Monday, 30 September 2013
Transformasi Minda Ahli Majlis PBT Negeri Kedah... PBT Memacu Transformasi Kedah Aman Makmur
Resort World Langkawi
Catatan: Mohd Asri Redha...
Assalamualaikum.wrt.. buat sahabat2 yg sudi melayari blog ini... Lama juga x menulis dlm blog ini.. kalut segalanya... kekalutan dunia yg sengaja dikalutkan... segalanya hanya dunia sahaja..
Hari ini saya berkesempatan menghadiri Seminar Ahli2 Majlis PBT Negeri Kedah DA. di Resort World Langkawi. Saya amat teruja untuk menghadiri seminar atas dasar utk meningkatkan ilmu pengetahuan berkenaan PBT ... Walaupun saya pernah bertugas di beberapa PBT sebelum ini.. namun saya tetap merasa kekurangan banyak dlm pengurusan PBT... Dunia sekarang cepat berubah segalanya dan berkembang dgn begitu cepat... begitu juga dengan PBT ... pengurusan PBT dulu tidak sama dgn pengurusan PBT sekarang... terlalu banyak sangat perubahannya.. kalau kita tidak mau berubah dgn perkembangan semasa masih dengan 'labu-labunya' maka pada akhirnya diri sendiri juga akan ketinggalan.. untuk menyesuaikan dengan perubahan tersebut maka sudah tentu seminar2 seperti ini amat berguna diambil manafaat sepenuhnya. Sebab itulah saya hadir juga semata-mata untuk meraih sebanyak mungkin ilmu yang ada disamping dengan niat ikhlas bagi mendapat keredhaan Allah SWT...
MBAS juga telah menghantar semua ahli2 majlis ke seminar ini yang diadakan disebuah resort yg menarik ditepi laut Pulau Langkawi ini... Kertas kerja yang dibentangkan oleh mereka yang pakar memang amat sesuai dan bertepatan dgn keperluan utk ahli2 majlis. Apatah lagi umur hayat ahli majlis masih lagi baru dan tentunya pendedahan yang diberikan ini amat berguna. Tajuk kertas kerja 'Cabaran Dan Halatuju Ahli Majlis Masa Kini', 'Transformasi Kebersihan Ke Arah Bandar Selamat Dan Sihat' dan 'Tugas Dan Peranan Ahli Majlis Di Bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)'. Walaupun saya telah bergelumang dengan PBT ini agak lama tapi rasanya banyak lagi yang saya belajar dan tidak ketahui... jadi elok sangatlah saya dapat 'refresh' balik pemahaman saya dan membetulkan balik cara kerja saya agar mengikut landasan yang betul.
Bagi Ahli2 Majlis , seminar ini merupakan pendedahan yang amat berguna kepada mereka. Bagi yang belum pernah dilantik sebagai Ahli Majlis sebelum ini , sememangnya ini menjadi satu panduan yang penting dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Majlis yang berkalibar. Begitu juga yang pernah dilantik sebagai Ahli Majlis 5 tahun yang lalu, mereka juga perlu diberi pengetahuan semula berkenaan peranan ahli majlis dan juga perlu mengetahui akan halatuju kerajaan negeri sekarang ini dimana segala-galanya kena ditransformasikan supaya Kedah Aman Makmur... Seminar ini telah dirasmikan penutupannya oleh YB Hj Badrulhisham b Hashim. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri KEdah merangkap Pengerusi JK Tetap Perumahan & Kesejahteraan Bandar. Dalam ucapan perasmian tersebut, YB telah menggariskan hala tuju kerajaan negeri terkini berkenaan pembangunan dan peranan PBT dalam 'Memacu Transformasi' Kedah kearah 'Kedah Aman Makmur'
Dengan mengetahui akan peranan dan tanggungjawab serta batas-batas sebagai seorang Ahli Majlis maka barulah sesebuah PBT itu dapat berjalan dan beroperasi dengan lancar. Ahli Majlis tahu akan apa yang boleh mereka buat dan apa yang mereka tidak boleh buat atau campur tangan... Kurangnya pengetahuan akan peranan mereka selalu akan menyebabkan berlaku pertikaian atau konflik dengan pihak pentadbiran sesebuah PBT. Pengalaman saya mentadbir beberapa PBT jelas menunjukkan ada berlaku konflik-konflik antara Ahli Majlis dan pengurusan sesebuah PBT.. Sebab itu tidak hairanlah kalau kita pernah mendengar Ahli-Ahli Majlis memboikot mesyuarat majlis, membuat petisyen supaya ditukarkan YDP, mengarahkan dilantik kontraktor-kontraktor tertentu, mencampuri urusan-urusan perjawatan PBT dan penilaian, mencampuri urusan-urusan penguatkuasaan sesebuah PBT dan sebagainya.. Saya juga pernah melihat pertelingkahan yang keterlaluan antara Ahli Majlis dengan Yang DiPertua. Semua ini sebenarnya tidak perlu dan tidak patut berlaku sekiranya semua pihak mengetahui akan peranan yang sepatutnya..
http://beritakcs.blogspot.com/2011/05/wajarkah-seorang-penjawat-awam-di.html
cerita fasal campurtangan ahli majlis dalam pentadbiran PB.... klik saja di sini.
http://beritakcs.blogspot.com/2012/09/catatansusunan-mohd-asri-redha-02.html
Sekiranya terlalu banyak campurtangan dalam urusan-urusan pentadbiran PBT akan menyukarkan sesebuah PBT itu beroperasi dengan berkesan... Namun begitu Ahli Majlis masih boleh
memberi pandangan dan cadangan yang bernas bagi mengatasi sesuatu isu dan masalah yang berlaku dan juga apa-apa penambahbaikan yang boleh dibuat dalam forum yang disediakan khusus untuk mereka.
Semoga dengan kursus ini akan memberikan impak yang amat positif disemua PBT Kedah dan Kerajaan Negeri Kedah amnya.
Oklah .. cukuplah setakat ini dulu... dah nak sampai ke jeti Kuala Kedah. Sebenarnya saya taip ini semasa atas feri dalam perjalanan pulang dari jeti Kuah ke Jeti Kuala Kedah.. 'Boring' tak tau nak buat apa, nak tidurpun tak boleh sebelah saya ada seorang gadis cantik.. takut nanti terlentok kepala sebelahnya pula.. tak ke naya tu kalau dikata orang 'lama' gatal.... operator feri pula tayang video.. entah apa-apa cerita saya tak perhatian langsung... itu sebab saya taip pi la sikit cerita-cerita fasal seminar tadi...
Jumpa lagi......
Teratak Kasih....
30 September 2013....
Labels:
Ahli Majlis,
aktiviti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment