Tuesday, 10 November 2015

Masih berlaku lagi...

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh : 10 November 2015

Assalaamualaikum wrt.. dan Selamat Siang.. Semoga pembaca yang masih baca blog ini berada dalam keadaan sihat sejahtera. Blog inipun lama juga saya tidak menulis, sejak saya bertukar dari MBAS ini. Saya sengaja tidak menutup blog ini kerana banyak maklumat-maklumat ada kat sini. Boleh untuk sesiapa dan saya sendiri untuk buat rujukan yang bersesuaian.

 Hari ini saya ada bahan sikit untuk catat berkenaan MBAS ini apabila terbaca berita-berita seperti yang saya lampirkan disini. Dah jadi berita besar kes ini apabila sudah masuk dalam akhbar.

Satu hal yang saya sangat-sangat khuatir dalam menjalankan tugas seharian ialah tindakan saman atau tindakan undang-undang dari orang awam. Setiap kerja kita seharian sentiasa diperhatikan oleh pelanggan atau rakyat. Jabatan-jabatan kerajaan sekarang ini boleh disaman dan menyaman. Tapi yang banyak saya tengok ialah kena saman kerap sangat berlaku.  Ini yang saya selalu selalu peringat dan maklum kat anak-anak buah saya dimana-mana jabatan yang saya bertugas, supaya fikirkan implikasinya  akibat dari tindakan kita. Memang merenyahkan bila disaman. Memang memberi tekanan perasaan kepada saya kalau berlaku perkara seperti itu. Banyak masa, tenaga dan wang ringit dihabiskan begitu sahaja.. Menang kes atau kalah kes, belanja tetap tinggi. Apatah lagi kalau kalah, lagilah tinggi kosnya.. Silap2 haribulan boleh jatuh bangkrap sesuatu jabatan itu apatah lagi kalau PBT macam MBAS ini.   Rakyat sekarang semakin pandai dan semakin tahun hak masing-masing. Sikit-sikit sahaja nak saman . Walaupun apa yang dibuat itu untuk kebaikan rakyat tapi jika bawa musibah kepada yang terlibat.. sama tetap saman.

Dalam menangani kes-kes saman seperti ini, kadang-kadang tu kesilapan pihak plaintif dan kadang-kadang-kadang kesilapan atau kecuaian sendiri. Semua ini kena kaji betul-betul agar ianya benar-benar tulin yang itu akibat kecuaian defendan.  Bukan kira nak lawan semata-mata walau apa jadi...  Ini masalah ganti rugi yang besar, bukan sikit tu.. Kalau tengok tuntutan kes ini. Tidak guna menegakkan benang yang basah jika kita sendiri mengetahui ada kelemahan diri sendiri. Lebih baik bawa berbincang balik dengan pihak plaintif, kerana ada setengah-tengah kes tu boleh bincang balik diluar mahkamah. Mahkamah pun suka cara tu.  Tapi jika defendan ada bukti kukuh dan fakta yang lengkap dan keyakinan ianya berpihak kepada defendan, elok lawan sahaja.

Kes terbaharu ini amat mengejutkan saya. Kerana ini kes baharu sahaja selepas sahaja saya keluar dari MBAS.

Kita tunggulah dan lihat sahajalah perkembangannya.. Melihat kepada jumlah tuntutan itu, amat mengejutkan saya juga.. Banyaknya.. Kalau fakta dia kuat dan menang dan hakim ikut macamana tuntutannya.. mana nak cari  duit banyak tu.. Boleh bangkrap MBAS..

Saya berdoa semoga MBAS diselamatkan dari musibah ini.... Kebijaksanaan pegawai-pegawai yang ada amat diperlukan untuk mengatasi masalah ini. Walaupun saya tidak lagi berada di MBAS, tapi hati dan ingatan saya masih bersama dengan MBAS. Saya sayang MBAS ini walaupun hanya bersama 2 tahun bersama. Tentunya pegawai2 MBAS lebih sayang organisasi mereka memandangkan mereka sudah lama dengan MBAS. Hidup mati bersama MBAS... Jadi berusahalah bersungguh-sungguh untuk mengatasi musibah ini, bukannya pakat lepas tangan kepada orang lain sahaja, kerana pada akhirnya yang akan menanggung ialah semua anggota kerja MBAS sendiri. Bukan setakat anggota kerja MBAS sahaja, saya sendiri sebagai pembayar cukai MBAS tidak merelakan wang yang dikutip itu digunakan untuk membayar/ berbelanja  kepada perkara yang tidak sepatutnya

Terima kasih, jumpa lagi..


No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita