Tarikh: 23 Jun 2014
Tempat: Rumah Pangsa Alor Malai
Selamat Sejahtera.. Saya mendoakan pembaca blog saya sentiasa dalam keadaan sihat walafiat, dipermudah segala urusan dan seterusnya diberi kebahagiaan berterusan. Hari ini saya ada kat Perumahan Awam Rumah Flat Alor Malai utk program di atas....
Saya menceritakan ini kerana kadang-kadang orang menganggap kerja-kerja seperti ini memang kerja MBAS , jadi sebarang masalah yang berlaku diperumahan awam seperti ini maka banyak yang merujuk MBAS untuk menyelesaikan masalah perumahan mereka. Jika tidak dilaksanakan kehendak-kehendak tersebut maka MBAS akan dipersalahkan. Adalah tidak adil menuduh begitu seolah-olah MBAS yang bertanggungjawab. Sebagai contoh selanjutnya ialah Perumahan Awam Flat di Simpang Kuala, oleh kerana MBAS yang tolong buat penyelenggaraan flat itu tahun sudah, sekarang ini macam menjadi tanggungjawab MBAS pula untuk selesai masalah dalam flat, elektrik tak menyala cari MBAS, pum tidak berfungsi cari MBAS , masalah sosial dalam flat cari MBAS juga.. sistem kumbahan tersumbat cari MBAS.. Wah.. kalau macam ini susahlah MBAS. Sebenarnya MBAS tidak dapat banyak hasil pun dari cukai Pintu di kawasan ini kerana cukai pintunya terlalu rendah dan malahan tunggakan cukai pintu juga agak tinggi dikebanyakan perumahan-perumahan flat yang ada di sekitar Alor Setar ini.
Pokok yang ditanam oleh
Datuk Bandar MBAS...
|
Kadang-kadang saya terfikir juga, adakah penghuni-penghuni disini sedar akan segala bantuan yang diberikan itu. Adakah mereka menganggap apa yang kerajaan berikan itu adalah hak mereka yang mereka patut dapat.... Persoalan-persoalan seperti ini sengaja saya bangkitkan kerana saya agak kurang berpuashati akan penerimaan rakyat terhadap program program yang dilaksanakan oleh kerajaan. Saya melihat seolah-olah penghuni-penghuni dikebanyakan perumahan awam tidak berapa nak kisah sangat akan apa yang dibuat oleh kerajaan. Seolah-olah kerajaan yang terhemoi-hemoi nak bantu .
Sebab itu dari pengalaman lalu saya melihat banyak aktiviti-aktiviti atau majlis-majlis yang diadakan oleh agensi kerajaan dikawasan kejiranan mereka tidak begitu mendapat sambutan penghuni tempat.. Mungkin sibuk segalanya. Program gotong royong yang diatur dikawasan mereka, hanya berapa kerat sahaja yang dapat mengambil bahagian ... Banyak orang luar berbanding penduduk tempatan itu sendiri, sedangkan program yang diaturkan itu adalah untuk kepentingan mereka juga. Sedangkan kalau turun semua ... beratus-ratus orang rasanya boleh selesai segala macam masaalah, dan kalau pandai disusun atur oleh Jawatankuasa Taman Perumahan tersebut, keadaan persekitaran taman tersebut pasti dalam keadaan yang terbaik, kebersihan terjamin, dan keadaan lebih terkawal. Tapi realitinya tidak begitu.. Sekarang ini saya nampak Perumahan Awam Alor Malai ini bersih elok, sebab semua agensi masuk bantu bagi bersih bagi mengadakan majlis seperti hari ini. Nanti tengoklah semingu lagi datang tengok jadi lagu mana ... saya dah boleh bayangkan jadi lagu mana.
Penulis tumpang sekaki ambil gambar.. nak buat lagu mana penulis suka ambil gambar...... untuk kepuasan diri |
Komitmen Kementerian amat baik sehingga Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia Dr Dahlia bt. Rosly turut hadir bersama rombongan dari Putrajaya... Macam yang saya kata tadi, tak ramai penghuni flat ini yang turun ke program yang dibuat khusus untuk mereka... Saya tak dapat meramalkan sampai bila perubahan-perubahan sikap rakyat kita akan berubah kearah yang lebih prihatin sikit terhadap keadaan persekitaran mereka dan menghargai setiap usaha-usaha dan bantuan-bantuan yang kerajaan berikan berterusan itu...
Ok... itu saja celoteh saya kali ini.. sampai ketemu lagi.. dalam ulasan dan tajuk lain pula...
Al Fatihah...
No comments:
Post a Comment