Pages

Monday, 8 April 2013

DEKLARASI HASIL MBAS.... di Krabi pada tanggal 05 April 2013

Krabi , Thailand
07 April. 2013
Catatan: Mohd Asri Redha

Disinilah termetrainya Deklarasi Hasil MBAS...
Perjalanan  pulang dari Krabi, Thailand ke Alor Setar memang meletihkan , apatah lagi dengan menaiki bas persiaran. Jaraknya lebih kurang 700 km. iaitu kira-kira 7 ke 8 jam perjalanan dalam keadaan biasa. Tidor dah tidur , larat ka nak tidur sepanjang perjalanan ini, jadi saya ambillah teman karib saya ni, untuk patuk-patuk huruf yang ada ini menjadi perkataan dan ayat yang boleh difahami oleh pembaca sekalian.

Sebenarnya saya bersama anak buah ke Krabi dalam satu program khas atau misi khas untuk membincangkan secara bebas dan terbuka berkenaan kaedah dan pendekatan untuk meningkatkan  pendapatan MBAS. Hasil perbincangan itu telah di padatkan dalam satu deklarasi yang dinamakan Deklarasi Hasil MBAS yang mana deklarasi ini dipersetujui bersama oleh pihak pengurusan atasan MBAS bersama semua Ketua Jabatan dan semua Ketua Bahagian MBAS. Atas persetujuan ini semua yang terlibat telah beriltizam dan berazam untuk berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan pendapatan MBAS melalui pendekatan-pendekatan yang lebih agresif , kreatif, inovasi dan juga peningkatan kecekapan dalam pengurusan sumber manusia MBAS. Dalam masa yang sama semua telah berikrar dimana ada ruang   untuk penjimatan dan mengelakkan pembaziran maka itu juga akan diberi keutamaan kerana ia memberi kesan besar kepada perbelanjaan MBAS.


Maka adalah diharapkan apa yang telah dipersetujui bersama ini, pada akhirnya ianya akan memberi kesan yang lebih positif terhadap peningkatan hasil MBAS, samada dalam tempoh terdekat ini dan tempoh jangka panjang. Perkara penting yang perlu diberi keutamaan ialah melihat kepada  sumber manusia dan aset MBAS yang ada agar dapat digunakan dengan semaksima mungkin sesuai dengan imbuhan yang diterima oleh setiap kakitangan. Peranan ketua jabatan dan bahagian adalah amat penting dalam melihat dan memantau  setiap ativiti anak buah masing-masing disamping merancangkan program pelan tindakan yang sesuai kearah matlamat yang telah ditetapkan itu.

Bolehkah pondan2 seperti ini dibiarkan berkeliaran 
ditempat awam di Malaysia... Sudah tentu tidak. 
Pondan2 ini sedang mempromosikan pertunjukan 
teater pondan yang diadakan setiap  2 jam. .. 
Sebab itu saya kata nak ikut macam Siam ..
 memang tak termampu kita..
Apabila bercakap fasal lawatan ke Krabi ini, saya suka juga untuk bercerita akan apa aktiviti-aktiviti yang ada di Krabi ini dan kenapa ramai pelancung-pelancung dari seluruh dunia datang ke tempat ini. Dari segi kedudukan geografinya Krabi yang luasnya 4709 km persegi ini, ianya  lebih kurang samalah dengan tempat lain yang terletak ditepi pantai .  Panjang pantainya lebih kurang 160 km. Kalau dipantai Chenang , Pulau Langkawi, lebih kurang begitulah suasana dan aktivitinya. Namun begitu pihak pemerentah dan rakyatnya amat bijak mengeksploitasikan sumber alam semulajadi yang ada itu untuk menarik pelancung datang melawat. Sebenarnya sepanjang apa yang saya lihat disini tak ada apa pun yang menarik sangat  , samalah seperti tempat lain. Krabi ada pantai yang panjang, dan pulau yang banyak. Jadi dari situlah bermulanya industri pelancungan berkembang dengan adanya resort dan hotel-hotel yang tumbuh bercambah disekitar Bandar Krabi ini dan sepanjang pantainya. Cumanya aktiviti  ekonomi di Krabi ini tidak ada had  jenis aktiviti.. halal haram sama sahaja. Kita di Malaysia tidak boleh lakukan sebebas itu seperti industri sex, kedai minuman keras yang bebas, dan jangan terkejut ada juga pertunjukan hiburan oleh pondan-pondan yang tidak kurang hebatnya yang mempunyai ramai peminatnya juga.
Lampu isyarat ini memang saya berkenan sungguh.
unik pula.. kalau boleh buat macam ni kat 
Alor Setar .. kan bagus.. tapi tentunya 

kosnya tinggi... Apatah lagi kalau 
cara bawa kenderaan orang 
kita yang gila-gila sikit.dia

langgar habis segalanya.

Island Hopping
Hotel yang saya  menginap ini namanya Best Western Ban Ao Nang , cantik dan selesa hotel ini.  Letaknya kira-kira 100 meter sahaja dari pantai yang menghadap laut Andaman dan hanya 20 minit perjalanan dari Bandar Krabi. Memang cantik hotel ini.  Hotelnya terletak disepanjang Aonang Beach .. Keluar sahaja dari lobi hotel,  kiri kanan hotel penuh dengan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan cenderamata yang diminati oleh pelancung.  Pelbagai perkhidmatan disediakan seperti sewa bot, sewa kereta, snorkling dan pelbagai perkhidmatan untuk pelancung. Mudah berurusan dengan mereka. Restoran-restoran pelbagai citarasa berlambak-lambak kat sini untuk disesuaikan dengan pelbagai bangsa pelancung dari serata dunia yang       datang melancung ke Krabi ini..

Aktiviti yang tidak boleh ditinggalkan apabila melawat Krabi ialah 'Island Hopping'.. Memandangkan kesuntukan masa hanya sempat melawat 4 buah pulau yang agak popular .  Melawat pulau dengan bot laju . Boleh juga melawat dengan menggunakan bot ekor panjang  dengan harga yang lebih murah. Antara pulau yang menarik dilawati ialah di Tup Island dengan pasir pantainya yang halus dan laut biru kehijauan luas terbentang.  Di Pranang Island rombongan kami melawat gua yang banyak kedapatan kat situ hasil kejadian semula jadi akibat hempasan ombak sejak ribuan tahun yang lalu.Kat pulau ini katanya tempat orang mohon hajat untuk dapat jodoh dan dapat anak.. Entah mai daripada mana tak taulah saya sampai orang percaya begitu sekali, tapi yang saya nampak pelbagai bentuk ukiran kemaluan lelaki , ada yang besar dan ada yang kecil kat gua yang ada dan ada pula orang dok sembah dan berniat kut kat situ.. lelaki perempuan sama saja. Naik geli  tengok.. Kat situ
Gua ini yang saya cerita tempat orang mai minta
hajat mudah dapat jodoh.. ada yang sembah lagi..
kat dalam tu penuh dengan pelbagai ukiran
kemaluan lelaki pelbagai saiz dan bentuk....
memang lawak tengok kelaku orang yang 
sampai macam tu sekali percaya...
ada pantai yang pasirnya putih mulus ... jadi ramai yang mandi kat situ.


 Dua pulau lagi yang dilawati ialah Chicken Island dan Poda Island dimana nampak
Kat Phranang Island
kejernihan air lautnya berkaca-kaca.. Saya tak ikut snorkling kat laut sekitar pulau tersebut kerana malas nak tukar baju basahan. Tapi anak-anak buah yang lain seronok sakan depa..  setengah tu bukan sedar yang depa tak tau berenang... harap kat pelampung sahaja. Walau bagaimanapun semuanya nampak gembira dan rasanya dapat 'release tension'.


Banyak pengajaran saya belajar dari lawatan ini terutama dari segi pengurusan industri pelancungannya. Saya melihat dari segi kempen promosinya memang hebat. Sektor swasta yang terlibat dalam industri ini memang proaktif dan tidak bergantung sangat kepada kerajaan. Beda sangat dengan di Malaysia yang masih bergantung pelbagai bentuk bantuan dari kerajaan. Dari segi keselamatan pelancung memang terjamin, walaupun disebelah selatan Thailand agak kalut sikit. 


Berkenan tengok mangkuk tandas ni..
Pengurusan perbandarannya terutama dari segi landskap, agak biasa saja. Cuma saya suka sangat tengok pokok bunga kertas nya yang berwarna warni dan subur-subur belaka. Yang ni MBAS kena belajar. Dijalan utamanya pokok-pokok ditrim dengan elok dan cantik dan nampak bentuk tertentu. 

Salah satu produk OTOP....
Kebersihan bandarnya agak baik. Saya agak tertarik dengan tandas awam mereka iaitu mangkuk tandas yang tidak perlu pasang pam. Cukup dengan secebok  air untuk menghanyutkan najis ke dalam lubang kumbahan. Ini amat sesuai dengan tabiat orang Malaysia yang malas nak 'flush' pam dan kadar vandalisma yang tinggi. Jadi saya rasa nak cadang buat mangkuk tandas yang seperti itu kalau ada cadangan nak buat tandas awam kat kawasan Bandaraya Alor Setar.... Agak-agak arkitek boleh terima tak cadangan saya ni. ... Saya juga dapati sehingga kini Thailand masih lagi melaksanakan program OTOP.. One Tambun One Produk.. sebab itu semasa balik rombongan sempat singgah membelibelah barang-barang OTOP yang dijual .... laku sungguh terutama pelbagai jenis kuih-kuih dan kraftangan serta buahan-buahan.

Di Kedah dulu pernah diperkenalkan program IKIP iaitu satu kampung satu produk dan saya pernah terlibat secara langsung dalam memperkenalkan program ini di daerah Kubang Pasu iatu produk tangki najis fibreglass dan limau bali. tapi.. sekarang rasanya hanya tinggal nama sahaja. Kalau masih ada pun tidaklah sehebat pada waktu awal-awal pelancaran dulu. Mungkin program dibuat itu bermusim sahaja.. orang lain buat kitapun nak buat, beralih menteri, berubah pendekatan, beralih kerajaan, beralihlah kepentingan....  ini yang susahnya di Malaysia ini.. sesuatu dasar yang diperkenalkan itu tidak lama, jadi kita tidak dapat melihat hasilnya dalam jangka panjang.
Deretan bot enjin ekor panjang yang begitu banyak. kat
muara sungai ini ... Bayangkan kalau terjadi apa2
pada industri pelancungan ini...berapa banyak 
rakyat terpaksa menanggung derita akibat 
ketiadaan pelancong.

Ok... nampaknya bas berhenti kat tepi jalan... nak buat apa ni.. .. jenguk keluar.. rupanya ada berpuluh gerai jual buah nanas disatu tempat yang saya kurang jelas nama tempatnya tapi terletak lebih kurang 20 km sahaja lagi menuju ke Hatnyai..  Inipun produk OTOP juga..

Ok saya rasa cukuplah dulu menaip kat sini.. mata dah naik binau ni bila menaip dalam bas yang bergerak...  Saya nak beli nenas juga buat buah tangan.. Rasanya berpuluh biji juga laku buah nanas yang dijual itu dibeli oleh anak-anak buah... Lepas ni nak pi dinner kat Hatnyai pula.... Tentunya tomyamnya yang pedas sedap itu ... 

Jadi cadangan saya kalau sesiapa yang teringin melawat luar negara tapi bajet menjadi halangan, maka di Krabi adalah tempat yang terbaik... anda tidak akan rugi  kalau datang ke sini. Tapi kalau tak pernah ke Pulau Langkawi, elok pi melancung ke Pulau Langkawi dulu... Di tempat kita sebenarnya indah dan cantik juga....


TeRaTaK KaSiH 


No comments:

Post a Comment