Sunday, 10 November 2013

Program Pendidikan MBAS untuk Warga Bandaraya Alor Setar....'Forum Bahaya ANcamaN SyiaH'

Catatan oleh .. Mohd Asri Redha
10 November 2013



Salam sejahtera semua..  nampaknya saya boleh meneruskan lagi catatan saya dalam blog ini malam ni.. selepas tinggal lama dalam blog ini... tapi dalam blog lain telahpun saya mula tulis fasal ziarah saya ke luar negara baru-baru ini. Masa saya hentikan tulis dalam blog ini hari Jumaat malam, yakni malam sabtu. Kalau kita bercakap menggunakan konsep Melayu , hari Ahad malam, malam Ahad bagi orang Inggeris dan Amerika, tapi malam Isnin bagi orang Melayu... ahhh.. dah serabut terbalik kuang ni...   ok.. kita stop kes terbalik kuang.. saya nak cerita fasal satu aktiviti kat MBAS hari ini.

Mungkin orang akan tertanya2 apa kena mengena MBaS menganjurkan forum seperti tajuk diatas.... ianya tidak ada kaitan langsung dengan kerja utama sebuah PBT.Persoalan ini sebenarnya mudah diberi penjelasan. Sebagai seorang Islam yang tinggal dikawasan bandaraya yang mempunyai ramai umat Islam , MbaS rasa terpanggil untuk sama-sama mengambil tanggungjawab ini menyebarkan fahaman tentang bahayanya ajaran dan fahaman Syiah ini.


Buku ini juga banyak
berada dalam klgan
orang Islam. Ajaran
Syiah disebarkan
melalui buku2 spt ini
Berhati-hati bila melihat
buku ini... Banyak lagi buku
yang kita lihat bagus dibaca
kerana Islam, tapi didalam
mengandungi ajaran Syiah..
Sejak akhir-akhir ini penyebaran kefahaman ini di Malaysia nampak semakin berleluasa dan tidak lagi berselindung. Ianya begitu mudah dikembangkan dikalangan orang Islam di Malaysia ini... Sekiranya dibiarkan tanpa penjelasan yang baik kepada rakyat, rasanya ramai orang Islam akan terpengaruh akan fahaman ini tanpa disedari. Ini kerana penyampaian pengaruh Syiah ini begitu halus dan seolah-olah ajaran Syiah yg dibawa oleh mereka itu adalah benar dan selari dengan Islam sebenar.


Barulah terbuka minda saya dan mungkin juga lain-lain para hadirin yang hadhir pada hari ini bahawasanya ajaran itu sebenarnya telah mula masuk meresap dikalangan sebahagian kecil orang2 Islam di Malaysia melalui penyebaran buku2 yang nampak macam Islam .. tetapi sebenarnya itulah Syiah... dengan berselindong disebalik nama-nama dan tajuk-tajuk yang mengelirukan sehingga kita menyangka itulah kebenaran ajaran Islam. 

Kadang-kadang tu kita buat tak berapa kisah sangat akan Syiah sebab dok dengar penganut Syiah ni dah lama sangat dah terutama bila dengar berita-berita dari Iraq dan Iran... kita seolah-olah menganggap Syiah itu Islam dan tidak rasa apa-apa dan kita pun tidak pernah ambil tahu macam mana mereka melaksanakan dan mengamalkan  ajaran 'Islam' Syiah itu.

Murid-murid sekolah juga dijemput untuk memberi 
pengetahuan awal kepada mereka selain orang dewasa 
serta para belia dan remaja yang dijemput khas..
Jadi pada hari ini tertunailah hajat Mbas ini apabila berjaya menganjurkan 'Forum Bahaya Ancaman Syiah' yang diadakan pada 10 Nov. 2013.  di Dewan Besar MbAS.. Ahli Panel jemputan yang dipanggil untuk membicarakan persoalan ini adalah orang orang yang pakar dan arif dalam bidang ini. Mereka ialah Ybhg Prof Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi.. Pensyarah Kanan KuiN., Ustaz Abdullah b. Din..Timb YDP AbiM, dan Ustaz Hafiz b. Mustaffa Timb. Presiden Majlis Belia Negeri Kedah.

Menarik cara penyampaian dan persembahan oleh ahli panel terutama oleh Ustaz Abdullah b. Din.. dengan persembahan video penganut Syiah  menyambut 10 Muharram.. mencederakan diri sendiri mengenang kematian Hussain., Ahli panelforum juga menunjukkan slaid berkenaan buku2 yang ada dalam pasaran yang mempunyai unsur dan pengaruh Syiah dengan penjelasan teliti oleh penceramah  dimana silap dan salahnya buku2 itu dikalangan kita sebagai orang Islam yang
Sidang akhbar... 
mengamalkan Sunnah Waljamaah..

Prof Madya Dr Abdul Aziz Hanafi pula telah menjelaskan dengan panjang lebar berkenaan kenapa Syiah itu tidak boleh diterima kerana antara yang boleh dipertikaikan ialah orang Syiah tidak mempercayai dan menolak Al Quran yang disusun oleh para khulafa Ar Rashidin dan memburuk-burukkan para sahabat Rasulullah SAW. Jadi amat beruntung kepada mereka yang hadhir dalam forum ini kerana banyak maklumat dan penjelasan diberikan yang boleh dijadikan panduan dalam menangani isu pengaruh Syiah dan berusaha memastikan agar ianya tidak mempengaruhi kaum keluarga kita, saudara2 kita, sahabat2 kita dan masyarakat..


Ok.. itu saja catatan saya.. sebagai satu sumbangan kecil saya untuk menyebarkan pengetahuan kepada rakan-rakan tentang bahayanya Syiah itu yang mana boleh memesongkan akidah kita sebagai orang Islam..

Biar saya berhenti disini dulu malam ini.. sudah letih benar dan mengantuk tak terhingga. Tidak bagus tulis juga kalau terlalu mengantuk, nanti dia jadi merapu pula.. . permisi.. Assalamualaikum.....










No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita