Tempat: The Royal
Bintang Resort And Spa, Seremban
Tarikh: 21 Mei 2013
Selamat Sejahtera… Petang ini saya ada sedikit ruang untuk rehat
sambil taip apa-apa yang patut sebelum berangkat pulang ke Alor Setar.
Sebenarnya saya berada di Bandar Seremban menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa
Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan 2013 di Klana Resort Seremban. Inilah kali pertama saya menghadiri
mesyuarat ini yang diadakan setiap tahun anjuran Kementerian Kesejahteraan
Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak saya bertugas di MBAS.
Sememangnya bagi saya mesyuarat ini amat penting kearna melalui sinilah saya
boleh mendapat maklumat berkenaan dasar-dasar terkini kerajaan berhubung
kerajaan tempatan. Banyak isu-isu yang berkaitan penyampaian perkhidmatan di
PBT dibincangkan. Disamping itu ahli persidangan dapat mendengar, melihat dan mengambil maklum dan pengetahuan akan
inovasi2, pengalaman dan penambahbaikan perkhidmatan dari rakan-rakan PBT yang
berjaya. Ini juga merupakan satu cara yang berkesan dalam meningkatkan
perkhidmatan kepada rakyat yang amat memerlukan perkhidmatan PBT.. Meniru
perkara-perkara yang baik dan telah terbukti akan keberkesanannya apa salahnya.
Ahli Panel Perbincangan yang dipengerusikan oleh Datuk Ketua Setiausaha KKBPKT.. Datuk Nor Arpah |
Mengambil
isi ucapan KSU KKBPKT yang memberi focus kepada penyediaan kemudahan awam
dikawasan PBT, Penglibatan Warga PBT dalam aktiviti dan operasi PBT dan
Menstrukturkan semula organisasi dan perjawatan PBT, maka seharusnya PBT
mengambil peluang ini untuk menyediakan segala maklumat terkini dan lengkap kepada
kementerian bagi bagi mendapatkan sebanyak mungkin peruntukan yang disediakan
oleh kementerian. Di samping itu saya cuba rekod balik akan perhatian yang
diberikan oleh KKBPKT yang perlu diberi tindakbalas sewajarnya dari PBT iaitu
seperti berikut :- meningkatkan perpaduan nasional, menguruskan ekonomi dengan
cekap dan efisien, melaksanakan transformasi nasional dimana rakyat didahulukan
pencapaian diutamakan, mempertingkatkan lagi program dibawah NBOS, meningkatkan
program penyampaian perkhidmatan, memberi tumpuan kepada pengurusan bangunan
strata melalui pindaan Akta 757 yang akan berkuatkuasa pada bulan Jun 2013,
pengurusan tandas yang bersih, penyediaan system operasi PBT yang lebih cekap
dan berkesan seperti e-pbt, e-payment dan sebagainya.
Jamuan Makan Malam Anjuran Majlis Perbandaran
Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai.. Dua
PBT ini akan dicantumkan dan diberi taraf Bandaraya
iaitu Majlis Bandaraya Seremban tidak lama lagi...
|
Penceramah
dari MPC (Malaysian Productivity Corporation) membentangkan kertas kerja
bertajuk Amalan Terbaik Pelaksanaan Pusat Setempat (OSC).. Cabaran Dan Masa
Depan.. Menarik tajuk ini dan amat relevan dengan penyampaian perkhidmatan di
PBT. Banyak isu-isu dibangkitkan dalam penyampaian perkhidmatan yang berkesan. Antara yang menjadi masalah kepada orang ramai
untuk berurusan dengan PBT ialah kelambatan dalam memproses apa-apa
permohonan, banyak ‘red tape’, banyak
bahagian yang perlu dikunjungi oleh pelanggan dalam mendapatkan apa-apa urusan
yang berkaitan PBT seperti permohonan pelbagai lessen, kelulusan pelan bangunan
, kelulusan perancangan, permohonan pelbagai permit dan segala macam urusan
yang memerlukan kelulusan oleh PBT. Dalam dunia sekarang yang bergerak
pantas, segala urusan perlu diproses
dengan segera dan diluluskan dengan segera jika mematuhi segala peruntukan
undang-undang dan peraturan.. Jika tidak PBT akan ketinggalan jauh dari segi
pembangunan dan kecekapan serta kecepatan berbanding dengan lain-lain PBT yang
sensitive dengan perkembangan semasa dan bertindak sewajarnya. Sebab itulah
pusat perkhidmatan setempat (OSC) perlu diperkasakan dan ditingkatkan dengan
peranan yang lebih besar. Untuk itu beberapa prosedur yang tidak perlu dan
kurang perlu dalam sesuatu permohonan ianya perlu diteliti semula dan
dikurangkan sebanyak mungkin dan dipermudahkan prosedur tersebut.
Rasuah
merupakan isu nasional dan internasional yang berlaku dimana sahaja. Rasuah
banyak membawa kemusnahan dan ketidakadilan. Faktor utama keujudan rasuah ialah factor
tidak ada integrity dikalangan anggota. Mana-mana prosedur yang memerlukan
kelulusan maka disitulah akan ujud unsur-unsur rasuah, samada rasuah untuk
dipercepatkan urusan kelulusan, beri kelulusan tanpa ikut prosedur yang
ditetapkan, meluluskan projek walaupun
tidak memenuhi syarat, memberi tender pada kroni keluarga atau sahabat rapat ,
merasuah untuk menghalang dari diambil tindakan undang-undang, memberi wang
untuk sokongan dan pelbagai macam bentuk yang boleh dikategorikan sebagai
rasuah. Wakil dari SPRM telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Rasuah dan
integrity: Isu Dan Cabaran”.. Isunya ialah memang SPRM telah menerima banyak
aduan. Pada tahun 2012 sahaja lebih kurang 46,762 kes telah dilaporkan, tapi
kadang-kadang persepsi masyarakat yang kurang mengetahui akan prosedur selalu
menyalahkan Kerajaan atau SPRM kenapa tidak diambil tindakan lanjut sedangkan
laporan sudah dibuat. Sebenarnya bukti adalah penting dan bukti yang kukuh
berserta fakta-fakta yang ada amat diperlukan. Inilah masalah yang dihadapi
oleh SPRM banyak kes tidak dapat dibawa ketengah kerana kekurangan bukti. Sebab
itulah dalam tahun 2012 hanya 831 orang sahaja yang dapat disabitkan kesalahan
rasuah dan dihukum. Jadi tidaklah semudah itu untuk menghukum seseorang jika
kekurangan bukti. Antara isu PBT yang
dibangkitkan ialah anggota kurang pengalaman, pertindihan tugas, perkongsian
maklumat yang kurang, tiada koordinasi antara bahagian, system saraan yang
kurang kompetitif, persepsi negative keatas agensi penguatkuasaan di PBT dan
unsur campurtangan pihak luar banyak menyumbangkan kepada peningkatan
aduan-aduan rasuah.
Bengkel atau seminar sekarang ni dah tak bagi kertas kerja tebal2.. hanya bagi pendrive sahaja yang direka bentuk seperti kad ..... .. jadi selamat tak gaduh sedia beg seminar......... |
Pembuangan
sampah secara haram ditempat yang tidak dibenarkan merupakan masalah sikap
pengotor sebahagian penghuni kota.
Mereka mengambil mudah akan perkara tersebut dengan membuang sampah dimerata
tempat dengan sewenang-wenangnya tanpa mengira perasaan orang lain. Asalkan
rumahnya bersih cukuplah. Dalam hal ini penguatkuasaan perlu ditingkatkan.
Sebab itulah dalam satu kertas kerja yang dibentangkan oleh Dato’ Dr Nazri dari
pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal
Negara telah memohon kepada semua PBT agar dapat menurunkan kuasa untuk
mengambil tindakan undang-undang dibawah undang-undang kecil di PBT berkaitan
kepada anggota penguatkuasa PPSPN. Bagi saya dalam hal penurunan kuasa ini saya
rasa tidak ada masalah untuk dilaksanakan kerana ianya banyak membantu PBT
dalam melaksanakan penguatkuasaan orang yang masih engkar mematuhi
undang-undang dan suka membuang sampah
ditempat-tempat awam..
Saya
berpeluang mendengar ceramah dari YDP Majlis Perbandaran Seremban (MPS)/ Majlis
Perbandaran Nilai (MPN) berkaitan dijalankinisiatif dan inovasi yang telah dan sedang disediakan oleh MPS dan MPN. Menarik
juga mendapat maklumat berkenaan inovasi yang dilaksanakan. Antara inovasi dan
inisiatif yang dilaksanakan ialah perolehan imej fizikal bandar dengan menggunakan cerapan dari pesawat udara tanpa
pemandu. Gambar lebih jelas berbanding dari gambar satelit dan gambarnya terkini . Imej ini amat berguna untuk kumpul data2 dalam proses
perancangan, penilaian hartanah, perancangan Bandar, maklumat guna tanah
semasa, perancangan lampu jalan, perancangan program bandar selamat, dapat mengesan perubahan fizikal
bangunan-bangunan terutama tambahan bangunan untuk membolehkan lawatan dibuat oleh
pegawai penilai atau penguatkuasa, dapat kesan bangunan-bangunan yang tidak
membayar cukai pintu dan pencerobohan haram serta kerja-kerja tanah secara haram.
Inisiatif
selanjutnya yang dilaksanakan ialah Program mengurangkan penggunaan tempat
pelupusan sampah dgn melibatkan komuniti
untuk menjaga alam sekitar. Sisa makanan diproses menjadi baja kompos
dengan bantuan dari Universiti Teknologi Malaysia.
Satu lagi
inisiatif terkini ialah dimana tapak
pelupusan sampahnya yang ditutup telah
dibangunkan dengan projek penjanaan kuasa elektrik dengan tenaga suria. Hasil
dari penjanaan ini MPS mendapat hasil dari penyewaan tapak tersebut, manakala
syarikat yang terlibat beroperasi boleh menjual tenaga elektrik melalui TNB
yang mampu untuk membekalkan tenaga elektrik untuk lebih 50,000 buah rumah. Saya
melihat ini secara positif dan mungkin ada peluang untuk MBAS berkolaborasi
dengan syarikat yang membangunkan program tenaga yang diperbaharui itu. Balik nak kena tengok balik tapak pelupusan sampah MBAS di Jabi yang sebahagian telah dan sedang dibuat penutupan selamat. Boleh juga guna untuk buat projek tersebut jika ada rezeki.
Memang
banyak bangunan lama yang berada dalam kawasan bandar dan nampak lusuh dan
usang. Inisiatif yang diambil oleh MPS dengan kerjasama dari pihak swasta telah
menjadikan bangunan-bangunan tersebut lebih ceria dan berwarna warni dengan
dicat balik dengan kos hanya RM500.00 sahaja.
Walaubagaimanapun setiap pemilik rumah perlu bersetuju mengambil
bahagian. Manakala cat disumbangkan oleh oleh pihak swasta. Agak menarik juga
usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pengurusan MPS ini dimana sekurang-kurang
kawasan Bandar Nampak ceria dan pada masa yang sama pemilik rumah mendapat
manfaatnya.
Saya melihat
inisiatif-inisiatif ini amat relevan dengan PBT. Mungkin ianya boleh
dilaksanakan di MBAS. Namun begitu ianya tertakluk kepada kerjasama penduduk Bandar
juga, kerana tanpa kerjasama mereka agak sukar untuk dilaksanakan inisiatif
tersebut. Memang tidak dapat dinafikan factor kos juga menjadi penyebab
setengah-setengah PBT tidak dapat melaksanakan beberapa cadangan yang menarik
seperti cerapan gambar melalui udara, namun mungkin dimasa hadapan ianya boleh
dilaksanakan juga .
MURNInets
merupakan satu program dibawah inisiatif KKBPDKT dimana ia menilai kemampanan sesebuah bandar dan kawasan gabungannya melalui penggunaan penunjuk-penunjuk kemampanan. Dari penunjuk ini akan dapat diketahui kekuatan dan kelemahan sesuatu bandar tersebut. 36 penunjuk ditetapkan yang akan diambil kira. Dari pengumpulan data yang dikutip oleh JPBDD dari PBT , satu indeks dikeluarkan dalam menentukan tahap kebahagian rakyat diwilayah sesebuah PBT dan juga tahap kepuasan pelanggan terhadap PBT. Pembangunan
yang mementingkan dan memenuhi keperluan masyarakat Bandar dan luar Bandar tanpa
mengabaikan alam sekitar. Indeks yang
diperolehi melalui program MURNInets ini akan menjadi tanda aras sesebuah
Bandar berkenaan tahap pembangunan mampan Bandar tersebut. Ketua Pengarah JPBDD
Malaysia telah membentangkan kertas berkaitan diatas dalam konteks Penambahbaikan Program MURNInets untuk seluruh PBT di Malaysia. Saya tidak dapat nak paparkan tahap kemampanan Bandaraya Alor Setar ini, kerana data yang ada tidak lengkap. Saya akan cuba dapatkan. Nak tahu juga berapa indeks point yang kita dapat... bahagia atau tidak bahagiakah duduk menetap di Bandaraya ALor Setar ni....
Lapuran Bank
Dunia berkaitan indeks memudahkan perniagaan mengukur kualiti peraturan Memohon Kelulusan Permit Perniagaa dimana Bank Dunia telah mengkaji prosedur tersebut di 18 buah negara... Bank Dunia telah menetapkan ranking keseluruhan Malaysia pada tahun 2013 berada diranking ke 12, berbanding tahun 2012 berada di ranking ke
18, dan pada tahun 2011 berada diranking ke 23..Ini bermakna ada peningkatan penambahbaikan proses kelulusan perniagaan di Malaysia. Antara proses didalam itu secara mikronya pula , urusan Kelulusan Permit
Pembinaan merupakan ranking ke 96 berbanding 185 negara yang paling tidak popular dikalangan peniaga antarabangsa. Prosedur ini banyak memberi kesan kepada kedudukan ranking keseluruhan
Malaysia. Menarik juga kertas kerja yang dibentangkan oleh Pegawai dari MPC, MITI. Inilah yang perlu diberi
perhatian oleh semua agensi kerajaan yang terlibat selain PBT supaya tempoh
masa permohonan hingga dikeluarkan kelulusan dapat disingkatkan. Urusan permit pembinaan ini tidak sahaja melibatkan PBT tetapi juga melibatkan juga jabatan teknikal lain seperti JKR, JPS, JPBD, Jab Pembentungan, SADA,Operator utiliti , JAS, Jabatan Bomba Dan Penyelamat dan sebagainya. Sebab itu kerajan persekutuan telah memulakan usaha-usaha penambahbaikan dalam menyelesaikan isu kelambatan dimana tiga aspek yang diukur iaitu prosedur, tempoh masa dan kos yang terlibat. Maka diperkenalkan OSC1Malaysia. Ianya dilaksanakan berperingkat-peringkat dan MBAS akan tiba gilirannya nanti kerana mengikut rekod MITI analisa sampel yang diambil di MBAS mengambil masa 51 prosedur, 262 hari melibatkan kos RM221,690.00. Saya tak pasti sampel projek apa yang diambil... walau bagaimanapun saya terima analisa ini dengan lapang dada dan akan berusaha untuk mengurangkan sebanyak mungkin bagi menjayakan OSC1Malaysia.. Kalau ini dapat dikurangkan sebanyak mungkin, maka satu hari nanti Malaysia akan jadi sebuah negara yang Mesra Perniagaan.
Oklah... rasanya banyak sangat dah saya celoteh fasal mesyuarat ini... Memang jadi tabiat saya untuk buat sedikit sebanyak ulasan berkenaan kertas kerja yang dibentangkan setiap kali saya hadir bengkel atau mesyuarat seperti ini.. Sekurang-kurangnya ada juga faedahnya.. boleh juga ingat sedikit sebanyak. Kalau tidak ni balik, hanyut begitu sahaja, lupa segalanya. Buat seminar atau mesyuarat seperti ini bukan sedikit belanjanya... kira pi kira mai ratusan ribu RM juga tu... Ok .. tahun depan Majlis Bandaraya Melaka Bandaraya Bersejarah akan menjadi tuan rumah. Hebat Datuk Bandarnya.. tawar diri untuk jadi tuan rumah.. MBAS tak tahulah lagi bila pula akan jadi tuan rumah, tapi MBAS pernah jadi tuan rumah Mesyuarat ini lebih kurang 10 tahun yang lalu...
Teratak Kasih
Salam Tuan...terima kasih ulasan Tuan mengenai Mesyuarat JPPBT 2013 di Seremban pada 19-21 Mei 2012 terutamanya perkara mengenai MURNInets. Untuk makluman tuan, Pusat Operasi MURNInets Kebangsaan akan mengadakan sesi teach-in MURNInets anjuran bersama dengan JPBD Negeri Kedah di Swiss Garden Sungai Petani pada 18 Jun 2013. Surat jemputan telah mula diedarkan pada PBT2 diseluruh Malaysia termasuk MBAS.
ReplyDeleteInsya Allah.. MBAS akan hantar wakilnya untuk hadir jika tidak aral melintang...MBAS sentiasa memberi kerjasama atas segala program dari Kementerian.. MBAS banyak bergantung kepada kementerian dan kerajaan negeri.. terima kasih atas respons kpd blog saya... saya juga pasti akan bersama-sama membantu menyebarkan apa-apa program dan aktiviti berkaitan PBT yg dilaksanakan oleh pihak kementerian... salaam
Delete