Pages

Sunday, 28 April 2013

Cahaya di Terowong Yang .....

Catatan: Mohd Asri Redha.....

Sembahyang Sunat Dhuha berjemaah juga dapat
 meningkatkan ikatan silaturrahiimm sesama
 anggota MBAS...
Salam Sejahtera....Pagi ini selepas habis mempengerusikan mesyuarat dengan anak buah, saya  melepak kat tkt 9,  kompleks MBAS... ronda-ronda tengok anak-anak buah dok buat persiapan 5S.. ada yang dok kalut, ada yang buat tak kisah pun..ada ka tak ada ka sama saja... walau macam manapun bulan depan tempoh hayat pengiktirafan 5S dah nak 'expired' ...  gambar kepedulian yang saya paparkan sebelum ini.. dok macam tu juga...  tak peduli langsung... tengoklah nanti.. kalau tak ada orang peduli saya yang peduli..... adakah pada setengah orang itu hanya perkara remeh2 belaka.. sebenarnya dari perkara remeh dan kecil itulah menggambarkan yang besar-besar pula. Kadang-kadang bukan tak sedar, tapi itu lah manusia, dia berkira. .. berkira tenaga, berkira masa, dan apatah lagi berkira duit ringgit. Sebab itu kadang-kadang kawan sekerja cuti dan sebagainya rakan tak boleh bantu dan tak mahu bantu kerja rakan., sebab macam saya kata tadilah.. berkira.  Ada sanggup suruh pelanggan balik dulu, dan datang balik bila pegawai  berkenaan ada, sedangkan kadang-kadang tu bukan susah sangat nak tolong, tetapi oleh kerana tak peduli akan pelanggan dan tidak peduli akan tanggungjawab kita sebagai anggota MBAS, kita tidak rasa apa-apa bila suruh pelanggan balik dulu.

Tengoklah nanti saya  nak ambil basuh ka atau nak beli baru ka.... saya tak kisah buat kerja macam tu.. sebab dah biasa  buat... tak rugi  seduit pun dan tak terok mana pun.. hanya anggap buat kerana Allah Taala dan untuk kesihatan juga.. pokoknya hati mau senang dan tenang... ok.. kita sambung cerita fasal terowong....

Alhamdulillah..... berkat sembahyang sunat Dhuha yang amat dituntut dan bacaan Yasin serta doa yang tidak putus-putus oleh anak-anak buah MBAS memohon keberkatan Allah setiap apa jua kerja yang dibuat dan memohon dimurahkan rezeki, sedikit sebanyak ruang-ruang untuk MBAS meningkatkan hasil jika tidak ada aral melintang akan diberi oleh Allah SWT..... kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita buat itu memberikan hasilnya, namun begitu Allah SWT tidak lupa akan setiap permohonan dan doa yang dipohon oleh hambanya. Allah amat menyayangi akan hamba-hambaNya asalkan hambanya memohon  pertolongan dariNya.

Kita berdoa dan berdoa tanpa jemu untuk mendapat 
keberkatan dan kerahmatan Allah.... 
Saya amat berbangga akan kesungguhan sebahagian anak-anak buah MBAS yang setiap bulan tanpa jemu-jemu  membaca Surah Yasin beramai-ramai, sembahyang sunat Dhuha berjemaah dan memohon doa beramai-ramai sehati sejiwa untuk memohon kesejahteraan dan menambahkan rezeki MBAS dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat... Semoga usaha yang dimulakan atas inisiatif Datuk Bandar MBAS, Dato' Hj Mat Noh ini akan menjadi titik tolak kepada peningkatan  keinsafan dan ketakwaan semua anggota MBAS serta akan pentingnya semua anggota MBAS dapat bekerja dengan penuh kesungguhan, keikhlasan  dan rasa bertanggungjawab terhadap diri sendiri, terhadaap MBAS dan yang paling penting rasa  tanggungjawab anggota terhadap Allah SWT. Insya Allah sudah pasti setiap apa yang dibuat dan dilaksanakan oleh anggota MBAS akan mendapat kesejahteraan dan dirahmati Allah SWT.

Walaupun masih dalam perancangan, namun kita tetap berusaha supaya ianya menjadi realiti iaitu Bandaraya Alor Setar ini akan mempunyai sebuah Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang mana ini akan melonjakkan lagi aktiviti perbandaran dalam Bandaraya Alor Setar ini. Pusat yang bakal menempatkan pelbagai agensi kerajaan negeri, persekutuan dan pihak swasta dibawah satu bumbung ini sudah pasti akan memberi kesenangan dan kemudahan yang amat banyak kepada rakyat di bandaraya ini. Kemudahan perkhidmatan yang diberikan pelbagai agensi kerajaan dibawah satu bumbung sememangnya amat dinanti-nantikan oleh warga bandaraya ini. Berkat usaha semua anggota MBAS secara kebetulan tempat yang dipersetujui oleh Kementerian Kewangan adalah di bangunan yang sebahagian besarnya milik MBAS. Jika ini menjadi kenyataan, tentunya MBAS juga akan mendapat manfaat yang tidak ternilai kerana selain MBAS dapat menjimatkan perbelanjaan berpuluh
Terlalu banyak faedah membaca Surah Yassin bagi orang 
yang mengetahui dan mengerti 
ribu RM sebulan, MBAS juga akan dapat menjana pendapatan yang tetap hasil adanya UTC ini. Disamping itu ianya akan merancakkan lagi aktiviti-aktiviti perniagaan dan ekonomi di bandaraya ini. Sama-samalah kita berdoa lagi tanpa jemu-jemu agar segala masalah dan rintangan yang ada akan dipermudahkan dan disenangkan oleh Allah SWT..pada masa yang sama kita menarik lagi lebih ramai anggota mengambil bahagian dalam aktiviti bacaan Yassin bersama-sama dan sembahyang sunat Dhuha Berjemaah..... Amiiin

Salaam.

Teratak Kasih

No comments:

Post a Comment