangkaan kita sama sekali.

Saya berharap dengan sedikit usaha yang dibuat ini akan memberi sedikit sebanyak pengetahuan kepada anak-anak buah  berkenaan pengurusan stress. Semua orang tidak dapat lari dari menempuh stress ini. Pasti akan berlaku pada setiap orang. Cuma tahapnya bergantung kepada tahap ketahanan seseorang menghadapinya.

Sebab itu saya juga sebelum ini pernah menulis (cara-cara saya lah) berkenaan 'stress' , berasaskan kepada pengalaman yang saya alami sendiri dan pengalaman menghadapi anak-anak buah yang ada masalah tersebut.. Kalau berminat untuk tau apa yang saya tulis klik sahaja kat bawah ini.. anda akan dibawa ke blog berkenaan.... Mungkin berguna juga .....

http://www.semangatjati.blogspot.com/2010/12/nikmat-kesihatan.html

Oklah...  saya lihat penerimaan anak buah berkenaan ceramah ini adalah amat positif..  Ini adalah permulaan yang baik kepada kita semua. Terima kasih pada semua anak-anak buah saya yang saya harap-harap tidak ada 'stress'  berat2 lagi yang dapat hadir ceramah ini.

Insya Allah akan ada lagi beberapa ceramah motivasi yang akan diaturkan selepas ini atas tajuk-tajuk yang ada kaitan juga secara langsung dengan kita sebagai penjawat awam... Antaranya ialah ' Keseronokan Bekerja', dan ' Kerja Sebagai Ibadat'.. Saya nak bercakap fasal tajuk ini tak mampu kerana tidak dilahirkan sebagai seorang penceramah. Jadi kita cari orang yang arif dalam bidangnya dan pandai bermain dengan kata-kata agar syarahan mereka menarik, bermaklumat, dan anak-anak buah berminat dengan syarahan tersebut serta yang pentingnya adalah kesan positif  dari ceramah tersebut.

Ahh..cukup lah dulu, saya sudah lapar ni.. bila lapar tu.. dia nak jadi malas balik... Jadi biar saya berhenti kat sinilah dulu..  Nanti bila datang idea baru... saya taip lagi...

Teratak Kasih....







No comments:

Post a Comment