Thursday 18 July 2013

Swiss Summit Of Leaders..... MBAS adalah 'The Best Municipality' dan 'The Best Municipal Manager' 2013



15 Julai 2013 , Alor Setar
Catatan: Mohd Asri Redha


Assalamualaikum.. wrt.. Salam Satu Kedah, Salam Satu Malaysia..
Jumpa lagi... Amboi la ni nak kena belajar juga guna Salam Satu Malaysia..... dalam tempoh 5 tahun lalu, kata-kata tersebut mungkin agak asing untuk digunakan..  tapi la ni tak apa kut.... Yalah sepertimana yang saya katakan dulu, sebagai pegawai kerajaan.. kita terima sesiapa saja yang berjaya memerentah negeri ini... dan melaksanakan apa-apa dasar yang ditetapkan. Setakat sekarang ini tak ada apa-apa lagi arahan rasmi yang dikeluarkan kepada PBT cuma sekadar 'continue' sahaja apa yang sedang dilaksanakan sekarang.

Cerita saya kali ini adalah berkenaan usaha-usaha penambahbaikan persekitaran bandaraya ini dan peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan serta menjadikan Bandaraya Alor Setar ini sebagai sebuah bandaraya yang dapat dikenali bukan sahaja dikalangan rakyat tempatan Malaysia malahan diperingkat antara bangsa. Bila sudah dikenali dan diketahui akan kecantikan, keindahan bandaraya, kemudahan yang ada dibandaraya, kos hidup yang rendah di bandaraya sudah tentu ianya akan menarik minat orang untuk melawat Bandaraya Alor Setar ini.

Siapa sangka selain MBAS mendapat pengiktirafan dari segi Anugerah 5S, Anugerah ISMS, Anugerah Laman Web Terbaik.... satu lagi pencapaian terbesar yang dicapai diperingkat antarabangsa ialah bandaraya ini telah dipilih sebagai 'The Best Municipality' dan 'The Best Municipal Manager' oleh satu badan penilaian internasional yang berpusat di Oxford , Great Britain.. iaitu 'Europe Business Assembly'.


Butiran organisasi ini klik saja kat sini http://www.ebaoxford.co.uk/events/2013/06/01/swiss_summit_of_leaders_2013/ 

(jangan lupa cari gambar Dato'.  Hj Mat Noh Ahmad.. Datuk BandarMajlis B  Alor Setar .. dalam senarai penerima dan pembentang kertas kerja di summit tersebut)

MBAS tidak memohon untuk dinilai begitu, tetapi rupannya ada juga organisasi antara bangsa yang melihat akan kerja buat anggota kerja MBAS  dalam usaha menjadikan bandaraya ini.. Bandaraya Sejahtera.. dimana didalamnya mengandungi segala komponen-komponen yang boleh menarik minat orang untuk datang melancung dan menginap di Bandaraya Alor Setar. Antara yang boleh menarik minat pelancung datang ke Bandaraya Alor Setar ini ialah,, mudah kesampaian, murah, kos hidup yang rendah, banyak tempat menarik untuk dilawati, makanan yang pelbagai, layanan warga kota yang mesra, selamat untuk dilawati dan diduduki dan segala macam kemudahan yang disediakan...

Inilah yang diusahakan oleh MBAS setiap hari untuk memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada warganya walaupun dalam masa yang sama tidak kurang juga yang membuat aduan-aduan berkaitan dengan kemudahan-kemudahan infrastuktur dan perkhidmatan yang disediakan.. Walau bagaimanapun segala aduan yang dikemukakan akan diambil tindakan sewajarnya tertakluk kepada peruntukan kewangan yang ada dan kesesuaian sesuatu projek kepada orang awam. Kekangan utama untuk sesebuah PBT memenuhi semua kehendak dan keperluan rakyat ialah masalah kewangan dan sikap sebahagian masyarakat yang tidak berdisiplin dalam menggunakan kemudahan awam dan tidak mementingkan kebersihan.  Walau bagaimanapun MBAS sedang berusaha untuk mempelbagaikan sumber hasilnya disamping mempertingkatkan lagi operasi-operasi penguatkuasaan. Undang-undang mencukupi untuk melaksanakan penguatkuasaan tapi sebenarnya ianya tidak semudah itu untuk tindakan penguatkuasaan memandangkan negara kita mengamalkan demokrasi dimana kerajaan memerentah memerlukan undi dari rakyat.. Banyak sangat isu timbul hingga kadang-kadang PBT pula dituduh zalim, walaupun sebenarnya isu masalah itu datang dari aduan-aduan awam yang tidak berhenti-henti diterima oleh PBT

Untuk anugerah oleh Europe Business Assembly ini, ianya akan disampaikan dalam  Swiss Summit Of Leader di Montreux, Switzerland pada 01 Julai 2013. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar akan menghadiri sendiri untuk menerima 2 anugerah tersebut iaitu The Best Municipality dan The Best Municipal Manager. Di samping itu jika berkesempatan  Datuk Bandar MBAS akan mmbentangkan atau menyampaikan satu kertas kerja bertajuk "Alor Setar City - Homestay Tourism."

Selalunya bila kita cerita fasal anugerah itu ini... akan ada kata-kata sinis dari pihak-pihak tertentu berkenaan layanan  dan perkhidmatan yang tidak sebaik manapun diberi, masih banyak infrastruktur awam yang tidak dibaiki, tandas yang masih kotor, birokrasi yang menyusahkan pelanggan dan segala macam yang tak baik-baik belaka. Bagi saya itu boleh diterima, kerana memang berlakupun kerana dalam sebuah organisasi yang besar seperti MBAS ini bukan mudah untuk membawa semua anggota yang ada kearah satu destinasi dan kearah satu tujuan..... Mana ada yang 'perfect'. dan saya pun tidak mahu cari apa-apa keburukan dan kesalahan jabatan atau orng lain.

Apa yang sedang diusahakan ialah MBAS sudah kearah  menjadikan semua anggotanya bersatu hati dan bekerja sebagai satu pasukan dan setiap warganya peka dengan segala isu  dan masalah yang ada dan berusaha untuk mengatasi dan menyelesaikannya. Harapan saya semoga ianya mendapat kerjasama semua anggota anak buah saya ini.

Walau bagaimanapun saya mengucapkan tahniah kepada MBAS... sendiri tahniah... tak apalah.. kalau kita tak tahniah kat organisasi kita sendiri, sapa lagi. nak bagi tahniah.   Kita tunggu cerita lanjut dari Swiss nanti...

Saya tidak ada gambar untuk dipaparkan kerana saya tidak ikut serta menerima anugerah tersebut. Tapi diatas itu saya paparkan Piala, Bintang dan Sijil Anugerah yang telah diberikan kepada Datuk Bandar yang telah hadir sendiri menerima anugerah berprestij tersebut.

Jumpa lagi.....


No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita