Monday, 14 April 2014

PentingnyA Kesedaran Dan Pelaksanaan TekNologi HijaU Dan Pengkalan Data Infrastruktur..

Catatan: Mohd Asri Redha.
Tarikh: 10 April 2014

Assalaamualaikum.. Apa khabar bung semua... Harapnya saudara-saudara saya semua sentiasa diberi kerahmatan dan sentiasa dimuliakan oleh Allah SWT... Sebagai manusia, saya dan kita semua kena buat sesuatu yang baik-baik belaka supaya Allah sentiasa memuliakan kita... Kenapa harus kita meremehkan perkara-perkara baik tapi tanpa kita sedari kita asyik melakukan perkara-perkara yang membuatkan kita semakin jauh dari rahmat Allah SWT... kita asyik dok mengata kat orang, asyik menyebarkan berita-berita yang belum tentu shahihnya dalam blog dan FB.. kita asyik memfitnah orang itu ini, kita asyik curi tulang saja dalam bekerja dan segala macam lagi yang kita rasa kecik sahaja, tak ada apa-apa tapi sebenarnya ia sedang memakan diri kita secara kita tidak sedari.

Jadi mari kita cari yang baik-baik sahaja... Ok.. Saya baru sahaja pulang dari Putrajaya dan Bangi untuk Lawatan Kerja Jawatankuasa Teknologi Hijau Negeri Kedah ke sebuah Sykt yang mempraktikkan teknologi hijau dan juga ke Pust Infrastruktur Data Geospatial Negara Malaysia di
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Malam ini walaupun letih-letih sikit tapi saya ambil kesempatan juga tulis sikit cerita-cerita fasal lawatan rasmi ke kedua-dua tempat tu. Saya ada banyak bahan juga untuk cerita dan menarik juga untuk dicerita kerana ianya amat berkaitan dengan diri saya kita semua dan jabatan kita.

Sekarang ini telah banyak diperkatakan tentang pelbagai isu alam sekitar, isu krisis tenaga, isu kekurangan sumber  dan segala macam isu-isu yang berlaku disekeliling kita. Manusia semakin bertambah bilangannya setiap tahun,sedangkan sumber-sumber asli yang boleh dieksploitasikan semakin berkurangan..  minyak semakin berkurangan, air juga semakin berkurangan disetengah tempat dan setengah tempat berlebihan pula, pokok menghijau semakin ghairah ditebang untuk digunakan maksud lain, pelepasan gas-gas merbahaya semakin banyak diudara sekeliling kita akibat penggunaan pelbagai peralatan letrik dan elektronik dan jentera. Ini semua menyumbang kepada satu alam sekitar yang tidak begitu enak untuk didiami.

Sebab itulah sekarang ini orang sudah berfikir tentang 'Teknologi Hijau' . Bagaimana menggunakan sumber yang ada dengan maksima dan ada keseimbangan. Amalan Teknologi Hijau dalam setiap aktiviti dan pembangunan amat digalakkan. Sebab itu bila ada lawatan diatur ke Syarikat Greentech Malaysia di Bandar Baru Bangi..  saya benar teruja untuk menghadirinya kerana untuk melihat sendiri bagaimana amalan teknologi hijau dipraktikkan dibangunan pejabat mereka. Oleh mereka juga merupakan .




perunding dalam melaksanakan teknologi hijau maka sudah tentu saya kira bangunan pejabat merekapun ada laksana amalan teknologi hijau.

Memang benar bagaimana dikata.. apabila mendengar taklimat yang diberikan dan juga melawat sekitar bangunan mereka saya boleh melihat sendiri bagaimana mereka melaksanakan amalan teknologi hijau dalam setiap ruang ofis mereka. Yang menariknya dari CEOnya dan pegawai-pegawai teknikalnya adalah dari kalangan orang Melayu.

Sebenarnya saya amat berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Teknologi Hijau ini, kerana selain ianya menjimatkan dan mengurangkan pembaziran ia jua memberi kesan kepada kualiti alam sekitar yang semakin.

Saya pernah buat satu catatan dalam blog berkenaan kajian penggunaan utility di Bangunan Sultan Abdul Halim yang menempatkan pelbagai jabatan jabatan kerajaan negeri. Kajian dibuat oleh JKR  dan saya cuma memberi ulasan sahaja. Didalam kajian itu diberikan pandangan dan cadangan bagaimana untuk mengurangkan  perbelanjaan utility tenaga seperti elektrik, air dan penyelenggaraan.. Cadangan pengurangan kos hanya melibatkan aspek-aspek      cara menggunakan utility, sikap pengguna utility dan hal-hal berkaitan seperti itu sahaja tanpa ada unsur-unsur teknologi hijau yang dimaksudkan .  Mungkin pada waktu itu belum ada lagi teknologi-teknologi berkesan yang diperkenalkan, dan kalau adapun terlalu amat mahal dari segi penyediaan peralatan dan sebagainya.

http://semangatjatiptks.blogspot.com/2012/02/kenali-bangunan-tempat-anda-bekerja.html

Kompleks bangunan Green Tech Malaysia ini merupakan contoh bangunan masa kini dan masa hadapan yang patut dicontohi dalam pelan perancangan bangunan pejabat mahupun bangunan komersial. Diiktiraf sebagai Green Energy Office (GEO) dan 'Malaysia First Certified Green Building & Low Carbon Emmission'. Kalau saya nak cerita disini apa yang ada disini memang banyak. Memadai saya lampirkan pamphlet yang berkaitan bangunan ini dimana sebenarnya Teknologi Hijau ini sebenarnya sudahpun bertapak di Malaysia dan kita sudahpun ada pakar dalam bidang ini yang boleh membantu dalam merekabentuk bangunan-bangunan dan juga dalam mengubahsuai bangunan bagi menepati keperluan teknologi hijau ini.

Saya amat kagum sekali dengan bangunan ini. Bayangkan bila saya masuk kedalam bangunan, lampu-lampu dipasang amat minima sekali tapi masih lagi cerah . Kesejukan dalam bangunan ini amat ketara sekali tetapi saya mencari dimana lubang keluar angin sejuk. tidak terjumpa. Tak ada lubang angin aircon... Lama juga memikirkannya sehinggalah semasa dibawa melawat baru saya tahu teknologi yang digunakan iaitu teknologi Floor Slab Cooling. Penggunaan tenaga solar memang lama sudah kita dengar dan memang amat memberi manfaat. Dibangunan ini screen pengutip tenaga matahari juga bertindak sebagai bumbung yang lutsinar.. cahaya pula boleh masuk dari atas bumbung dan ditapis dengan teknologi tertentu menjadikan cahaya yang masuk nyaman dan  sesuai  selain solar energy yang dihasilkan digunakan untuk bangunn dan tenaga yang lebih dijual balik kepada TNB. Begitu juga dengan teknik pengumpulan air hujannya, Lampu yang ada dikawal secara automatic dan juga secara manual dipusat kawalan selain penggunaan Led yang sememangnya jimat tenaga.

Membina bangunan seperti ini sebenarnya memang memerlukan kos yang agak tinggi. Saya difahamkan kos bangunan ini dalam keadaan biasa sahaja ialah RM13.5 juta . Tetapi untuk menjadikan ianya sebuah Green Energy Office ada dua komponen besar peralatan dan design yang perlu diambil kira iaitu keperluan peralatan Energy Efficiency dan Renewable Energy. Untuk menambah keperluan itu sahaja menjadikan kos meningkat kepada RM20 juta... Walaupun kos menjadi halangan tetapi future building perlu memikirkan kearah tersebut, kerana memang dalam jangkapendek  kelihatan amat tinggi tetapi dari segi jangkapanjangnya amat menguntungkan dan kesan alam sekitar juga memberi kebaikan. Saya dimaklumkan dalam keadaan biasa bangunan sebesar ini kebiasaannya kos elektrik sekitar RM30 ribu ke R40 ribu tapi bangunan ini hanya menggunakan elektrik sekitar RM5 ribu ke RM10 ribu sahaja. Malahan lebihan tenaga boleh djual balik lagi ke TNB. Begitu juga dengan penjimatan penggunaan bekalan air paip yang begitu ketara dapat dikurangkan.

Saya juga berpeluang menaiki bas dan kereta sedan yang menggunakan tenaga elektrik sebagai sumber kuasa. Memang ada  kelainan menaiki kenderaan elektrik dengan kenderaan

Saya kira sudah sampai masanya arkitek-arkitek binaan dan landskap dalam membuat satu perubahan dalam design mereka dengan mengambil kira akan keperluan teknologi hijau.  Modiul-modiul pembelajaraan untuk mendapat taraf arkitek perlu mengambil kira berkenaan teknologi hijau.
Sebenarnya Teknologi Hijau bukan sekadar dalam bangunan sahaja.. diluar bangunan pun ada juga yang boleh kita kategorikan sebagai Teknologi Hijau. Pada  minggu lepas MBAS baharu sahaja menandatangani perjanjian dengan Indah Water Konsortium (IWK).  Perjanjian ini adalah sebagai satu komitmen MBAS untuk meggunakan biosolid dan air kumbahan terawat. Ini juga menggunakan Green Technology dimana air terawat itu digunakan untuk menyiram pokok-pokok bunga manakala biosolid tersebut digunakan sebagai baja asli menggantikan baja kimia yang digunakan sekarang ini. Penggunaan semua bahan-bahan ini membantu dalam kualiti alam sekitar.. Ini lah salah satu penglibatan MBAS dalam merealisasikan pelaksanaan green technology sekadar kemampuan yang ada diMBAS.

Lawatan saya seterusnya bersama dengan AJK Teknologi Hijau Peringkat Negeri Kedah ialah ke Pusat Insfrastruktur Data Geospatial Negara di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Di sini semua peserta diberikan taklimat oleh pihak pegawai kanan pusat ini . Banyak pengkalan data yang dibangunkan oleh pusat ini untuk dimanfaatkan oleh semua jabatan dan rakyat sendiri boleh mengambil manfaatnya.






No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita