Thursday 29 August 2013

Semua Warga Bandaraya Alor Setar Ada Peranan .....


Catatan..Dato' Hj. Mohd Asri Redha


Salam Sejahtera. Salah Satu Kedah.. Salam Satu Malaysia..

Apa khabar semua... lama juga saya tidak menulis dalam blog ini... biasa lah ... sibok katakan.. tetapi sesibok manapun.. kena ada masa juga utk buat cerita-cerita dalam blog ini..... saya akui memang kurang sikit untuk menatap komputer kesayangan ini untuk menaip... keadaan kesihatan penglihatan memang ada problem sikit.. tak boleh selalu merenung screen komputer.... lama-lama kelopak mata nak jadi bengkak dan bergerak-gerak secara automatik.. pelik kan.. itu adanya...

Nak cerita apa kali ini yang ada kaitan dengan kehidupan kita seharian... ya tadi saya baru balik ronda-ronda kawasan siasat aduan awam yang sempat saya pergi sendiri tengok, ternampak banyak sangat sampah merata-rata dibuang segala macam kedalam longkang, kat tapak pasar malam, pasar harian, kat tepi sungai, kat belakang rumah. semua tempat lebih kurang sama sahaja keadaannya. Jarang terjumpa tempat pasar malam, pasar sehari, pasar besar , pasar kecil yang benar-benar bersih dan selesa dipandang dan digunakan..... Kebanyakan longkang-longkang yang ada begitulah juga penuh dengan
botol-botol minuman, sampah sarap dan segala bahan buangan rumah tangga. Dalam masa yang sama kita asyik salah PBT kerana banjir kilat yang melanda kawasan perumahan berdekatan disebabkan air tidak dapat mengalir laju akibat tersumbat oleh segala macam benda yang dibuat oleh manusia juga. Depa nak suruh MBAS mai cuci juga, sedangkan sekiranya setiap seorang anggota masyarakat buang sorang sikit, selesai masalah tersebut... tapi masyarakat lebih suka banjir masuk mereka dengan memaksa MBAS datang juga cuci longkang tersebut...  Kalau seorang ambil 20 kaki longkang depan rumahnya cuci dan buang sampah yang ada takkah mudah dan elok .... tapi begitulah adanya..

Jengok kat tandas awam yang baru sahaja diperbaiki dan dicuci bersih minggu lalu, naik melugai tengok tak diambil berat langsung oleh orang awam. Kemudahan disediakan tapi tak dijaga. walaupun diguna oleh semua peniaga-peniaga medan selera tersebut... Nak buat lagu mana lagi sayapun tak tahu. Peniaga2 yang ada tak boleh nak pakat, masih harap MBAS datang cuci setiap hari.. sedangkan kebanyakan medan selera , sewa yang dikenakan adalah amat murah berbanding sewa pihak swasta... mereka berkira tenaga dan wang ringgit.  masyarakat tidak menghargai kemudahan awam yang disediakan ..

Lepas tu baca pula surat akhbar dan tengok berita dalam TV.. cerita fasal pembunuhan, penculikan, samun, pecah rumah, pecah amanah, salah guna kuasa, salah guna dadah, rogol, kecurian dan segala macam perkara negatif yang berlaku disekeliling kita setiap hari.

Dalam hidup kita hari-hari kita selalu berfikir dan berfikir banyak.. Kadang-kadang kita sendiri tanpa usul periksa kita selalu menyalahkan orang lain atau pihak tertentu mengabaikan tanggungjawab mereka. Dalam kes kebersihan dan kemudahan awam yang tidak elok maka MBAS akan dipersalahkan dan dilanyak sehabis mungkin. Kita berkata begitu kerana kita tidak memegang apa-apa jawatan ketua atau penyelia atau bekerja dijabatan itu atau sebagainya... Lantas juga kita menyalahkan mereka kerana gagal memberi perkhidmatan yang cemerlang. Kita terus memburukkan dan membusukkan pemimpin-pemimpin tertentu atau setempat kerana atas alasan buat kerja sambil lewa, cuai dan lepas tangan.  Kadang pemimpin yang biasa bekerja diorganisasi tersebut apabila dia keluar atau bersara dia juga tuduh atau salah organisasi lamanya juga kerana tidak berbuat sesuatu mengatasi masalah2 yang sebutkan tadi sedangkan semasa beliau memegang jawatan pemimpin diorganisasi  tersebut, masalah itu telahpun ada, tapi tak dibuat apapun.... itulah manusia namanya..

Kalau sampah banyak bersepah maka disalahkan MBAS, kalau banjir kilat dan longkang tersumbat disalahkan MBAS juga. Kalau penyalahgunaan dadah berleluasa, kecurian dan pembunuhan berleluasa, rogol dan pecah rumah berleluasa disalahkan pihak polis, begitu juga berlaku keganasan disekolah disalahkan guru sekolah. Kalau anak terlibat kemalangan disalahkan JKR pula dan segala macam kesalahan . Pendekata kita sentiasa menyalahkan orang lain atau organisasi lain tanpa melihat kembali pada diri sendiri dulu. Anak kemalangan disalahkan polis atau MBAS sedangkan pada masa yang sama anak tidak mempunyai lesen memandu.... Polis disalahkan  oleh keluarga  samseng dan penjenayah ganas kerana menembak mati penjenayah sedangkan mereka tidak pernah rasa bersalah mendidik anak atau keluarga mereka hingga menjadi penjenayah.

Sebab itu saya katakan bahawa kegagalan  mentadbir keluarga bermula dari rumah. Bahawasanya kita juga adalah pemimpin atau ketua dalam komuniti kita, ketua dalam keluarga kita, atau ketua dalam jabatan kita. Kejadian yang berlaku sebenarnya berpunca dari rumah kita sendiri. Kita gagal mentadbir keluarga atau rumah tangga kita mengikut landasan dan amalan terbaik yang sepatutnya.

Sebab itu kita jangan terlalu menyalahkan orang atau organisasi lain. Tengok diri kita sendiri, tengok keluarga kita sendiri, tengok sekeliling rumah kita sendiri.. apakah kita buat yang terbaik sepatutnya.. Kalau kita sibok marah MBAS tak cuci sampah dan longkang... tengok longkang kawasan dalam dan depan rumah kita.. adakah kita telah mencuci sendiri longkang-longkang tersebut.. Kalau kita marah polis kerana tidak menjaga keamanan dengan betul, adakah kita juga telah mengambil tindakan keselamatan yang sewajarnya terhadap diri dan harta benda kita. Adakah kita mengajarkan anak-anak kita tentang pentingnya kebersihan dan salah besar kalau dibuang sampah merata-rata sedangkan pada yang sama kita tidak menunjukkan tauladan yang baik kepada keluarga kita... macam-macam lagilah yang kalau saya nak cerita..  jadi panjang pula.. tapi maksud saya begitulah...

Jadi janganlah kerana kita tidak ada apa-apa jawatan dan peranan dalam sesuatu organisasi.. maka kita membiarkan sahaja dan melihat saja sesuatu kemungkaran dan kesalahan atau kurang disiplinnya masyarakat. Selepas itu kita menyalahkan pula orang lain, tidak ambil tindakan itu ini... adilkah begitu... Kita sendiri kena bertindak sewajarnya kerana kita juga adalah pemimpin....

Assalam....

No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita