Tuesday 10 November 2015

Masih berlaku lagi...

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh : 10 November 2015

Assalaamualaikum wrt.. dan Selamat Siang.. Semoga pembaca yang masih baca blog ini berada dalam keadaan sihat sejahtera. Blog inipun lama juga saya tidak menulis, sejak saya bertukar dari MBAS ini. Saya sengaja tidak menutup blog ini kerana banyak maklumat-maklumat ada kat sini. Boleh untuk sesiapa dan saya sendiri untuk buat rujukan yang bersesuaian.

 Hari ini saya ada bahan sikit untuk catat berkenaan MBAS ini apabila terbaca berita-berita seperti yang saya lampirkan disini. Dah jadi berita besar kes ini apabila sudah masuk dalam akhbar.

Satu hal yang saya sangat-sangat khuatir dalam menjalankan tugas seharian ialah tindakan saman atau tindakan undang-undang dari orang awam. Setiap kerja kita seharian sentiasa diperhatikan oleh pelanggan atau rakyat. Jabatan-jabatan kerajaan sekarang ini boleh disaman dan menyaman. Tapi yang banyak saya tengok ialah kena saman kerap sangat berlaku.  Ini yang saya selalu selalu peringat dan maklum kat anak-anak buah saya dimana-mana jabatan yang saya bertugas, supaya fikirkan implikasinya  akibat dari tindakan kita. Memang merenyahkan bila disaman. Memang memberi tekanan perasaan kepada saya kalau berlaku perkara seperti itu. Banyak masa, tenaga dan wang ringit dihabiskan begitu sahaja.. Menang kes atau kalah kes, belanja tetap tinggi. Apatah lagi kalau kalah, lagilah tinggi kosnya.. Silap2 haribulan boleh jatuh bangkrap sesuatu jabatan itu apatah lagi kalau PBT macam MBAS ini.   Rakyat sekarang semakin pandai dan semakin tahun hak masing-masing. Sikit-sikit sahaja nak saman . Walaupun apa yang dibuat itu untuk kebaikan rakyat tapi jika bawa musibah kepada yang terlibat.. sama tetap saman.

Dalam menangani kes-kes saman seperti ini, kadang-kadang tu kesilapan pihak plaintif dan kadang-kadang-kadang kesilapan atau kecuaian sendiri. Semua ini kena kaji betul-betul agar ianya benar-benar tulin yang itu akibat kecuaian defendan.  Bukan kira nak lawan semata-mata walau apa jadi...  Ini masalah ganti rugi yang besar, bukan sikit tu.. Kalau tengok tuntutan kes ini. Tidak guna menegakkan benang yang basah jika kita sendiri mengetahui ada kelemahan diri sendiri. Lebih baik bawa berbincang balik dengan pihak plaintif, kerana ada setengah-tengah kes tu boleh bincang balik diluar mahkamah. Mahkamah pun suka cara tu.  Tapi jika defendan ada bukti kukuh dan fakta yang lengkap dan keyakinan ianya berpihak kepada defendan, elok lawan sahaja.

Kes terbaharu ini amat mengejutkan saya. Kerana ini kes baharu sahaja selepas sahaja saya keluar dari MBAS.

Kita tunggulah dan lihat sahajalah perkembangannya.. Melihat kepada jumlah tuntutan itu, amat mengejutkan saya juga.. Banyaknya.. Kalau fakta dia kuat dan menang dan hakim ikut macamana tuntutannya.. mana nak cari  duit banyak tu.. Boleh bangkrap MBAS..

Saya berdoa semoga MBAS diselamatkan dari musibah ini.... Kebijaksanaan pegawai-pegawai yang ada amat diperlukan untuk mengatasi masalah ini. Walaupun saya tidak lagi berada di MBAS, tapi hati dan ingatan saya masih bersama dengan MBAS. Saya sayang MBAS ini walaupun hanya bersama 2 tahun bersama. Tentunya pegawai2 MBAS lebih sayang organisasi mereka memandangkan mereka sudah lama dengan MBAS. Hidup mati bersama MBAS... Jadi berusahalah bersungguh-sungguh untuk mengatasi musibah ini, bukannya pakat lepas tangan kepada orang lain sahaja, kerana pada akhirnya yang akan menanggung ialah semua anggota kerja MBAS sendiri. Bukan setakat anggota kerja MBAS sahaja, saya sendiri sebagai pembayar cukai MBAS tidak merelakan wang yang dikutip itu digunakan untuk membayar/ berbelanja  kepada perkara yang tidak sepatutnya

Terima kasih, jumpa lagi..


Saturday 9 August 2014

CORETAN SELAMAT TINGGAL.. ...

29 Ogos 2014
Catatan: Mohd Asri Redha
Teratak Kasih

Selamat Malam.. Salam Sejahtera buat sahabat-sahabat saya dan saudara2 yang amat dimuliakan Allah SWT. Semoga kehidupan kita semua sentiasa diberi kesejahteraan oleh Allah SWT ..Insya Allah. Saya mengambil masa untuk menulis di blog Semangat Jati MBAS hari ini kerana ada sebab tertentu.. Saya ada blog dan facebook. Twitter saya tak begitu berminat. Tujuan utama saya ujudkan blog dan FB ini adalah bagi mengumpulkan sahabat2, mengeratkan tali silaturrahim sesama kita melalui maya, merakamkan pengalaman2, memberi panduan-panduan yang yang berminat, menaikkan imej organisasi kita dan pahala juga dengan menceritakan pengalaman bermakna hidup sebagai hamba Nya diatas muka bumi ini serta menceritakan kebesaran Allah SWT. Kita cerita yang baik-baik belaka. Tak kuasa untuk cerita mengata orang itu orang ini, yang belum tentu sahihnya, memaki hamun yang tidak berperasaan dan segala macam seumpama itu.

Hari ini  merupakan hari terakhir saya bertugas sebagai Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar. Jadi saya kena tulis juga mungkin sebagai catatan terakhir saya diblog ini sepanjang saya berada di MBAS ini bermula dari 01 Ogos 2012 hingga 09 Ogos 2014. Kiranya 2 tahun 9 hari saya berkhidmat dengan MBAS. Satu jangka masa yang saya rasa agak singkat untuk berbuat sesuatu yang memberi kesan positif kepada MBAS. Saya tak ada idea lagi nih nak cerita apa.. tapi biarlah sambil-sambil tangan mengetok punat-punat biarlah aliran idea menerjah mai ke otak saya untuk saya susunnya menjadi ayat-ayat yang boleh difahami oleh sahabat-sahabat yg masih berminat nak baca. Bukan paksaan untuk suruh membaca..
Majlis penyerahan tugas kepada Setiausaha
Baru Tn Hj Abdullah Hashim dengan di
saksikan oleh Dato' Hj Mat Noh Ahmad
Datuk Bandar MBAS

Besok saya akan mula bertugas di pusat pentadbiran kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darulaman, Alor Setar sebagai Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kedah. Dengar macam besar semacam saja, tapi sebenarnya taraf jawatan tu sama saja dengan gred jawatan yang terdahulu.. Jadi bukanlah saya bertukar kerana naik pangkat. Hanya bertukar jawatan bagi meningkatkan lagi pengalaman dalam pengurusan kewangan. Saya bukannya seorang yang ada asas ilmu kewangan yang rasmi, jadi terpaksalah saya belajar dari rakan-rakan yang lebih berpengetahuan.

Sebenarnya saya agak terkejut juga bila mendapat arahan bertukar ke tempat tersebut, memang tidak dijangkakan. Hasrat hati tu nak juga rasa jadi DO atau YDP PBT kecik2 pun tak apa... sekurang-kurangnya pengalaman saya yang bergelumang dengan orang awam diperingkat bawahan boleh dipraktikkan selanjutnya apatah lagi sebagai Ketua Jabatan akan lebih memudahkan saya untuk rancang dan buat apa yang patut. Sebahagian besar tugas dan kerja saya adalah diperingkat 'grass root' bersama rakyat. Dah lali dengan orang kampong, orang bandar dengan segala macam karenah yang tidak berkesudahan. Sebahagian besar kerja saya adalah dengan Pejabat Tanah sebagai Pentadbir Tanah, Penolong Pentadbir Tanah, Pen Pengarah Tanah dan Galian. Begitu juga dengan Pejabat Daerah sebagai Penolong Pegawai Daerah, Ketua Penolong Pegawai Daerah , dengan PBT sebagai Setiausaha di Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya.. Disamping itu saya juga menjadi Ahli Majlis dibeberapa PBT. Jadi kehendak hati  macam itu lah. Tapi saya bukan jenis yang pandai meminta-minta, jadi ke mana diarahkan, saya terima seadanya. Kalau saya mampu dan serasi kerja itu itu Alhamdulillah. Kalau tidak mampu dan tidak sesuai, terpulanglah pada yang lebih tinggi untuk letak dimana pula.

Berkhidmat dengan Majlis Bandaraya Alor Setar banyak meninggalkan kenangan-kenangan pada saya. Ada kenangan yang manis dan indah, ada juga yang tidak menarik dan ada juga yang rasa macam nak lari saja dari duduk di MBAS... Jadi segalanya ada disini. Tapi sebahagian besarnya adalah kenangan yang baik-baik belaka. Jadi kita cerita yang baik-baik belaka. Sebenarnya beberapa pandangan saya dan ulasan saya berkaitan aktiviti MBAS ini banyak telah saya buat ulasan dalam blog ini. Jadi tulisan blog saya kali ini hanya hendak memberi gambaran keseluruhan sahaja tentang MBAS ini.

Seperti yang saya katakan sebelum ini 2 tahun adalah waktu yang amat singkat saya rasa. Apalah sangat yang boleh dibuat dalam tempoh tersebut selain meneruskan segala program dan aktiviti yang sedang berjalan dan merancang yang belum dilaksanakan.. Dalam organisasi ini walaupun saya sebagai Pentadbir tapi masih ada lagi pegawai yang lebih berkuasa iaitu Datuk Bandar. Jadi apa yang dirancang dan dilaksana mestilah selari dengan dasar dan arahan-arahan DB. Saya merasa amat bertuah kerana dapat digandingkan dengan Dato Hj Mat Noh Ahmad seorang Datuk Bandar yang proaktif, kreatif dan serious dalam memandu orgasisasi MBAS mengikut landasan-landasan yang betul. Setiap tindakan-tindakan yang dibuat oleh anak-anak buah termasuk saya jika timbul kontroversi dan isu , beliau akan sentiasa mempertahankan tindakan-tindakan yang dibuat dan sanggup menghadapi risiko darinya. Beliau memberi kebebasan pada saya untuk merancang dan melaksanakan apa yang wajar mengikut garis panduan tugas  sebagai seorang Setiausaha. Melaksanakan arahan-arahan beliau dan keputusan-keputusan dalam mesyuarat2  majlis dengan cepat dan memantau arahan tersebut agar berjalan lancar adalah merupakan satu tanggungjawab utama saya.

Hasilnya memang menakjubkan dalam tempoh 2 tahun ini.. MBAS sudah berjaya meletakkan dirinya sama setaraf dengan lain2 PBT di peringkat nasional dengan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang amat menakjubkan saya. Saya mengatakan begitu kerana seperti semua sedia maklum, MBAS bergerak dibawah kapasitinya yang sebenarnya, dengan pendapatan yang tidak sebanyak mana berbanding dengan lain-lain PBT bertaraf bandaraya dan sumber manusia yang terhad tetapi  masih mampu bergerak seiring dengan lain-lain bandaraya yang lebih besar dan mencapai pelbagai anugerah. Dengan adanya Pelan Strategik MBAS 2014 - 2018 yang telah disediakan akan memandu meningkatkan lagi operasi MBAS dengan lebih tersusun dan teratur kearah mencapai matlamat yang telah ditetapkan

http://semangatjatimbas.blogspot.com/2014/03/makmal-pelan-strategik-mbas-2014-208.html

Dalam tempoh ini juga MBAS telah mendapat pelbagai kejayaan dan pengiktirafan baik diperingkat negeri, nasional dan antarabangsa.

Adakah pencapaian-pencapaian ini tercapai dengan sendiri. Tentunya tidak. Sudah tentu gabungan semua aset yang ada di MBAS ini telah menyerlahkan kecemerlangan ini. Baik dari peringkat pengurusan atasan , ketua jabatan, ketua bahagian, ketua unit dan seluruh anggota kerja MBAS semuanya ada peranan masing-masing kearah kecemerlangan yang dicapai. Sudah tentu untuk memastikan pelayaran MBAS menuju destinasi yang ditetapkan memerlukan nakhoda yang cekap . Nakhoda MBAS ialah Datuk Bandar .

Saya mengucapkan tahniah kepada semua anggota kerja MBAS yang bertungkus lumus menjayakan setiap program kualiti yang diaturkan itu. Tanpa kerjasama semua pihak tentunya sukar untuk mencapai kejayaan-kejayaan tersebut.  Kita sedia maklum, MBAS mempunyai anggota tenaga yang ramai hampir 800 orang dan mempunyai 7 Jabatan merangkumi 30 Bahagian. Untuk mendapat pengiktirafan memerlukan keseluruhan jabatan dan bahagian sentiasa dalam keadaan 'tip top' terhadap setiap keperluan-keperluan penilaian.

Jadi kejayaan yang diperolehi itu bukan mudah, masih banyak lagi jabatan-jabatan diluar sana yang belum mendapat pengiktirafan 'Standard Requirements Of Quality Environment Management System 5S' walaupun jabatan itu tidak sebesar manapun, tetapi MBAS telah dapat kekal 2 tahun berturut-turut sijil tersebut malahan markahnya semakin meningkat.   Begitu juga kejayaan mendapat Sijil 'Information Security Management Systems MS ISO / IEC 27001:2007' juga merupakan satu kejayaan luar biasa bagi saya. Berapa jabatan saja yang dapat sijil ini di Malaysia. Sebab untuk mendapatkannya memang sukar kerana banyak 'requirement' yang perlu dipatuhi agak terlalu teknikal.. Ini ditambah lagi dengan pengiktirafan Anugerah 4 Bintang bagi Penarafan Bintang Jabatan. Seterusnya diserlahkan lagi dengan kecekapan menguruskan kewangan MBAS dengan mendapat Sijil Bersih 2 tahun berturut-turut dan Insya Allah pada tahun 2014 juga tidak ada masalah untuk mengekalkanya. Dalam bidang kewangan juga MBAS mendapat anugerah 4 bintang untuk  Indeks Akauntabiliti Kewangann. Imej MBAS makin meningkat dengan paparan Web Site MBAS yang  telah diberi taraf 5 Bintang. Ini membuktikan segalanya memang telah berbetulan secara keseluruhan kerana semua anggota MBAS berusaha kearah itu.. Sewajarnya seluruh anggota MBAS wajar berbangga dengan pencapaian-pencapaian tersebut.

http://semangatjatimbas.blogspot.com/2014/01/tahniah-mbas-tetap-unggul-pelbagai.html

Kecemerlangan MBAS dibuktikan lagi dengan penerimaan anugerah diperingkat antarabangsa.Pada 25.06.2013, MBAS telah dianugerahkan 'The Best Municipality' dan 'The Best Municipality Manager' oleh Europe Business Assembly' sebuah organisasi antarabangsa yang berpusat di Oxford, England. Seterusnya satu lagi pengiktirafan antarabangsa diperolehi oleh MBAS iaitu pada 02 Jun 2014 MBAS menerima penganugerahan 'European Awards For Best Practices 2014' di Brussels Belgium dari European Society For Quality Research (ESQR) sebuah organisasi penarafan kualiti bertaraf antarabangsa yang berpusat di Lausanne Switzerland. Jadi rasanya hampir lengkap siri-siri pengiktirafan yang diterima oleh MBAS baik diperingkat negeri, peringkat nasional dan peringkat antarabangsa.

http://semangatjatimbas.blogspot.com/2013/06/swiss-summit-of-leaders-mbas-adalah.html
http://semangatjatimbas.blogspot.com/2014/06/the-european-awards-for-best-practices.html

Cumanya satu lagi pengiktirafan besar yang cuba diperolehi MBAS ialah untuk mendapatkan semula Sijil Qualiti MS ISO Versi Baru yang mana sebelum ini MBAS telahpun menerimanya beberapa tahun yang lalu. Tetapi oleh kerana beberapa masalah dan halangan sijil yg diperolehi itu gagal diperbaharui semula. Pada waktu itu boleh dikatakan hampir  semua proses kerja utama bahagian yang terdapat dalam MBAS menerima sijil tersebut. Ini  merupakan satu cabaran besar yang akan dihadapi oleh semua anggota MBAS disemua peringkat. Arahan pengurusan atasan telah dikeluarkan kearah  persediaan mendapatkan sijil tersebut.

Ada dua perkara yang saya rasa agak terkilan selepas meninggalkan MBAS yang masih gagal untuk mencapainya secara berkesan. Pertamanya  kerana terasa kurang membantu dalam meningatkan hasil pendapatan MBAS. Walaupun ada peningkatan sejumlah lebih RM 2 juta simpanan  dalam tempoh 2 tahun saya bertugas di MBAS ini tapi harus diingat  kos pengurusan MBAS juga semakin bertambah setiap tahun. Jadi dalam apa cara sekalipun , semua anggota MBAS kena memikirkan secara lebih kreatif, proaktif dan berkesan dalam mencari sumber-sumber baru atau berusaha mempertingkatkan kutipan cukai-cukai bagi premis perusahaan, perniagaan dan perumahan yang belum dinilai lagi. Mencari sumber2 baru seperti mana yang diputuskan dalam Deklarasi Krabi  perlu diberi perhatian . Jika tidak jangka hayat MBAS tidak akan bertahan lama . Setiap anggota mesti memikirkan cara terbaik untuk meningkatkan hasil majlis. Perkara ini kena ditanamkan dalam setiap hati sanubari anggota. Tidak ada masa untuk menyatakan itu bukan tugas  orang itu atau orang ini..

http://semangatjatimbas.blogspot.com/2013/04/deklarasi-hasil-mbas-di-krabi-pada.html

Perkara ke dua ialah saya masih berusaha bersama Datuk Bandar untuk mengurangkan pembaziran-pembaziran dalam pengurusan MBAS. Mengurangkan pembaziran itu adalah seperti memastikan penggunaan air paip tidak digunakan sewenang2nya, penggunaan elektrik yang bertambah setiap tahun, kalau boleh dikurangkan lagi dengan penggunaan tenaga yang lebih efisien, penggunaan tenaga sumber manusia yang ada secara maksimum dan penggunaan asset-asset fizikal secara yang lebih berhemah. Saya berharap kedua-dua perkara ini dapat diberi perhatian utama oleh semua anggota terutama Ketua Jabatan dan Ketua Bahagian yang akan menggerakkan jentera organisasi masing-masing kearah menambahkan pendapatan dan memaksimakan segala asset sumber manusia dan fizikal yang ada.

Saya juga amat terhutang budi kepada MBAS terutama Datuk Bandar yang telah memberikan kesempatan kepada saya menghadiri Persidangan Antarabangsa di Yeosu , Korea Selatan (The 8th Silk Road Mayors Forum Yeosu 2013 dari 21-24 Okt. 2013) dan juga menghadiri Kursus Trizz (Triz Future Conference 2013, dari 29-31 Oct 2013)) di Paris, Perancis. Disamping itu saya juga mewakili Datuk Bandar untuk menerima Anugerah 'European Awards For Best Practices 2014' di Brussels Belgium . Saya amat menghargai akan peluang yang jarang-jarang diperolehi ini.  Semua ini meningkatkan lagi pengalaman dan mematangkan lagi pengetahuan saya. Terima kasih saya ucapkan. Jasa MBAS terhadap saya tidak akan dilupakan.

http://semangatjati.blogspot.com/2013/11/triz-future-conference-2013-darts-et.html
http://semangatjati.blogspot.com/2013/11/8th-mayor-silk-road-forum-yeosu-2013.html


Ok.. lah banyak pula bercerita fasal kerja dan pengiktirafan.. nanti boring pula yang membacanya.. tak apalah saya cerita yang baik-baik belaka., lagipun saya dah tak kerja lagi kat MBAS, apa salahnya kalau kita cerita yg baik2 pada organisasi yang kita tinggalkan... biar kita keluar dengan bangga akan organisasi yang pernah kita terajui dan kita tinggalkan pula dalam keadaan elok-elok serta tidak tinggalkan masalah pada MBAS...

 Saya sedar semasa mula datang ke MBAS ini ramai yang telah berpandangan atau berfikir saya ini seorang yang strict, jarang senyum, nampak macam garang, berbicara tanpa pandang ke muka dan segala macam lagilah yang tidak perlu saya sebutkan. Tak apalah itu persepsi sahaja berasaskan apa yang dilihat dari luaran sahaja. Mungkin ada benar dan mungkin ada yang tidak benar. Jadi saya tidak begitu melayan sangat hal-hal seperti itu. Saya datang dengan satu tekad untuk bekerja dan menerima tanggungjawab yang diarahkan. Bekerja untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan niat menjadikan kerja harian saya sebagai Ibadat... Saya tahu terlalu banyak cabaran dan godaan bertugas di PBT.. Silap-silap haribulan boleh hanyut dibuatnya. Pengalaman sebagai Setiausaha dibeberapa PBT sebelum ini benar-benar mengajar saya. Ramai yang berminat untuk bertugas di PBT apatah seperti di MBAS ini. Di sini ada kuasa, disini ada peluang dan disini ada kesempatan,  Pandai-pandailah menggunakannya.

Saya amat senang sekali bersama-sama anak-anak buah di MBAS, seronok bekerja dengan mereka.  Cumanya tidak ramai yang saya dapat bertemu muka dan kenal secara mendalam, kerana ramainya anggota MBAS ini. Saya suka ikut serta akan setiap program dan aktiviti yang dibuat. Cuma selalu tidak dapat join kerana terikat dengan tugas-tugas yang sentiasa memburu kita... di MBAS ini memang banyak sekali aktiviti rasmi dan mesyuarat-mesyuarat dalaman dan diluar. Nasib baiklah sebahagian besar ketua jabatan dan ketua bahagian tidak ada masalah dalam mewakili DB atau Setiausaha. Jadi segalanya berjalan lancar seperti biasa dan saya hanya memantau pelaksanaannya sahaja agar berjalan lancar.

Saya memang kagum dengan pengurusan acara program aktiviti yang dilaksakan sendiri oleh anak2 buah MBAS. Memang ada 'class' kata orang. Sebab itu dalam sebarang pengurusan acara/aktiviti yang diaturkan,  saya dan DB tidak banyak sangat ambil tahu kerana kami tahu acara yang diaturkan itu memang akan berjalan elok dan sempurna dan kadang-kadang melebihi dari yang dijangkakan.. Tahniah saya ucapkan.

Sekali sekala ada juga pertentangan pandangan dan pendapat dengan anak-anak buah. Bagi saya tidak ada masalah untuk menerima teguran dan pandangan dari anak-anak buah. Cuma sebagai anak buah kita kena faham hirarki dalam sesuatu organisasi. Ada cara dan pendekatan yang manis dan berhemah  boleh dibuat. Apa yang boss buat adalah untuk kebaikan organisasi. Teguran dan pandangan yang diberi untuk kebaikan pegawai yang terlibat . Kadang apa yang dibuat dan diarah oleh boss tidak menepati kehendak dan cita rasa kita, kadang2 kita rasa boss seperti mencari kesalahan kita dan macam-macam perkara negatif yang kita fikirkan. Sekiranya tidak memberi kesan negatif dan melanggari batas agama terima seadanya apa yang diarahkan. Ketua melihat dalam konteks yang lebih luas , manakala anak buah melihat dalam konteks yang lebih kecil... Oleh itu setiap tindakan dan arahan selalunya mengambil kira pelbagai aspek dan pertimbangan munasabah. Ketua yang baik tidak akan membuat sesuatu yang akan menjahanamkan organisasinya. Kalau ini dibuat, tanggungjawab anggota MBAS terutama pimpinan pegawai kanan yang mesti membetulkan keadaan.

Saya sendiri ada boss saya iaitu Datuk Bandar. Mengapa saya harus mempertikaikan keputusan-keputusan Datuk Bandar jika ianya memberi kebaikan , tidak memberi kesan negatif dan merugikan MBAS serta tidak bercanggah dengan agama. Pendapat dan pandangan dalam hal-hal tertentu kadang-kadang berbeda. Sebagai manusia perkara itu tidak dapat dielakkan. Namun pandangan sentiasa saya berikan dalam hal-hal tertentu, tapi keputusan terakhirnya terletak kepada Ketua kita. Sebab beliau akan bertanggungjawab akan setiap keputusan yang dibuat. Nanti kalau saya jadi ketua organisasi, begitulah juga yang saya mahukan. Saya sentiasa memegang prinsip ini dan sebab itu saya boleh berkhidmat dengan baik dengan semua bos-bos saya yang terdahulu, tidak ada masalah langsung. Apa yang penting kita mesti menanamkan kepercayaan boss kepada kita. Jangan membuat sesuatu yang membuatkan ketua kita hilang kepercayaan kepada kita. Jika bos hilang kepercayaan dan tak boleh harap kepada kita , maka susahlah nak buat kerja. Jadi laksanakanlah sebaik mungkin akan arahan-arahan ketua jabatan terutama bagi cepat, tepat, kreatif dan ada maklumbalas tindakan yang dibuat .

Satu lagi yang saya hendak peringatkan ialah jangan dok mengata ketua jabatan kita dibelakang atau dalam media sosial sesama rakan-rakan kita dan sebagainya kerana semua itu lambat launnya ia akan tersebar juga. Sayapun ada juga terima kata-kata sinis atau kata kata perli akan beberapa tindakan dan arahan yang saya buat . Tapi perkara itu tidak diluahkan kepada saya. Hanya disembang2kan sesama rakan2 tapi pada akhirnya akan tersebar juga. Bayangkan kalau kita sebagai ketua dan anak buah  kata-kata sebegitu,  macam mana..... Saya ni kira masih boleh terima lagi orang nak kata apa pun, kerana saya meletakkan anggapan mungkin semua itu kerana ada juga kelemahan saya...  orang lain mungkin tak boleh terima sepertimana saya terima... jadi berhati2lah. Cakap siang pandang2 cakap malam dengar..

Ramai juga anggota-anggota MBAS peringkat bawah yang saya kenal dan ingat nama mereka. Itupun kerana mereka kerap datang juga ke bilik saya dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti bersama-sama saya saperti berbasikal , kelab , dan juga melalui FB yang ramai juga menjadi sahabat saya.. Jadi persahabatan ini boleh diteruskan melalui FB. dan juga melalui blog saya. Dari situ saya boleh mengetahui perkembangan-perkembangan yang berlaku di MBAS. Saya pasti bersama MBAS dalam apa situasi walaupun tidak lagi berada di MBAS.

Saya pasti merindui akan semuanya itu semasa berada di MBAS walaupun hanya 2 tahun. Segala2nya menarik bagi  dgn segala macam aktiviti yg pelbagai bentuk dan ragam. Sibok sepanjang masa dengan satu demi satu peristiwa silih berganti. Tak mungkin suasana spt ini  akan diperolehi dijabatan lain. Saya mendapat ramai sahabat2 baru terutama ahli2 majlis, ketua2 jabatan , ketua2 bahagian dan juga ketua2 unit di MBAS selain lain-lain anak-anak buah yang selalu datang berjumpa bertanya khabar, berbual-bual, melawak pun ada. Ada yang seperti kakak atau abang, ada yang boleh dianggap sebagai adik atau ada yang boleh dianggap  anak . Sebelum ini saya hanya melihat begitu sahaja tanpa mengenali mereka tapi bila dah kenali dan tahu hati budi mereka sedikit sebanyak rasa sedih dan kerinduan pula nanti.  Jadi saya berharap teruskan persahabatan itu, jangan hanya sekadar hubungan sewaktu saya bertugas di MBAS sahaja, tapi tentunya bila diluar MBAS hubungan tetap terjalin. Itu yang saya harapkan...

Melalui ruangan ini saya memohon keampunan dan kemaafan kepada semua anak-anak buah saya jika sepanjang masa saya bertugas di MBAS ada tindakan-tindakan saya, kata2 saya, arahan2 saya, perbuatan2 saya , tingkah laku saya dan perangai saya yang mungkin telah menyentuh hati dan perasaan yang tidak senang dengan saya ... hati yang terluka sukar juga untuk diubati.. tapi saya harap lama-lama dia akan baik juga.. saya harap begitu jua. Tidak ada niat langsung untuk berbuat sesuatu yang tidak wajar tanpa sebab yang munasabah. Saya memang amat mementingkan disiplin  dan saya tak boleh tengok sebarang perbuatan tidak berdisiplin yang berlaku depan mata.. pasti saya akan tegor atau membuat surat-surat tunjuk sebab . Jadi dalam bab ini jangan marahkan saya kerana itu memang menjadi tanggungjawab saya sebagai ketua untuk membetulkan balik mana-mana anggota yang jauh terpesong dari landasan yang sepatutnya.

Masa dok menulis ni macam-macam idea mai, tak apalah cukuplah setakat ini dulu..... nanti makin lama makin merapu pula jadinya.. tulispun ayat dah tak berapa nak betul.. pakai terus saja tanpa edit betul2.. Jadi elok saya permisi dulu ya... saya minta maaf juga dlm dok menulis mungkin ada juga kata2 yg menyebabkan rasa kurang senang dan terasa dihati. Minta maaf sekali lagi... saya akan terus menulis lagi jika ada kelapangan ... insya Allah...

SELAMAT TINGGAL SEMUANYA....  AL FATIHAH..  AAMIIN

sebelum mengundur mari kita layan lagu ni dulu....

Wednesday 9 July 2014

Cabaran Ramadhan .. 1435H

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 10.07.2014.

Assalaamualaikum WRT dan Selamat Sejahtera buat rakan-rakan blog saya. Masihkah lagi mengikuti perkembangan aktiviti saya di MBAS melalui blog saya ini... terima kasih.. Pagi ni... ada sedikit ruang waktu utk saya menulis dlm blog ini... dok terfikir dlm bulan puasa ni apa tajuk cerita yg sesuai utk saya menulis yg sesuai dgn blog saya ini..

Alhamdulillah.. sudah 10 hari kita menempuh bulan puasa Ramadhan... ok semua kan.. kita masih berada dibulan yg amat mulia ini. Perlu kita syukuri sebenar2nya. Apakah syukur itu hanya setakat bersyukur dgn kata2 dan berpuasa semata-mata.. Tentunya lebih jauh dari itu. Bulan inilah merupakan bulan keampunan.. bulan keberkatan.. bulan amal kebajikan.. bulan untung berganda.. dan segala yg baik2 ada dalam bulan ini.. Pendek kata bulan Ramadhan adalah bulan Pesta Ibadah.. Allah SWT membuka pintu seluas2nya untuk hamba2nya untuk beribadah dan diberikan ganjaran yg berlipat kaliganda.

Sebagai sebuah PBT, dalam bulan puasa ini banyak juga tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan oleh MBAS. Perkara yang penting yang setiap tahun perlu diberi perhatian ialah menyediakan peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga bermusim dalam bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan juga merupakan bulan untuk menambahkan rezeki kepada peniaga-peniaga kecil dan ada juga yang mengambil peluang dalam bulan Ramadhan ini untuk berjinak-jinak dalam perniagaan menjual makanan atau barangan keperluan hariraya. Saya rasa keuntungannya memang berlipat kali ganda, kerana setiap tahun beribu-ribu orang memohon lesen dan tempat untuk berniaga ditempat-tempat yang dikhaskan. Kalau tidak untung takkan lah begitu ramai yang memohon.

Pada tahun ini juga MBAS telah menawarkan beberapa tempat strategik untuk berniaga dengan secara mengemukakan sebutharga tapak yang sanggup dibayar oleh peniaga. Memang agak mengejutkan kerana ada setengah pemohon sanggup menawarkan sehingga RM8,000.00 untuk mendapat petak2 tapak-tapak tertentu. Tapak2 tersebut sebelum ini hanya dikenakan bayaran yang 'standard' sama rata sahaja antara RM1500.00 hingga RM3,000.00 sahaja. Kalau tapak tersebut tidak strategik takkan lah mereka sanggup menawarkan harga yang begitu tinggi sekali. Sebab itulah sebelum ini , berlaku penjualan tapak-tapak oleh yang berjaya kerana ada permintaan yang tinggi keatas tapak-tapak tertentu. Dengan sewa tapak yang rendah yang dibayar kepada MBAS, ada setengah peniaga yang tidak bertanggungjawab menjual tapak-tapak tersebut dengan harga yang begitu lumayan tanpa berniaga apa-apa. Jadi pada tahun ini sedikit sebanyak MBAS telah berjaya mengekang kegiatan penjualan tapak-tapak walaupun tidak berjaya sepenuhnya. Sudah tentu ada yang tidak berpuas hati dengan pendekatan yang diambil oleh MBAS terutama oleh peniaga-peniaga yang hanya ambil untung untuk atas angin sahaja.

MBAS berharap pada tahun ini peniaga-peniaga ini dapat berniaga dengan sebaik mungkin, dengan jujur, ikhlas dan patuh kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan. Peraturan-peraturan yang ditetapkan itu bukan untuk menyusahkan peniaga-peniaga tetapi untuk memastikan urusan-urusan perniagaan berjalan lancar dan tidak menyusahkan orang awam, peniaga-peniaga kekal dan sesama peniaga-peniaga bermusim itu sendiri.

MBAS menyedari untuk menyediakan lebih daripada 1,000 tapak ruang niaga ini sebenarnya memberi kesan negatif yang amat ketara terhadap tapak-tapak parking yang memang kurang selama ini selain ada kesan kesibukan lalulintas serta kesan kepada keselesaan kedai-kedai yang berdekatan. MBAS sendiri akan kehilangan kutipan fee tempat letak kenderaan yang agak banyak juga apabila sebahagian besar tapak digunakan untuk menyediakan tapak sementara ini. Walau bagaimanapun demi kepentingan awam keseluruhnya, MBAS menanggung segala risiko ini kerana MBAS berpendapat kesan baiknya adalah lebih banyak dari kesan buruknya... Perkara-perkara ini selalunya jarang disedari oleh kebanyakan peniaga-peniaga dan orang awam dengan menyalahkan MBAS dalam apa-apa masalah yang dihadapi. Kita terima seadanya dan tidak ada gunanya berbalah dan bertelagah pendapat.

Satu lagi tanggungjawab besar yang dihadapi oleh MBAS ialah memastikan peniaga-peniaga makanan yang dikendalikan oleh orang Islam menjual makanan selepas pukul 3.00 petang sahaja. Kalau jual sebelum 3.00 petang itu kepada orang Islam.. faham-faham sajalah. Tentunya dijual kepada orang yang tidak berpuasa. MBAS mengambil tangungjawab ini bagi memastikan agar kegiatan jualan makanan sebelah pagi tidak berlaku. Imej Islam hendak letak dimana jika orang Islam sendiri yang melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Sebagai orang Islam, tidak wajar mereka bersekongkol menanggung dosa menjual makanan kepada orang Islam yang tidak berpuasa.. Sebab itu MBAS sentiasa mengaturkan pemereksaan mengejut dan membuat serbuan terhadap gerai-gerai atau restoran-restoran yang ada sekitar Bandaraya Alor Setar ini; Hasilnya banyak ke-kes langgar syarat jualan itu ditemui.. Tentunya segala peralatan dan makanan yang hendak dijual itu dirampas. Yang herannya ,  kebanyakan peniaga tersebut tidak malu-malu datang menuntut balik dan bayar kompoun serta minta kurang lagi.. Sebagai orang Islam, saya terpaksalah juga menasihati peniaga-peniaga seperti ini agar tidak lagi mengulangi perbuatan itu. Allah SWT tidak akan memberi keberkatan atas perniagaan yang dilakukan itu, walaupun untungnya banyak.. tunggulah hukuman Allah SWT nanti, tidak perlu tunggu hukuman di akhirat. Samada mereka nak ikut nasihat itu atau tidak, terpulanglah... segalanya terletak kepada kesedaran diri. Ada setengah tu ditangkap berulangkali setiap tahun, bermakna mereka tidak ada perasaan bersalah atau perasaan berdosa langsung.. Ok lah.. saya rasa takat inilah dulu cerita saya kali ini..

30 Julai 2014

Waktu saya menghabiskan cerita ini dah masuk raya kedua.. Peniaga-peniaga pun beraya sakanlah depa.. maklumlah untung  besar sepanjang bulan Ramadhan ini.. 10 malam terakhir penuh sesak orang berkunjung digerai2, baik gerai bazar makanan atau bazar jualan barangan keperluan raya seperti pakaian dan kuih raya.. tak kuasa rasanya saya untuk pergi bersesak-sesak begitu sampai ke pagi... 'shooping' sungguh orang kita nih.. sedangkan 10 hari terakhir juga merupakan waktu  yang paling banyak keberkatan diturunkan Allah SWT kepada hamba-hambanya... kita selalunya bertentangan macam itulah.. Lagi berkat waktu itu lagi banyak godaan yang datang dalam pelbagai bentuk...  pandai-pandailah kita memilihnya mana yang terbaik untuk kita. Yang pentingnya ianya meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada yang Maha Esa... Al Fatihah ... aamiin

Di bawah ini saya paparkan salah satu aktiviti penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh MBAS sehingga mendapat liputan meluas di TV3, TV9, Al Hijrah dan Astro Awani....... klik saja kat situ:-

http://www.astroawani.com/videos/show/buletin-awani/bersubahat-di-bulan-puasa-3-beranak-ditahan-35521

http://www.tv9.com.my/beritatv9/jenayah_1362644420/Gerai_Dalam_Hutan_Untuk_Yang_Tidak_Berpuasa_Diserbu.html#.U7vlTUMZ62c

Teratak Kasih



 



Sunday 29 June 2014

'THE EUROPEAN AWARDS FOR BEST PRACTICES 2014' .. TAHNIAH SEMUA WARGA MBAS

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh : 01 Ramadhan 1435H
                29 Jun 2014


Assalaamualaikum WRT .. sekali lagi buat semua rakan-rakan yang membaca blog saya.. dan yang selalu follow blog saya ....

Tadi saya baru saja habis tulis blog fasal perjumpaan saya dengan anggota kakitangan kontrak.... Teringat pula saya yang ada satu lagi cerita yang saya tak tulis lagi.. cerita inipun menarik juga  kerana ia amat berkaitan dengan imej MBAS sendiri... Rugi rasanya kalau tak tulis cerita ini kerana ia amat membanggakan MBAS sendiri. Saya cerita ini bukan kerana nak tunjuk kebanggaan saya tapi kebetulan saya diarahkan oleh Datuk Bandar   untuk menghadirinya sebagai mewakili MBAS.. Jadi yang patut terima semua penghargaan ini adalah semua anggota warga Majlis Bandaraya Alor Setar . Kerana komitmen yang tidak berbelah bagi semua mereka maka kejayaan demi kejayaan diperolehi oleh MBAS. Saya hanya kebetulan hadir pada waktu yang tersebut.. Selama 2 tahun berada di MBAS apalah sangat yang saya boleh buat...... Jadi janganlah memberi tahniah kepada saya secara peribadi..  Tahniah kepada organisasi yang saya bersama Datuk Bandar terajui ini.

ESQR's European Awards for Best Practices 2014 Co…: http://youtu.be/-oT8yLvggjs

Pada 01 Jun 2014, Saya telah berangkat dengan seorang lagi ketua bahagian MBAS sebagai mewakili Majlis Bandaraya Alor Setar ke Brussels, Belgium untuk menerima 'European Awards For Best Practices 2014'  oleh sebuah organisasi antarabangsa yang terkemuka di Eropah iaitu ' 'European Society For Quality Research' (ESQR).. 

Anugerah ini adalah merupakan satu pengikhtirafan antarabangsa yang mana untuk mendapatkannya tidak semudah itu kerana seperti mana kita ketahui di Eropah penilaian terhadap sesuatu organisasi dari segi kualiti itu adalah amat dititikberatkan dan amat tinggi standart kualiti yang ditetapkan. Kualiti dalam segala aspek.  ESQR merupakan sebuah organisasi yang mengendalikan penilaian strategik melalui soalan-soalan  berkaitan kualiti pengurusan , mempromosi budaya kualiti yang tinggi dan mengadakan konvensyen2 berkaitan kualiti diserata dunia.

ESQR ini berpangkalan di Lausanne (Switzerland). Penerima-penerima anugerah kualiti yang dianugerahkan ini melibatkan pelbagai sektor organisasi terkemuka diseluruh dunia. Semasa konvensyen di Brussels lebih kurang 63 penerima dari pelbagai sektor dan organisasi  kerajaan, swasta dan badan sukarela terkemuka telah menerima anugerah seperti diatas yang melibatkan lebih 52 negara,. Kebanyakan yang datang menerima adalah terdiri dari CEO Syarikat, Pengerusi2 Syarikat atau Perbadanan, dan Pegawai-Pegawai Tertinggi sesebuah organisasi itu.  Majlis yang dibuat ini sememang amat berprestij sesuai dengan standard kualiti 'award' yang dianugerahkan. Tempat konvensyen yang dipilih juga ditempat yang amat berprestij iaitu di Le Plaza Hotel yang terletak tengah-tengah Kota Brussels, Belgium yang juga diklasifikasikan sebagai monument bersejarah dan klasik, serta mewah. Kota Brussels sendiri merupakan ibu kota perdagangan Eropah dan  pusat kewangan terkemuka ..






Saya difahamkan oleh pihak ESQR bahawa pemilihan Majlis Bandaraya Alor Setar untuk menerima award Best Practices ini adalah berasaskan kepada sepertimana keratan dokumen yg di paparkan disebelah ini. Jadi memang tinggi 'standard'nya dlm membuat penilaian ini sebelum diputuskan siapa atau atau organisasi mana yg benar2  layak menerima award ini..

Sebab itu dalam ucapan ringkas semasa menerima award ini saya memberi jaminan bahawa MBAS akan tetap meneruskan kecemerlangan dan pertingkatkan lagi program2 kualiti yang dilaksanakan . Bukan satu kesilapan memilih MBAS untuk menerima 'award' ini.. ucapan saya boleh dilayari di blog alamat seperti berikut... 




Saya mengucapkan tahniah kepada semua anak2 buah saya yang sentiasa berusaha kearah kecemerlangan dan meningkatkan lagi produktiviti.. Bagi anak2 buah yg masih lagi leka dengan kerja yg tidak seberapa.. inilah masanya membuktikan sesuatu.. supaya kecemerlangan yang diperolehi adalah sedikit sebanyak adalah hasil sumbangannya..

Kalau agensi lain, Menteri sendiri pergi menerima Anugerah Berprestij ini
seperti anak Syarikat MARA ini yang menerima Anugerah ESQR di 
Kotaraya London tahun 2014
Pengikhtirafan2 besar yg diterima ini juga menjadi cabaran terbesar kepada warga MBAS kerana warga bandaraya atau pelanggan MBAS hendak melihat dan merasai sendiri  perkhidmatan yang terbaik yang boleh diberi sesuai dengan pelbagai award yang diterima... seharusnya ianya perlu diterjemahkan dalm bentuk memberi perkhidmatan yg terbaik kepada rakyat...  kalau tidak masyarakat akan perli2 begitu saja.

Saya amat menyedar MBAS mempunyai pelbagai halangan dlm memberi perkhidmatan terbaik terutama kekangan kewangan  yang amat terhad, sebahagian kecil lagi anggota MBAS yang tidak produktif atau kurang produktif, sikap masyarakat yang masih ditakuk lama.. Ini semua amat mencabar dan perlu ditangani  dengan bijak... termasuklah cabaran kepada saya sebagai Pentadbir organisasi yg besar ini...  Moga Allah SWT mempermudahkan segala urusan yang dirancang dan dibuat....

Saya berhenti dulu... nanti saya cerita fasal lawata2 dan pengalaman saya sepanjang lawatan ... ada cerita berasingan yg saya buat... terima kasih

Al  Fatihah... aameen


Dr A Arista. .. Pengarah Eksekutif ESQR sedang menyampaikan sijil ESQR pada MBAS melalui  saya.




Friday 27 June 2014

Anggota Kontrak.. Penting Dalam Kecemerlangan MBAS

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh: 26.Jun 2014
Tempat: UTC

Assalaamualaikum wrt.. buat sahabat blog saya.. masih membacakah.. bagus2. Teruskan membaca. Walaupun catatan saya ni bukanlah menarik sangat.. tp sesuai juga utk ingatan kita semua.. jadi bukan paksaan untuk mahu membacanya.....
Hari ini hari pertama berpuasa... saya doakan dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan fizikal dan mental yang baik sepanjang bulan puasa ni...

Pada 26.06.14, saya mengadakan perjumpaan dengan semua angota-anggota baru kakitangan kontrak MBAS. Mereka ini berjumlah 56 orang terdiri dari 16 Pembantu Tadbir dan 40 orang dari Pembantu Awam (Gred H11)  Ramai tu.. Pengisian jawatan-jawatan ini sahaja akan meningkatkan perbelanjaan MBAS hampir RM150k sebulan. Hampir sebulan mereka diambil bekerja baru hari tersebut saya dapat bersemuka.. semasa tempoh ini saya atorkan Pembantu Awam kerja dlm bentuk berpasukan dulu.. hari2 mereka diaturkan selesaikan kerja disatu2 tempat seperti cuci longkang, bersih kawasan, bersih medan selera, mesin rumput dan segala macam kerja2 yg berat2 juga.. biar mereka didedahkan dgn kerja yg berat2 agar irulah situasinya kerja yg kena dibuat.

Sebenarnya bilangan yang ramai itu bukan bermaksud menambahkan anggota kerja MBAS. Bilangan itu hanya mengisi kekosongan kakitangan yang tamat perkhidmatan, yang dibuang kerja yang berpencen dan yang naik pangkat. Hanya pengisian semula sahaja. Memandangkan tidak pernah dibuat pengambilan baru sejak 3 tahun yang lalu, itu yang nampak banyak sangat tu.. Walaupun ada kekosongan jawatan tetap, tetapi saya lebih berminat untuk mengambil anggota pkt awal sebagai kakitangan kontrak dulu, kerana melalui ini baru kita boleh membuat penilaian secara yang lebih tepat lagi samada untuk ditawar mohon jawatan tetap atau tidak. Prestasi kakitangan boleh dinilai dengan lebih munasabah melalu kerja-kerja mereka semasa dalam tempoh kontrak itu. Jadi bila masuk jawatan tetap tidaklah lagi berlaku kesilapan dan mendapat pegawai yang tidak produktif dan tidak berdisiplin. Pengalaman lalu patut menjadi pengajaran.. Bila dah dilantik jawatan tetap untuk mengambil tindakan disiplin jika pekerja  buat kelaku kerana prosedur agak rumit sikit.

Inisiatif untuk bertemu semua anggota ini sengaja saya aturkan bersama dengan ketua bahagian mereka kerana saya merasakan perlu bercakap dan menyatakan pandangan dan kehendak pengurusan tertinggi MBAS perkara-perkara asas yang boleh dan tidak boleh apabila berkhidmat dengan MBAS. Mungkin jarang-jarang dibuat oleh jabatan lain, tapi saya merasakan perkara ini amat perlu dinyatakan dengan berterus terang  dan telus. Melalui pendekatan ini sebarang tindakan-tindakan yang diambil terutama tindakan disiplin tidak akan timbul masalah kerana segalanya telah dimaklum dan diperingatkan awal2 lagi.

Saya tidak mahu nanti akan dikatakan  ambil anggota pun terok, tidak berdisiplin, tidak pandai buat kerja, dan segala macam yang negatif-negatif belaka. Saya harap anggota yang diambil pada kali ini bukan satu kesilapan. Pemilihan kali ini dibuat oleh saya sebagai Pengerusi bersama beberapa orang ahli-ahli panel lainnya.

Apabila ditawarkan jawatan maka tentunya ada kerja yang menanti mereka dan perlu dibuat. Ini biasalah. Jadi semua orang faham akan perkara itu, maka kenalah melaksanakan setiap kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan. Laksanakan kerja dengan penuh keikhlasan, amanah dan bertanggungjawab.

Dalam melaksanakan tanggungjawab kerja yang ada itu, semua anggota ada arahan dan peraturan-peraturan perlu dilaksana, dipatuhi dan perlu dihayati sebagai seorang penjawat awam. Yang ini yang saya tekankan kepada semua anggota-anggota yang baru ni. Ini bermaksud, setiap pegawai kenalah berdisiplin, ada tatacara datang ke pejabat seperti kena 'punch card' , tatacara berpakaian, tatacara hubungan sesama kakitangan dan dengan pegawai atasan, tatacara menguruskan dokumen dan pelbagai panduan dan segala macam peraturan yang perlu difahami dan dipatuhi.

Saya juga telah memaklumkan supaya anggota baru tidak terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang mungkin mereka lihat apabila ditempatkan di unit2 dlm MBAS, kerana dalam kelompok itu kemungkinan akan ada anggota lama yang akan menunjukkan contoh tauladan yang tidak baik untuk diamalkan. Perkara ini perlu anggota baru perlu berhati-hati dan pandai-pandailah melihat dan menilai  mana yang baik , dan mana yang tidak baik. Kalau anggota tidak pandai membuat penilaian maka pada akhirya mereka akan hanyut sama. Tapi harus dingat, semua anggota yang ada pada hari ini adalah kakitangan kontrak sahaja. Jika berlaku perkara seperti ini, pengurusan atasan tidak akan ragu-ragu untuk menamatkan perkhidmatan anggota tanpa sebarang masalah, samada tidak sambung kontrak atau menamatkan serta merta.

Saya juga telah memaklumkan kepada semua anggota yang terpilih bahawa mereka sepatutnya merasa bersyukur yang amat sangat diatas jawatan yang ditawarkan. Lebih 6000 permohonan diterima , tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang dipilih. Ini menunjukkan betapa ramainya orang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan ini. Jadi pada anggota yang mendapat kerja ini  sepatutnya ini merupakan satu keistimewaan kepada mereka, kerana terpilih. Bukan senang untuk dapat jawatan ini. Setelah melepasi pelbagai ujian seperti ujian fizikal, ujian menaip, temuduga dan lain-lain dan akhirnya mereka berjaya. Jadi nasiblah kepada yang menggunakan sokongan-sokongan dari orang kenamaan, selagi tidak melepasi tapisan-tapisan awal yang ditetapkan maka memang tidak boleh dilayan dan diberi pertimbangan. Jadi harap rakan2 , pembesar negeri , dan lain-lain tidak kecik hati pada pengurusan atasan jika calun sokongan mereka tidak terpilih dapat memahami akan cara prosedur yang dilaksanakan. MBAS tidak lagi boleh dianggap macam rumah kebajikan untuk mengisi dan beri peluang kerja yang kurang layak.  Prinsip saya begitulah...

Ini adalah sessi temuduga
yang dilaksanakan beberapa
bulan yang lalu utk memilih
PT dan Pembantu Awam
Hal-hal ugama juga terpaksa saya sebutkan juga, walaupun saya bukan seorang yang berkelayakan untuk bercakap begitu. Saya cuba imbas kembali temuduga yang telah diadakan sebelum ini dimana beberapa soalan yang saya tanyakan itu berkisar kepada persoalan agama yang mudah-mudah saja. Tapi agak malang dan mendukacitakan ramai dikalangan yang hadir temuduga itu tidak mampu untuk menjawab dgn baik walaupun hal-hal agama yang amat basic seperti sembahyang , puasa, zakat dan sebagainya. Dikalangan anggota yang baru ini juga saya rasa ada yang kurang pengetahuan agamanya.. Jadi bila sudah terpilih, eloklah beri perhatian kepada urusan-urusan ugama sama.. Saya tetap berpendapat, hanya melalui kawalan ugama sahaja , akan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa , tidak berdisiplin, penyelewangan dan sebagainya dalam melaksanakan kerja harian. Atas kesedaran apa yang dibuat seharian , Allah SWT yang akan melihat kerja buat kita. Jika ini dapat ditanam dalam diri seorang insan itu, tentunya sukar seorang pekerja itu nak buat perkara-perkara yang diluar batasan agama, seperti tuang kerja, kerja sambil lewa, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan seumpamanya, kerana semua itu dosa sedang menanti kita. Sembahyang janganlah ditinggalkan.. kerana itu adalah asas keimanan seseorang..

Saya juga mengesyorkan kepada semua anggota baru ini supaya 'ringan tulang' dalam melaksanakan kerja seharian terutama untuk membantu rakan  rakan lain. Setengah orang cukup berkira dalam hal-hal seperti ini. Sebab itu jangan hairanlah kalau seorang pegawai yang tiada kat opis, tidak akan dibantu oleh rakan sebelahnya jika orang awam datang untuk melakukan sesuatu, sebaliknya hanya disuruh balik dan datang semula bila pegawai itu ada. Apa salahnya cuba bantu dulu apa yang boleh dibantu dari disuruh balik begitu sahaja. Soal berkira kerja lumrah ada dikebanyakan jabatan. Saya berharap sikap-sikap seperti ini dapat dikurangkan agar perkhidmatan MBAS kepada pelanggan lebih cemerlang lagi.

Lebih berkira lagi kalau seorang pekerja itu terlajak kerja lebih dan luar waktu kerja sikit. lepas tu asyik nak minta claim elaun lebih masa pula. 30 minit sahaja terlewat. Punya la berkira masa dia, sedangkan ada setengah itu masuk pejabat pun lewat, kalau nampak awai kerana ada kawan tolong punch . Pukul 12 sudah keluar opis awal ambil anak kat Tadika atau sekolah, keluar makan berjam jam.. petangpun keluar minum petang lagi, masuk balik pukul 3 petang dan macam-macam lagi.. Yang tu dia tak berkira pula. tapi bila terlajak 30 minit berkira sangat... anggota-anggota seperti ini banyak juga kat organisasi ini. Penyelia dan ketua-ketua bahagian perlu membuat pemerhatian yang lebih rapi lagi sebelum meluluskan tuntutan elaun lebih masa kakitangan. Jika perlu potongan, buat potongan. Bayangkan berapa banyak masa dihabiskan dgn sia-sia sedangkan masa itu dibayar upah oleh MBAS.

Saya telah minta semua anggota baru ini terlibat dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh MBAS. Banyak aktiviti  yang diaturkan oleh MBAS.. anggota baru boleh memohon menjadi urusetia atau sukarelawan setiap aktiviti yang diatur atau sekurang-kurangnya datang meramaikan majlis yang diatur.  Kalau boleh bersukan, juga beri perhatian dan ambil bahagian dalam sukan-sukan yang diaturkan. Aktiviti keugamaan yang diaturkan perlu diberi perhatian.  Sekarang MBAS mengadakan Majlis Bacaan Yasin setiap bulan disamping Sembahyang Sunat Dhuha berjemaah setiap bulan.. maka datanglah ramai-ramai menjayakan aktiviti tersebut. Dari pemerhatian saya ada juga anggota-anggota lama MBAS tidak pernahpun hadhir program2 agama yang dianjurkan oleh MBAS.. Kalau mcm tu macammanalah nak bahagia...

Dikalangan anggota baru ini, saya lihat ada yang mempunyai sijil-sijil  kemahiran khas, ada yang mempunyai Diploma dan Ijazah. Bagi anggota yang ada kelayakan yang lebih tinggi lagi janganlah kedekut ilmu, walapun hanya sekadar kerja Pembantu Tadbir atau Pembantu Awam.  Inilah peluang keemasan untuk ambil kesempatan bagi menunjukkan kebolehan dan ketrampilan ... Jangan simpan kebolehan dan kemampuan kita atas alasan remeh iaitu ' aku kerja Pembantu Tadbir aje aku hanya kerja boroh saja, buat kerja patut padan saja la' Kata kata seperti inilah yang menyebabkan anggota itu tetap macam tu sampai bila-bila.. Peluang yang akan datang kita tidak jangka.. Manalah tahu nanti ada kekosongan jawatan yang memerlukan kelayakan tertentu yang lebih tinggi. Maka ada peluang pada anggota MBAS sendiri untuk memohon. Sudah tentu prestasi kerja sebelum ini menjadi aset penting.. untuk menarik minat panel memilih calun yang sesuai. Ramai kalangan anggota MBAS yang sedia  mempunyai kelayakan yang lebih tinggi tapi kebanyakannya saya lihat tidak menunjukkan kelebihan apa-apa. Kalau Pembantu Tadbir, maka kerja Pembantu Tadbir sajalah sejak sekian lama tanpa nampak akan proaktif dan kreativiti pegawai itu sesuai dengan ada kelayakan yang lebih tinggi. Malahan nampak lbh terok lagi berbanding dgn yg ada kelayakan biasa saja.. semua ini terletak pd sikap anggota itu sendiri.

Kakitangan yang baru dilantik ini adalah bertaraf kontrak selama 1 tahun sahaja. Sebarang penyambungan kontrak bergantung kepada kemampuan kewangan MBAS, kegentingan keperluan kepada jawatan tersebut dan juga prestasi kerja anggota terlibat. Ianya bukannya disambung secara automatik sepertimana biasa diamalkan sebelum ini. Oleh itu setiap pekerja terlibat perlu memohon semula jawatan tersebut  untuk disambung kontrak mereka 3 bulan sebelum tamat tempoh kontrak mereka dengan menyatakan sebab2 kenapa mereka layak untuk diberi pertimbangan sambung kontrak.

Dalam hal ini prestasi kerja mereka sebelum ini akan dinilai dan yang penting adakah pegawai itu seorang yang benar-benar berdisiplin. Tidak ada ruang untuk yang tidak berdisiplin dan tidak produktif untuk ditawarkan semula jawatan tersebut dan MBAS mempunyai ramai pilihan lagi untuk mendapatkan kakitangan yang lebih baik.. Ingatan ini saya jelaskan kepada semua anggota supaya memahami dengan sejelas-jelasnya dan tidak menyesal dikemudian hari jika perkhidmatan mereka tidak disambung lagi. Semua Ketua Jabatan dan Ketua Bahagian diminta beri perhatian terhadap prestasi kerja dan disiplin anggota-anggota ini dan jika merasakan mereka tidak layak disambung kerja atas faktor diatas, maka jangan teragak-agar atau ada belas kasihan untuk mengesyorkan ditamatkan perkhidmatan anggota tersebut.

Oklah...rasanya terbanyak pula celoteh saya hari pertama puasa ni.. cuti sambut puasa.. nak buat kerja fizikal kemas rumah yg berat2 takut nanti ptg .. terok badan.. jadi banyak guna minda saja sambil guna sedikit kekuatan utk menaip kat punat2 komputer nih.... bilik study saya ni serabut sikit.. tp saya suka sebab macam2 ada.. kalau saya nak buat urusan kerja2 surat menyurat dan menulis .. kat sinilah... kadang berjam2 lamanya saya dok berkhalwat....
 so permisi dulu.. azan zohor dah dengar kat masjid.. nak solat jemaah udulu.. nanti saya nak sambung cerita fasal ESQR pula... Selamat Berpuasa..

PROGRAM TRANSFORMASI SOSIAL.. STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN DIBAWAH KEJIRANAN INDAH..

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh: 23 Jun 2014
Tempat: Rumah Pangsa Alor Malai

Selamat Sejahtera.. Saya mendoakan pembaca blog saya sentiasa dalam keadaan sihat walafiat, dipermudah segala urusan dan seterusnya diberi kebahagiaan berterusan. Hari ini saya ada kat Perumahan Awam Rumah Flat Alor Malai utk program di atas....

Nampak tak ni.. alat senaman ni.. canggih kan
cantik dan kemas. Semua ini untuk kegunaan
warga flat ini.. Saya harap segala peralatan
yang dipasang ini dapat digunakan dengan 
sebaik mungkin oleh penghuni dan menjaga
dengan sebaik mungkin.
Majlis Bandaraya Alor Setar terlibat secara langsung dlm pelaksanaan kerja penyelenggaraan bangunan ini dgn peruntukan dari Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan  dan Kerajaan Tempatan.  Walaupun sepatutnya urusan-urusan penyelenggaraan ini dilaksanakan oleh agensi lain tetapi sebagai menunaikan tanggungjawab sosial MBAS pada warganya maka MBAS mengambil tanggungjawab ini  untuk melakukan kerja-kerja yang ditetapkan oleh Kementerian dan Kerajaan Negeri tanpa rasa terbeban.. atas dasar untuk kepentingan dan kesenangan warga bandaraya Alor Setar.

Saya menceritakan ini kerana kadang-kadang orang menganggap kerja-kerja seperti ini memang kerja MBAS , jadi sebarang masalah yang berlaku diperumahan awam seperti ini maka banyak yang merujuk MBAS untuk menyelesaikan masalah perumahan mereka. Jika tidak dilaksanakan kehendak-kehendak tersebut maka MBAS akan dipersalahkan. Adalah tidak adil menuduh begitu seolah-olah MBAS yang bertanggungjawab. Sebagai contoh selanjutnya ialah Perumahan Awam Flat di Simpang Kuala, oleh kerana MBAS yang tolong buat penyelenggaraan flat itu tahun sudah, sekarang ini macam menjadi tanggungjawab MBAS pula untuk selesai masalah dalam flat, elektrik tak menyala cari MBAS, pum tidak berfungsi cari MBAS , masalah sosial dalam flat cari MBAS juga..  sistem kumbahan tersumbat cari MBAS.. Wah.. kalau macam ini susahlah MBAS. Sebenarnya MBAS tidak dapat banyak hasil pun dari cukai Pintu di kawasan ini kerana cukai pintunya terlalu rendah dan malahan tunggakan cukai pintu juga agak tinggi dikebanyakan perumahan-perumahan flat yang ada di sekitar Alor Setar ini.

Pokok yang ditanam oleh 
Datuk Bandar MBAS...  
Sesuatu yang amat luarbiasa sekali, kalau dibandingkan dengan negara-negara lain, kerajaan memberi bantuan dengan begitu banyak sekali terhadap penghuni beberapa taman perumahan rumah pangsa dinegara ini kerana rumah-rumah ini adalah rumah persendirian , walaupun yang membinanya adalah kerajaan, tapi pada akhirnya akan jadi hak tuan yang mendudukinya juga. Seperti mana di rumah flat Alor Malai ini, banyak kemudahan disediakan oleh kerajaan seperti mengecat semula bangunan-bangunan tersebut, mengetar semula kawasan, pembinaan taman permainan yang lebih elok dan moden, pembaikan sistem paip air dan elektrik dan pelbagai lagi kerja kerja yang dibuat.

Kadang-kadang saya terfikir juga, adakah penghuni-penghuni disini sedar akan segala bantuan yang diberikan itu. Adakah mereka menganggap apa yang kerajaan berikan itu adalah hak mereka yang mereka patut dapat.... Persoalan-persoalan seperti ini sengaja saya bangkitkan kerana saya agak kurang berpuashati akan penerimaan rakyat terhadap  program program yang dilaksanakan oleh kerajaan. Saya melihat seolah-olah penghuni-penghuni dikebanyakan perumahan awam tidak berapa nak kisah sangat akan apa yang dibuat oleh kerajaan. Seolah-olah kerajaan yang terhemoi-hemoi nak bantu .

Sebab itu dari pengalaman lalu saya melihat banyak aktiviti-aktiviti atau majlis-majlis yang diadakan oleh agensi kerajaan dikawasan kejiranan mereka tidak begitu mendapat sambutan penghuni tempat.. Mungkin sibuk segalanya. Program gotong royong yang diatur dikawasan mereka, hanya berapa kerat sahaja yang dapat mengambil bahagian ... Banyak orang luar berbanding penduduk tempatan itu sendiri, sedangkan program yang diaturkan itu adalah untuk kepentingan mereka juga.   Sedangkan kalau turun semua ... beratus-ratus orang rasanya boleh selesai segala macam masaalah, dan kalau pandai disusun atur oleh Jawatankuasa Taman Perumahan tersebut, keadaan persekitaran taman tersebut pasti dalam keadaan yang terbaik, kebersihan terjamin, dan keadaan lebih terkawal. Tapi realitinya tidak begitu.. Sekarang ini saya nampak Perumahan Awam Alor Malai ini bersih elok, sebab semua agensi masuk bantu bagi bersih bagi mengadakan majlis seperti hari ini. Nanti tengoklah semingu lagi datang tengok jadi lagu mana ... saya dah boleh bayangkan jadi lagu mana.

Penulis tumpang sekaki ambil gambar.. nak buat lagu mana
penulis suka ambil gambar...... untuk kepuasan diri
Program hari ini adalah acara  pelancaran program oleh YB Tn Hj Badrulhisham Hashim, EXCO   Kedah diikuti bacaan ikrar oleh penduduk flat Alor Malai ( Ada lebih kurang 25 orang sahaja yang datang baca ikrar), Penyerahan peti Maklumat Polis (Program Bandar Selamat), Pelancaran Program 3R (Pengumpulan dan Kitar Semula) Penyerahan Peralatan Perkebunan kepada penghuni flat dan lain-lain program tambahan.

Komitmen Kementerian amat baik sehingga Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia Dr Dahlia bt. Rosly turut hadir bersama rombongan dari Putrajaya... Macam yang saya kata tadi, tak ramai penghuni flat ini yang turun ke program yang dibuat khusus untuk mereka... Saya tak dapat meramalkan sampai bila perubahan-perubahan sikap rakyat kita akan berubah kearah yang lebih prihatin sikit terhadap keadaan persekitaran mereka dan menghargai setiap usaha-usaha dan bantuan-bantuan yang kerajaan berikan berterusan itu...

Ok... itu saja celoteh saya kali ini..  sampai ketemu lagi.. dalam ulasan dan tajuk lain pula...

Al Fatihah...



Tuesday 24 June 2014

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013.. Tahniah ... Perjuangan Tetap Di Teruskan

Catatan: Mohd Asri Redha
Teratak Kasih
24 Jun 2014

Selamat SEjahtera... buat sahabat-sahabat saya yang amat dimuliakan Allah SWT sekalian..

Moga hari ini... bertambah ceria dan bertambah bahagia sebagaimana anak-anak buah saya yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013. Sememangnya kalau kita menerima sesuatu yang baik-baik dan yang elok-elok tentunya kita gembira dan seronok mendapatnya atau memilikinya.. Kalau masih tak boleh nak gembira dan seronok tentunya ada sesuatu yang tidak kena dihati insan-insan itu. Sesuatu perlu dibuat untuk membolehkan insan seperti itu boleh merasai nikmat kegembiraan seperti mana naluri manusia biasa yang ikut lumrah alam begitu. Saya dan kita semua tentunya tidak mahu insan-insan yang dimuliakan Allah SWT hidup dalam keadaan tidak gembira, murung, stress, tidak bahagia dan perkara-perkara yang seumpama itu... Di mana boleh kita yang ada ini, rakan-rakan yang ada pakat-pakatlah membantu sekadar yang termampu.. yang lain itu terpulang kepada insan-insan itu sendiri mengubah diri sendiri.

Hari ini tanggal 24 Jun 2014 MBAS  telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013 di Dewan  Besar MBAS.. Majlis tersebut  disempurnakan oleh Ybhg Dato' Abdul Aziz b. Hj Abdul Ghani, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan) sebagai mewakili Dato' Paduka Hj Mohd Puat b. Mohd Ali.. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

Baru  tahun inilah saya benar-benar terlibat secara langsung dalam membuat penilaian anak-anak buah saya dan juga lain-lain penilaian  ketua jabatan dan ketua bahagian yang diteliti secara saksama bersama pengurusan atasan. Tahun sebelum ini saya tidak begitu spesifik sangat fasal penilaian, kerana dibuat oleh Setiausaha terdahulu dan masa yang singkat untuk membuat penilaian anggota.

Barisan penerima APC MBAS 2013 ....
Dato' Abdul Aziz b. Hj Abdul Ghani.. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) yang 
mewakili YB Dato' Paduka SUK merasmikan Majlis APC dan menyampaikan Sijil-Sijil APC 
pada anak-anak buah yang berjaya .... 
Suka sangat tengok anak2 buah saya dalam kumpulan koir MBAS ni menyanyikan l
agu-lagu kebangsaan dan lagu MBAS.. Tahniah. ..kerana berjaya menyampaikan 
persembahan dgn baik sekali walaupun mempunyai masa yang  
terhad  untuk latihan....... teruskan lagi ...... 
Comey dan Segak2 belaka kumpulan koir MBAS ini....


Sepertimana yang pernah saya buat ulasan dalam blog ini sebelum ini sebenarnya

http://semangatjatimbas.blogspot.com/2013/06/tahniahtahniah-tahniah-anugerah.html..

dalam membuat penilaian terhadap seseorang itu ternyata amat sukar. Tidak akan sama nilaian prestasi seseorang itu jika penilai adalah orang berlainan kerana ia agak subjektif.. Seboleh mungkin saya cuba untuk elakkan penilaian yang agak berat sebelah . Namun tentunya dalam banyak-banyak yang dipilih  ada yang menimbulkan ketidakpuasan hati kepada orang lain yang tidak menerimanya. Saya terima hakikat itu. Seperti mana kata Datuk Bandar dalam ucapan aluannya, seboleh mungkin MBAS hendak beri lebih banyak lagi APC ini tetapi kita terikat dengan dasar hanya peratusan tertentu sahaja yang dibenarkan. Disamping itu pemilihan juga terpaksa memberi kesamarataan kepada unit atau bahagian yang ada.. Ada setengah pegawai terlalu pemurah memberi markah dan ada setengah pegawai terlalu kedekut pula dalam memberi markah.. Jadi untuk melihat keseluruhannya tentunya ada panel penilaian peringkat atasan yang perlu melihat ini dari segala aspek. Sememangnya diakui inipun belum tentu memuaskan hati semua pihak. Namun begitu saya harap peratusan ketidakpuasan hati agak kecil.

http://semangatjatimbas.blogspot.com/2014/01/isi-tak-lagi-borang-penilaian-prestasi_22.html

Memilih 60 orang anggota dari kalangan lebih 700 orang anggota MBAS bukan sesuatu yang mudah.  Jadi saya harap semua anggota anak buah saya dapat menerima seadanya. Kalau tidak dapat lagi tahun ini, teruskan kerja buat seperti biasa dengan  lebih produktif lagi. Anggaplah kerja kita sebagai ibadat.. Rezeki kita mungkin tak mai lagi. Rezeki itu ditangan Allah. Kalau tak dapat anugerah itupun kita masih mendapat gaji yang lumayan juga berbanding lain-lain rakan kita yang bekerja disektor bukan kerajaan. Jadi bersyukurlah dengan rezeki yang diberi Allah itu. Insya Allah jika sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini, bahagialah tu, Allah akan tambahkan lagi rezeki yang ada itu. Kadang-kadang dia datang tanpa kita sedar...  Secara tidak sedar, anak kita keluar universiti, terus dapat kerja.. rezekilah itu.. kita bersyukur... tiba-tiba dapat surat naik pangkat atau naik gred, rezekilah tu, tiba-tiba PM umum bonus rezekilah, tiba-tiba sejak sekian lama kita berkahwin, mengandung ... maka rezekilah itu... Jadi janganlah kita sempitkan fikiran kita pada yang remeh temeh sehingga menjadikan kita lupa dan alpa tanggungjawab kita dan semakin mengurangkan produktiviti kerja kita seharian... Jadi bila dapat rezeki tambahan seperti ini.. ingatlah kepada Allah SWT. Bersyukurlah... Jangan lupa pada insan-insan yang membantu kita memperolehi rezeki itu.. Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada insan-insan itu.. baru orang tahu bahawa kita orang yang mengenang jasa.

Jangan jadi pada setengah-setengah orang yang anggap itu adalah hak dia.. dan orang kena bagi pada dia.. Kalau tak bagi pada dia , orang itu buat kesilapan besar.. Wah.. susahlah kalau fikir macam itu.. Apa-apa kerja buat kita biarlah orang lain yang menilai, biarlah Allah yang menilai, bukan kita sampai sanggup kecek, bodek, minta terus terang supaya beri padanya...  Janganlah buat kerja macam tu.. Kalau kita rasa kita buat yang terbaik, tapi tak ada orang tengok apa yang dia buat, tak apalah, kerana itu hanyalah tambahan rezeki sahaja. Rezeki sebenar telah kita dapat dengan dibayar gaji dan elaun yang sepatutnya.

Saya bercakap perkara sebegini kerana saya khuatir dengan kerana adanya APC ini akan menyebabkan prestasi seorang pekerja semakin menurun bila kerja buatnya tidak dinilai sewajarnya dan  pandangan dan penilaiannya pula orang yang dipilih menerima APC itu tidak ' tera'  mana pun.. Ini yang saya takut.. Saya sendiri sudah tegas mengambil sikap, janganlah jadi macam itu.. Saya tidak pandai untuk menonjolkan diri supaya orang nampak apa yang saya buat... Saya tidak nak ambil tahu sapa rakan-rakan yang dapat kenaikan pangkat, atau dapat APC dan seumpamanya. Nak langkau pun langkau lah,  yang penting gaji saya jangan diturunkan sudahlah...  Kalau saya sendiri tidak mampu untuk memberi sumbangn terbaik ditempat-tempat tertentu, buat apa dok 'tebiang' pi walaupun gred dan gaji lebih tinggi.. Saya tahu kelemahan dan kekuatan diri saya.. Kalau tidak mampu .. terima seadanya... Tang nak minta  tidak sekali-kali..

Oklah.. panjang pula dok cerita fasal rezeki ni.. Kita berbalik pada majlis APC ini.. Dalam majlis APC ini juga telah dibuat pelancaran Pelan Strategik MBAS (2014 - 2018) dan Dokumen Dasar Inovasi MBAS. Dokumen Pelancaran Strategik MBAS dan Dokumen Dasar Inovasi MBAS ini akan menjadi panduan asas dan landasan yang betul kearah mana MBAS hendak dibawa. Kita ada objektif yang jelas dengan adanya Dokumen Pelan Strategik MBAS dan tidak lah tergelincir dari landasan yang ditetapkan. Dokumen Dasar Inovasi MBAS ini pula dilancarkan bagi memastikan semua anggota MBAS disetiapa peringkat dapat menghasilkan idea idea kreatif dan seterusnya merealisasikan idean kreatif tersebut agar Transformasi MBAS kearah PBT yang lebih maju  dan memberi kesejahteraan dapat dicapai.

http://semangatjatimbas.blogspot.com/2014/03/makmal-pelan-strategik-mbas-2014-208.html

Dalam ucapan aluan Datuk Bandar juga telah menyenaraikan siri-siri kejayaan dan pengikhtirafan yang diterima oleh MBAS sejak tahun 2013 dan 2014 dan secara kebetulan juga saya bertugas di MBAS.. Adakah nak kata itu disebabkan kerja buat saya...  Tentu sekali tidak sama sekali. Kejayaan itu semua adalah kejayaan semua anggota MBAS. Kejayaan yang muncul kerana kerja berpasukan. Bukan kejayaan individu. Jangan mendabik dada mengatakan  kejayaan itu kerana diri seseorang... jangan.. tidak akan muncul kejayaan kalau tanpa bantuan dan kerjasama orang lain.

Jadi sekali lagi saya mengucapkan TAHNIAH yang tidak terhingga kepada semua anak-anak buah saya yang ramai tu, samada yang terima APC pada hari ini atau yang belum terima APC lagi.  Teruskan perjuangan untuk memastikan perkhidmatan MBAS kepada rakyat bertambah cemerlang disamping MBAS menambah baik lagi apa yang ada melalui kerja-kerja kreatif dan proaktif. Kekangan utama dari segi kewangan bukan menjadi penghalang kearah kecemerlangan. Yang penting perubahan sikap setiap anggota itu yang penting. Saya menyedari aduan awam masih lagi banyak dan kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk rakyat amat kekurangan lagi dikawasan Majlis Bandaraya Alor Setar ini.. jadi terima seadanya.. Nak salahkan rakyat pun tidak ada maknanya.. biarlah diselesaikan perlahan-lahan sesuai dengan kemampuan dan kekuatan yang ada..

Tahniah sekali lagi pada semua yang terlibat menjayakan Majlis ini.. rasanya ini antara majlis yang terbaik disusun atur dan hebat, walaupun nampak simple saja .. Segalanya berjalan lancar dan tersusun serta tertib2 belaka...  Sayangnya tak ada sapa nak bergambar dengan saya.. he..hee... jangan marah... cuit manja saja....

Al Fatihah... amiiin.








Monday 14 April 2014

PentingnyA Kesedaran Dan Pelaksanaan TekNologi HijaU Dan Pengkalan Data Infrastruktur..

Catatan: Mohd Asri Redha.
Tarikh: 10 April 2014

Assalaamualaikum.. Apa khabar bung semua... Harapnya saudara-saudara saya semua sentiasa diberi kerahmatan dan sentiasa dimuliakan oleh Allah SWT... Sebagai manusia, saya dan kita semua kena buat sesuatu yang baik-baik belaka supaya Allah sentiasa memuliakan kita... Kenapa harus kita meremehkan perkara-perkara baik tapi tanpa kita sedari kita asyik melakukan perkara-perkara yang membuatkan kita semakin jauh dari rahmat Allah SWT... kita asyik dok mengata kat orang, asyik menyebarkan berita-berita yang belum tentu shahihnya dalam blog dan FB.. kita asyik memfitnah orang itu ini, kita asyik curi tulang saja dalam bekerja dan segala macam lagi yang kita rasa kecik sahaja, tak ada apa-apa tapi sebenarnya ia sedang memakan diri kita secara kita tidak sedari.

Jadi mari kita cari yang baik-baik sahaja... Ok.. Saya baru sahaja pulang dari Putrajaya dan Bangi untuk Lawatan Kerja Jawatankuasa Teknologi Hijau Negeri Kedah ke sebuah Sykt yang mempraktikkan teknologi hijau dan juga ke Pust Infrastruktur Data Geospatial Negara Malaysia di
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Malam ini walaupun letih-letih sikit tapi saya ambil kesempatan juga tulis sikit cerita-cerita fasal lawatan rasmi ke kedua-dua tempat tu. Saya ada banyak bahan juga untuk cerita dan menarik juga untuk dicerita kerana ianya amat berkaitan dengan diri saya kita semua dan jabatan kita.

Sekarang ini telah banyak diperkatakan tentang pelbagai isu alam sekitar, isu krisis tenaga, isu kekurangan sumber  dan segala macam isu-isu yang berlaku disekeliling kita. Manusia semakin bertambah bilangannya setiap tahun,sedangkan sumber-sumber asli yang boleh dieksploitasikan semakin berkurangan..  minyak semakin berkurangan, air juga semakin berkurangan disetengah tempat dan setengah tempat berlebihan pula, pokok menghijau semakin ghairah ditebang untuk digunakan maksud lain, pelepasan gas-gas merbahaya semakin banyak diudara sekeliling kita akibat penggunaan pelbagai peralatan letrik dan elektronik dan jentera. Ini semua menyumbang kepada satu alam sekitar yang tidak begitu enak untuk didiami.

Sebab itulah sekarang ini orang sudah berfikir tentang 'Teknologi Hijau' . Bagaimana menggunakan sumber yang ada dengan maksima dan ada keseimbangan. Amalan Teknologi Hijau dalam setiap aktiviti dan pembangunan amat digalakkan. Sebab itu bila ada lawatan diatur ke Syarikat Greentech Malaysia di Bandar Baru Bangi..  saya benar teruja untuk menghadirinya kerana untuk melihat sendiri bagaimana amalan teknologi hijau dipraktikkan dibangunan pejabat mereka. Oleh mereka juga merupakan .




perunding dalam melaksanakan teknologi hijau maka sudah tentu saya kira bangunan pejabat merekapun ada laksana amalan teknologi hijau.

Memang benar bagaimana dikata.. apabila mendengar taklimat yang diberikan dan juga melawat sekitar bangunan mereka saya boleh melihat sendiri bagaimana mereka melaksanakan amalan teknologi hijau dalam setiap ruang ofis mereka. Yang menariknya dari CEOnya dan pegawai-pegawai teknikalnya adalah dari kalangan orang Melayu.

Sebenarnya saya amat berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Teknologi Hijau ini, kerana selain ianya menjimatkan dan mengurangkan pembaziran ia jua memberi kesan kepada kualiti alam sekitar yang semakin.

Saya pernah buat satu catatan dalam blog berkenaan kajian penggunaan utility di Bangunan Sultan Abdul Halim yang menempatkan pelbagai jabatan jabatan kerajaan negeri. Kajian dibuat oleh JKR  dan saya cuma memberi ulasan sahaja. Didalam kajian itu diberikan pandangan dan cadangan bagaimana untuk mengurangkan  perbelanjaan utility tenaga seperti elektrik, air dan penyelenggaraan.. Cadangan pengurangan kos hanya melibatkan aspek-aspek      cara menggunakan utility, sikap pengguna utility dan hal-hal berkaitan seperti itu sahaja tanpa ada unsur-unsur teknologi hijau yang dimaksudkan .  Mungkin pada waktu itu belum ada lagi teknologi-teknologi berkesan yang diperkenalkan, dan kalau adapun terlalu amat mahal dari segi penyediaan peralatan dan sebagainya.

http://semangatjatiptks.blogspot.com/2012/02/kenali-bangunan-tempat-anda-bekerja.html

Kompleks bangunan Green Tech Malaysia ini merupakan contoh bangunan masa kini dan masa hadapan yang patut dicontohi dalam pelan perancangan bangunan pejabat mahupun bangunan komersial. Diiktiraf sebagai Green Energy Office (GEO) dan 'Malaysia First Certified Green Building & Low Carbon Emmission'. Kalau saya nak cerita disini apa yang ada disini memang banyak. Memadai saya lampirkan pamphlet yang berkaitan bangunan ini dimana sebenarnya Teknologi Hijau ini sebenarnya sudahpun bertapak di Malaysia dan kita sudahpun ada pakar dalam bidang ini yang boleh membantu dalam merekabentuk bangunan-bangunan dan juga dalam mengubahsuai bangunan bagi menepati keperluan teknologi hijau ini.

Saya amat kagum sekali dengan bangunan ini. Bayangkan bila saya masuk kedalam bangunan, lampu-lampu dipasang amat minima sekali tapi masih lagi cerah . Kesejukan dalam bangunan ini amat ketara sekali tetapi saya mencari dimana lubang keluar angin sejuk. tidak terjumpa. Tak ada lubang angin aircon... Lama juga memikirkannya sehinggalah semasa dibawa melawat baru saya tahu teknologi yang digunakan iaitu teknologi Floor Slab Cooling. Penggunaan tenaga solar memang lama sudah kita dengar dan memang amat memberi manfaat. Dibangunan ini screen pengutip tenaga matahari juga bertindak sebagai bumbung yang lutsinar.. cahaya pula boleh masuk dari atas bumbung dan ditapis dengan teknologi tertentu menjadikan cahaya yang masuk nyaman dan  sesuai  selain solar energy yang dihasilkan digunakan untuk bangunn dan tenaga yang lebih dijual balik kepada TNB. Begitu juga dengan teknik pengumpulan air hujannya, Lampu yang ada dikawal secara automatic dan juga secara manual dipusat kawalan selain penggunaan Led yang sememangnya jimat tenaga.

Membina bangunan seperti ini sebenarnya memang memerlukan kos yang agak tinggi. Saya difahamkan kos bangunan ini dalam keadaan biasa sahaja ialah RM13.5 juta . Tetapi untuk menjadikan ianya sebuah Green Energy Office ada dua komponen besar peralatan dan design yang perlu diambil kira iaitu keperluan peralatan Energy Efficiency dan Renewable Energy. Untuk menambah keperluan itu sahaja menjadikan kos meningkat kepada RM20 juta... Walaupun kos menjadi halangan tetapi future building perlu memikirkan kearah tersebut, kerana memang dalam jangkapendek  kelihatan amat tinggi tetapi dari segi jangkapanjangnya amat menguntungkan dan kesan alam sekitar juga memberi kebaikan. Saya dimaklumkan dalam keadaan biasa bangunan sebesar ini kebiasaannya kos elektrik sekitar RM30 ribu ke R40 ribu tapi bangunan ini hanya menggunakan elektrik sekitar RM5 ribu ke RM10 ribu sahaja. Malahan lebihan tenaga boleh djual balik lagi ke TNB. Begitu juga dengan penjimatan penggunaan bekalan air paip yang begitu ketara dapat dikurangkan.

Saya juga berpeluang menaiki bas dan kereta sedan yang menggunakan tenaga elektrik sebagai sumber kuasa. Memang ada  kelainan menaiki kenderaan elektrik dengan kenderaan

Saya kira sudah sampai masanya arkitek-arkitek binaan dan landskap dalam membuat satu perubahan dalam design mereka dengan mengambil kira akan keperluan teknologi hijau.  Modiul-modiul pembelajaraan untuk mendapat taraf arkitek perlu mengambil kira berkenaan teknologi hijau.
Sebenarnya Teknologi Hijau bukan sekadar dalam bangunan sahaja.. diluar bangunan pun ada juga yang boleh kita kategorikan sebagai Teknologi Hijau. Pada  minggu lepas MBAS baharu sahaja menandatangani perjanjian dengan Indah Water Konsortium (IWK).  Perjanjian ini adalah sebagai satu komitmen MBAS untuk meggunakan biosolid dan air kumbahan terawat. Ini juga menggunakan Green Technology dimana air terawat itu digunakan untuk menyiram pokok-pokok bunga manakala biosolid tersebut digunakan sebagai baja asli menggantikan baja kimia yang digunakan sekarang ini. Penggunaan semua bahan-bahan ini membantu dalam kualiti alam sekitar.. Ini lah salah satu penglibatan MBAS dalam merealisasikan pelaksanaan green technology sekadar kemampuan yang ada diMBAS.

Lawatan saya seterusnya bersama dengan AJK Teknologi Hijau Peringkat Negeri Kedah ialah ke Pusat Insfrastruktur Data Geospatial Negara di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Di sini semua peserta diberikan taklimat oleh pihak pegawai kanan pusat ini . Banyak pengkalan data yang dibangunkan oleh pusat ini untuk dimanfaatkan oleh semua jabatan dan rakyat sendiri boleh mengambil manfaatnya.






Thursday 10 April 2014

14th. InternationaL ConventioN Of MelakA TwiN CitieS : Mega Pojects , Concepts, Strategies &Practies For Success..

Tempat: Equatorial Hotel, Melaka
Tarikh: 01 April 2014


Assalaamualaikum WRT.. apakhabar sahabat-sahabat saya semua. Sapa yang baca blog saya ianya tetap menjadi sahabat saya walaupun ada yang tidak setuju dengan  pandangan saya.. Tak kisahlah setuju atau tidak .. Saya kira sudah mahu membaca catatan dlm blog ini pun saya kira ok lah tu.. Kita mana boleh memaksa seseorang itu setuju segalanya dengan pendapat kita.. ada yang tidak yang tidak setuju dan ada yang setuju. Tapi takkan lah dalam banyak-banyak pandangan itu satu pun tidak setuju.. Terok sangatkah pandangan itu.. sampai begitu sekali..

Oklah.. sebenarnya pagi ini saya berada di Hotel Equatorial , Melaka menghadiri satu konvensyen peringkat antarabangsa iaitu 14th International Convention Of Melaka Twin Cities 2014 : Mega Projects..Concepts , Strategies , and Practices For Success... Hebat convention ini kerana ianya menceritakan kejayaan-kejayaan project mega diserata dunia, dan Majlis Bandaraya Melaka  Bandaraya Bersejarah menganjurkan konvensyen ini amat tepat pada waktunya kerana di Malaysia sudahpun ada beberapa projek mega yang telah dilaksanakan  seperti Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah , Projek  Iskandar di Johor .

Melaka juga sdg dalam pelaksanaan Projek Gateway Melaka yang dikatakan bernilai lebih RM20 billion. Hebat ni .. kita tunggulah nanti bila siap nanti... katanya inilah salah satu  projek mega yang terbesar di Malaysia dan dunia..

Antara kertas kerja yang dibentangkan dalam konvensyen ini  ialah seperti berikut:
Megaprojects - concepts, strategies, and practices for Success.. Contoh Pembinaan Jambatan Pulau Pinang ke 2.
Expansion Project Of Masjid Al Haram.. Mega Expansion Project: Makkah Experience
Melaka Gateway Potential.. Challenge and Success
Pro' and Cons' of Scycrapers on Urban Planning Considerations ,
Strategies For Integrated Design Of Sustainable Tail Buildings
Simulation of Earthquake Hazard and Disaster
Iskandariah - Revitalizing The Southern Peninsular of Malaysia  
Ensuring The Sustainability of Roads and Mobility of Roads and Mobility for Megaprojects.

Semua kertas kerja ini dibentangkan oleh mereka yang pakar dalam bidang masing2 dan terlibat secara langsung dengan project yang dinyatakan itu.

Dari pembentangan kertas kerja tersebut dapatlah  difahami dan dipelajari betapa rumitnya untuk membangunkan satu2 projek mega, banyak isu dan masalah yang terpaksa dihadapi, bukan setakat kewangan sahaja. Membangunkan projek mega memerlukan kefahaman strategi khas dan 'critical drivers' untuk menjayakan projek besar. Disamping itu ia perlu mengenalpasti keperluan 'business need' yang sesuai dan mengambil kira risiko-risiko yang akan dihadapi. Pelbagai pendekatan strategik perlu digunakan untuk memastikan kejayaan projek2 besar seperti ini. Banyak jalinan kerjasama dengan lain-lain projek profesional perlu di libatkan dengan projek mega ini.. Teknologi-teknologi terkini perlu dicari dan diaplikasikan dalam projek-projek mega.


Ini adalah salah satu cadangan projek mega yg bernilai ber
Billion RM yg pernah dicdgkan di Kuala Kedah..
Di Bandaraya Alor Setar sebenarnya sebelum ini sudah ada beberapa cadangan  Projek Mega yang dikemukakan.. tapi entah dimana silapnya sehingga kini ianya belum lagi menjadi kenyataan atau usaha-usaha kearah tersebut berjalan lancar. Sepanjang pantai Kuala Kedah hingga ke utara sudah ada cadangan yang agak komprehensif  yang melibatkan berbillion RM yang akan dilaburkan... Mungkin sepertimana yang saya perolehi maklumat di konvensyen ini bahawasanya cabaran untuk melaksanakan projek mega memang amat besar dan amat rumit. Pemahaman yang mendalam mengenai isu-isu besar seperti kewangan, alam sekitar, cabaran institusi dan kemampanan projek menghadapi masa-masa mendatang , social problem dan pelbagai rintangn lagi perlu diambil kira dengan mendalam untuk memastikan kejayaan projek mega.

Saya berdoa agar akan ada sesuatu perubahan besar di bandaraya Alor Setar.. kerana adanya projek mega ianya akan mengubah sama sekali landskap pembangunan dibandaraya ini yang agak perlahan pertumbuhannya. Sekiranya ini berlaku terlalu banyak faedah yang akan diperolehi bukan sahaja rakyat tetapi MBAS dan kerajaan negeri sendiri.

Ok.. sebenarnya saya mendengar sessi pembentangan kertas kerja, melihat persembahan, dan jari-jari tangan pula dok ketok-ketok punat-punat keyboard untuk menjadi ayat seperti yang saudara saudara baca sekarang ini...

Setakat ini sahaja ulasan saya berkenaan konvensyen ini. Tahniah kepada Majlis Bandaraya Melaka.. Bandaraya Bersejarah diatas penganjuran konvensyen peringkat antarabangsa ini dan pada masa yang sama telahpun memulakan projek mega mereka sendiri yang dinamakan 'Melaka Gateway' satu projek berpuluh billion RM yang dibangunkan diatas laut yang ditambun tanah/pasir tanpa menganggui tanah daratan.. 3 tahun lagi kita datang ke Melaka .. suasana sudah jadi berbeda

Ok....



Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita