07 April. 2013
Catatan: Mohd Asri Redha
Catatan: Mohd Asri Redha
Disinilah termetrainya Deklarasi Hasil MBAS... |
Sebenarnya saya bersama anak buah ke Krabi dalam satu program
khas atau misi khas untuk membincangkan secara bebas dan terbuka berkenaan kaedah dan pendekatan untuk meningkatkan pendapatan MBAS. Hasil perbincangan itu telah di padatkan dalam satu
deklarasi yang dinamakan Deklarasi Hasil MBAS yang mana deklarasi ini dipersetujui
bersama oleh pihak pengurusan atasan MBAS bersama semua Ketua Jabatan dan semua
Ketua Bahagian MBAS. Atas persetujuan ini semua yang terlibat telah beriltizam
dan berazam untuk berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan pendapatan MBAS
melalui pendekatan-pendekatan yang lebih agresif , kreatif, inovasi dan juga
peningkatan kecekapan dalam pengurusan sumber manusia MBAS. Dalam masa yang sama semua telah
berikrar dimana ada ruang untuk
penjimatan dan mengelakkan pembaziran maka itu juga akan diberi keutamaan
kerana ia memberi kesan besar kepada perbelanjaan MBAS.
Maka adalah diharapkan apa yang telah dipersetujui bersama
ini, pada akhirnya ianya akan memberi kesan yang lebih positif terhadap
peningkatan hasil MBAS, samada dalam tempoh terdekat ini dan tempoh jangka
panjang. Perkara penting yang perlu diberi keutamaan ialah melihat kepada sumber manusia dan aset MBAS yang ada agar dapat digunakan
dengan semaksima mungkin sesuai dengan imbuhan yang diterima oleh setiap
kakitangan. Peranan ketua jabatan dan bahagian adalah amat penting dalam
melihat dan memantau setiap ativiti
anak buah masing-masing disamping merancangkan program pelan tindakan yang sesuai
kearah matlamat yang telah ditetapkan itu.
Apabila bercakap fasal lawatan ke Krabi ini, saya suka juga untuk bercerita akan apa aktiviti-aktiviti yang ada di Krabi ini dan kenapa ramai
pelancung-pelancung dari seluruh dunia datang ke tempat ini. Dari segi kedudukan
geografinya Krabi yang luasnya 4709 km persegi ini, ianya lebih kurang samalah
dengan tempat lain yang terletak ditepi pantai . Panjang pantainya lebih kurang 160 km. Kalau dipantai Chenang , Pulau Langkawi, lebih
kurang begitulah suasana dan aktivitinya. Namun begitu pihak pemerentah dan
rakyatnya amat bijak mengeksploitasikan sumber alam semulajadi yang ada itu
untuk menarik pelancung datang melawat. Sebenarnya sepanjang apa yang saya
lihat disini tak ada apa pun yang menarik sangat , samalah seperti tempat lain. Krabi
ada pantai yang panjang, dan pulau yang banyak. Jadi dari situlah bermulanya industri pelancungan berkembang dengan adanya resort dan hotel-hotel yang tumbuh
bercambah disekitar Bandar Krabi ini dan sepanjang pantainya. Cumanya aktiviti ekonomi di Krabi ini tidak ada had jenis aktiviti.. halal haram sama sahaja. Kita
di Malaysia tidak boleh lakukan sebebas itu seperti industri sex, kedai minuman keras yang
bebas, dan jangan terkejut ada juga pertunjukan hiburan oleh pondan-pondan yang
tidak kurang hebatnya yang mempunyai ramai peminatnya juga.
Island Hopping |
Aktiviti yang tidak boleh ditinggalkan apabila melawat Krabi ialah 'Island Hopping'.. Memandangkan kesuntukan masa hanya sempat melawat 4 buah pulau yang agak popular . Melawat pulau dengan bot laju . Boleh juga melawat dengan menggunakan bot ekor panjang dengan harga yang lebih murah. Antara pulau yang menarik dilawati ialah di Tup Island dengan pasir pantainya yang halus dan laut biru kehijauan luas terbentang. Di Pranang Island rombongan kami melawat gua yang banyak kedapatan kat situ hasil kejadian semula jadi akibat hempasan ombak sejak ribuan tahun yang lalu.Kat pulau ini katanya tempat orang mohon hajat untuk dapat jodoh dan dapat anak.. Entah mai daripada mana tak taulah saya sampai orang percaya begitu sekali, tapi yang saya nampak pelbagai bentuk ukiran kemaluan lelaki , ada yang besar dan ada yang kecil kat gua yang ada dan ada pula orang dok sembah dan berniat kut kat situ.. lelaki perempuan sama saja. Naik geli tengok.. Kat situ
Dua pulau lagi yang dilawati ialah Chicken Island dan Poda Island dimana nampak
Kat Phranang Island |
Banyak pengajaran saya belajar dari lawatan ini terutama dari segi pengurusan industri pelancungannya. Saya melihat dari segi kempen promosinya memang hebat. Sektor swasta yang terlibat dalam industri ini memang proaktif dan tidak bergantung sangat kepada kerajaan. Beda sangat dengan di Malaysia yang masih bergantung pelbagai bentuk bantuan dari kerajaan. Dari segi keselamatan pelancung memang terjamin, walaupun disebelah selatan Thailand agak kalut sikit.
Berkenan tengok mangkuk tandas ni.. |
Salah satu produk OTOP.... |
Di Kedah dulu pernah diperkenalkan program IKIP iaitu satu kampung satu produk dan saya pernah terlibat secara langsung dalam memperkenalkan program ini di daerah Kubang Pasu iatu produk tangki najis fibreglass dan limau bali. tapi.. sekarang rasanya hanya tinggal nama sahaja. Kalau masih ada pun tidaklah sehebat pada waktu awal-awal pelancaran dulu. Mungkin program dibuat itu bermusim sahaja.. orang lain buat kitapun nak buat, beralih menteri, berubah pendekatan, beralih kerajaan, beralihlah kepentingan.... ini yang susahnya di Malaysia ini.. sesuatu dasar yang diperkenalkan itu tidak lama, jadi kita tidak dapat melihat hasilnya dalam jangka panjang.
Ok... nampaknya bas berhenti kat tepi jalan... nak buat apa ni.. .. jenguk keluar.. rupanya ada berpuluh gerai jual buah nanas disatu tempat yang saya kurang jelas nama tempatnya tapi terletak lebih kurang 20 km sahaja lagi menuju ke Hatnyai.. Inipun produk OTOP juga..
Ok saya rasa cukuplah dulu menaip kat sini.. mata dah naik binau ni bila menaip dalam bas yang bergerak... Saya nak beli nenas juga buat buah tangan.. Rasanya berpuluh biji juga laku buah nanas yang dijual itu dibeli oleh anak-anak buah... Lepas ni nak pi dinner kat Hatnyai pula.... Tentunya tomyamnya yang pedas sedap itu ...
Jadi cadangan saya kalau sesiapa yang teringin melawat luar negara tapi bajet menjadi halangan, maka di Krabi adalah tempat yang terbaik... anda tidak akan rugi kalau datang ke sini. Tapi kalau tak pernah ke Pulau Langkawi, elok pi melancung ke Pulau Langkawi dulu... Di tempat kita sebenarnya indah dan cantik juga....
TeRaTaK KaSiH
No comments:
Post a Comment