Saturday, 30 March 2013

Menghayati Seni Suara/Gaya Burung Merbah Jambul Dan Murai Batu..

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 30 Mac 2013..

Para peserta sedang bersiap sedia dengan burung
masing-masing untuk diadili oleh pengadil yang
bijaksana.
Selamat Petang dan Salam Sejahtera, buat pembaca blog saya... Petang ini saya sedang enak-enak pekena cucur kodok cicah dengan planta..tapi bukan planta marjerin.. waduh enak sekali..  tak percaya cuba try.... sambil itu tentunya saya tidak lupa untuk menggodam  huruf2 komputer ini untuk jadikan cerita apa yang patut.. Nampaknya siapa yang baca cerita saya ini tidak ada pilihan .. mahu tak mahu kenalah juga membacanya celoteh saya ini..

Sebenarnya pagi tadi saya bersama anak-anak buah berada di Karnival Bandaraya Sejahtera di pekarangan Stadium Darul Aman.. MBAS buat aktiviti Pertandingan Suara/Gaya Burung Merbah Jambul dan Murai Batu..Sempena Sambutan Ulang Tahun MBAS ke 9.


Antara hadiah-hadiah utama untuk pemenang-pemenang dan
juga hadiah-hadiah cabutan no bertuah....
Tak sangka pula ramainya peminat-peminat burung merbah jambul dan murai batu dan mereka datang dari segala ceruk rantau hingga dari luar Kedah. Lebih kurang 386 peminat burung-burung tersebut mengambil bahagian dalam 3 kategori yang ditetapkan. Saya sebenarnya bukan tau pun macam mana sistem pertandingan ini... kadang-kadang tengok cara mereka menilai agak memeningkan kepala.. kalau nak nilai dari segi suara... macam mana pengadil nilai dengan hanya melihat dan mendengar dari jarak 6 ke 7 kaki.. dan burung-burung itu diletakkan berdekatan antara satu sama lain.. bunyi semua burung semacam aje.. Itulah kelebihan  pengadil-pengadil pertandingan burung-burung tersebut yang tidak semua orang ada kepakaran tersebut...

Bayangkanlah macam manalah pengadil nak nilai bunyi suara
burung, sebab letak dekat-dekat... tapi sebenarnya tak
ada masalahpun pada pengadil tersebut.. memang hebat-hebat.
Saya tunggu dari awal hingga akhir.. tapi rasanya tidak menimbulkan minat langsung untuk menceburi dalam hobi ini.... tetapi melihat kepada kesungguhan pemilik-pemilik burung ini saya amat kagum sekali.. dan mereka tidak mempertikaikan akan keputusan-keputusan pengadil yang bijaksana dan ada pengadil  yang diimpot terus dari Thailand. Lucu juga melihat akan telatah pemilik burung dengan pelbagai gaya dan kelakuan mereka untuk berkomunikasi dengan burung kesayangan mereka supaya  buat seperti mana yang dikehendaki untuk menarik perhatian pengadil.. Jangan tanyalah berapa harga setiap burung peliharaan mereka.. semua ribu-ribu RM.. Kalau dapat tempat teratas, harga seekor burung merbah jambul atau murai batu boleh mencecah puluhan ribu RM. Akan ada orang yang akan membelinya. Jadi hobi seperti ini kalau ditumpukan sepenuhnya boleh cari makan dengan cara ini...

Boleh dikatakan sebahagian besar peserta yang mengambil bahagian mendapat hadiah samada melalui hadiah kemenangan atau cabutan nombor bertuah. MBAS menyediakan lebih 80 hadiah cabutan nombor bertuah dan paling ditunggu ialah TV LCD 42 inci dan basikal Mountain Bike, serta pelbagai hadiah lain yang menarik. Disamping itu yang berjaya diberi hadiah wang tunai dan juga barangan elektrik serta sijil / piala serta berpuluh hamper.

Walau bagaimanapun saya mengucapkan tahniah kepada anak-anak buah saya sebagai urusetia aktiviti ini yang melaksanakan program ini dengan jayanya terutama dari segi bilangan penyertaan yang ramai dan kelancaran program ini. Hari cuti yang terpaksa dikorbankan. Tidak lupa juga kepada Persatuan Burung Merbah/Murai yang telah sama-sama bekerjasam dengan MBAS menjayakan pertandingan. Insya Allah,  melihat kepada kejayaan aktiviti ini  ianya akan dijadikan aktiviti tahunan MBAS dimana ianya akan mendekatkan lagi rakyat dari serata pelusuk negeri dengan MBAS.


Oklah.. azan maghrib sedang berkumandang... menyahut segala makhluknya berhentikan dulu segala urusan dunia.. kita tumpu pula urusan hidup mati kita dengan Allah SWT.. jadi saya berhenti sementara dulu kat sini kerana saya sudah puas cerita fasal pertandingan ini dan nanti saya boleh mulakan bualan aktiviti lain pula berkenaan Sambutan Ulang Tahun MBAS ke 9...  Tunggu cerita seterusnya..

Teratak Kasih.....

No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita