Tarikh: 07 Januari 2013
MBAS melangkah bangga ke tahun 2013 dengan satu pengiktirafan kejayaan yang sukar diperolehi. Saya kata sukar kerana memang sukar untuk memenuhi kriteria-kriteria yang bagi saya terlalu teknikal, sepertimana yang dikehendaki oleh SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN.BHD. (IQISB) . Sebab itu ramai jabatan dan agensi yang tak mahu memohon sijil tersebut apatah lagi kalau bukan paksaan.
Namun langkah sudah diatur, sesusah, seteruk dan semahal manapun untuk mendapat pengiktirafan ini maka kenalah diteruskan juga. Alhamdulillah.. akhirnya pada 21.12.2012 pihak SIRIM telah mengeluarkan surat awalan memaklumkan bahawasanya MBAS telah memenuhi kriteria-kriteria dan layak dianugerahkan INFORMATION SECURITY MANAGEMENT SYSTEM CERTIFICATION. (ISMSC).
Saya mengucapkan tahniah kepada Bahagian Teknologi Maklumat MBAS yang menerajui usaha-usaha untuk mendapat Sijil tersebut. Tentunya Jabatan dan Bahagian lain dalam MBAS ini juga terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk mencapai kejayaan tersebut. Saya sedar dalam apa jua usaha untuk mencapai sesuatu yang tinggi nilainya banyak pengorbanan perlu dilakukan oleh semua kakitangan. Kadang-kadang kita rasa kecewa, kadang-kadang kita rasa tidak diperlukan, kadang-kadang kita rasa apa yang kita buat itu tidak dihargai, kadang kita berbalah sesama kita, kadang-kadang hari cuti kita bekerja, kadang-kadang bos tak lulus apa yang kita perlu / minta, kadang-kadang kita terpaksa mengalirkan air mata dan pelbagai kadang-kadang yang kita rasa. Itulah pengorbanan namanya. Masa dan tenaga banyak dihabiskan untuk menyiapkan segala dokumentasi, persediaan fizikal dan memahami sepenuhnya segala prosedur supaya segalanya terselaras dan terkini. Saya sebagai Setiausaha sebenarnya tidak banyak manapun membantu dalam merealisasikan kejayaan ini, hanya sekadar memberi dorongan dan membantu sekadar yang perlu atas tanggungjawab sebagai ketua pentadbiran. Kejayaan ini adalah kejayaan anak-anak buah yang bertungkus lumus mengusahakannya...
Jadi berbaloi sangatlah apa yang MBAS perolehi ini, kerana saya difahamkan hanya MBAS satu-satunya PBT yang memperolehi pengiktirafan ini. (Walau bagaimanapun saya akan cuba dapatkan maklumat lanjut... benarkah begitu)... Kalau benar woow.. hebat.
Walau bagaimanapun.. perlu diingat semasa audit kedua yang dibuat oleh panel penilai dari SIRIM QAS ini ada beberapa item dan perkara yang perlu dibereskan sekiranya MBAS ingin mengekalkan pengiktirafan ini untuk tahun ke 2. Ini merupakan cabaran besar kepada MBAS agar dapat segera menyelesaikan apa-apa teguran yang telah dibuat oleh panel penilai tersebut. Takkan pula kita nak pegang setakat setahun sahaja kut.... setelah bersusah payah begitu lama kita usaha dapat sijil tersebut ... takkan semudah itu pula hendak dilepaskan. Jadi ini cabaran kepada kita semua untuk memastikan ada kesinambungan yang berterusan.
Persoalannya sijil ISMS sudah dapat, Sijil 5S pun sudah dapat...hebat tu.. bagaimana pula dengan perkhidmatan MBAS kepada rakyat. Ini yang sepatutnya juga menjadi keutamaan semua warga MBAS agar dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan.... Masih banyak ruang yang kurang diberi perhatian, terutama kesegeraan dalam membuat keputusan dan kelulusan-kelulusan tertentu.. disamping menangani aduan-aduan awam yang segala macam. Semua warga MBAS perlu ingat bahawa kesegeraan mereka bertindak dan kesegeraan memberi kelulusan sebenarnya akan memberi impak yang baik kepada MBAS itu sendiri seperti imej MBAS dan pendapatan kepada MBAS..
Ok... saya sudah letih menaip dan letih mata juga. Jadi biarlah saya berhenti menaip disini saja... Nanti bila datang syehnya balik saya akan tulis lagi tanpa jemu-jemu..... Selamat malam.. ooppss.. selamat pagi dah dekat kul 12.30 pg...Jumpa lagi.
Teratak kasih.....
No comments:
Post a Comment