Showing posts with label Anugerah. Show all posts
Showing posts with label Anugerah. Show all posts

Sunday, 29 June 2014

'THE EUROPEAN AWARDS FOR BEST PRACTICES 2014' .. TAHNIAH SEMUA WARGA MBAS

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh : 01 Ramadhan 1435H
                29 Jun 2014


Assalaamualaikum WRT .. sekali lagi buat semua rakan-rakan yang membaca blog saya.. dan yang selalu follow blog saya ....

Tadi saya baru saja habis tulis blog fasal perjumpaan saya dengan anggota kakitangan kontrak.... Teringat pula saya yang ada satu lagi cerita yang saya tak tulis lagi.. cerita inipun menarik juga  kerana ia amat berkaitan dengan imej MBAS sendiri... Rugi rasanya kalau tak tulis cerita ini kerana ia amat membanggakan MBAS sendiri. Saya cerita ini bukan kerana nak tunjuk kebanggaan saya tapi kebetulan saya diarahkan oleh Datuk Bandar   untuk menghadirinya sebagai mewakili MBAS.. Jadi yang patut terima semua penghargaan ini adalah semua anggota warga Majlis Bandaraya Alor Setar . Kerana komitmen yang tidak berbelah bagi semua mereka maka kejayaan demi kejayaan diperolehi oleh MBAS. Saya hanya kebetulan hadir pada waktu yang tersebut.. Selama 2 tahun berada di MBAS apalah sangat yang saya boleh buat...... Jadi janganlah memberi tahniah kepada saya secara peribadi..  Tahniah kepada organisasi yang saya bersama Datuk Bandar terajui ini.

ESQR's European Awards for Best Practices 2014 Co…: http://youtu.be/-oT8yLvggjs

Pada 01 Jun 2014, Saya telah berangkat dengan seorang lagi ketua bahagian MBAS sebagai mewakili Majlis Bandaraya Alor Setar ke Brussels, Belgium untuk menerima 'European Awards For Best Practices 2014'  oleh sebuah organisasi antarabangsa yang terkemuka di Eropah iaitu ' 'European Society For Quality Research' (ESQR).. 

Anugerah ini adalah merupakan satu pengikhtirafan antarabangsa yang mana untuk mendapatkannya tidak semudah itu kerana seperti mana kita ketahui di Eropah penilaian terhadap sesuatu organisasi dari segi kualiti itu adalah amat dititikberatkan dan amat tinggi standart kualiti yang ditetapkan. Kualiti dalam segala aspek.  ESQR merupakan sebuah organisasi yang mengendalikan penilaian strategik melalui soalan-soalan  berkaitan kualiti pengurusan , mempromosi budaya kualiti yang tinggi dan mengadakan konvensyen2 berkaitan kualiti diserata dunia.

ESQR ini berpangkalan di Lausanne (Switzerland). Penerima-penerima anugerah kualiti yang dianugerahkan ini melibatkan pelbagai sektor organisasi terkemuka diseluruh dunia. Semasa konvensyen di Brussels lebih kurang 63 penerima dari pelbagai sektor dan organisasi  kerajaan, swasta dan badan sukarela terkemuka telah menerima anugerah seperti diatas yang melibatkan lebih 52 negara,. Kebanyakan yang datang menerima adalah terdiri dari CEO Syarikat, Pengerusi2 Syarikat atau Perbadanan, dan Pegawai-Pegawai Tertinggi sesebuah organisasi itu.  Majlis yang dibuat ini sememang amat berprestij sesuai dengan standard kualiti 'award' yang dianugerahkan. Tempat konvensyen yang dipilih juga ditempat yang amat berprestij iaitu di Le Plaza Hotel yang terletak tengah-tengah Kota Brussels, Belgium yang juga diklasifikasikan sebagai monument bersejarah dan klasik, serta mewah. Kota Brussels sendiri merupakan ibu kota perdagangan Eropah dan  pusat kewangan terkemuka ..






Saya difahamkan oleh pihak ESQR bahawa pemilihan Majlis Bandaraya Alor Setar untuk menerima award Best Practices ini adalah berasaskan kepada sepertimana keratan dokumen yg di paparkan disebelah ini. Jadi memang tinggi 'standard'nya dlm membuat penilaian ini sebelum diputuskan siapa atau atau organisasi mana yg benar2  layak menerima award ini..

Sebab itu dalam ucapan ringkas semasa menerima award ini saya memberi jaminan bahawa MBAS akan tetap meneruskan kecemerlangan dan pertingkatkan lagi program2 kualiti yang dilaksanakan . Bukan satu kesilapan memilih MBAS untuk menerima 'award' ini.. ucapan saya boleh dilayari di blog alamat seperti berikut... 




Saya mengucapkan tahniah kepada semua anak2 buah saya yang sentiasa berusaha kearah kecemerlangan dan meningkatkan lagi produktiviti.. Bagi anak2 buah yg masih lagi leka dengan kerja yg tidak seberapa.. inilah masanya membuktikan sesuatu.. supaya kecemerlangan yang diperolehi adalah sedikit sebanyak adalah hasil sumbangannya..

Kalau agensi lain, Menteri sendiri pergi menerima Anugerah Berprestij ini
seperti anak Syarikat MARA ini yang menerima Anugerah ESQR di 
Kotaraya London tahun 2014
Pengikhtirafan2 besar yg diterima ini juga menjadi cabaran terbesar kepada warga MBAS kerana warga bandaraya atau pelanggan MBAS hendak melihat dan merasai sendiri  perkhidmatan yang terbaik yang boleh diberi sesuai dengan pelbagai award yang diterima... seharusnya ianya perlu diterjemahkan dalm bentuk memberi perkhidmatan yg terbaik kepada rakyat...  kalau tidak masyarakat akan perli2 begitu saja.

Saya amat menyedar MBAS mempunyai pelbagai halangan dlm memberi perkhidmatan terbaik terutama kekangan kewangan  yang amat terhad, sebahagian kecil lagi anggota MBAS yang tidak produktif atau kurang produktif, sikap masyarakat yang masih ditakuk lama.. Ini semua amat mencabar dan perlu ditangani  dengan bijak... termasuklah cabaran kepada saya sebagai Pentadbir organisasi yg besar ini...  Moga Allah SWT mempermudahkan segala urusan yang dirancang dan dibuat....

Saya berhenti dulu... nanti saya cerita fasal lawata2 dan pengalaman saya sepanjang lawatan ... ada cerita berasingan yg saya buat... terima kasih

Al  Fatihah... aameen


Dr A Arista. .. Pengarah Eksekutif ESQR sedang menyampaikan sijil ESQR pada MBAS melalui  saya.




Thursday, 18 July 2013

Swiss Summit Of Leaders..... MBAS adalah 'The Best Municipality' dan 'The Best Municipal Manager' 2013



15 Julai 2013 , Alor Setar
Catatan: Mohd Asri Redha


Assalamualaikum.. wrt.. Salam Satu Kedah, Salam Satu Malaysia..
Jumpa lagi... Amboi la ni nak kena belajar juga guna Salam Satu Malaysia..... dalam tempoh 5 tahun lalu, kata-kata tersebut mungkin agak asing untuk digunakan..  tapi la ni tak apa kut.... Yalah sepertimana yang saya katakan dulu, sebagai pegawai kerajaan.. kita terima sesiapa saja yang berjaya memerentah negeri ini... dan melaksanakan apa-apa dasar yang ditetapkan. Setakat sekarang ini tak ada apa-apa lagi arahan rasmi yang dikeluarkan kepada PBT cuma sekadar 'continue' sahaja apa yang sedang dilaksanakan sekarang.

Cerita saya kali ini adalah berkenaan usaha-usaha penambahbaikan persekitaran bandaraya ini dan peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan serta menjadikan Bandaraya Alor Setar ini sebagai sebuah bandaraya yang dapat dikenali bukan sahaja dikalangan rakyat tempatan Malaysia malahan diperingkat antara bangsa. Bila sudah dikenali dan diketahui akan kecantikan, keindahan bandaraya, kemudahan yang ada dibandaraya, kos hidup yang rendah di bandaraya sudah tentu ianya akan menarik minat orang untuk melawat Bandaraya Alor Setar ini.

Siapa sangka selain MBAS mendapat pengiktirafan dari segi Anugerah 5S, Anugerah ISMS, Anugerah Laman Web Terbaik.... satu lagi pencapaian terbesar yang dicapai diperingkat antarabangsa ialah bandaraya ini telah dipilih sebagai 'The Best Municipality' dan 'The Best Municipal Manager' oleh satu badan penilaian internasional yang berpusat di Oxford , Great Britain.. iaitu 'Europe Business Assembly'.


Butiran organisasi ini klik saja kat sini http://www.ebaoxford.co.uk/events/2013/06/01/swiss_summit_of_leaders_2013/ 

(jangan lupa cari gambar Dato'.  Hj Mat Noh Ahmad.. Datuk BandarMajlis B  Alor Setar .. dalam senarai penerima dan pembentang kertas kerja di summit tersebut)

MBAS tidak memohon untuk dinilai begitu, tetapi rupannya ada juga organisasi antara bangsa yang melihat akan kerja buat anggota kerja MBAS  dalam usaha menjadikan bandaraya ini.. Bandaraya Sejahtera.. dimana didalamnya mengandungi segala komponen-komponen yang boleh menarik minat orang untuk datang melancung dan menginap di Bandaraya Alor Setar. Antara yang boleh menarik minat pelancung datang ke Bandaraya Alor Setar ini ialah,, mudah kesampaian, murah, kos hidup yang rendah, banyak tempat menarik untuk dilawati, makanan yang pelbagai, layanan warga kota yang mesra, selamat untuk dilawati dan diduduki dan segala macam kemudahan yang disediakan...

Inilah yang diusahakan oleh MBAS setiap hari untuk memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada warganya walaupun dalam masa yang sama tidak kurang juga yang membuat aduan-aduan berkaitan dengan kemudahan-kemudahan infrastuktur dan perkhidmatan yang disediakan.. Walau bagaimanapun segala aduan yang dikemukakan akan diambil tindakan sewajarnya tertakluk kepada peruntukan kewangan yang ada dan kesesuaian sesuatu projek kepada orang awam. Kekangan utama untuk sesebuah PBT memenuhi semua kehendak dan keperluan rakyat ialah masalah kewangan dan sikap sebahagian masyarakat yang tidak berdisiplin dalam menggunakan kemudahan awam dan tidak mementingkan kebersihan.  Walau bagaimanapun MBAS sedang berusaha untuk mempelbagaikan sumber hasilnya disamping mempertingkatkan lagi operasi-operasi penguatkuasaan. Undang-undang mencukupi untuk melaksanakan penguatkuasaan tapi sebenarnya ianya tidak semudah itu untuk tindakan penguatkuasaan memandangkan negara kita mengamalkan demokrasi dimana kerajaan memerentah memerlukan undi dari rakyat.. Banyak sangat isu timbul hingga kadang-kadang PBT pula dituduh zalim, walaupun sebenarnya isu masalah itu datang dari aduan-aduan awam yang tidak berhenti-henti diterima oleh PBT

Untuk anugerah oleh Europe Business Assembly ini, ianya akan disampaikan dalam  Swiss Summit Of Leader di Montreux, Switzerland pada 01 Julai 2013. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar akan menghadiri sendiri untuk menerima 2 anugerah tersebut iaitu The Best Municipality dan The Best Municipal Manager. Di samping itu jika berkesempatan  Datuk Bandar MBAS akan mmbentangkan atau menyampaikan satu kertas kerja bertajuk "Alor Setar City - Homestay Tourism."

Selalunya bila kita cerita fasal anugerah itu ini... akan ada kata-kata sinis dari pihak-pihak tertentu berkenaan layanan  dan perkhidmatan yang tidak sebaik manapun diberi, masih banyak infrastruktur awam yang tidak dibaiki, tandas yang masih kotor, birokrasi yang menyusahkan pelanggan dan segala macam yang tak baik-baik belaka. Bagi saya itu boleh diterima, kerana memang berlakupun kerana dalam sebuah organisasi yang besar seperti MBAS ini bukan mudah untuk membawa semua anggota yang ada kearah satu destinasi dan kearah satu tujuan..... Mana ada yang 'perfect'. dan saya pun tidak mahu cari apa-apa keburukan dan kesalahan jabatan atau orng lain.

Apa yang sedang diusahakan ialah MBAS sudah kearah  menjadikan semua anggotanya bersatu hati dan bekerja sebagai satu pasukan dan setiap warganya peka dengan segala isu  dan masalah yang ada dan berusaha untuk mengatasi dan menyelesaikannya. Harapan saya semoga ianya mendapat kerjasama semua anggota anak buah saya ini.

Walau bagaimanapun saya mengucapkan tahniah kepada MBAS... sendiri tahniah... tak apalah.. kalau kita tak tahniah kat organisasi kita sendiri, sapa lagi. nak bagi tahniah.   Kita tunggu cerita lanjut dari Swiss nanti...

Saya tidak ada gambar untuk dipaparkan kerana saya tidak ikut serta menerima anugerah tersebut. Tapi diatas itu saya paparkan Piala, Bintang dan Sijil Anugerah yang telah diberikan kepada Datuk Bandar yang telah hadir sendiri menerima anugerah berprestij tersebut.

Jumpa lagi.....


Tuesday, 8 January 2013

MBAS... 2013 menjanjikan kecemerlangan !!

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 07 Januari 2013

Salam Sejahtera... buat pembaca maya sekalian.. dan tak lupa juga buat anak-anak buah yang masih minat dok baca celoteh saya dalam blog ini. .. pagi tadi saya terima satu surat dari Sirim Qas International Sdn Bhd yang memberi khabar yang mengembirakan... jadi malam ini saya terasa sangat nak tulis juga fasal hal berkaitan surat tersebut. Lalu saya usung netbook saya ni ke meja ditepi dapor sambil menghirup kopi '3 in 1' yang ada tongkat ali lagi. Baru selesa sikit untuk menaip.. dan idea pun dia kui mai untuk saya patuk-patuk huruf-huruf keyboard ini menjadi ayat yang boleh difahami.... Saya suka duduk menaip kat dapur kerana dapor rumah saya letak dihadapan sebelah pintu utama ... bukan dibelakang... jadi rasa lapang sikit sebab nampak pemandangan malam yang indah diluar sana..

MBAS melangkah bangga ke tahun 2013 dengan satu pengiktirafan kejayaan yang sukar diperolehi. Saya kata sukar kerana memang sukar untuk memenuhi kriteria-kriteria yang bagi saya terlalu teknikal, sepertimana yang dikehendaki oleh SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN.BHD. (IQISB) .  Sebab itu ramai jabatan dan agensi yang tak mahu memohon sijil tersebut apatah lagi kalau bukan paksaan.





Namun langkah sudah diatur, sesusah, seteruk  dan semahal manapun untuk mendapat pengiktirafan ini maka kenalah diteruskan juga. Alhamdulillah.. akhirnya pada 21.12.2012 pihak SIRIM  telah mengeluarkan surat awalan memaklumkan bahawasanya MBAS telah memenuhi kriteria-kriteria dan layak  dianugerahkan INFORMATION SECURITY MANAGEMENT SYSTEM CERTIFICATION. (ISMSC).

Saya mengucapkan tahniah kepada Bahagian Teknologi Maklumat MBAS yang menerajui usaha-usaha untuk mendapat Sijil tersebut. Tentunya Jabatan dan Bahagian lain dalam MBAS ini juga terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk mencapai kejayaan tersebut. Saya sedar dalam apa jua usaha untuk mencapai sesuatu yang tinggi nilainya banyak pengorbanan perlu dilakukan oleh semua kakitangan. Kadang-kadang kita rasa kecewa, kadang-kadang kita rasa tidak diperlukan, kadang-kadang kita rasa apa yang kita buat itu tidak dihargai, kadang kita berbalah sesama kita, kadang-kadang hari cuti kita bekerja, kadang-kadang bos tak lulus apa yang kita perlu / minta, kadang-kadang kita terpaksa mengalirkan air mata  dan pelbagai kadang-kadang yang kita rasa.  Itulah pengorbanan namanya. Masa dan tenaga banyak dihabiskan untuk menyiapkan segala dokumentasi, persediaan fizikal dan memahami sepenuhnya segala prosedur supaya segalanya terselaras dan terkini. Saya sebagai Setiausaha sebenarnya tidak banyak manapun membantu  dalam merealisasikan kejayaan ini, hanya sekadar memberi dorongan dan membantu sekadar yang perlu atas tanggungjawab sebagai ketua pentadbiran. Kejayaan ini adalah kejayaan anak-anak buah yang bertungkus lumus mengusahakannya...

Jadi berbaloi sangatlah apa yang MBAS perolehi ini, kerana saya difahamkan hanya MBAS satu-satunya PBT yang memperolehi pengiktirafan ini. (Walau bagaimanapun saya akan cuba dapatkan maklumat lanjut... benarkah begitu)... Kalau benar woow.. hebat.

Walau bagaimanapun.. perlu diingat semasa audit kedua yang dibuat oleh panel penilai dari SIRIM QAS ini ada beberapa item dan perkara yang perlu dibereskan sekiranya MBAS ingin mengekalkan pengiktirafan ini untuk tahun ke 2. Ini merupakan cabaran besar kepada MBAS agar dapat segera menyelesaikan apa-apa teguran yang telah dibuat oleh panel penilai tersebut. Takkan pula kita nak pegang setakat setahun sahaja kut.... setelah bersusah payah begitu lama kita usaha dapat sijil tersebut ... takkan semudah itu pula hendak dilepaskan. Jadi ini cabaran kepada kita semua untuk memastikan ada kesinambungan yang berterusan.

Persoalannya sijil ISMS sudah dapat, Sijil 5S pun sudah dapat...hebat tu..  bagaimana pula dengan perkhidmatan MBAS kepada rakyat. Ini yang sepatutnya juga menjadi keutamaan semua warga MBAS agar dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan.... Masih banyak ruang yang kurang diberi perhatian, terutama kesegeraan dalam membuat keputusan dan kelulusan-kelulusan tertentu.. disamping menangani aduan-aduan awam yang segala macam. Semua warga MBAS perlu ingat bahawa kesegeraan mereka bertindak dan kesegeraan memberi kelulusan sebenarnya akan memberi impak yang baik kepada MBAS itu sendiri seperti imej MBAS dan pendapatan  kepada MBAS..

Ok... saya sudah letih menaip dan letih mata juga. Jadi biarlah saya berhenti menaip disini saja... Nanti bila datang syehnya balik saya akan tulis lagi tanpa jemu-jemu..... Selamat malam.. ooppss.. selamat pagi dah dekat kul 12.30 pg...Jumpa lagi.

Teratak kasih.....


Tuesday, 21 August 2012

TAHNIAH MBAS.. diatas Persijilan 5S.. Amalan Persekitaran Berkualiti..

Catatan: Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman..
Tarikh: 20.08.012


Walaupun semasa saya datang ke MBAS ini , MBAS baru sahaja mendapat Persijilan Amalan 5S yang diaudit oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) namun rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada semua warga MBAS diatas usaha berterusan yang dibuat untuk mengikut standard yang ditetapkan oleh MPC. Sebenarnya MBAS memang boleh.......Kejayaan ini patut dibanggakan.. Bukan mudah untuk mendapat anugerah persijilan 5S.. Kalau mudah tentunya banyak jabatan sudah memperolehinya....Jabatan saya sebelum inipun puas juga untuk disusun atur ke arah Persijilan 5S... tapi baru diperingkat awalan lagi.... mungkin tahun 2013 boleh dapat kut.. Tapaknya sudah saya aturkan..


Ini merupakan cabaran besar kepada  saya dan semua warga MBAS ini untuk memastikan sijil yang diperolehi ini dapat dipertahankan pada penilaian seterusnya pada 6 Mei 2013, kerana sijil 5S ini hanya bertahan setahun sahaja dan ianya akan dinilai semula bila kita hendak mengekalkan Tauliah Persijilan 5S ini.

Sijil ini diberikan kerana jumlah markah yang dikira oleh panel penilai  MPC melebihi peratusan minima yang ditetapkan.  Namun begitu dengan jumlah markah 75.27 % yang diperolehi sebenarnya banyak lagi ruang-ruang penambahbaikan yang perlu yang dibuat sepertimana yang diberi komen dan ulasan oleh panel penilai dari MPC yang bijaksana itu. MBAS tidak boleh leka dalam hal ini kerana kegagalan mematuhi standard yang ditetapkan itu kemungkinan MBAS akan dapat markah kurang dari 70% yang tidak membolehkan pengiktirafan itu dikekalkan.

Sehubungan itu.. semua pihak warga MBAS perlu meningkatkan lagi usaha kearah meningkatkan peratusan penilaian tersebut kepada sekurang-kurang 90%.. maka barulah boleh kita banggakan akan usaha dan penat lelah yang kita buat itu.... oleh itu semua Ketua Jabatan,, Ketua Bahagian dan Ketua Unit memainkan peranan penting untuk menggerakkan anak-anak buah masing-masing untuk meneliti segala aspek kelemahan yang ada dan mengambil tindakan langkahan penambahbaikan.
Apa ceritapun yang pentingnya.. tahun hadapan mesti lebih hebat lagi dan lebih baik dari sekarang... kerana kita tidak mahu hanya pulun waktu nak dapat Sijil itu sahaja lepas itu ... 'slow' balik.

Saya suka sangat akan amalan 5S ini   kerana persekitaran tempat kerja kita yang berkualiti dalam segala aspek sebenarnya meningkatkan motivasi kita untuk bekerja dengan lebih seronok, meningkatkan produktiviti kerja dan seterusnya pelanggan akan berpuashati dengan perkhidmatan kita.

Sekian... jumpa lagi.

Teratak Kasih..

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita