Tarikh: 01 April 2014
Oklah.. sebenarnya pagi ini saya berada di Hotel Equatorial , Melaka menghadiri satu konvensyen peringkat antarabangsa iaitu 14th International Convention Of Melaka Twin Cities 2014 : Mega Projects..Concepts , Strategies , and Practices For Success... Hebat convention ini kerana ianya menceritakan kejayaan-kejayaan project mega diserata dunia, dan Majlis Bandaraya Melaka Bandaraya Bersejarah menganjurkan konvensyen ini amat tepat pada waktunya kerana di Malaysia sudahpun ada beberapa projek mega yang telah dilaksanakan seperti Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah , Projek Iskandar di Johor .
Melaka juga sdg dalam pelaksanaan Projek Gateway Melaka yang dikatakan bernilai lebih RM20 billion. Hebat ni .. kita tunggulah nanti bila siap nanti... katanya inilah salah satu projek mega yang terbesar di Malaysia dan dunia..
Antara kertas kerja yang dibentangkan dalam konvensyen ini ialah seperti berikut:
Megaprojects - concepts, strategies, and practices for Success.. Contoh Pembinaan Jambatan Pulau Pinang ke 2.
Expansion Project Of Masjid Al Haram.. Mega Expansion Project: Makkah Experience
Melaka Gateway Potential.. Challenge and Success
Pro' and Cons' of Scycrapers on Urban Planning Considerations ,
Strategies For Integrated Design Of Sustainable Tail Buildings
Simulation of Earthquake Hazard and Disaster
Iskandariah - Revitalizing The Southern Peninsular of Malaysia
Ensuring The Sustainability of Roads and Mobility of Roads and Mobility for Megaprojects.
Semua kertas kerja ini dibentangkan oleh mereka yang pakar dalam bidang masing2 dan terlibat secara langsung dengan project yang dinyatakan itu.
Dari pembentangan kertas kerja tersebut dapatlah difahami dan dipelajari betapa rumitnya untuk membangunkan satu2 projek mega, banyak isu dan masalah yang terpaksa dihadapi, bukan setakat kewangan sahaja. Membangunkan projek mega memerlukan kefahaman strategi khas dan 'critical drivers' untuk menjayakan projek besar. Disamping itu ia perlu mengenalpasti keperluan 'business need' yang sesuai dan mengambil kira risiko-risiko yang akan dihadapi. Pelbagai pendekatan strategik perlu digunakan untuk memastikan kejayaan projek2 besar seperti ini. Banyak jalinan kerjasama dengan lain-lain projek profesional perlu di libatkan dengan projek mega ini.. Teknologi-teknologi terkini perlu dicari dan diaplikasikan dalam projek-projek mega.
Ini adalah salah satu cadangan projek mega yg bernilai ber Billion RM yg pernah dicdgkan di Kuala Kedah.. |
Saya berdoa agar akan ada sesuatu perubahan besar di bandaraya Alor Setar.. kerana adanya projek mega ianya akan mengubah sama sekali landskap pembangunan dibandaraya ini yang agak perlahan pertumbuhannya. Sekiranya ini berlaku terlalu banyak faedah yang akan diperolehi bukan sahaja rakyat tetapi MBAS dan kerajaan negeri sendiri.
Ok.. sebenarnya saya mendengar sessi pembentangan kertas kerja, melihat persembahan, dan jari-jari tangan pula dok ketok-ketok punat-punat keyboard untuk menjadi ayat seperti yang saudara saudara baca sekarang ini...
Setakat ini sahaja ulasan saya berkenaan konvensyen ini. Tahniah kepada Majlis Bandaraya Melaka.. Bandaraya Bersejarah diatas penganjuran konvensyen peringkat antarabangsa ini dan pada masa yang sama telahpun memulakan projek mega mereka sendiri yang dinamakan 'Melaka Gateway' satu projek berpuluh billion RM yang dibangunkan diatas laut yang ditambun tanah/pasir tanpa menganggui tanah daratan.. 3 tahun lagi kita datang ke Melaka .. suasana sudah jadi berbeda
Ok....
No comments:
Post a Comment