Catatan: Mohd Asri Redha.
Tarikh: 10.09.2012
|
Amanat Datuk Bandar MBAS..... |
Menjadi satu amalan pada setiap awal bulan MBAS mengadakan perhimpunan korporat semua kakitangan bersama dengan Datuk Bandar MBAS. Melalui perhimpunan seperti ini semua anggota dapat mendengar sendiri amanat dari Ybhg Datuk Bandar.. Dato' Hj Mat Noh Ahmad berkenaan isu-isu semasa dan kehendak-kehendak terkini pengurusan atasan dan kerajaan negeri. Ini kali pertama saya menghadiri majlis ini sejak bertugas di MBAS.
|
Add caption |
Ada beberapa perkara penting yang ditegaskan oleh Datuk Bandar MBAS. Antaranya ialah beliau menegaskan betapa perlunya semua anggota perkhidmatan MBAS berintegriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Tanpa ada amanah diri yang kukuh, sesuatu program yang dilaksanakan tidak akan berjalan lancar dan akhirnya akan memberi kesan buruk kepada organisasi MBAS itu sendiri. Disamping itu semua kakitangan hendaklah mempunyai tahap semangat berpasukan yang tinggi.Tidak lagi boleh bersikap individualistik , hanya mementingkan diri sendiri atau mementingkan unit atau bahagiannya semata-mata, seolah-olah bahagian lain tidak berkaitan langsung. Sedangkan sebenarnya setiap jabatan, bahagian dan unit dalam MBAS sentiasa berhubung kait rapat antara satu sama lain. Kukuh dan padunya hubungan antara kakitangan dan antara jabatan atau antara bahagian akan memberikan impak yang positif kepada perjalanan operasi MBAS itu sendiri. Inilah yang ditekankan oleh Datuk Bandar.
|
Anggota MBAS didedahkan dengan cara-cara mencegah kebakaran dan bagaimana menyelamatkan mangsa
kebakaran dengan betul...................
|
|
|
|
Semua anggota bertanggungjawab terhadap MBAS. Bertindak tanpa perlu tunggu arahan dari pengurusan atasan.. jika ada berlaku apa-apa kesalahan pelanggaran undang-undang adalah menjadi tanggungjawab semua anggota untuk melapor dan mengambil tindakan bersesuaian. Beliau juga meminta supaya tahap disiplin ditingkatkan dan gunakan masa kerja sepenuhnya dengan tidak menghabiskan masa atas perkara-perkara yang tidak perlu seperti mengambil sarapan hingga berjam-jam lamanya. Sikap dan amalan orang Jepun patut menjadi teladan untuk dijadikan contoh, walaupun mereka bukan beragama Islam, tapi amalan dan sikap mereka amat dikagumi terutama dari segi tahap disiplin mereka, integriti mereka, pematuhan undang-undang mereka, kerajinan mereka dan kemesraan mereka.
Teratak Kasih..
No comments:
Post a Comment