Catatan: Mohd Asri Redha
YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan turut
sama dalam program ini dan beliau telah mengambil
akan apa-apa isu dan masalah yang dibangkitkan.
|
Sebagai jabatan yang berkhidmat untuk rakyat saya tidak ada masalah untuk hadir ke program seperti ini walaupun ianya dianjurkan oleh JKKKP dan yang hadir juga adalah YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia serta YB AdUN kawasan dari Barisan Nasional. Sebagai pegawai kerajaan saya perlu bertindak professional.
Antara masalah dibangkitkan ialah: Naik taraf Taman
Kanak-Kanak ini .. samada baiki dan tambah kemudahan
sedia ada.
|
Antara aduan yang berkaitan dengan MBAS ialah i.. berkenaan Longkang yang agak kecil, boleh menyebabkan laluan air tersekat bila hujan lebat dan ada rumah yang ditenggelami air. Cadang bina longkang yang lebih besar lagi.
ii. Naik taraf peralatan permainan kanak-kanak di Taman Golf iaitu membaiki dan menambahkan kemudahan yang ada disitu.
iii. Minta kaji semula jalan sehala yag diletakkan papan tanda dilarang masuk.. kerana ia mengelirukan dan penduduk tidak ikut arahan tersebut.
iv. Cadangan tambah lagi lampu awam.
v. Isu2 keselamatan yang dibangkitkan banyak diberi perhatian oleh PDRM utk tindakan susulan
No comments:
Post a Comment