Tarikh: 12 Ogos 2012
Sambil-sambil dalam perjalanan pulang dari meeting di WDA.. saya terasa nak ronda-ronda kat beberapa premis MBAS dan bengkel-bengkel MBAS yang berada dimerata tempat disekitar bandaraya ini.. Bukan ada apa.. cuma sekadar meninjau akan aktiviti-aktiviti anak-anak buah kat premis-premis tersebut...
Harapan saya memang tinggi menggunung bahawa segalanya adalah terkawal.. apatah lagi MBAS baru sahaja dianugerahkan Persijilan 5S.. kira bolehlah dibanggakan bila mendapat pengiktirafan tersebut...
Namun segalanya tidak sepertimana yang disangka .. diluar sana saya terkejut tak terkata... tak apalah tidaklah perlu dicerita kat sini.. kurang manis pula.. biarlah saya cuba selesaikan dulu satu persatu dengan anak-anak buah dimana yang boleh, mungkin ada masalah-masalah yang saya tidak dapat fahami lagi... atau mungkin selama ini tak ada siapa yang ambil berat akan hal-hal seperti itu..
Teratak Kasih
No comments:
Post a Comment