Saturday, 20 April 2013

KETELUSAN SPR

Catatan: Mohd Asri Redha..

Salam sejahtera...


Alhamdulillah... hari ini selesailah sudah proses penamaan calun PRU ke 13 ini. Maklumat yang saya dapat semua proses penamaan calun diseluruh negara berjalan lancar. Tidak ada perkara-perkara pelik yang berlaku... Itulah demokrasi namanya. Demokrasi cara kita. Semua orang berhak masuk bertanding.. 

Selesai sudah undi awal.. kemudahan mengundi awal untuk

anggota keselamatan pada 30.04.13... Segalanya berjalan 
lancar. Ejen2  Calun sedang memereksa peti undi
 yg ditutup pada pukul 7.00 ptg  sebelum tandatangan 
keselamatan bagi memastikan tong yang sama 
yang akan dibuka pada 05.05.2013 untuk pengiraan....

Sebelum ini memang ada rasa tidak puas hati terhadap ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihanraya ini. Walau bagaimanapun sistem pengurusan ini telah lama berjalan dan rasanya tidak ada masalah besar yang dihadapi. Isu ketidakpuasan hati ini biasanya akan timbul bila apa yang dijangka dan hajati tidak tercapai.. maka itulah jadinya segala macam tohmahan terhadap pengurusan perjalanan pilihanraya di Malaysia, khususnya oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia... Maka dengan kerana itu ada-ada saja bantahan dan protes-protes terhadap SPR. Yang berlaku sebelum ini ialah Gerakan Bersih.. dimana protes secara jalanan dibuat oleh NGO dan juga ada terlibat orang-orang politik dalam menyuarakan bantahan secara kurang sesuai itu. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi rasanya protes jalanan seperti itu hanya merugikan negara sahaja.

Saya tidak mahu ulas sangat  fasal perarakan dan perhimpunan BERSIH tersebut yang telahpun berlalu.. Nampaknya semua parti sudah mengambil bahagian dalam pertandingan dalam PRU 13 ini.. maknanya tidak ada pemulauan terhadap PRU ke 13 ini... 



Saya sebagai Penolong Pegawai Pengurus Parlimen P 09..
sedang meneliti borang pencalunan wakil rakyat
sebelum diterima....... 
Sebagai rakyat Malaysia saya tidak mahu huruhara berlaku disebabkan protes-protes jalanan yang tidak berkesudahan ini akibat ketidakpuasan segelintir orang terhadap perjalanan proses pilihanraya yang diamalkan di Malaysia ini . 


Alangkah bagusnya kalau semua calun yang masuk bert anding bergandingan
tangan seperti ini sepanjang masa tempoh kempen ini.... Berkempen lah
dengan cara berhemah, beradab dan tidak menjatuhkan maruah calun
lawan kita...    agar kita tidak menambahkan dosa yang tidak
sepatutnya...   Barulah namanya demokrasi yang adil....
Namun kalau berlaku juga rasanya boleh menjejaskan kestabilan negara..kerana manusia kalau dah semangat terlalu lebih.. dia pergi kearah keganasan dan tidak heran sapa....  nak kawal sudah tidak boleh lagi... 'jenuh' lah pasukan keselamatan nak jaga.. kesan ekonomi akan lebih hebat lagi apabila berlaku kacau bilau dalam negara... kita akan rugi berbillion RM kalau pelabur takut.. pelancong tidak mahu datang melawat Malaysia, pengangguran akan meningkat, peniaga rugi besar, hasil cukai akan berkurangan, pegawai kerajaan macam saya nipun jangan harap nak dapat kenaikan gaji dan elaun-elaun yang dinikmati sekarang ini kalau ekonomi merudum.. fikir-fikirlah.Tak  fasa-fasal.. negara kita duduk dalam aman damai.. tiba-tiba begini jadinya... apalah nak jadi kita ni semua... sengaja cari penyakit..duduk senang lenang dah jadi tidak  senang lenang lagi.. barulah waktu tu nak meratap merayu.. tapi sudah tidak guna lagi.. bila ekonomi sudah rosak terok.. nak membaikinya tidak semudah yang disangka.

Saya cuba cari dalam majalah dan akhbar .. kalau-kalau ada coretan dan pengalaman orang yang menguruskan pilihanraya secara langsung... rasanya tidak jumpapun... yang ada ialah pegawai-pegawai kanan SPR bertungkus lumus dok jawab tohmahan dan kritikan yang dibuat oleh pelbagai pihak dan sudah tentulah BERSIH lagilah hebat sampaikan nak buat perhimpunan besar-besaran dijalanan. Ditambah pula dengan sokongan pelbagai parti-parti politik....   minta simpanglah jangan jadi perhimpunan  itu. Jadi saya cubalah coretkan sedikit pengalaman saya yang menguruskan pilihanraya .

Saya cuba nak 'kerosek' betulkah selama ni SPR dalam menguruskan pilihanraya ada agenda tersembunyi seperti untuk mengekalkan parti pemerentah yang sedang memerentah sekarang ini. ... khususnya Barisan Nasional. Saya cuba cerita balik berasaskan pengalaman saya sendiri yang telah bertugas sebagai pegawai kerajaan selama lebih 25 tahun. 

Selama lebih 25 tahun saya bekerja sebagai pegawai KCS di negeri Kedah yang tercinta ini rasanya saya terlibat secara langsung sebagai pegawai yang menguruskan proses pilihanraya diperingkat akar umbi setiap kali pilihanraya. Saya pernah jadi Penolong Pegawai Pengurus (PPP) di Kuala Muda, Kubang Pasu, Kota Setar, Langkawi dan Jerlun.  Ini kerana kerja saya diperingkat daerah membolehkan saya dilantik sebagai Penolong Pegawai Pengurus Pilihanraya.. samada terlibat dalam pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil. Inilah untungnya  jadi pegawai KCS kerana banyak pengalaman boleh kita raih sepanjang kerjaya kita bukan setakat kerja hakiki kita saja... kita boleh menguruskan bencana alam, menguruskan bancian penduduk, merancang dan melaksanakan projek pembangunan,  menguruskan tunjuk perasaan, protokol dan sebagainya..

Setiap kali diumumkan PRU maka saya macam kebetulan pula telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Pengurus bagi menguruskan proses pengundian dikawasan Parlimen atau DUN yang ditetapkan. Maka bermulalah tugas saya sebagai PPP yang mengambil masa yang banyak hingga kadang-kadang terpaksa mengabaikan tugas hakiki saya semata-mata bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar, teratur, telus, dan boleh diyakini oleh semua pihak. Pada waktu ini saya dianggap sebagai kakitangan atau petugas SPR. Apa yang saya nak ceritakan disini.. sepanjang 5 kali pilihanraya yang saya terlibat secara langsung sebagai PPP   dan 2 kali pilihanraya kecil... tidak pernah terdengar dan terbisik sikitpun dalam taklimat-taklimat yang diberikan oleh Pegawai Kanan SPR kepada PPP dan Pegawai Pengurus (PP) kata-kata yang seolah-olah minta PP dan PPP buatlah apa-apapun bagi BN menang. Mereka memang bertindak secara profesional. Saya tidak hendak komen tentang sistem dan dasar yang dilaksanakan kerana itu diluar bidang pengetahuan saya. Cuma saya hanya melaksanakan proses pengundian .. itu sahaja dan rasanya sistem yang kita buat ini adalah yang terbaik dan setiap kali PRU akan ada perubahan dan pembaharuan yang dibuat berasaskan komen dan pandangan pelbagai pihak termasuk parti-parti yang bergiat cergas di Malaysia ini.... Maknanya sistem yang ada bukan 'rigid' sentiasa ada pembaikan dan perubahan sesuai dengan perubahan masa dan teknologi . Sebab itu saya rasa kalau nak minta semua PP dan PPP ikut telunjuk mana-mana parti tertentu rasanya tidak betul kut... bukan senang nak buat itu  semua lagipun PPP dan PP bukan kakitangan tetap SPR.. Dan  bukan amalan SPR selama ini melantik pegawai tetap SPR sebagai PP atau PPR. Mereka hanya tengok dan pantau apa yang PP dan PPP buat sahaja.. dan mereka tidak akan campurtangan dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh PP. Ini saya perhatikan selama menjadi PPP dan tidak ada satu mesyuarat sulit atau mesyuarat khas yang dibuat antara SPR dengan PP dan PPP untuk bincang macam mana nak bagi BN menang. Semua mesyuarat dibuat adalah telus dan terbuka... semua orang boleh ambil tahu.

Kalau berlaku perkara diluar kebiasaan sistem yang ditetapkan , itu bukan sesuatu yang dirancangkan.. maklumlah dalam beratus-ratus orang PPP dan PP tentunya ada juga terlekat seorang dua yang terlalu fanatik kepada mana-mana parti tertentu dan membuat sesuatu yang tidak sepatutnya... Tetapi janganlah menghentam bahawa semua sistem yang ada tidak boleh dipercayai lagi.. Ini perlu diperbetulkan dan dicari jalan penambahbaikan.

Saya sekarang bekerja di Kedah dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat yang sebelum ini tidak pernah saya terbayangpun akan berlaku. Tidak pernah terbayangpun Ustaz Azizan yang terlalu 'low profile'nya selalu datang kerumah bapa saya dan abang saya di Kg  Kabu 10, Sg Limau Dalam, setiap kali khenduri dan sakit demam,  akan jadi Menteri Besar. Semua ini adalah takdir Tuhan..  KPR  memerentah Kedah  melalui PRU. Saya juga waktu itu adalah bertugas sebagai PPP di Langkawi... mudah aje prosesnya... kalau benar ada ketidaktelusan dalam menguruskan PRU  ini tentunya KPR tidak boleh memerentah dengan elok sekarang  ini. Begitu juga di Pulau Pinang, Kelantan, serta Selangor... sudah pun jatuh ke tangan Kerajaan Pakatan Rakyat....tidak  ada masalahpun..  Sekarangpun saya bekerja dibawah KPR tidak ada masalahpun malahan rasanya lebih baik lagi .. berjalan macam biasa aje.....  

Jadi kalau sesiapa atau mana-mana parti  teringin hendak memerentah negeri dan negara.. ayuh.. mari kita cari  pengaruh dan masuk bertanding dalam pilihanraya akan datang....  Tak usah dok kalut fasal adakah SPR itu telus atau tidak, adil atau tidak.... Yang itu biar saya dan pegawai-pegawai lain yang dilantik nanti buat kerja..Insya Allah.. amanah yang diberi itu kena dijaga dan di guna dengan sebaiknya.. Jangan dok menyeleweng dan mengelencong.... Percayalah kepada kewibawaan badan yang menguruskan pilihanraya ini. Percayalah kepada pegawai-pegawai kerajaan seperti saya ini untuk membuat kerja menguruskan proses  pengundian. Kalau SPR kita tidak percaya kepada siapa lagi.. adakah hendak dilantik agensi dari luar untuk mengendalikan proses pilihanraya ini....  jangan terlalu ekstrem hingga ke peringkat itu.


Salah satu tugas utama PPP Pos ialah masuk kedalam
kem tentera untuk melihat dan mengawasi proses
pengundian pos agar tidak berlaku penyelewengan
dan penyalahgunaan kuasa. Ia juga bagi memastikan
setiap anggota tentera/polis bebas membuat pilihan
parti yang disukai masing-masing. Gambar
saya di Kem Lapangan Terbang Sg Petani melihat
sendiri pengundian oleh pengundi pos...(PRU sebelum ini)
Saya juga pernah terlibat secara langsung menguruskan pengundian pos untuk anggota keselamatan negara  dan petugas pilihanraya. Di Sungai Petani merupakan salah satu kawasan pilihnraya yang mempunyai jumlah undi pos yang paling banyak di Kedah .. Lebih 2,000 orang pengundi pos kalau tidak silap saya waktu itu.  Saya tidak nampak dimana boleh berlaku kecurangan dalam proses ini. Kerana saya terlibat dari awal proses pengeluaran kertas undi hinggalah tahu keputusan. Bukan seperti tohmahan orang yang mengatakan anggota pasukan keselamatan kena undi depan pegawai pemerentahnya...  tak buat dah kut kerja macam tu... Sekarang ni zaman manusia boleh bebas bersuara dan bercakap. Sikit buat silap satu dunia boleh tahu. 

Jadi saya harap sangat-sangat janganlah ada yang terlalu ghairah  untuk membuat perubahan kepada sistem yang sedia ada ... selagi ianya tidak merosakkan kebebasan rakyat dalam membuat pilihan parti yang disukainya. Perubahan boleh dibuat tapi kita kena melihat dari sudut yang pelbagai dan mengambil kira semua aspek agar hasilnya memuaskan majoriti rakyat. Untuk mendapatkan 100% rakyat berpuashati tentunya tidak mungkin tercapai..... 

Jadi tak payahlah dok pi buang masa, tenaga dan wang ringgit untuk pergi perhimpunan haram jalanan yang tidak mengikut lunas demokrasi....silap-silap haribulan boleh  masuk lokap....baik pulun ambil hati rakyat dulu (saya dah bagi tip2nya) dan bila PRU ambil bahagian. Bila dah menang.. boleh buat apa saja apa-apa sistem yang hendak dirombak atau dibaik pulih... tak gitu tuan-tuan..

Jumpa lagi .. selamat malam... Salaaaam


Teratak Kasih...

No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita