Thursday 30 January 2014

AkTiViTi MbaS... Berkat Dalam Berjualbeli...

Catatan> Mohd Asri Redha
Tarikh : 26 Januari 2014

Assalaamualaikum.. WRT
Buat pembaca blog saya ni yang dimuliakan oleh Allah SWT... Didoakan semuanya bahagia segalanya...

Satu pendekatan kreatif dan inovasi yg diambil oleh MBAS kali ini ialah menganjurkan Ceramah Perdana Sempena Maulidur Rasul....tapi kali ini bukan dimasjid atau disurau tapi ditengah-tengah kesibukan Bazar Uptown Orang Muda yang juga anjuran MBAS melalui Jawatankuasa Perwakilan Penduduk. Bazar Uptown ini terletak disebelah Menara Alor Setar ...

Ceramah Perdana menjadi menarik apabila penceramah undangan terkenal iaitu Dr Bashir dari UUM  menyesuaikan suasana dengan tajuk ceramahnya. Bagaimana untuk mendapat berkat  dalam berjual beli. Bagaimana Rasulullah SAW berjual beli sehinggakan baginda berjaya memberi keuntungan kepada majikannya iaitu Siti Khadijah yang akhirnya menjadi isterinya. Sifat amanah yang ada pada diri Rasulullah SAW  telah menjadi asas dalam urusan berjual beli...

Sambil-sambil peniaga berjual beli dan orang ramai membeli belah sambil-sambil mereka mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Dr Bashir tersebut..  Semoga dengan ceramah yang amat berguna ini memberi kesan yang mendalam  kepada peniaga-peniaga di Bandaraya Alor Setar ini..

Aktiviti.. Ceramah Perdana Maulidur
Rasul Anjuran MbAS pada 25.1.14 di
Tapak Bazar 'Up Town' Anak muda
Juga anjuran MBAS.. Tempat..Menara
Alor Setar... Bazar Uptown Anak Muda ini 
dibuka..setiap mlm Jumaat mlm Sabtu & mlm Ahad..


No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita