Catatan: Mohd Asri Redha
Teratak Kasih
24 Jun 2014
Selamat SEjahtera... buat sahabat-sahabat saya yang amat dimuliakan Allah SWT sekalian..
Moga hari ini... bertambah ceria dan bertambah bahagia sebagaimana anak-anak buah saya yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013. Sememangnya kalau kita menerima sesuatu yang baik-baik dan yang elok-elok tentunya kita gembira dan seronok mendapatnya atau memilikinya.. Kalau masih tak boleh nak gembira dan seronok tentunya ada sesuatu yang tidak kena dihati insan-insan itu. Sesuatu perlu dibuat untuk membolehkan insan seperti itu boleh merasai nikmat kegembiraan seperti mana naluri manusia biasa yang ikut lumrah alam begitu. Saya dan kita semua tentunya tidak mahu insan-insan yang dimuliakan Allah SWT hidup dalam keadaan tidak gembira, murung, stress, tidak bahagia dan perkara-perkara yang seumpama itu... Di mana boleh kita yang ada ini, rakan-rakan yang ada pakat-pakatlah membantu sekadar yang termampu.. yang lain itu terpulang kepada insan-insan itu sendiri mengubah diri sendiri.
Hari ini tanggal 24 Jun 2014 MBAS telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013 di Dewan Besar MBAS.. Majlis tersebut disempurnakan oleh Ybhg Dato' Abdul Aziz b. Hj Abdul Ghani, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan) sebagai mewakili Dato' Paduka Hj Mohd Puat b. Mohd Ali.. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
Baru tahun inilah saya benar-benar terlibat secara langsung dalam membuat penilaian anak-anak buah saya dan juga lain-lain penilaian ketua jabatan dan ketua bahagian yang diteliti secara saksama bersama pengurusan atasan. Tahun sebelum ini saya tidak begitu spesifik sangat fasal penilaian, kerana dibuat oleh Setiausaha terdahulu dan masa yang singkat untuk membuat penilaian anggota.
Sepertimana yang pernah saya buat ulasan dalam blog ini sebelum ini sebenarnya
http://semangatjatimbas.blogspot.com/2013/06/tahniahtahniah-tahniah-anugerah.html..
dalam membuat penilaian terhadap seseorang itu ternyata amat sukar. Tidak akan sama nilaian prestasi seseorang itu jika penilai adalah orang berlainan kerana ia agak subjektif.. Seboleh mungkin saya cuba untuk elakkan penilaian yang agak berat sebelah . Namun tentunya dalam banyak-banyak yang dipilih ada yang menimbulkan ketidakpuasan hati kepada orang lain yang tidak menerimanya. Saya terima hakikat itu. Seperti mana kata Datuk Bandar dalam ucapan aluannya, seboleh mungkin MBAS hendak beri lebih banyak lagi APC ini tetapi kita terikat dengan dasar hanya peratusan tertentu sahaja yang dibenarkan. Disamping itu pemilihan juga terpaksa memberi kesamarataan kepada unit atau bahagian yang ada.. Ada setengah pegawai terlalu pemurah memberi markah dan ada setengah pegawai terlalu kedekut pula dalam memberi markah.. Jadi untuk melihat keseluruhannya tentunya ada panel penilaian peringkat atasan yang perlu melihat ini dari segala aspek. Sememangnya diakui inipun belum tentu memuaskan hati semua pihak. Namun begitu saya harap peratusan ketidakpuasan hati agak kecil.
http://semangatjatimbas.blogspot.com/2014/01/isi-tak-lagi-borang-penilaian-prestasi_22.html
Memilih 60 orang anggota dari kalangan lebih 700 orang anggota MBAS bukan sesuatu yang mudah. Jadi saya harap semua anggota anak buah saya dapat menerima seadanya. Kalau tidak dapat lagi tahun ini, teruskan kerja buat seperti biasa dengan lebih produktif lagi. Anggaplah kerja kita sebagai ibadat.. Rezeki kita mungkin tak mai lagi. Rezeki itu ditangan Allah. Kalau tak dapat anugerah itupun kita masih mendapat gaji yang lumayan juga berbanding lain-lain rakan kita yang bekerja disektor bukan kerajaan. Jadi bersyukurlah dengan rezeki yang diberi Allah itu. Insya Allah jika sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini, bahagialah tu, Allah akan tambahkan lagi rezeki yang ada itu. Kadang-kadang dia datang tanpa kita sedar... Secara tidak sedar, anak kita keluar universiti, terus dapat kerja.. rezekilah itu.. kita bersyukur... tiba-tiba dapat surat naik pangkat atau naik gred, rezekilah tu, tiba-tiba PM umum bonus rezekilah, tiba-tiba sejak sekian lama kita berkahwin, mengandung ... maka rezekilah itu... Jadi janganlah kita sempitkan fikiran kita pada yang remeh temeh sehingga menjadikan kita lupa dan alpa tanggungjawab kita dan semakin mengurangkan produktiviti kerja kita seharian... Jadi bila dapat rezeki tambahan seperti ini.. ingatlah kepada Allah SWT. Bersyukurlah... Jangan lupa pada insan-insan yang membantu kita memperolehi rezeki itu.. Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada insan-insan itu.. baru orang tahu bahawa kita orang yang mengenang jasa.
Jangan jadi pada setengah-setengah orang yang anggap itu adalah hak dia.. dan orang kena bagi pada dia.. Kalau tak bagi pada dia , orang itu buat kesilapan besar.. Wah.. susahlah kalau fikir macam itu.. Apa-apa kerja buat kita biarlah orang lain yang menilai, biarlah Allah yang menilai, bukan kita sampai sanggup kecek, bodek, minta terus terang supaya beri padanya... Janganlah buat kerja macam tu.. Kalau kita rasa kita buat yang terbaik, tapi tak ada orang tengok apa yang dia buat, tak apalah, kerana itu hanyalah tambahan rezeki sahaja. Rezeki sebenar telah kita dapat dengan dibayar gaji dan elaun yang sepatutnya.
Saya bercakap perkara sebegini kerana saya khuatir dengan kerana adanya APC ini akan menyebabkan prestasi seorang pekerja semakin menurun bila kerja buatnya tidak dinilai sewajarnya dan pandangan dan penilaiannya pula orang yang dipilih menerima APC itu tidak ' tera' mana pun.. Ini yang saya takut.. Saya sendiri sudah tegas mengambil sikap, janganlah jadi macam itu.. Saya tidak pandai untuk menonjolkan diri supaya orang nampak apa yang saya buat... Saya tidak nak ambil tahu sapa rakan-rakan yang dapat kenaikan pangkat, atau dapat APC dan seumpamanya. Nak langkau pun langkau lah, yang penting gaji saya jangan diturunkan sudahlah... Kalau saya sendiri tidak mampu untuk memberi sumbangn terbaik ditempat-tempat tertentu, buat apa dok 'tebiang' pi walaupun gred dan gaji lebih tinggi.. Saya tahu kelemahan dan kekuatan diri saya.. Kalau tidak mampu .. terima seadanya... Tang nak minta tidak sekali-kali..
Oklah.. panjang pula dok cerita fasal rezeki ni.. Kita berbalik pada majlis APC ini.. Dalam majlis APC ini juga telah dibuat pelancaran Pelan Strategik MBAS (2014 - 2018) dan Dokumen Dasar Inovasi MBAS. Dokumen Pelancaran Strategik MBAS dan Dokumen Dasar Inovasi MBAS ini akan menjadi panduan asas dan landasan yang betul kearah mana MBAS hendak dibawa. Kita ada objektif yang jelas dengan adanya Dokumen Pelan Strategik MBAS dan tidak lah tergelincir dari landasan yang ditetapkan. Dokumen Dasar Inovasi MBAS ini pula dilancarkan bagi memastikan semua anggota MBAS disetiapa peringkat dapat menghasilkan idea idea kreatif dan seterusnya merealisasikan idean kreatif tersebut agar Transformasi MBAS kearah PBT yang lebih maju dan memberi kesejahteraan dapat dicapai.
http://semangatjatimbas.blogspot.com/2014/03/makmal-pelan-strategik-mbas-2014-208.html
Dalam ucapan aluan Datuk Bandar juga telah menyenaraikan siri-siri kejayaan dan pengikhtirafan yang diterima oleh MBAS sejak tahun 2013 dan 2014 dan secara kebetulan juga saya bertugas di MBAS.. Adakah nak kata itu disebabkan kerja buat saya... Tentu sekali tidak sama sekali. Kejayaan itu semua adalah kejayaan semua anggota MBAS. Kejayaan yang muncul kerana kerja berpasukan. Bukan kejayaan individu. Jangan mendabik dada mengatakan kejayaan itu kerana diri seseorang... jangan.. tidak akan muncul kejayaan kalau tanpa bantuan dan kerjasama orang lain.
Jadi sekali lagi saya mengucapkan TAHNIAH yang tidak terhingga kepada semua anak-anak buah saya yang ramai tu, samada yang terima APC pada hari ini atau yang belum terima APC lagi. Teruskan perjuangan untuk memastikan perkhidmatan MBAS kepada rakyat bertambah cemerlang disamping MBAS menambah baik lagi apa yang ada melalui kerja-kerja kreatif dan proaktif. Kekangan utama dari segi kewangan bukan menjadi penghalang kearah kecemerlangan. Yang penting perubahan sikap setiap anggota itu yang penting. Saya menyedari aduan awam masih lagi banyak dan kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk rakyat amat kekurangan lagi dikawasan Majlis Bandaraya Alor Setar ini.. jadi terima seadanya.. Nak salahkan rakyat pun tidak ada maknanya.. biarlah diselesaikan perlahan-lahan sesuai dengan kemampuan dan kekuatan yang ada..
Tahniah sekali lagi pada semua yang terlibat menjayakan Majlis ini.. rasanya ini antara majlis yang terbaik disusun atur dan hebat, walaupun nampak simple saja .. Segalanya berjalan lancar dan tersusun serta tertib2 belaka... Sayangnya tak ada sapa nak bergambar dengan saya.. he..hee... jangan marah... cuit manja saja....
Al Fatihah... amiiin.

Barisan penerima APC MBAS 2013 .... |
Comey dan Segak2 belaka kumpulan koir MBAS ini.... |

No comments:
Post a Comment