Tarikh: 12 Ogos 2012
Sambil-sambil dalam perjalanan pulang dari meeting di WDA.. saya terasa nak ronda-ronda kat beberapa premis MBAS dan bengkel-bengkel MBAS yang berada dimerata tempat disekitar bandaraya ini.. Bukan ada apa.. cuma sekadar meninjau akan aktiviti-aktiviti anak-anak buah kat premis-premis tersebut...
Harapan saya memang tinggi menggunung bahawa segalanya adalah terkawal.. apatah lagi MBAS baru sahaja dianugerahkan Persijilan 5S.. kira bolehlah dibanggakan bila mendapat pengiktirafan tersebut...
Namun segalanya tidak sepertimana yang disangka .. diluar sana saya terkejut tak terkata... tak apalah tidaklah perlu dicerita kat sini.. kurang manis pula.. biarlah saya cuba selesaikan dulu satu persatu dengan anak-anak buah dimana yang boleh, mungkin ada masalah-masalah yang saya tidak dapat fahami lagi... atau mungkin selama ini tak ada siapa yang ambil berat akan hal-hal seperti itu..
Bagus jugalah sepertimana pendekatan Dato' Sanusi Junid masa jadi MB Kedah dulu, beliau telah memperkenalkan Pengurusan Melalui Lawatan dan Pengurusan Melalui Kamera... Jadi tak bolehlah hanya duduk dalam bilik sahaja arah itu arah ini.... apa yang berlaku diluar sana tak tahu apa.... Lepas ni semua orang kena sentiasa bersedia setiap masa. Lawatan mengejut akan dibuat bila-bila masa sahaja dan tentunya saya mengharapkan semuanya 'tip top' belaka terutamannya aspek kebersihan, kekemasan, teratur, dan bekerja ditempat yang sepatutnya dan pada waktunya... Semuanya itu tidak perlu tunggu peruntukan datang baru nak buat.. dah boleh buat segera.. Yang penting kena kreatif, proaktif , prihatin , ringan tulang, pakat elok-elok dan berdisiplin...segalanya ditanggung beres. ......
Teratak Kasih
No comments:
Post a Comment