Monday 3 June 2013

MBAS Juara.... SuKaN PiHaK BeRkUaSa TeMPaTaN NeGeRi KeDaH 2013


03 Jun 2013
Catatan: Mohd Asri Redha

Tahniaaaah....
Assalaamualaikum wrt..Salam Sejahtera... Salam 1Malaysia dan Salam 1Kedah..

Apa khabar pembaca maya saya sekalian dan mungkin juga ada antaranya anak-anak buah saya....  masih tidak jemu untuk baca celoteh saya... saya tetap menulis walau sapapun tak baca.. tak kisahlah...

YB Badrulhisham .. EXCO bagi Kerajaan Tempatan sedang 
diperkenalkan kepada pemain bola sepak 9 sebelah
yang masuk ke pertandingan akhir...
Ok hari ini saya nak cerita apa pula... ya baru teringat.. saya hanya sempat rekod ringkas  dalam FB saya saja berkenaan sukan PBT Kedah.  Sejak sekian lama tidak diadakan Sukan PBT Kedah, maka pada akhirnya diadakan juga mulai 16 - 18 Mei 2013, atas inisiatif  Tuan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (KErajaan Tempatan) iaitu Tuan Hj Syed Shaharudin .

Semua 13 PBT seluruh Kedah telah mengambil bahagian dalam sukan Bola Sepak 9 sebelah, Bola Jaring, Tenpin Boling, Badminton dan Tarik Tali.Venue pertandingan ialah di Kompleks Sukan Stadium  Sultan Abdul Halim , Jalan SUka Menanti.

kalah menang adat pertandingan.. yang penting usaha telah
dibuat sebaik mungkin... Tarik Tali Akhir.. 
Satu pencapaian yang amat membanggakan apabila Majlis Bandaraya Alor Setar telah menjadi juara keseluruhan Pertandingan Sukan PBT Kedah 2013 ini. Bagi sukan Bola Sepak 9 sebelah, MBAS telah mengalahkan pasukan dari Majlis Daerah Baling di perlawanan akhir dengan gol 4-1. Pasukan Badminton MBAS tidak kurang hebatnya apabila layak keperlawanan akhir dengan mengalahkan pasukan Majlis Perbandaran Sungai Petani dengan mata 3-1. MBAS juga mempunyai Pasukan Bola Jaring Wanita yang hebat juga dimana telah menjadi juara dengan mengalahkan team dari Majlis Perbandaran Langkawi dengan mata 10-3. Bagi sukan Tenpin Boling , team MBAS hanya mampu meraih naib johan sahaja dimana Majlis Perbandaran Kulim mengungguli permainan ini. Pasukan Tarik Tali MBAS hanya mampu setakat peringkat suku akhir dimana tewas kepada pasukan Majlis Perbandaran Sungai Petani. Walau bagaimanapun MBAS kalah secara bermaruah.. lawan tetap lawan..

Lagak kena ada menang belum tentu....











Secara keseluruhannya saya amat berbangga sekali dengan pencapaian anak-anak buah saya yang memberi saingan yang hebat terhadap lawan hingga beroleh kejayaan manis ini. Cuma harapan saya ialah lebih banyak anak-anak buah dapat mengambil bahagian. Kalau tidak dapat mengambil bahagianpun datanglah beramai-ramai memberi sokongan kepada rakan-rakan yang bertungkus lumus berjuang untuk menaikkan imej MBAS.
Perasmian Forum Pemantapan Urus Tadbir PBT dan Sukan PBT
Kedah 2013 di Dewan Seri Negeri, WDA oleh 
YAB Menteri Besar Kedah DA

Apa saya  nampak sokongan dari rakan-rakan agak kurang memberangsangkan walaupun kebanyakan hanya tinggal disekitar Alor Setar sahaja. Semangat berpasukan dan kekitaan perlu ada dalam usaha kearah kecemerlangan MBAS. Kemenangan dan kejayaan ini perlu diterjemahkan dalam kerja seharian anggota MBAS agar banyak lagi kejayaan dan kecemerlangan boleh dicapai. Kejayaan yang dicapai adalah atas usaha anggota sendiri bukan kejayaan saya kerana saya tidak membantu apa-apa, hanya sekadar meluluskan program latihan, bajet dan ronda-ronda tengok mereka berlawan mana yang sempat dan sorak apa yang patut. Itu saja. Yang nak bertanding adalah anak-anak buah..... badan sihat hati senang,  'tension' hilang begitu saja dan buat kerjapun bersemangat.....ok tak...

Ok.. jumpa lagi.  Salaam..


Teratak Kasih..

No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita