Monday 31 March 2014

MAKMAL PELAN STRATEGiK MBAS (2014-2018)

Resort World Genting Awana Hotel
Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 15 Mac 2013

Assalaamualaikum WRT.. buat saudara yg membaca blog saya .... Anda adalah insan2 mulia disisi Allah SWT.. moga kehidupan saudara semua didunia ini sentiasa dilimpahi segala nikmat2 yg ada di dunia ini..... memperolehi nikmat dunia yg ada  ini bukan semestinya kita kaya...

Hari ini  saya bersama-sama anak buah berada di Resort World Genting Awana Hotel, Batang Kali. Tujuan utama adalah khusus untuk berbengkel merangka Pelan Strategik MBAS 2014 - 2018... Saya namakan 'MAKMAL PELAN STRATEGIK MBAS 2014 - 2018. Tentunya buat jauh2 begini adalah khusus untuk pastikan semua anak buah saya yg terdiri dr Ketua Jabatan dan Ketua Bahagian MBAS bebas dr gangguan2 luar. Pengurusan berkehendakkan semua ahli makmal mengeluarkan segala idea dan pandangan dalam merangka Pelan Strategik MbAS ini agar ianya lbh praktikal dan lbh berkesan. Rangka Pelan Strategik ini perlu mengambil kira kepada kekuatan dan kelemahan yg ada pada organisasi serta ianya mesti selari dgn dsr2 kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Pelan Strategik mesti ada pada setiap jabatan kerana ia sebagai satu panduan kearah mana sesuatu organisasi itu akan bergerak dan perlu ada tempoh masa yang ditetapkan. Jika tidak sesuatu organisasi itu akan bergerak tanpa haluan dan arah tuju yang jelas. Jika ini berlaku maka pd akhirnya pembaziran sumber akan berlaku dan matlamat terakhir utk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tidak akan kesampaian.

Sebelum ini MBAS telahpun ada Pelan Strategik MBAS yg diguna pakai..laitu peIan Strategic MBAS 2009- 2013.  Sebahagian besar program yang dirangka dalam pelan tersebut telahpun dilaksanakan. Kegagalan melaksanakan sebahagiaan program yg dirangka dalam Pelan Strategik tersebut adalah disebabkan faktor2  dalaman MBAS sendiri seperti kewangan, sumber manusia dan logistik yang terhad. Disamping itu perubahan dalam pentadbiran negeri juga memberi kesan. Sebagaimana semua pihak sedia maklum... pelaksanaan Pelan Strategik MBAS sebelum ini berlaku dalam zaman peralihan kuasa dari kerajaan yang selari dasarnya dengan kerajaan persekutuan menjadi kerajaan pembangkang yg tidak selari dasarnya dengan kerajaan persekutuan.

Pada kali ini keadaan sudah berubah bila kerajaan negeri kembali selari dgn kerajaan persekutuan. Jadi rasanya mudah sikit untuk merangka Pelan Strategik
dan merangka program yg sesuai dan selari dgn Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.  

Pagi ini dimulakan dengan ceramah khas dari en Anas dan pn. Akmar berkenaan Pelan Strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.. untuk menimba pengalaman mereka dalam menyediakan Pelan Strategik SUK.. Panduan yg diberikan ini boleh dijadikan asas dalam Pelan Strategik MBAS nanti...

Mudah sedikit untuk menyediakan pelan ini kerana Teras Strategik PBT telah disediakan oleh kerajaan negeri untuk memastikan ianya selari dgn dasar2 kerajaan negeri Kedah dan persekutuan... Jadi perbincangan menjurus dari teras yg telah disediakan  ini dgn sedikit pengubahsuaian supaya releven dgn Majlis Bandaraya Alor Setar..

  a.Memperkasakan peranan sbg 'regulator'  perniagaan & industri kearah                                        peningkatan pembangunan ekonomi bandaraya yg mampan bg meningkat kualiti hidup rakyat
    b.Mempertingkatkan prasarana dan kemudahan komuniti kearah keharmonian dan kemakmuran rakyat.
    c.Memperkukuhkan sistem perancangan dan pembangunan perbandaran yg efisien dan efektif bg memacu jehidupan yg lbh berkualiti dan berdaya saing.
    d.Memperkasakan sistem tadbir urus & pembudayaan ICT bg meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan.
    e.Memperkukuhkan keupayaan hasil MbAS & kapasiti majlis melalui pembudayaan  kerja  berprestasi tinggi kearah kecemerlangan organisasi...

Berasaskan kepada Teras Strategik yang ditetapkan inilah maka Pelan Strategik MBAS dirangka dan dibincangkan dengan mendalam oleh ahli-ahli dengan mengambilkira kepentingan kerajaan negeri dan MBAS sendiri. Maka dengan itu terhasillah satu Pelan Strategik yang komprehensif untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan perancangan dan pembangunan Bandaraya Alor Setar ini.

Saya amat berharap, dan berdoa agar Allah SWT mempermudahkan segala usaha yang dibuat ini agar ianya menjadi kenyataan. Saya amat menyedari untuk mengimplimentasikan segala perancangan yang diaturkan itu bukannya mudah kerana MBAS sendiri menghadapi kekangan kewangan yang agak ketat serta logistik yang kurang segalanya..  Segalanya memerlukan kewangan dan logistik yang banyak . Namun begitu cara berfikir kreatif  juga memainkan peranan bagaimana cara untuk menjalankan perancangan besar yang diatur ini tanpa menggunakan sumber dalaman MBAS itu sendiri. Banyak bandaraya yang berjaya melaksanakan projek-projek mega dan projek-projek untuk rakyat tanpa banyak menggunakan peruntukan besar jabatan tapi lebih kepada pihak swasta . Ini yang saya harap berlaku dalam kalangan anak-anak buah saya di MBAS. Untuk mengharapkan pendapatan MBAS meningkat mendadak dalam tempoh terdekat ini saya rasa agak mustahil kalau mengharapkan dari sumber-sumber tradisional cukai pintu dan kutipan lesen-lesen sahaja.

Ok.. sampai disini sahaja... nanti kita sembang fasal lain pula..







No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita