Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 01 Januari 2013
|
Ini adalah antara pembayar cukai pintu yang terawal
yang sempat saya rakamkan... Tahniah dan terima kasih
atas keprihatinan anda semua dan sedar tanggungjawab
sbg. warga bandaraya Alor Setar tanpa sebarang syarat...
|
Salam Sejahtera.... Kali ini belum sempat untuk tulis banyak-banyak sempena awal tahun 2013 ...cuma pagi-pagi tadi jam 7.45 pagi saya tiba kat MBAS... rupanya dah ada pelanggan MBAS .... rasanya pembayar cukai pintu, sedang sabar menunggu kaunter dibuka untuk bayar cukai pintu.. mungkin mereka ni mahu menjadi pembayar cukai terawal pada 01.01.13.
|
Anak-anak buah MBAS yang sabar melayani pelanggan.. |
Saya tabik pada mereka ini semua..Saya amat hargai komitmen dan kesungguhan mereka ini semua kerana menjadi pembayar cukai pintu yang setia dan sedar tanggungjawab mereka sebagai warga MBAS. Walaupun mereka ini tidak pernah tanya apa yang mereka dapat dari apa yang mereka bayar itu. Inilah contoh-contoh warga yang bertanggungjawab. Saya sendiri rasa malu pula kerana ada ramai anak-anak buah yang mempunyai kediaman sendiri di MBAS belum boleh bayar awal.. malahan ada juga yang tertunggak, sedangkan di MBAS inilah tempat anak buah mencari rezeki. Sepatutnya kita sebagai warga anggota MBAS ini sendiri bayar lebih awal dari orang luar. ...
|
Cakap kena serupa bikin.. jadi saya pun ikhtiar juga bayar
cukai pintu rumah saya hari ini. Jadi dapatlah jam dinding
comel ini untuk pembayar cukai terawal sehingga stok
habis...Besok nak pi bayar cukai tanah pula.. Hari ini tak
sempat.....
|
Kalau semua warga bandaraya bersikap seperti itu rasanya tidaklah perlu kita ujud unit khas untuk buat program kutipan cukai pintu tertunggak... Tentunya kutipan cukai pintu tidak akan menjadi masalah. Tetapi yang berlaku sebaliknya... Tunggakan cukai pintu masih banyak.. berjuta-juta RM yang belum dapat dikutip.. Bila dilaksanakan operasi sitaan , isu lain pula yang timbul. Inilah cabaran besar warga MBAS untuk memastikan kutipan cukai dapat ditingkatkan dan tunggakan cukai pintu dapat dikurang sebanyak mungkin.
Ok.. jumpa lagi... kalau berminat dengan jam dinding comel ini siap dgn logo MBAS lagi..maka cepat-cepatlah bayar selesai cukai pintu untuk 2013 ini.... stok adalah terhad.. tunggu apa lagi.......
Teratak Kasih..Alor Setar
No comments:
Post a Comment