Wednesday, 12 December 2012

Medan Selera PKNK : Kenapa kita masih mengulangi kesilapan-kesilapan yang sama walaupun sudah berpuluh buah bangunan direka dan dibina....

Kutipan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 01 Disember 2012

Sehingga kini saya masih tertanya-tanya kenapa pengalaman menguruskan sebuah PBT sejak berpuluh tahun tidak digunakan sepenuhnya untuk mereka bentuk sebuah bangunan yang boleh memenuhi semua kehendak terutama kesesuaian dengan mengambil kira faktor cuaca, kedudukan tempat, kehendak pengguna, kos dan sebagainya.

Semua PBT telah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan serta kritikan sejak membina berpuluh-puluh buah bangunan untuk kegunaan majlis. Sewajarnya ianya menjadi panduan terbaik untuk PBT membina sebuah bangunan yang benar-benar praktikal dan boleh diterima oleh semua pihak...  Malangnya PBT masih mengulangi dan membuat kesilapan perkara yang sama. Perkara ini terlalu mudah  untuk diselesaikan kalau dirancang betul-betul diperingkat penyediaan pelan bangunan, tapi oleh kerana telah terbina, maka tentunya sebarang perubahan fizikal yang dibuat akan melibatkan kos tambahan.....   Apakah perlunya pegawai teknikal, kalau perkara-perkara seperti inipun tidak boleh difikirkan........... Inilah cabaran yang perlu ditangani oleh sesebuah PBT.. Kadang-kadang faktor keindahan dan kecantikan sesebuah bangunan itu terlalu diambil kira mungkin sebagai satu imej ..  tapi pada akhirnya ianya tidak praktikal dan memberi pelbagai masalah. Sudah banyak bangunan yang menjadi 'gajah putih' tidak digunakan dan akhirnya rosak begitu sahaja. Adalah  baik dibina sebuah bangunan yang 'simple' sahaja dengan kos yang murah  tetapi ianya praktikal dan orang boleh berniaga dengan selesa.Bagi saya yang penting ialah perparitan yang elok, bersih, kemas dan mudah dibuat penyelenggaraan  bangunan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita