Showing posts with label 5 BINTANG. Show all posts
Showing posts with label 5 BINTANG. Show all posts

Sunday, 29 June 2014

'THE EUROPEAN AWARDS FOR BEST PRACTICES 2014' .. TAHNIAH SEMUA WARGA MBAS

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh : 01 Ramadhan 1435H
                29 Jun 2014


Assalaamualaikum WRT .. sekali lagi buat semua rakan-rakan yang membaca blog saya.. dan yang selalu follow blog saya ....

Tadi saya baru saja habis tulis blog fasal perjumpaan saya dengan anggota kakitangan kontrak.... Teringat pula saya yang ada satu lagi cerita yang saya tak tulis lagi.. cerita inipun menarik juga  kerana ia amat berkaitan dengan imej MBAS sendiri... Rugi rasanya kalau tak tulis cerita ini kerana ia amat membanggakan MBAS sendiri. Saya cerita ini bukan kerana nak tunjuk kebanggaan saya tapi kebetulan saya diarahkan oleh Datuk Bandar   untuk menghadirinya sebagai mewakili MBAS.. Jadi yang patut terima semua penghargaan ini adalah semua anggota warga Majlis Bandaraya Alor Setar . Kerana komitmen yang tidak berbelah bagi semua mereka maka kejayaan demi kejayaan diperolehi oleh MBAS. Saya hanya kebetulan hadir pada waktu yang tersebut.. Selama 2 tahun berada di MBAS apalah sangat yang saya boleh buat...... Jadi janganlah memberi tahniah kepada saya secara peribadi..  Tahniah kepada organisasi yang saya bersama Datuk Bandar terajui ini.

ESQR's European Awards for Best Practices 2014 Co…: http://youtu.be/-oT8yLvggjs

Pada 01 Jun 2014, Saya telah berangkat dengan seorang lagi ketua bahagian MBAS sebagai mewakili Majlis Bandaraya Alor Setar ke Brussels, Belgium untuk menerima 'European Awards For Best Practices 2014'  oleh sebuah organisasi antarabangsa yang terkemuka di Eropah iaitu ' 'European Society For Quality Research' (ESQR).. 

Anugerah ini adalah merupakan satu pengikhtirafan antarabangsa yang mana untuk mendapatkannya tidak semudah itu kerana seperti mana kita ketahui di Eropah penilaian terhadap sesuatu organisasi dari segi kualiti itu adalah amat dititikberatkan dan amat tinggi standart kualiti yang ditetapkan. Kualiti dalam segala aspek.  ESQR merupakan sebuah organisasi yang mengendalikan penilaian strategik melalui soalan-soalan  berkaitan kualiti pengurusan , mempromosi budaya kualiti yang tinggi dan mengadakan konvensyen2 berkaitan kualiti diserata dunia.

ESQR ini berpangkalan di Lausanne (Switzerland). Penerima-penerima anugerah kualiti yang dianugerahkan ini melibatkan pelbagai sektor organisasi terkemuka diseluruh dunia. Semasa konvensyen di Brussels lebih kurang 63 penerima dari pelbagai sektor dan organisasi  kerajaan, swasta dan badan sukarela terkemuka telah menerima anugerah seperti diatas yang melibatkan lebih 52 negara,. Kebanyakan yang datang menerima adalah terdiri dari CEO Syarikat, Pengerusi2 Syarikat atau Perbadanan, dan Pegawai-Pegawai Tertinggi sesebuah organisasi itu.  Majlis yang dibuat ini sememang amat berprestij sesuai dengan standard kualiti 'award' yang dianugerahkan. Tempat konvensyen yang dipilih juga ditempat yang amat berprestij iaitu di Le Plaza Hotel yang terletak tengah-tengah Kota Brussels, Belgium yang juga diklasifikasikan sebagai monument bersejarah dan klasik, serta mewah. Kota Brussels sendiri merupakan ibu kota perdagangan Eropah dan  pusat kewangan terkemuka ..






Saya difahamkan oleh pihak ESQR bahawa pemilihan Majlis Bandaraya Alor Setar untuk menerima award Best Practices ini adalah berasaskan kepada sepertimana keratan dokumen yg di paparkan disebelah ini. Jadi memang tinggi 'standard'nya dlm membuat penilaian ini sebelum diputuskan siapa atau atau organisasi mana yg benar2  layak menerima award ini..

Sebab itu dalam ucapan ringkas semasa menerima award ini saya memberi jaminan bahawa MBAS akan tetap meneruskan kecemerlangan dan pertingkatkan lagi program2 kualiti yang dilaksanakan . Bukan satu kesilapan memilih MBAS untuk menerima 'award' ini.. ucapan saya boleh dilayari di blog alamat seperti berikut... 




Saya mengucapkan tahniah kepada semua anak2 buah saya yang sentiasa berusaha kearah kecemerlangan dan meningkatkan lagi produktiviti.. Bagi anak2 buah yg masih lagi leka dengan kerja yg tidak seberapa.. inilah masanya membuktikan sesuatu.. supaya kecemerlangan yang diperolehi adalah sedikit sebanyak adalah hasil sumbangannya..

Kalau agensi lain, Menteri sendiri pergi menerima Anugerah Berprestij ini
seperti anak Syarikat MARA ini yang menerima Anugerah ESQR di 
Kotaraya London tahun 2014
Pengikhtirafan2 besar yg diterima ini juga menjadi cabaran terbesar kepada warga MBAS kerana warga bandaraya atau pelanggan MBAS hendak melihat dan merasai sendiri  perkhidmatan yang terbaik yang boleh diberi sesuai dengan pelbagai award yang diterima... seharusnya ianya perlu diterjemahkan dalm bentuk memberi perkhidmatan yg terbaik kepada rakyat...  kalau tidak masyarakat akan perli2 begitu saja.

Saya amat menyedar MBAS mempunyai pelbagai halangan dlm memberi perkhidmatan terbaik terutama kekangan kewangan  yang amat terhad, sebahagian kecil lagi anggota MBAS yang tidak produktif atau kurang produktif, sikap masyarakat yang masih ditakuk lama.. Ini semua amat mencabar dan perlu ditangani  dengan bijak... termasuklah cabaran kepada saya sebagai Pentadbir organisasi yg besar ini...  Moga Allah SWT mempermudahkan segala urusan yang dirancang dan dibuat....

Saya berhenti dulu... nanti saya cerita fasal lawata2 dan pengalaman saya sepanjang lawatan ... ada cerita berasingan yg saya buat... terima kasih

Al  Fatihah... aameen


Dr A Arista. .. Pengarah Eksekutif ESQR sedang menyampaikan sijil ESQR pada MBAS melalui  saya.




Friday, 10 January 2014

TAHNIAH.... MBAS TETAP UNGGUL.. PELBAGAI PENGIKTIRAFAN DITERIMA

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 07 Januari 2014


Bacalah dengan nama Tuhan Mu.... Al Fatihah... amiin
Assalaamualaikum WRT.. buat semua pembaca blog saya ini... khususnya anak-anak buah saya di MBAS....

Tak lupa juga saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun 2014..  bertambah lagilah umur kita... begitu cepat masa berlalu.. sedar tidak sedar sudah lebih 1 tahun 4 bulan saya bersama warga MBAS ini... masih baru lagi.. banyak lagi yang perlu belajar, anak-anak buah pun tak kenal habis lagi.. apatah lagi nak ingat nama-nama mereka..... rasanya sampai bertukar  jabatan nantipun tak kesampaian untuk mengenali semua anggota MBAS apatah lagi nak ingat nama-nama tu.. minta maaf banyak-banyak..

Pasukan Audit ISMS dari SIRIM bersama Ketua Audit 
Dalam MBAS... 
Tahun 2013, Majlis Bandaraya Alor Setar  telah dianugerahkan Sijil ISMS.. Sijil 'Information Security Management System' oleh Sirim QAS International Sdn Bhd. ( Lengkapnya: Information Security Management System MS ISO/IEC/27001:2007 2012/2013)

Sijil ini merupakan satu pengikhtirafan oleh agensi penilaian antarabangsa terhadap sistem keselamatan teknologi maklumat sesebuah organisasi. Ini bermakna apa yang  diperolehi ini bukan sesuatu yang mudah. Untuk mendapat pengiktirafan ini bukanlah mudah kerana banyak aspek-aspek yang terlalu teknikal yang perlu disedia dan dipatuhi. Banyak prosedur dan peraturan perlu dituruti dan dikemaskini. Jika tidak mematuhi prosedur yang ditentukan, jangan harap untuk mendapat sijil tersebut. Sebab itulah tidak banyak organisasi yang mahu memohon sijil tersebut. Renyah, terlalu teknikal, kos yang tinggi, terlalu ketat, pematuhan 100% prosedur, masa yang banyak diambil dll adalah antara halangan utk mendapatkan sijil ini. Kalau tidak ada kesabaran memang tidak boleh dapat sijil ini.

Anggota MBAS yang hadir semasa taklimat & penerangan
oleh Ketua Panel Auditor Penilai ISMS.
Pada 26 Disember 2013.. MBAS telah dikunjungi oleh Sirim QAS International Sdn Bhd, untuk membuat penilaian semula terhadap segala prosedur dan tindakan yang telah dibuat berkaitan pematuhan standard kelulusan ISMS untuk tahun ke 2. Sijil ISMS tersebut sebenarnya berkuatkuasa sehingga 21 Disember 2015. Namun setiap tahun SIRIM perlu buat audit untuk memastikan pematuhan kepada prosedur dan penambahbaikan kepada tegoran yang dibuat sebelum ini. Sebab itu penilaian semula perlu dibuat . Saya amat mengharapkan sijil yang diterima ini kekal terbaik dan disahkan sebaik mungkin memandangkan sudah banyak usaha penambahbaikan  telah dibuat  oleh MBAS kearah keselamatan maklumat dan fizikal penyimpanan maklumat tersebut yang lebih baik lagi..

Ketua Panel Penilai Auditor dari Sirim QAS Int Sdn Bhd  
sdg membentangkan hasil penilaian mereka pada sessi 
'exit conference' tersebut. 
Sekali lagi saya ingin nyatakan faktor utama untuk kejayaan yang lebih besar ialah kerjasama antara semua anggota MBAS. Kita mengejar kejayaan jika niat kita betul bermakna kita mengejar rahmat Allah. Semua anggota bekerjasama untuk mengejar rahmat Allah itu. Orang yang bekerjasama tidak akan berdengki antara satu sama lain. Orang yang bekerjasama akan sayang menyayangi  antara satu sama lain. Orang yang bekerjasama sentiasa berhikmah dan ikhlas, apa2 yg dilakukan tidak mengharapkan apa2 balasan. Mereka sentiasa memikirkan apakah lagi yang boleh
Kesinambungan pencapaian melaksanakan
'Standard Requirement Of Quality 
Enviroment Management System' atau
5S.... sah sehingga 24.09.2014.. Markah
yang diperolehi ada peningkatan dari
 tahun 2013 iaitu 80.7 %
diberikan kepada organisasinya bukan mengharapkan apakah atau berapa banyakkah yang boleh diperolehi. Hentikan sikap tidak mahu memberi tetapi hanya hendak menerima. Adalah sangat memenatkan hidup ini kalau kita selalu bersaing berbanding bekerjasama. Biarlah kita bekerja walaupun fizikal dan fikiran kita letih fasal kerja seharian tetapi roh kita tetap kuat. Kita hidup dengan hati yang bersih dan mulia. Hanya orang yang bekerjasama  yang berhati bersih dan mulia.. Kita mencari kebahagiaan didunia dan kebahagiaa  di akhirat.
         Dato' Hj Mat Noh Ahmad.. Datuk Bandar MBAS sedang
         menerima Sijil Anugerah Laman Web Terbaik bertaraf
         5 Bintang di Hotel Pacific Kuala Lumpur dari MAMPU
         pada 07. Januari 2014. Ranking no. 51 ...... markah 90%
Semasa saya menulis blog ini, saya baru sahaja terima 2 surat kelulusan atau sijil pengiktirafan 'Standard Requirement Of Quality Enviroment Management System' atau 5S dari MPC  dan Sijil Penarafan 5 bintang terhadap Laman Web MBAS. Ini menunjukkan MBAS bukanlah lekeh ... Walau dengan segala macam halangan terutama sumber manusia yang kurang dan kewangan yang terhad tetapi itu bukan satu halangan yang melemahkan semangat diri tetapi MBAS masih mampu memperolehi pelbagai penganugerahan dan pengiktiran oleh pihak diluar sana... Oleh itu jadikan ini sebagai satu faktor pendorong kepada semua anggota MBAS untuk terus maju dan menjadi salah satu PBT yang dihormati.....


Sama-samalah kita berdoa agar tahun 2014 ini MBAS akan dapat sekali lagi pengiktirafan ini dengan markah yang lebih baik lagi... Al Fatihah... Amiiin...

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita