Sunday, 12 August 2012

Kembali Semula Ke PBT

01 Ogos 2012
catatan.. mohd asri redha

Hari ini bermulalah perjalanan baru saya bersama Majlis Bandaraya Alor Setar..bermula dengan Majlis Penyerahan Tugas dari Tuan Mohd Fisol Md. Noh kepada saya dan seterusnya ucapan Dato' Bandar MBAS seterusnya Tuan Fisol dan saya.. Tak banyak yang saya dapat ucapkan.. hanya sekadar memohon kerjasama semua warga MbaS dalam saya melaksanakan tugas di MBAS. Bagi saya terlalu banyak sangat cabarannya bekerja dalam sebuah saPbT ini.. apatah lagi disebuah PbT bertaraf bandaraya ini. Dengan segala macam ragam, dan segala macam masalah yang  sememangnya benar-benar mencabar ketahanan mental dan ketahanan fizikal.....

Pengalaman bertugas sebagai Setiausaha selama 3 tahun di Sungai Petani telah cukup menggambarkan kepayahan bertugas di PBT.. Namun ramai yang berminat sangat untuk berkidmat di PBT ... agak-agaknya kenapa ya...!!! Yalah kalau takat nak duduk saja maintain' saja apa yg ada memang syok.. tp bolehkah buat macam tuu.... Bila masuk dalam MBAS.. maka apa saja yang berlaku kena ambil tau, ambil perhatian dan cari jln penyelesaian.. Apatah lagi kalau nak menangani hal-hal yang bersangkut paut dengan sumber manusia kerana manusia ada perasaan emosi dan  ego yang tersendiri. Tu yang saya kata amat mencabar sangat....

Takkan nak biarkan begitu sahaja kalau ada anak buah yang pemalas,  anak buah yang tak mau kerja, kerja tak sepenuhnya, melawan ketua, penyalahgunaan harta , penyalahgunaan kuasa, tuang pejabat dan segala macam masalah disiplin... Tentunya saya nak kena tengok dan atur langkah susulan..  Dengan  jumlah staf melebihi 700 orang saya sedar memang mencabar tanggungjawab ini.

Itu tidak kira lagi dengan kehendak pelanggan MBAS yang bermacam-macam... bukan semua kehendak boleh dipenuhi dan memuaskan semua pihak.. apatah lagi MBAS bukan sebuah PBT yang kaya.. Pendapatannya  yang tidak berkembang dgn mendadak selaras dengan peningkatan kos dalam segenap perkhidmatan yang diberikan... tentunya akan ada orang yang tidak puas hati...

Isu-isu PBT dimana-mana tempat lebih kurang sama sahaja.. sikap sebahagian anggota masyarakat yang juga tidak berdisiplin berkaitan dengan isu-isu kebersihan dan tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedia ada membantu kearah menambahkan lagi masalah di MBAS..

Walau bagaimanapun saya sedar kemampuan saya.. saya sendiripun ada banyak masalahnya .. jadi tentunya tidak semua masalah yang ada dapat diselesaikan dengan mudah.  Tengoklah nanti macam mana... saya akan berusaha sekadar kemampuaan dan segala halangan yang ada dihadapan itu untuk buat apa yang patut....

Tak taulah macammana pula penerimaan anak-anak buah kat MBAS ini. Boleh terima atau tidak cara dan gaya saya ni....  kalau diterima secara positif  tak apalah.. Tapi yang tak boleh terima secara positif tentunya akan ada penentangan secara terbuka atau senyap...  Inilah masalahnya.. Masa saya datang ke opis inipun dengar katanya ada juga jenis-jenis anak buah yang suka-suka toreh dinding kereta dan tayar kereta. kalau orang perangai macam ni masih ada lagi.. hancur jadinya.. Nanti kereta buruk sayapun akan kena toreh juga... Minta simpanglah.....

Minggu pertama saya di MBAS sudah terima surat layang dan email yang menceritakan fasal orang itu macam ini orang ini macam itu,.. habis dia cerita sebahagian kecil kakitangan MBAS.. cerita fasal keburukan dan kelemahan orang sahaja yang dia tahu...  Heran juga ya... macam ada  'trend' dikebanyakan PBT.. ada orang yang pandai menulis tapi tak berani nak nyatakan siapa empunya diri... masa saya kat MPSPK dulupun macam tu juga.. bulan pertama saya kat situ sudah berjela-jela surat layang saya terima cerita fasal orang tu tak betul orang ni tak betul.... sapa yang betul saya tak tahulah..... agaknya puas hati kut bila dah dapat cerita fasal keburukan orang-orang tertentu..  bagi saya tak payahlah dok cari jalan cari kesalahan orang lain.. lebih baik kita pertingkatkan usaha dan kerja kita kearah yang lebih baik dan meningkatkan hubungan kasih mesra dan kasih sayang sesama rakan bertugas.. itu kan lebih baik kan.... buat apalah dok 'tension' sangat hidup didunia yang hanya sementara ini...  mai kita pakat-pakat buat kerja.. semua orang senang hati.. tak gitu..

Bagi saya nak bagi tahu orang tu tak betul atau orang ini tak betul... tak berapa nak bagus lah.. apatahlagi dalam bulan Ramadhan yang amat mulia ini... Apa yang saya dapat itu hanya pengetahuan saya sahaja. Saya tidak akan terpengaruh akan surat-surat tidak bertanggungjawab seperti ini dan tidak akan sekali-kali mengecap dan buruk sangka terhadap pegawai yang dimaksudkan itu... Perkara  yang lepas dan bukan masa saya , saya tidak mau ambil kira kecuali sudah tercatat dalam failnya fakta-fakta bertulis yang menyatakan ketidakbetulan pegawai tersebut.... yang ini bolehlah saya tengok sikit, tapi yang memberi secara umum dan tanpa fakta tentunya tidak wajar dan tidak adil pada pegawai tersebut. Jadi kalau berlaku masa saya di MBAS ini , barulah saya boleh buat penilaian orang itu macam ni dan sebagainya. Itupun bukan mudah.. apa-apapun kena ada fakta dan bukti-bukti.. tak boleh tuduh sembarangan

Okk... saya permisi dulu.. nanti saya akan aturkan perjumpaan dgn pegawai2 kanan MBAS sebagai sessi perkenalan dan menyampaikan beberapa pandangan saya berkaitan MBAS ini... Le[as tu nak pi lawat tengok premis-premis MBAS yang ada merata tempat di Bandaraya ini termasuk di Pokok Sena..

Terima Kasih

Teratak Kasih..


No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita