Tuesday, 11 September 2012

Segalanya Mungkin Dengan Semangat Berpasukann

 Catatan: Mohd Asri  Redha
Tarikh: 07 September 2012

Menerima arahan untuk memulakan
majlis.......................................................
Hari ini dalam Sejarah.... begitulah yang saya boleh gambarkan dalam kontek menguruskan sesuatu Latihan Dalam Jabatan di MBAS... Bukan mudah untuk menganjurkan sesuatu kursus yang dapat dihadiri oleh semua peserta kursus yang terlibat . Inilah yang ditunjukkan oleh anggota Penguatkuasa MBAS dimana Kem Jati Diri Dan Penguatkuasaan Undang-Undang Anggota Penguatkuasa MBAS yang diadakan sepanjang 2 malam 3 hari bermula 05.09.2012 hingga 07.09.2012 .Tempat kursus ialah di Damai Park Resort Merbok.

Persepsi  yang tidak memberangsangkan diperingkat awal telah bertukar menjadi persepsi yang positif dan menjadi tindakan yang positif.  Segalanya mungkin apabila kita berfikir diluar dari kotak pemikiran biasa  dan luar dari persekitaran yang sedia ada. Tahniah saya ucapkan kepada semua anak-anak buah anggota penguatkuasa MBAS yang telah dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik semasa mengikuti kem jati diri ini. Ini merupakan cabaran kepada pegawai dan kakitangan dilain-lain bahagian agar asas standard yang telah ditetapkan melalui kursus seperti ini dapat dikekalkan atau dipertingkatkan lagi....   Kejayaan menganjurkan kursus dalaman seperti ini akan memberi perangsang kepada penganjur atau urusetia lebih teruja untuk mengadakan kursus dalaman secara lebih aktif. Tahniah juga  pada urusetia dan fasilitator yang terdiri dari anak buah MBAS sendiri menghasilkan satu program kursus LDK ini dan melaksanakannya dengan lancar..

Modiul yang dirangka oleh urusetia adalah amat berkait rapat berkenaan ciri-ciri keinsanan, dimana pada akhir setiap modiul setiap  peserta kursus akan beroleh banyak manafat dari falsafah disebalik latihan-latihan dalam kumpulan yang disusun itu. Peserta selepas ini lebih  banyak akan sedar  kewujudan diri, sedar tentang kesempurnaan fizikal, rasa bersyukur akan nikmat yang diberikan oleh MBAS dan tentunya oleh Allah SWT, bertangungjawab terhadap arahan yang diterima, semangat berpasukan yang dipertingkatkan,  seronok bekerja, sedar akan dosa pahala ,  tahap integriti meningkat,  faham akan arahan dengan jelas, , berfikir kreatif, proaktif, berinovsi, ketegasan dalam tindakan, keyakinan diri semakin meningkat, tahap stamina yang meningkat dan bijak menyusun strategi.`
Antara antiviti2 menarik  sepanjang kem motivasi
      tersebut..


Datuk Bandar MBAS sedang
menyampaikan sijil penyertaan
kursus tersebut...........................
 Saya sengaja membangkitkan pesanan Datuk Bandar MBAS ..Dato' Hj. Mat Noh Ahmad.. dimana beliau telah mengarahkan semua anggota penguatkuasa supaya bertindak segera jika terjumpa hal dan perkara yang melanggari undang-undang dan peraturan. Tidak perlu menunggu arahan dari pihak atasan untuk melaksanakan penguatkuasaan. Pihak pengurusan atasan  akan sentiasa membela setiap- pegawai yang menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang jika terdapat tohmahan-tohmahan tidak berasas terhadap anggota penguatkuasa atas tindakan penguatkuasaan yang dibuat. Penguatkuasaan sudah semestinya sehingga kes dibawa ke mahkamah dan diberi hukuman sewajarnya.

Ok.. mohon permisi dulu...

No comments:

Post a Comment

Dilema Antara Kehendak Orang Awam Dan Kebinatangan....saatu cerita di Bandaraya Kita