Sunday, 30 September 2012

Sukan Untuk Kecemerlangan MBAS... Badan Sihat, Hati Ceria, Suka Hati...

30 September 2012
Catatan: Mohd Asri Redha


Mohd Asri Redha, Setiausaha MBAS sedang menyampaikan
hadiah kepadapemenang kejohanan.diringi oleh
Dato' AhmadPresidenPersatuan
Sepaktakraw Malaysia
 Sukan tetap menjadi pujaan saya. Kalau tak mainpun ianya tetap diberi perhatian. Apatah lagi kalau sudah duduk di MBAS ini. Menjadi tanggungjawab MBAS juga untuk sekali sekala menganjurkan apa-apa pertandingan sukan yang  popular n juga kadang kala mengambil bahagian dalam apa-apa pertandingan yang dianjurkan oleh pihak luar. Memang ianya agak menjejaskan sedikit operasi hakiki jabatan disebabkan penglibatan anak-anak buah dalam sukan-sukan dan menjadi urusetia. Walau bagaimanapun sekadar yang wajar , ianya boleh diminimakan agar idak tterjejas operasi sebenar sesebuah PBT.  Kekangan kewangan sedikit sebanyak menghalang untuk dianjurkan apa-apa pertandingan sukan atau terlibat dalam pertandingan luar secara lebih aktif. . Sebuah PBT samalah seperti sebuah kerajaan kecil yang perlu terlibat juga dalam aktiviti-aktiviti seperti ini.

Woww... hebat-hebat belaka
Sebab itulah MBAS tidak melepaskan peluang apabila ada ruang kerjasama dengan Persatuan Sepaktakraw Malaysia yang ingin mengadakan pertandingan sepaktraw di bandaraya ini, MBAS menawarkan diri untuk menjadi penganjur bersama seperti keratan akhbar dibawah ini.

'MAJULAH SUKAN UNTUK MBAS'




Semoga dengan penglibatan ini akan memeriahkan lagi suasana aktiviti di Bandaraya ini disamping menarik lebih ramai pelawat mengunjungi bandaraya yang permai ini. Anak-anak buah pula dapat mengambil pengalaman dalam menganjurkan program-program seperti ini disamping ini juga merupakan satu kriteria penting dalam penarafan bintang sesebuah PBT.  Selamat maju jaya dan tahniah kepada anak-anak buah yang memberi komitmen jitu dalam menjayakan program ini dengan kerjasama pihak NGO sukan tersebut.

Lepas ni anak-anak buah kena atur untuk kita pula main.... jadikan sukan sebagai rutin harian kita...

Teratak Kasih.
Alor Setar.. Kedah

No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita