Monday, 14 January 2013

Strategi Lautan Biru Kebangsaan,,,,,,

14 Januari 2013
Catatan: Mohd Asri Redha

Salam Sejahtera..

Hari ini saya ketemu pegawai-pegawai  kanan MBAS untuk mengkaji balik Pelan Strategik MBAS yang akan berakhir hujung tahun ini. Perkara penting yang diberi perhatian ialah pencapaiannya, pelaksanaannya dan isu serta masalah diperingkat pelaksanaan. Selain itu merencanakan perancangan untuk menyediakan Pelan Strategik MBAS untuk 5 tahun seterusnya bermula tahun 2014. Salah satu penambahbaikan Pelan Strategik MBAS yang baru atau yang dinilai semula  ialah menerapkan element  konsep dan falsafah 'BOS'.. Blue Oceon Strategy....  ... Pada tahun lepas juga MBAS dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek NBOS yang disediakan peruntukan kewangannya oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.. Anak buah dok sebut NBOS berkali-kali.. tapi apa itu NBOS itu... Sayapun kelam juga mai lagu mana projek seperti ini, namun mungkin ini sebenarnya telah dirangka diperingkat tertinggi kementerian yang mungkin ada konsep dan falsafah BOS itu dan MBAS hanya melaksanakannya sahaja... Anak-anak buah pun nampaknya berminat pula untuk mempelajari dan memahami lebih mendalam apa itu Blue Oceon Strategy....

Secara kebetulan saya pernah tulis sedikit berkenaan BOS yang pernah saya hadiri kursus pendek ini di KL beberapa tahun yang lepas.. Jadi sengaja saya paparkan dibawah ini tajuk ceritanya agar boleh juga anak-anak buah baca dan  mungkin selepas ini saya perlu atur pula kursus atau bengkel yang sepesifik berkenaan BOS ini  kerana banyak manfaat yang diperolehi dari kursus seperti ini..... Klik saja kat situ....atau kalau tidak respon tulis saja alamat blog tersebut... kat address



 http://beritakcs.blogspot.com/2012/05/blue-ocean-strategy-satu-pendekatan.html

Ok.. Jumpa lagi... mau tidor awal sebab besok pagi nak pi melawat Pulau Payar.. lama juga tak pi pulau ni.. tak taulah dah jadi lagu mana......

Teratak kasih...

No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita