Pages

Friday, 27 June 2014

PROGRAM TRANSFORMASI SOSIAL.. STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN DIBAWAH KEJIRANAN INDAH..

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh: 23 Jun 2014
Tempat: Rumah Pangsa Alor Malai

Selamat Sejahtera.. Saya mendoakan pembaca blog saya sentiasa dalam keadaan sihat walafiat, dipermudah segala urusan dan seterusnya diberi kebahagiaan berterusan. Hari ini saya ada kat Perumahan Awam Rumah Flat Alor Malai utk program di atas....

Nampak tak ni.. alat senaman ni.. canggih kan
cantik dan kemas. Semua ini untuk kegunaan
warga flat ini.. Saya harap segala peralatan
yang dipasang ini dapat digunakan dengan 
sebaik mungkin oleh penghuni dan menjaga
dengan sebaik mungkin.
Majlis Bandaraya Alor Setar terlibat secara langsung dlm pelaksanaan kerja penyelenggaraan bangunan ini dgn peruntukan dari Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan  dan Kerajaan Tempatan.  Walaupun sepatutnya urusan-urusan penyelenggaraan ini dilaksanakan oleh agensi lain tetapi sebagai menunaikan tanggungjawab sosial MBAS pada warganya maka MBAS mengambil tanggungjawab ini  untuk melakukan kerja-kerja yang ditetapkan oleh Kementerian dan Kerajaan Negeri tanpa rasa terbeban.. atas dasar untuk kepentingan dan kesenangan warga bandaraya Alor Setar.

Saya menceritakan ini kerana kadang-kadang orang menganggap kerja-kerja seperti ini memang kerja MBAS , jadi sebarang masalah yang berlaku diperumahan awam seperti ini maka banyak yang merujuk MBAS untuk menyelesaikan masalah perumahan mereka. Jika tidak dilaksanakan kehendak-kehendak tersebut maka MBAS akan dipersalahkan. Adalah tidak adil menuduh begitu seolah-olah MBAS yang bertanggungjawab. Sebagai contoh selanjutnya ialah Perumahan Awam Flat di Simpang Kuala, oleh kerana MBAS yang tolong buat penyelenggaraan flat itu tahun sudah, sekarang ini macam menjadi tanggungjawab MBAS pula untuk selesai masalah dalam flat, elektrik tak menyala cari MBAS, pum tidak berfungsi cari MBAS , masalah sosial dalam flat cari MBAS juga..  sistem kumbahan tersumbat cari MBAS.. Wah.. kalau macam ini susahlah MBAS. Sebenarnya MBAS tidak dapat banyak hasil pun dari cukai Pintu di kawasan ini kerana cukai pintunya terlalu rendah dan malahan tunggakan cukai pintu juga agak tinggi dikebanyakan perumahan-perumahan flat yang ada di sekitar Alor Setar ini.

Pokok yang ditanam oleh 
Datuk Bandar MBAS...  
Sesuatu yang amat luarbiasa sekali, kalau dibandingkan dengan negara-negara lain, kerajaan memberi bantuan dengan begitu banyak sekali terhadap penghuni beberapa taman perumahan rumah pangsa dinegara ini kerana rumah-rumah ini adalah rumah persendirian , walaupun yang membinanya adalah kerajaan, tapi pada akhirnya akan jadi hak tuan yang mendudukinya juga. Seperti mana di rumah flat Alor Malai ini, banyak kemudahan disediakan oleh kerajaan seperti mengecat semula bangunan-bangunan tersebut, mengetar semula kawasan, pembinaan taman permainan yang lebih elok dan moden, pembaikan sistem paip air dan elektrik dan pelbagai lagi kerja kerja yang dibuat.

Kadang-kadang saya terfikir juga, adakah penghuni-penghuni disini sedar akan segala bantuan yang diberikan itu. Adakah mereka menganggap apa yang kerajaan berikan itu adalah hak mereka yang mereka patut dapat.... Persoalan-persoalan seperti ini sengaja saya bangkitkan kerana saya agak kurang berpuashati akan penerimaan rakyat terhadap  program program yang dilaksanakan oleh kerajaan. Saya melihat seolah-olah penghuni-penghuni dikebanyakan perumahan awam tidak berapa nak kisah sangat akan apa yang dibuat oleh kerajaan. Seolah-olah kerajaan yang terhemoi-hemoi nak bantu .

Sebab itu dari pengalaman lalu saya melihat banyak aktiviti-aktiviti atau majlis-majlis yang diadakan oleh agensi kerajaan dikawasan kejiranan mereka tidak begitu mendapat sambutan penghuni tempat.. Mungkin sibuk segalanya. Program gotong royong yang diatur dikawasan mereka, hanya berapa kerat sahaja yang dapat mengambil bahagian ... Banyak orang luar berbanding penduduk tempatan itu sendiri, sedangkan program yang diaturkan itu adalah untuk kepentingan mereka juga.   Sedangkan kalau turun semua ... beratus-ratus orang rasanya boleh selesai segala macam masaalah, dan kalau pandai disusun atur oleh Jawatankuasa Taman Perumahan tersebut, keadaan persekitaran taman tersebut pasti dalam keadaan yang terbaik, kebersihan terjamin, dan keadaan lebih terkawal. Tapi realitinya tidak begitu.. Sekarang ini saya nampak Perumahan Awam Alor Malai ini bersih elok, sebab semua agensi masuk bantu bagi bersih bagi mengadakan majlis seperti hari ini. Nanti tengoklah semingu lagi datang tengok jadi lagu mana ... saya dah boleh bayangkan jadi lagu mana.

Penulis tumpang sekaki ambil gambar.. nak buat lagu mana
penulis suka ambil gambar...... untuk kepuasan diri
Program hari ini adalah acara  pelancaran program oleh YB Tn Hj Badrulhisham Hashim, EXCO   Kedah diikuti bacaan ikrar oleh penduduk flat Alor Malai ( Ada lebih kurang 25 orang sahaja yang datang baca ikrar), Penyerahan peti Maklumat Polis (Program Bandar Selamat), Pelancaran Program 3R (Pengumpulan dan Kitar Semula) Penyerahan Peralatan Perkebunan kepada penghuni flat dan lain-lain program tambahan.

Komitmen Kementerian amat baik sehingga Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia Dr Dahlia bt. Rosly turut hadir bersama rombongan dari Putrajaya... Macam yang saya kata tadi, tak ramai penghuni flat ini yang turun ke program yang dibuat khusus untuk mereka... Saya tak dapat meramalkan sampai bila perubahan-perubahan sikap rakyat kita akan berubah kearah yang lebih prihatin sikit terhadap keadaan persekitaran mereka dan menghargai setiap usaha-usaha dan bantuan-bantuan yang kerajaan berikan berterusan itu...

Ok... itu saja celoteh saya kali ini..  sampai ketemu lagi.. dalam ulasan dan tajuk lain pula...

Al Fatihah...



No comments:

Post a Comment