Catatan: Mohd Asri Redha
Tempat : Swiss Inn, Sungai Petani.
Tarikh: 10 Jun 2013
Tempat : Swiss Inn, Sungai Petani.
Tarikh: 10 Jun 2013
Salam Sejahtera.. jumpa lagi.. petang ni saya 'free' sikit. Masa yang ada bukan tak buat kerja tapi tersilap 'time' untuk temujanji dengan YB Dato' Ku Rahman Ahli MMK dan Dato' Saripuddin Kasim Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam , Koperasi Dan Kepenggunaan Malaysia di biliknya. Nak bincang fasal pembinaan Bangunan Pekan Rabu Baru. Temujanji ditunda dari pukul 4.00 petang ke pukul 5.30 petang. Tak dapat maklumat perubahan tersebut jadi pergi sampai seperti mana janji asal. Jadi ada masa 1 jam setengah tak tau nak buat apa.. nak balik tak berbaloi. So lebih baik ambil teman rapat saya ni.. taip apa-apa yang patut berkenaan cerita seminar yang saya hadiri pagi tadi di Swiss Inn Sungai Petani.
Isu
keselamatan menjadikan masyarakat sekarang semakin berhati-hati dalam memilih
tempat tinggal yang selamat dan memenuhi segala keperluan mereka. Isu keselamatan
juga telah membawa ahli masyarakat menjadi lebih individualistic. Sebab itu
semakin ramai orang telah memilih
kawasan tempat tinggal mereka yang terjamin dari segi keselamatan baik dari
segi keselamatan diri dan keluarga
maupun keselamatan harta benda.
Sebab itulah bagi memenuhi kehendak keperluan tersebut, maka
semakin banyak taman-taman perumahan
telah melaksanakan perumahan yang menonjolkan ciri-ciri halangan fizikal dan
juga ciri-ciri kawalan keselamatan dalam satu-satu komuniti taman tersebut…
Kalau taman perumahan baru, tidak ada masalah untuk merancangkan segala
keperluan yang sepatutnya sebagai gated community, tapi bagi taman-taman
perumahan lama yang juga cuba untuk mengadakan 'gated community' atau 'guarded neighbourhood' community tentunya banyak perubahan perlu dibuat bagi disesuaikan dengan standard guarded community yang mana kadang-kadang akan menimbulkan
masalah pula disebabkan bukan semua ahli dalam komuniti tersebut
berkehendakkan keperluan tersebut.
Hari ini saya menghadiri Seminar Perancangan Gated Community (GC)
& Guarded Neighbourhood (GN) anjuran
JPBDD di Swiss Inn, Sungai Petani bersama-sama anak-anak buah . Saya perlu
hadir seminar ini kerana konsep dan pelaksanaannya perlu difahami sewajarnya
supaya apa-apa keputusan yang dibuat mengambil kira segala kepentingan agar
tidak menimbulkan masalah dimasa hadapan.
Sekarang sudah ada trend
pemaju-pemaju perumahan yang bercadang untuk mengadakan projek perumahan baru dan
sekali gus dalam konsep ‘Gated Community’
(Komuniti Berpagar). ‘Guarded Neighbourhood’
(Kejiranan Berpengawal) bagi projek
perumahan sedia ada dan baru. malahan
sudah adapun bentuk komuniti seperti ini
di Bandaraya Alor Setar. Bertugas di PBT begitulah.. bermacam-macam perkara
perlu dilihat dan dilaksanakan dengan pelbagai akta, enakmen, undang2 kecil dan peraturan2 sebagai panduan utama. Apa-apa masalah yang
timbul dikalangan komuniti maka PBT lah yang menjadi tempat aduan .
Trend yang berlaku sekarang ini memerlukan satu garispanduan
yang jelas kerana tanpa garispanduan yang jelas akan menimbulkan masalah kepada
penghuni-penghuni dalam perumahan tersebut.
Nampak mudah seperti mengadakan pengawal keselamatan dikawasan komuniti
tapi ada juga yang tidak setuju diadakan ‘guarded neighbourhood’ dan ‘gated
community’. Bukan semua orang suka
dibina pagar batu keliling kawasan kejiranannya, bukan semua suka beri tunjuk
IC atau lessen memandu pada pegawal keselamatan, bukan semua suka dipasang
halangan pintu pagar automatic dan bukan semua mahu bayar bulanan untuk
‘sinking fund’ bayar gaji pengawal dan sebagainya. Jika ini berlaku maka PBT akan menjadi tempat
aduan dan tanpa garispanduan yang jelas tentunya akan menimbulkan masalah dalam
mencari jalan penyelesaian.
Dalam seminar ini peserta telah didedahkan dengan
konsep-konsep ‘Gated Community’ dan ‘Guarded Neighbourhood’ oleh Dr Alias Rameli dari JPBDD Sem Malaysia, kaitan GC da GN dengan Akta Hakmilik Strata
1985 oleh Puan Sharifah Khadijah dari JKPTG dan Realiti pelaksanaan GC dan GN
oleh Majlis Perbandaran Kajang. Moderator seminar ialah Puan Rozaina Dato
Paduka Radzi , Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani.
Komen saya... Faktor keselamatan merupakan asas terujudnya GC dan GN..
Walau bagaimanapun kadang-kadang bukan isu keselamatan sangat yang menjadi
punca diujudkan GC, ianya lebih kepada komuniti yang lebih mementingkan
eksklusif, komuniti elit, komuniti khas yang
cuba tidak mahu mencampuri dengan komuniti sekitar… mereka mahu hidup dlm komuniti mereka sahaja
dan menjadi lebih individualistic. Inipun kena dilihat juga kerana sudah ada
trend kearah itu… Kalau trend ini dibiarkan berleluasa akan akan menghakiskan
semangat kejiranan yang amat penting kearah perpaduan nasional.
Salam En Asri. Saya Siti Fatimah, pelajar PhD di USM berminat untuk mengetahui lebih lanjut menbenai komuniti berpagar. Difahamkan bahawa encik Asri bertugas di MBAS dan saya ingin memohon bantuan daripada pihak encik untuk mendapatkan list kawasan perumahan GC yang wujud di Alor Setar/ Kedah. Mohon untuk dihubungi untuk perbincangan lanjut.
ReplyDeleteemail saya : ct_2908@yahoo.com