02 Disember 2012

Pembangunan projek bangunan perniagaan dan perumahan yang begitu pesat tanpa diikuti dengan sistem perparitan yang sempurna telah membuatkan aliran air tidak lagi lancar...
Ini ditambah pula dengan sikap sebahagian dari warga bandaraya yang tidak mahu memberi kerjasama pada usaha-usaha penyelesaian...
Begitu juga kerja binaan tambahan yang dibuat oleh kebanyakan rumah sekitar seperti simen laluan luar dan buat lanskap diluar pagar mengundang kepada aliran air yang tersekat-sekat dan air tidak dapat dapat meresap ke dalam tanah dan akhirnya menuju longkang yang sedia ada. Itu tidak mengambil kira lagi isu-isu pembuangan sampah terus ke dalam longkang-longkang perumahan yang ada menambahkan lagi merana penduduk yang terlibat... yang kadang-kadang secara tidak disedara kita sendiri adalah penyumbang kepada masalah banjir tersebut...
Cabaran besar kepada anggota profesional dan teknikal dalam MBAS untuk memikirkan cara dan pendekatan yang paling sesuai untuk menyelesaikan isu ini dengan mengambilkira faktor kos yang terhad dan sumber-sumber yang ada.
Lawatan pada 12 Dis. 2012 |
No comments:
Post a Comment