Showing posts with label Lawatan Sambil Belajar. Show all posts
Showing posts with label Lawatan Sambil Belajar. Show all posts

Sunday, 29 June 2014

'THE EUROPEAN AWARDS FOR BEST PRACTICES 2014' .. TAHNIAH SEMUA WARGA MBAS

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh : 01 Ramadhan 1435H
                29 Jun 2014


Assalaamualaikum WRT .. sekali lagi buat semua rakan-rakan yang membaca blog saya.. dan yang selalu follow blog saya ....

Tadi saya baru saja habis tulis blog fasal perjumpaan saya dengan anggota kakitangan kontrak.... Teringat pula saya yang ada satu lagi cerita yang saya tak tulis lagi.. cerita inipun menarik juga  kerana ia amat berkaitan dengan imej MBAS sendiri... Rugi rasanya kalau tak tulis cerita ini kerana ia amat membanggakan MBAS sendiri. Saya cerita ini bukan kerana nak tunjuk kebanggaan saya tapi kebetulan saya diarahkan oleh Datuk Bandar   untuk menghadirinya sebagai mewakili MBAS.. Jadi yang patut terima semua penghargaan ini adalah semua anggota warga Majlis Bandaraya Alor Setar . Kerana komitmen yang tidak berbelah bagi semua mereka maka kejayaan demi kejayaan diperolehi oleh MBAS. Saya hanya kebetulan hadir pada waktu yang tersebut.. Selama 2 tahun berada di MBAS apalah sangat yang saya boleh buat...... Jadi janganlah memberi tahniah kepada saya secara peribadi..  Tahniah kepada organisasi yang saya bersama Datuk Bandar terajui ini.

ESQR's European Awards for Best Practices 2014 Co…: http://youtu.be/-oT8yLvggjs

Pada 01 Jun 2014, Saya telah berangkat dengan seorang lagi ketua bahagian MBAS sebagai mewakili Majlis Bandaraya Alor Setar ke Brussels, Belgium untuk menerima 'European Awards For Best Practices 2014'  oleh sebuah organisasi antarabangsa yang terkemuka di Eropah iaitu ' 'European Society For Quality Research' (ESQR).. 

Anugerah ini adalah merupakan satu pengikhtirafan antarabangsa yang mana untuk mendapatkannya tidak semudah itu kerana seperti mana kita ketahui di Eropah penilaian terhadap sesuatu organisasi dari segi kualiti itu adalah amat dititikberatkan dan amat tinggi standart kualiti yang ditetapkan. Kualiti dalam segala aspek.  ESQR merupakan sebuah organisasi yang mengendalikan penilaian strategik melalui soalan-soalan  berkaitan kualiti pengurusan , mempromosi budaya kualiti yang tinggi dan mengadakan konvensyen2 berkaitan kualiti diserata dunia.

ESQR ini berpangkalan di Lausanne (Switzerland). Penerima-penerima anugerah kualiti yang dianugerahkan ini melibatkan pelbagai sektor organisasi terkemuka diseluruh dunia. Semasa konvensyen di Brussels lebih kurang 63 penerima dari pelbagai sektor dan organisasi  kerajaan, swasta dan badan sukarela terkemuka telah menerima anugerah seperti diatas yang melibatkan lebih 52 negara,. Kebanyakan yang datang menerima adalah terdiri dari CEO Syarikat, Pengerusi2 Syarikat atau Perbadanan, dan Pegawai-Pegawai Tertinggi sesebuah organisasi itu.  Majlis yang dibuat ini sememang amat berprestij sesuai dengan standard kualiti 'award' yang dianugerahkan. Tempat konvensyen yang dipilih juga ditempat yang amat berprestij iaitu di Le Plaza Hotel yang terletak tengah-tengah Kota Brussels, Belgium yang juga diklasifikasikan sebagai monument bersejarah dan klasik, serta mewah. Kota Brussels sendiri merupakan ibu kota perdagangan Eropah dan  pusat kewangan terkemuka ..






Saya difahamkan oleh pihak ESQR bahawa pemilihan Majlis Bandaraya Alor Setar untuk menerima award Best Practices ini adalah berasaskan kepada sepertimana keratan dokumen yg di paparkan disebelah ini. Jadi memang tinggi 'standard'nya dlm membuat penilaian ini sebelum diputuskan siapa atau atau organisasi mana yg benar2  layak menerima award ini..

Sebab itu dalam ucapan ringkas semasa menerima award ini saya memberi jaminan bahawa MBAS akan tetap meneruskan kecemerlangan dan pertingkatkan lagi program2 kualiti yang dilaksanakan . Bukan satu kesilapan memilih MBAS untuk menerima 'award' ini.. ucapan saya boleh dilayari di blog alamat seperti berikut... 




Saya mengucapkan tahniah kepada semua anak2 buah saya yang sentiasa berusaha kearah kecemerlangan dan meningkatkan lagi produktiviti.. Bagi anak2 buah yg masih lagi leka dengan kerja yg tidak seberapa.. inilah masanya membuktikan sesuatu.. supaya kecemerlangan yang diperolehi adalah sedikit sebanyak adalah hasil sumbangannya..

Kalau agensi lain, Menteri sendiri pergi menerima Anugerah Berprestij ini
seperti anak Syarikat MARA ini yang menerima Anugerah ESQR di 
Kotaraya London tahun 2014
Pengikhtirafan2 besar yg diterima ini juga menjadi cabaran terbesar kepada warga MBAS kerana warga bandaraya atau pelanggan MBAS hendak melihat dan merasai sendiri  perkhidmatan yang terbaik yang boleh diberi sesuai dengan pelbagai award yang diterima... seharusnya ianya perlu diterjemahkan dalm bentuk memberi perkhidmatan yg terbaik kepada rakyat...  kalau tidak masyarakat akan perli2 begitu saja.

Saya amat menyedar MBAS mempunyai pelbagai halangan dlm memberi perkhidmatan terbaik terutama kekangan kewangan  yang amat terhad, sebahagian kecil lagi anggota MBAS yang tidak produktif atau kurang produktif, sikap masyarakat yang masih ditakuk lama.. Ini semua amat mencabar dan perlu ditangani  dengan bijak... termasuklah cabaran kepada saya sebagai Pentadbir organisasi yg besar ini...  Moga Allah SWT mempermudahkan segala urusan yang dirancang dan dibuat....

Saya berhenti dulu... nanti saya cerita fasal lawata2 dan pengalaman saya sepanjang lawatan ... ada cerita berasingan yg saya buat... terima kasih

Al  Fatihah... aameen


Dr A Arista. .. Pengarah Eksekutif ESQR sedang menyampaikan sijil ESQR pada MBAS melalui  saya.




Thursday, 6 March 2014

KEPENTINGAN LANDSKAP PADA KITA

Catatan: Mohd Asri Redha..
Intan Sabah dan Kota Kinabalu International Airport
Tarikh: 04 Mac 2014

Telok Likas,  Kota Kinabalu iaitu tempat perasmian
pelancaran ini, cantik tempatnya dan terletak
ditepi pantai.. sepanjang pantainya beberap km
disediakan laluan pejalan kaki dan laluan
 basikal yang lengkap dan menarik pula
Assalaamualaikum WRT.. buat sahabat-sahabat yang masih setia membaca blog saya ini. Pembaca blog saya adalah hamba-hamba yang amat dimuliakan Allah SWT.. Insya Allah..

Rasanya lama juga tidak menulis dalam blog saya ini..  sukar juga mencari masa dan ruang yang selesa untuk saya menulis. Seharian semakin sibuk dengan segala macam kerja dunia... kalau kerja akhirat kita sibuk seperti itu tidak mengapalah juga... kerana ganjarannya selama-lamanya. Tapi itulah kadang-kadang sebahagian besar kerja dunia yang kita buat itu sebenarnya pun dah buat kerja persiapan ke alam kubur dan alam akhirat... Yang penting niat atas diri sendiri itu penting. Kita niatkan apa jua kerja halal yang kita buat ini adalah sebagai satu ibadat... maka akan adalah ganjarannya yang Allah SWT berikan. Insya Allah.

Jadi janganlah kita mengeloh sangat akan bebanan kerja kita.. bekerja dengan penoh tanggungjawab dan rasa bahagia dalam setiap kerja buat kita itu..  nah barulah semuanya seronok dan suka sangat akan kerja.. Saya dapati sebahagian besar anak-anak buah saya sudah sampai tahap seronok dan bahagia dalam kerja seharian mereka. Tapi masih banyak juga yang kerja dalam keadaan 'tension, tidak seronok datang bekerja, sentiasa mencari peluang untuk kepentingan diri sendiri dan sentiasa nampak kesalahan dan kesilapan orang lain sahaja. Orang-orang seperti ini tidak bagus berada dalam mana-mana organisasipun...

Kadang-kadang kita terasa kita terlebih buat kerja berbanding dengan ganjaran dunia yang kita dapat.. tapi ingatlah Allah SWT tidak akan terlupa akan kerja baik yang kita buat itu.. jangan gundah gulana akan kerja terlebih buat kita itu...

Ok . panjang pula intro saya tu..  jangan meluat baca sudahlah... kalau meluat berhenti setakat sini sajalah... tak sapa yang dapat menghalannya...

Nah.. sekarang saya sudah berada di hadapan computer ni, apa yang hendak dicerita ya...  Sebenarnya  waktu menaip ini saya berada di Airport Kota Kinabalu , Sabah. Datang terawal pula kerana sangkakan jalan sesak untuk sampai ke airport ini. Saya ke Kota Kinabalu untuk menghadiri 3 program yang dijemput oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Program tersebut ialah Program Gaya Island Tour yang dihoskan oleh DBKK, Majlis Pelancaran Sambutan Hari Landskap Negara Pkt Kebangsaan 2014, di Taman Teluk Likas, KK dan menghadiri Mesyuarat Dan Sessi Konsultasi 'Stakeholers'  bagi Keperluan Perundangan Akta Landskap 2014 anjuran Jab Landskap Negara.


Melawat Sek Men Kebangsaan Pulau Gaya. Satu-satunya
sekolah di Malaysia yang letak atas air sepenuhnya..
memang unik sekolah ini .. dan ala-ala resort gitu...
Semuanya adalah berkaitan dengan Landskap dan Keindahan. Semua orang sukakan landskap yang indah, cantik dan tersusun. Sedap  mata memandang bila melihat sesuatu pemandangan dan indah-indah dan cantik.  Soalnya sejauh manakah kita berusaha untuk menyediakan landskap yang menarik itu dan kita idam-idamkan itu. Sebab itu kerajaan memberi penekanan kearah pengujudan Landskap yang menarik itu terutama dikawasan-kawasan Bandar. Negara Malaysia atau di Bandaraya Alor Setar ini bukannya seperti Negara Eropah beriklim sejok dan sederhana yang mempunyai Landskap yang menarik secara semula jadi seperti di Switzerland. Saya pernah ke negara itu dan boleh dikatakan sepanjang perjalanan yang saya lalui di negara itu semuanya indah-indah dan cantik-cantik belaka....  Jadi itu kelebihan kepada Negara tersebut...


Datuk Yeo Boon Hai, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya
Kota Kinabalu sentiasa bersama ahli rombongan melawat
Pulau Gaya, Pulau Sapi dan Pulau Manukan...
Namun begitu kita tidak boleh jadikan apa yang ada dinegara dan tempat kita itu sebagai satu masalah atau halangan untuk juga menjadikan sebagai Negara atau Bandar Dalam Taman.  Ianya terletak pada diri penghuni bandar itu sendiri samada pemerentahnya, peniaganya, penduduknya dan semuanya bertindak.  Kalau semua mahu.. maka segalanya mungkin. Kalau sebahagianya kecil sahaja yang mahu dan sebahagian besar lain tidak kisah langsung. maka jadilah sepertimana sedia ada sekarang ini atau makin merosot lagi.


Mengambil bahagian menanam
balik batu karang untuk dilepas
kan ke dalam laut..   di Marine
Ecology Research Center
Setiap tahun kerajaan melancarkan Sambutan Hari Landskap Peringkat Kebangsaan dan tahun ini diadakan di Teluk Likas, Kota Kinabalu . Perasmian disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Sabah. Asas utama mengadakan Pelancaran Program ini adalah untuk menggerakkan semua PBT seluruh Malaysia dan Rakyat Malaysia untuk memberikan perhatian kepada kepentingan Landskap. Merencanakan program, menyediakan peruntukan, melaksanakan program Landskap dikawasan masing-masing. Ianya sebagai usaha membudayakan rakyat setempat kecintaan terhadap landskap dan menggerakkan masyarakat melibatkan diri dalam penyertaan penyelenggaraan tempat-tempat riadah awam. Harapan kerajaan dan harapan kita semua adalah untuk menjadikan Malaysia Negara Taman Terindah Menjelang Tahun 2020...

Saya juga berpeluang melawat beberapa pulau pelancungan yang terkenal berdekatan dengan Kota Kinabalu ini.. Pulau yang dimaksudkan itu ialah Pulau Gaya, Pulau Sapi dan Pulau Manukan. Dari pulau2 ini masih dapat dilihat dengan jelas juga Bandaraya Kota Kinabalu menunjukkan betapa tidak berapa jauhnya dari Kota Kinabalu ini. Kedudukan ini memudahkan pakej pelancongan dapat diatur dalam tempoh masa yang tidak lama untuk sampai kedestinasi pulau pelancongan tersebut. Kerajaan Sabah mempromosi dengan begitu  hebat juga pulau-pulau tersebut dan sepanjang lawatan saya ke pulau2 tersebut memang membuktikan ramai pelancong dari dalam dan luar negara datang berkunjung . Pantai nya masih lagi cantik dan bersih walaupun dekat dengan daratan Kota Kinabalu serta pulau Gaya saja mempunyai lebih 10,000 orang penduduk yang tinggal diatas air laut. . yang dikategorikan sebagai setinggan. Perkampongan atas air laut ini sebahagian besar penghuninya datang dari Fillipina. Pulau Gaya merupakan pulau yang terkena tempiasnya sewaktu serangan pengganas Jamalul Kiram dari Fillipina dulu. Hasilnya sebuah balai polis baru telah diadakan dipulau ini untuk tujuan keselamatan.

bersama dengan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan
Landskap Negara.. En Md Taib...
Sempena Sambutan Hari Landskap Pkt Kebangsaan 2014 ini, Jabatan Landskap Negara telah mengadakan satu Mesyuarat Dan Sessi Konsultasi Stakeholders Bagi Keperluan Perundangan Akta Landskap 2014 . Mesyuarat ini diadakan di INTAN Sabah yang terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari Kota Kinabalu, Jauh juga tu. Inilah pertama kali saya dapat lawat Institut Tadbiran Awam Negara Caw.  Sabah. 

Dalam sessi konsultasi ini, pihak JLN telah memberikan taklimat dalam 3 aspek penting untuk perbincangan . Perkara tersebut ialah : a. Keperluan Perundangan Akta Landskap, b.Memasukkan perkara Landskap didalam senarai bersama Perlembagaan Persekutuan dan c. Perancangan, Pembangunan dan Pengurusan Taman.

Anggota polis ini adalah salah seoranyg terlibat dan operasi
membanteras pengganas Jamalul Kiram Fillipina tempoh hari
Balai Polis Pulau Gaya menggunakan system
SPAH sepenuhnya..
JLN membentangkan tajuk-tajuk diatas adalah sebagai bahan untuk perbincangan bagi urusetia mendapatkan pandangan dan maklumbalas dari stake holders terutama PBT seluruh Malaysia untuk merangka satu undang-undang khusus berkaitan Landskap atau Akta Landskap. Selama ini tidak ada undang-undang khusus berkaitan Landskap yang digunapakai untuk hal berkaitan penanaman pokok, pemuliharaan kawasan landskap, penyelenggaraan dan juga penguatkuasaan. Apa yang diamalkan sekarang ini adalah diambil dari pelbagai akta dan undang-undang kecil serta enakmen yang sedia seperti Akta Perancang Bandar Dan Desa, Akta 171 yang ada sedikit berkenaan keperluan Landskap, Akta Perhutanan, Akta Parit, Jalan Dan Bangunan, Akta Perhutanan, Akta Warisan  serta undang-undang kecil yang sedia dibeberapa PBT yang menyentuh sedikit sebanyak berkenaan keperluan lanskap. Namun semuanya tidak menyeluruh. Sebab itu sesuai dengan perkembangan semasa kerajaan telah melihat sudah sampai masanya digubal satu akta baru yang berkaitan dengan Akta Landskap ini seperti mana yang telah lama ada di Jepun dan Singapura. Walaupun proses untuk menggubal Akta ini agak sukar memandangkan perlu dibawa masuk ke dalam Parlimen dan perlu mendapat persetujuan majority tapi usaha-usaha kena dimulakan dari sekarang.

Dari konsultasi ini tercetuslah pelbagai idea dan cadangan serta pandangan yang dilontarkan oleh pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung berkenaan Landskap di PBT-PBT. Memang banyak idea dan cadangan dilontarkan hingga tidak cukup waktu ...

Antara perkara-perkara yang disuarakan oleh stake holders yang sempat saya rekodkan untuk cadangan  dimasukkan dalam draf akta yang dicadangkan itu adalah seperti berikut:-

- Pembangunan di kawasan lapang
- Penguatkuasaan dan peraturan serta peraturan denda dan kompaun
- Perjawatan atau sumber manusia
- Keselamatan Awam
- Keselamatan harta landskap
- Keselamatan padang-padang permainan awam
- Peyelarasan dengan lain-lain akta , enakmen dan undang-undang kecil yang sedia ada agar tidak   bercanggah antara satu sama lain
- zon penampan
- food security
- syarat pengujudan kawasan lapang dalam pembangunan perumahan
- perbedaan antara peraturan dan undang-undang yang dipakai antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung
- Prosedur pewartaan kawasan lapang.
- dan lain-lain input  lagi dari maklumbalas yang akan diperolehi melalui 'public opinion'... serta dari PBT sendiri yang tidak dapat hadir dalam konsultasi ini .


Saya berada didewan seminar..
Intan Sabah,  dalam Sessi
Konsultasi tersebut
Jadi adalah diharapkan cadangan untuk mengadakan Akta Landskap ini akan menjadi kenyataan, Jika sudah ada akta ini akan memudahkan PBT untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan kerana perancangan dan pelaksanaan dibuat berasaskan peruntukan Akta yang kukuh dan mempunyai kesan undang-undang. Soal landskap ini tidak lagi boleh dipandang sebagai sampingan sahaja tetapi ianya adalah keutamaan.


Sempat meninjau aktiviti program 5S yang dilaksanakan
oleh Intan Wilayah Sabah ni...
Oklah.. rasanya dah cukup saya tulis kat sini saja. Sudah terdengar suara adik manis kat kaunter masuk ke pesawat untuk berlepas ke KLIA. Perjalanan agak leceh sikit kerana pesawat berlepas dari KKiA ke Labuan dan terus ke KLIA. Dari KLIA pula tukar flight ke Pulau  Pinang.. dari Pulau Pinang naik kereta ke Alor Setar... 

Sampai ketemu lagi .....






Friday, 28 December 2012

http://beritakcs.blogspot.com/2012/12/shenzhen-cina-hong-kong-kenangan-yang.html

Catatan Lawatan Sambil Belajar Saya Bersama Ahli Majlis Bandaraya Alor Setar ke Hong Kong dan Shenzhen, China mulai 14 - 19 Disember 2012. Klik saja kat tajuk tersebut....

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita