Pages

Monday, 1 April 2013

vSphere And VMware ... apa ni...

Catatan: Mohd Asri Redha
27.03.2013
Tempat: Hotel Seri Malaysia, Alor Setar

Baca tajuk diatas pun dah rasa semacam. apatah lagi orang macam saya ni. Jadi bila disuruh untuk bercakap sikit di 'Seminar Optimumkan Sumber-Sumber Dengan Teknologi Maya' anjuran MBAS dengan kerjasama Syarikat Mesiniaga, saya dah mula rasa tak selesa. Ini bukan forum saya untuk bercakap berkenaan IT dan Komunikasi.

Jadi saya bercakap hanya berkenaan kepentingan teknologi maklumat dan perkembangan komputer yang terlalu cepat berkembang hinggakan kadang-kadang kita tidak bersedia untuk membuat perubahan dengan mendadak, apatah lagi di jabatan-jabatan kerajaan dimana prosedur untuk membuat perubahan itu memerlukan perancangan awal sebelum boleh mengikut perancangan yang dibuat.Berlaku kelewatan disitu.  Hakikatnya ialah jika pekerja tidak mengikuti akan perkembangan teknologi maklumat ini, maka pada akhirnya akan ditinggalkan jauh dan segala peluang-peluang yang ada akan terlepas ketangan orang lain yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan sentiasa belajar untuk menguasainya atau memilikinya dengan apa cara sekalipun.

Pada seminar ini para peserta diperkenalkan dengan teknologi terkini yang yang direka dalam
platform IT dimana teknologi ini dinamakan vSphere.. apa maksud saya tak berapa jelas tapi fahaman saya ialah teknologi ini merupakan satu penyelesaian memaksimumkan penggunan server dijabatan dengan menggabungkan beberapa server yang ada dalam satu server sahaja tanpa memberi kesan negatif kepada perjalanan operasi server tersebut malahan meningkatkan lagi kecekapan penggunaan server tersebut. Penggabungan beberapa server ini juga  dalam satu server sebenarnya banyak membawa manfaat kepada jabatan tersebut terutama dari segi pengurangan kos jangka panjang, penyelenggaraan, pendaftaran lesen OS, penggunaan tenaga yang semakin kurang, penggunan tenaga manusia yang juga berkurangan dan sebagainya...  cukup takat itu sahaja, nak cerita lebih2 nanti tak betul pula ..... maklumlah saya bukan orang IT.

Cik Anne Kee dari Mesiniaga sedang memberi penjelasan
berkenaan sofware yang dibangunkan ..
Satu lagi istilah VMware... yang inipun pening juga memikirkannya. Walau bagaimanapun cara-cara pemahaman orang biasa macam saya ini ialah penggunaan komputer jabatan tidak lagi bersendirian atau 'alone' Ianya perlu dirangkaikan dan dalam satu jabatan hanya ada satu server atau pengkalan data berpusat sahaja. Setiap komputer tidak ada lagi hard disk tersendiri, pencetak sendiri dan sebagainya. Pengguna atau pekerja hanya ada monitor, keyboard dan mouse sahaja kat meja. Segala urusan penyimpanan data-data yang ditaipkan disimpan terus ke pengkalan data jabatan yang dipusatkan dalam satu server.. ini juga jika dikaji memang amat menguntungkan jabatan yang menggunakan teknologi tersebut. Dengan itu kos penyelenggaraan dapat dikurangkan dan segala penggunaan komputer dapat dikawal secara lebih terperinci dan mudah...


Oklah, tak mau cerita panjang fasal apa yang berlaku dalam seminar tersebut. Saya cuma sekadar memaklumkan seminar ini sebenarnya melibatkan lebih 60 orang para peserta dari seluruh jabatan-jabatan negeri.. Ada yang datang memang dari berpengetahuan IT yang luas dan ada juga yang amat kurang dari segi pengetahuan IT.  Sengaja diaturkan agar melibatkan ramai peserta dalam dan luar MBAS sebagai usaha MBAS untuk menambahkan pengetahuan dan ilmu dalam bidang IT terutama dalam pengetahuan  teknologi terkini yang boleh diaplikasikan di jabatan.  MBAS perlu membudayakan penggunaan ITsecara maksimum dalam segala proses kerja seharian. Kalau tidak akan memberi masalah untuk mendapatkan maklumat- maklumat terkini memandangkan data-data dan maklumat semakin bertambah setiap hari.

Walaupun saya bukan orang IT , saya sentiasa menggalakkan anak-anak buah agar sentiasa peka dengan perubahan-perubahan yang berlaku dan setiap operasi jabatan dan bahagian masing-masing perlu dan wajib di formulasikan dalam bentuk pengkalan data yang boleh dibuat analisa dan mudah dicapai setiap maklumat yang diperlukan tanpa perlu lagi merujuk fail-fail dibilik fail yang meremehkan. Kecekapan dan kecepatan dalam tugasan harian pasti berlaku dengan sendirinya dan sudah tentu pelanggan yang berurusan dengan MBAS akan berpuas hati....

Ok ... itu sahaja.. kita jumpa lagi

Teratak Kasih....



No comments:

Post a Comment