Catatan: Mohd Asri Redha
Tahniaaaah.... |
Apa khabar pembaca maya saya sekalian dan mungkin juga ada antaranya anak-anak buah saya.... masih tidak jemu untuk baca celoteh saya... saya tetap menulis walau sapapun tak baca.. tak kisahlah...
YB Badrulhisham .. EXCO bagi Kerajaan Tempatan sedang
diperkenalkan kepada pemain bola sepak 9 sebelah
yang masuk ke pertandingan akhir...
|
Semua 13 PBT seluruh Kedah telah mengambil bahagian dalam sukan Bola Sepak 9 sebelah, Bola Jaring, Tenpin Boling, Badminton dan Tarik Tali.Venue pertandingan ialah di Kompleks Sukan Stadium Sultan Abdul Halim , Jalan SUka Menanti.
kalah menang adat pertandingan.. yang penting usaha telah
dibuat sebaik mungkin... Tarik Tali Akhir..
|
Lagak kena ada menang belum tentu.... |
Secara keseluruhannya saya amat berbangga sekali dengan pencapaian anak-anak buah saya yang memberi saingan yang hebat terhadap lawan hingga beroleh kejayaan manis ini. Cuma harapan saya ialah lebih banyak anak-anak buah dapat mengambil bahagian. Kalau tidak dapat mengambil bahagianpun datanglah beramai-ramai memberi sokongan kepada rakan-rakan yang bertungkus lumus berjuang untuk menaikkan imej MBAS.
Perasmian Forum Pemantapan Urus Tadbir PBT dan Sukan PBT
Kedah 2013 di Dewan Seri Negeri, WDA oleh
YAB Menteri Besar Kedah DA
|
Apa saya nampak sokongan dari rakan-rakan agak kurang memberangsangkan walaupun kebanyakan hanya tinggal disekitar Alor Setar sahaja. Semangat berpasukan dan kekitaan perlu ada dalam usaha kearah kecemerlangan MBAS. Kemenangan dan kejayaan ini perlu diterjemahkan dalam kerja seharian anggota MBAS agar banyak lagi kejayaan dan kecemerlangan boleh dicapai. Kejayaan yang dicapai adalah atas usaha anggota sendiri bukan kejayaan saya kerana saya tidak membantu apa-apa, hanya sekadar meluluskan program latihan, bajet dan ronda-ronda tengok mereka berlawan mana yang sempat dan sorak apa yang patut. Itu saja. Yang nak bertanding adalah anak-anak buah..... badan sihat hati senang, 'tension' hilang begitu saja dan buat kerjapun bersemangat.....ok tak...
Ok.. jumpa lagi. Salaam..
No comments:
Post a Comment