Pages

Friday, 24 May 2013

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan PBT 2013.... Bertindak Untuk Kesejahteraan


Tempat: The Royal Bintang Resort And Spa, Seremban
Tarikh: 21 Mei 2013

Selamat Sejahtera…  Petang ini saya ada sedikit ruang untuk rehat sambil taip apa-apa yang patut sebelum berangkat pulang ke Alor Setar. Sebenarnya saya berada di Bandar Seremban menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan 2013 di Klana Resort Seremban. Inilah kali pertama saya menghadiri mesyuarat ini yang diadakan setiap tahun anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak saya bertugas di MBAS. Sememangnya bagi saya mesyuarat ini amat penting kearna melalui sinilah saya boleh mendapat maklumat berkenaan dasar-dasar terkini kerajaan berhubung kerajaan tempatan. Banyak isu-isu yang berkaitan penyampaian perkhidmatan di PBT dibincangkan. Disamping itu ahli persidangan  dapat mendengar, melihat  dan mengambil maklum dan pengetahuan akan inovasi2, pengalaman dan penambahbaikan perkhidmatan dari rakan-rakan PBT yang berjaya. Ini juga merupakan satu cara yang berkesan dalam meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat yang amat memerlukan perkhidmatan PBT.. Meniru perkara-perkara yang baik dan telah terbukti akan keberkesanannya  apa salahnya.

Ahli Panel Perbincangan yang dipengerusikan oleh Datuk Ketua
Setiausaha KKBPKT.. Datuk Nor Arpah
Mengambil isi ucapan KSU KKBPKT yang memberi focus kepada penyediaan kemudahan awam dikawasan PBT, Penglibatan Warga PBT dalam aktiviti dan operasi PBT dan Menstrukturkan semula organisasi dan perjawatan PBT, maka seharusnya PBT mengambil peluang ini untuk menyediakan segala maklumat terkini dan lengkap kepada kementerian  bagi bagi mendapatkan  sebanyak mungkin peruntukan yang disediakan oleh kementerian. Di samping itu saya cuba rekod balik akan perhatian yang diberikan oleh KKBPKT yang perlu diberi tindakbalas sewajarnya dari PBT iaitu seperti berikut :- meningkatkan perpaduan nasional, menguruskan ekonomi dengan cekap dan efisien, melaksanakan transformasi nasional dimana rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, mempertingkatkan lagi program dibawah NBOS, meningkatkan program penyampaian perkhidmatan, memberi tumpuan kepada pengurusan bangunan strata melalui pindaan Akta 757 yang akan berkuatkuasa pada bulan Jun 2013, pengurusan tandas yang bersih, penyediaan system operasi PBT yang lebih cekap dan berkesan seperti e-pbt, e-payment dan sebagainya.

Jamuan Makan Malam Anjuran Majlis Perbandaran 
Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai.. Dua 
PBT ini akan dicantumkan dan diberi taraf Bandaraya
iaitu Majlis Bandaraya Seremban tidak lama lagi...
Penceramah dari MPC (Malaysian Productivity Corporation) membentangkan kertas kerja bertajuk Amalan Terbaik Pelaksanaan Pusat Setempat (OSC).. Cabaran Dan Masa Depan.. Menarik tajuk ini dan amat relevan dengan penyampaian perkhidmatan di PBT. Banyak isu-isu dibangkitkan dalam penyampaian perkhidmatan yang berkesan.  Antara yang menjadi masalah kepada orang ramai untuk berurusan dengan PBT ialah kelambatan dalam memproses apa-apa permohonan,  banyak ‘red tape’, banyak bahagian yang perlu dikunjungi oleh pelanggan dalam mendapatkan apa-apa urusan yang berkaitan PBT seperti permohonan pelbagai lessen, kelulusan pelan bangunan , kelulusan perancangan, permohonan pelbagai permit dan segala macam urusan yang memerlukan kelulusan oleh PBT. Dalam dunia sekarang yang bergerak pantas,  segala urusan perlu diproses dengan segera dan diluluskan dengan segera jika mematuhi segala peruntukan undang-undang dan peraturan.. Jika tidak PBT akan ketinggalan jauh dari segi pembangunan dan kecekapan serta kecepatan berbanding dengan lain-lain PBT yang sensitive dengan perkembangan semasa dan bertindak sewajarnya. Sebab itulah pusat perkhidmatan setempat (OSC) perlu diperkasakan dan ditingkatkan dengan peranan yang lebih besar. Untuk itu beberapa prosedur yang tidak perlu dan kurang perlu dalam sesuatu permohonan ianya perlu diteliti semula dan dikurangkan sebanyak mungkin dan dipermudahkan prosedur tersebut.

Rasuah merupakan isu nasional dan internasional yang berlaku dimana sahaja. Rasuah banyak membawa kemusnahan dan ketidakadilan.  Faktor utama keujudan rasuah ialah factor tidak ada integrity dikalangan anggota. Mana-mana prosedur yang memerlukan kelulusan maka disitulah akan ujud unsur-unsur rasuah, samada rasuah untuk dipercepatkan urusan kelulusan, beri kelulusan tanpa ikut prosedur yang ditetapkan,  meluluskan projek walaupun tidak memenuhi syarat, memberi tender pada kroni keluarga atau sahabat rapat , merasuah untuk menghalang dari diambil tindakan undang-undang, memberi wang untuk sokongan dan pelbagai macam bentuk yang boleh dikategorikan sebagai rasuah. Wakil dari SPRM telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Rasuah dan integrity: Isu Dan Cabaran”.. Isunya ialah memang SPRM telah menerima banyak aduan. Pada tahun 2012 sahaja lebih kurang 46,762 kes telah dilaporkan, tapi kadang-kadang persepsi masyarakat yang kurang mengetahui akan prosedur selalu menyalahkan Kerajaan atau SPRM kenapa tidak diambil tindakan lanjut sedangkan laporan sudah dibuat. Sebenarnya bukti adalah penting dan bukti yang kukuh berserta fakta-fakta yang ada amat diperlukan. Inilah masalah yang dihadapi oleh SPRM banyak kes tidak dapat dibawa ketengah kerana kekurangan bukti. Sebab itulah dalam tahun 2012 hanya 831 orang sahaja yang dapat disabitkan kesalahan rasuah dan dihukum. Jadi tidaklah semudah itu untuk menghukum seseorang jika kekurangan bukti.  Antara isu PBT yang dibangkitkan ialah anggota kurang pengalaman, pertindihan tugas, perkongsian maklumat yang kurang, tiada koordinasi antara bahagian, system saraan yang kurang kompetitif, persepsi negative keatas agensi penguatkuasaan di PBT dan unsur campurtangan pihak luar banyak menyumbangkan kepada peningkatan aduan-aduan rasuah.

Bengkel atau seminar sekarang ni dah tak bagi kertas
kerja tebal2.. hanya bagi pendrive sahaja yang direka
bentuk seperti kad ..... .. jadi selamat tak gaduh sedia
beg seminar.........
Pembuangan sampah secara haram ditempat yang tidak dibenarkan merupakan masalah sikap pengotor sebahagian  penghuni kota. Mereka mengambil mudah akan perkara tersebut dengan membuang sampah dimerata tempat dengan sewenang-wenangnya tanpa mengira perasaan orang lain. Asalkan rumahnya bersih cukuplah. Dalam hal ini penguatkuasaan perlu ditingkatkan. Sebab itulah dalam satu kertas kerja yang dibentangkan oleh Dato’ Dr Nazri dari pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal  Negara telah memohon kepada semua PBT agar dapat menurunkan kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang dibawah undang-undang kecil di PBT berkaitan kepada anggota penguatkuasa PPSPN. Bagi saya dalam hal penurunan kuasa ini saya rasa tidak ada masalah untuk dilaksanakan kerana ianya banyak membantu PBT dalam melaksanakan penguatkuasaan orang yang masih engkar mematuhi undang-undang  dan suka membuang sampah ditempat-tempat awam..

Saya berpeluang mendengar ceramah dari YDP Majlis Perbandaran Seremban (MPS)/ Majlis Perbandaran Nilai (MPN) berkaitan dijalankinisiatif dan inovasi yang telah dan sedang disediakan oleh MPS dan MPN.  Menarik juga mendapat maklumat berkenaan inovasi yang dilaksanakan. Antara inovasi dan inisiatif yang dilaksanakan ialah perolehan imej fizikal bandar  dengan menggunakan cerapan dari pesawat udara tanpa pemandu. Gambar lebih jelas berbanding dari gambar satelit dan gambarnya  terkini . Imej ini amat berguna untuk kumpul data2 dalam proses perancangan, penilaian hartanah, perancangan Bandar, maklumat guna tanah semasa, perancangan lampu jalan, perancangan program bandar selamat,  dapat mengesan perubahan fizikal bangunan-bangunan terutama tambahan bangunan untuk membolehkan lawatan dibuat oleh pegawai penilai atau penguatkuasa, dapat kesan bangunan-bangunan yang tidak membayar cukai pintu dan pencerobohan haram serta kerja-kerja tanah secara haram.

Inisiatif selanjutnya yang dilaksanakan ialah Program mengurangkan penggunaan tempat pelupusan sampah dgn melibatkan komuniti  untuk menjaga alam sekitar. Sisa makanan diproses menjadi baja kompos dengan bantuan dari Universiti Teknologi Malaysia.

Satu lagi inisiatif terkini ialah dimana tapak pelupusan sampahnya  yang ditutup telah dibangunkan dengan projek penjanaan kuasa elektrik dengan tenaga suria. Hasil dari penjanaan ini MPS mendapat hasil dari penyewaan tapak tersebut, manakala syarikat yang terlibat beroperasi boleh menjual tenaga elektrik melalui TNB yang mampu untuk membekalkan tenaga elektrik untuk lebih 50,000 buah rumah. Saya melihat ini secara positif dan mungkin ada peluang untuk MBAS berkolaborasi dengan syarikat yang membangunkan program tenaga yang diperbaharui itu. Balik nak kena tengok balik tapak pelupusan sampah MBAS di Jabi yang sebahagian telah dan sedang dibuat penutupan selamat. Boleh juga guna untuk buat projek tersebut jika ada rezeki. 

Memang banyak bangunan lama yang berada dalam kawasan bandar dan nampak lusuh dan usang. Inisiatif yang diambil oleh MPS dengan kerjasama dari pihak swasta telah menjadikan bangunan-bangunan tersebut lebih ceria dan berwarna warni dengan dicat balik dengan kos hanya RM500.00 sahaja.  Walaubagaimanapun setiap pemilik rumah perlu bersetuju mengambil bahagian. Manakala cat disumbangkan oleh oleh pihak swasta. Agak menarik juga usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pengurusan MPS ini dimana sekurang-kurang kawasan Bandar Nampak ceria dan pada masa yang sama pemilik rumah mendapat manfaatnya.

Saya melihat inisiatif-inisiatif ini amat relevan dengan PBT. Mungkin ianya boleh dilaksanakan di MBAS. Namun begitu ianya tertakluk kepada kerjasama penduduk Bandar juga, kerana tanpa kerjasama mereka agak sukar untuk dilaksanakan inisiatif tersebut. Memang tidak dapat dinafikan factor kos juga menjadi penyebab setengah-setengah PBT tidak dapat melaksanakan beberapa cadangan yang menarik seperti cerapan gambar melalui udara, namun mungkin dimasa hadapan ianya boleh dilaksanakan juga .

MURNInets merupakan satu program dibawah inisiatif KKBPDKT dimana ia menilai kemampanan sesebuah bandar dan kawasan gabungannya melalui penggunaan penunjuk-penunjuk kemampanan. Dari penunjuk ini akan dapat diketahui kekuatan dan kelemahan sesuatu bandar tersebut. 36 penunjuk ditetapkan yang akan diambil kira.  Dari pengumpulan data yang dikutip oleh JPBDD dari PBT , satu indeks dikeluarkan  dalam menentukan tahap kebahagian rakyat diwilayah sesebuah PBT dan juga tahap kepuasan pelanggan terhadap PBT. Pembangunan yang mementingkan dan   memenuhi keperluan masyarakat Bandar dan luar Bandar tanpa mengabaikan alam sekitar.  Indeks yang diperolehi melalui program MURNInets ini akan menjadi tanda aras sesebuah Bandar berkenaan tahap pembangunan mampan Bandar tersebut. Ketua Pengarah JPBDD Malaysia telah membentangkan kertas berkaitan diatas dalam konteks  Penambahbaikan Program MURNInets untuk seluruh PBT di Malaysia. Saya tidak dapat nak paparkan tahap kemampanan Bandaraya Alor Setar ini, kerana data yang ada tidak lengkap. Saya akan cuba dapatkan. Nak tahu juga berapa indeks point yang kita dapat... bahagia atau tidak bahagiakah duduk menetap di Bandaraya ALor Setar ni....

Lapuran Bank Dunia berkaitan indeks memudahkan perniagaan mengukur kualiti peraturan Memohon Kelulusan Permit Perniagaa dimana Bank Dunia telah mengkaji prosedur tersebut di 18 buah negara... Bank Dunia telah menetapkan ranking keseluruhan  Malaysia pada tahun 2013 berada diranking ke 12, berbanding tahun 2012 berada di ranking ke 18, dan pada tahun  2011 berada diranking ke 23..Ini bermakna ada peningkatan penambahbaikan proses kelulusan perniagaan di Malaysia. Antara proses didalam itu   secara mikronya pula , urusan Kelulusan Permit Pembinaan merupakan ranking  ke 96 berbanding 185 negara yang paling tidak popular dikalangan peniaga antarabangsa. Prosedur ini banyak memberi kesan kepada kedudukan ranking keseluruhan Malaysia.  Menarik juga kertas kerja yang dibentangkan oleh Pegawai dari MPC, MITI.   Inilah yang perlu diberi perhatian oleh semua agensi kerajaan yang terlibat selain PBT supaya tempoh masa permohonan hingga dikeluarkan kelulusan dapat disingkatkan. Urusan permit pembinaan ini tidak sahaja melibatkan PBT tetapi juga melibatkan juga jabatan teknikal  lain seperti JKR, JPS, JPBD, Jab Pembentungan, SADA,Operator utiliti , JAS, Jabatan Bomba Dan Penyelamat dan sebagainya. Sebab itu kerajan persekutuan telah memulakan usaha-usaha penambahbaikan dalam menyelesaikan isu kelambatan dimana tiga aspek yang diukur   iaitu prosedur,  tempoh masa dan kos yang terlibat. Maka diperkenalkan OSC1Malaysia. Ianya dilaksanakan berperingkat-peringkat dan MBAS akan tiba gilirannya nanti kerana mengikut rekod MITI analisa sampel yang diambil di MBAS mengambil masa  51 prosedur, 262 hari melibatkan kos RM221,690.00.  Saya tak pasti sampel projek apa yang diambil... walau bagaimanapun saya terima analisa ini dengan lapang dada dan akan berusaha untuk mengurangkan sebanyak mungkin bagi menjayakan OSC1Malaysia.. Kalau ini dapat dikurangkan sebanyak mungkin, maka satu hari nanti Malaysia akan jadi sebuah negara yang Mesra Perniagaan.

Oklah... rasanya banyak sangat dah saya celoteh fasal mesyuarat ini... Memang jadi tabiat saya untuk buat sedikit sebanyak ulasan berkenaan kertas kerja yang dibentangkan  setiap kali saya hadir bengkel atau mesyuarat seperti ini.. Sekurang-kurangnya ada juga faedahnya.. boleh juga ingat sedikit sebanyak. Kalau tidak ni balik, hanyut begitu sahaja, lupa segalanya. Buat seminar atau mesyuarat seperti ini bukan sedikit belanjanya... kira pi kira mai ratusan ribu RM juga tu... Ok .. tahun depan Majlis Bandaraya Melaka Bandaraya Bersejarah akan menjadi tuan rumah. Hebat Datuk Bandarnya.. tawar diri untuk jadi tuan rumah..  MBAS tak tahulah lagi bila pula akan jadi tuan rumah, tapi MBAS  pernah jadi tuan rumah Mesyuarat ini lebih kurang 10 tahun yang lalu...

Teratak Kasih

2 comments:

  1. Salam Tuan...terima kasih ulasan Tuan mengenai Mesyuarat JPPBT 2013 di Seremban pada 19-21 Mei 2012 terutamanya perkara mengenai MURNInets. Untuk makluman tuan, Pusat Operasi MURNInets Kebangsaan akan mengadakan sesi teach-in MURNInets anjuran bersama dengan JPBD Negeri Kedah di Swiss Garden Sungai Petani pada 18 Jun 2013. Surat jemputan telah mula diedarkan pada PBT2 diseluruh Malaysia termasuk MBAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah.. MBAS akan hantar wakilnya untuk hadir jika tidak aral melintang...MBAS sentiasa memberi kerjasama atas segala program dari Kementerian.. MBAS banyak bergantung kepada kementerian dan kerajaan negeri.. terima kasih atas respons kpd blog saya... saya juga pasti akan bersama-sama membantu menyebarkan apa-apa program dan aktiviti berkaitan PBT yg dilaksanakan oleh pihak kementerian... salaam

      Delete